Adolf Hitler |
Black Orchestra atau dalam bahasa Jerman; Schwarze Kapelle merupakan istilah yang telah diberikan oleh Geheime Staatspolizei (GESTAPO =polis rahsia) kepada gerakan anti-Hitler.
Konspirator
didalam Black Orchestra terdiri dari beberapa panglima perang yang
bimbang terhadap polisi politik Nazi pimpinan Hitler yang sangat
radikal. Oleh itu, dengan menggulingkan Hitler dan Parti Nazi, mereka
berharap kedaulatan Jerman dapat dikekalkan. Rancangan untuk
menggulingkan Hitler telah bermula sejak tahun 1938 lagi dimana ketika
itu ahli-ahli Black Orchestra terdiri pegawai-pegawai dari Wehrmacht (Tentera German) dan Abwehr (Agensi Risikan)
Bendera Nazi |
Pada
awalnya mereka merancang untuk menggulingkan Hitler menerusi saluran
politik. Tetapi cara tersebut semakin mustahiil untuk dilakukan,
terutamanya setelah Hitler menjadi Presiden dan Chancellor Jerman
selepas kematian Presiden Paul Von Hindenberg (veteran Perang
Dunia Pertama). Dalam tempoh dua tahun corak pemerintahan Hitler berubah
dari pilihanraya kepada diktator seumur hidup. Hitler menerusi GESTAPO
dan Schutzstaffel (SS = organisasi separa tentera yang
berkhidmat untuk Parti Nazi) telah bertindak menghapuskan sebarang
gerakan politik yang bertentangan dengan ideology Nazi.
Dua tokoh utama dalam gerakan Black Orchestra ialah Wilhem Canaris yang merupakan kEtua Risikan Tentera German (Abwehr) dan Jeneral Kolonel Ludwig Beck yang
merupakan Ketua kepada gerakan ini. Canaris bertindak sebagai
double-faced ejen. Ketika Hitler mendedahkan plan peperangannya pada
tahun 1937 kepada pegawai atasan tentera termasuk Canaris dan Beck,
Canaris telah memberitahu maklumat tersebut kepada Perdana Menteri
British, Neville Chamberlain dan Winston Churchill.
Walaubagaimanapun pihak British mengambil mudah maklumat tersebut,
tindakan silap yang menyebabkan Hitler semakin melangkah kehadapan
terhadap rancangan peperangannya.
Apabila tentera German menyerang dan menakluki Poland pada tahun 1939 dengan taktik Blitzkrieg
(serangan kilat) seluruh benua Eropah terkejut dengan kepantasan
kemaraan tentera German apabila mereka berjaya menakluki Perancis,
Denmark dan Norway dalam masa yang singkat. Situasi ini menyebabkan
kumpulan Black Orchestra semakin tertekan untuk meneruskan misi mereka .
Apabila
tentera Berikat menyerang Normandy barulah kumpulan Black Orchestra
memulakan rancangan mereka. Objektif utama kumpulan ini ialah untuk
membunuh Hitler dan Himmler (orang kanan Hitler) bagi menyelamatkan
German dari ditakluki tentera Berikat. Ketika serangan ke atas Normandy,
oleh tentera Berikat selain Hitler dan kroninya di kalangan SS, ramai
beranggapan German sudahpun tewas. Eugene Rommel seorang hero
German yang mendapat gelaran “Desert Fox” kerana kehebatannya dalam
pertempuran di gurun utara Afrika, telah berjumpa Hitler untuk
memujuknya mengadakan perjanjian damai dengan pihak Berikat. Hitler
menolak dan akhirnya Rommel menyertai Black Orchestra.
Sepanjang tahun 1943-44, tidak kurang dari 4 percubaan untuk membunuh Hitler dan
Himmler , namun kesemuanya gagal kerana Hitler ketika diambang
kekalahannya amat jarang berada dikhalayak ramai dan jarang berada di
Berlin. Kebanyakan masanya dihabiskan di Wolfschanze (Sarang
Serigala) yang merupakan pusat operasi ketenteraannya. Hitler
dikelilingi oleh para pengawal dan hanya berjumpa dengan orang yang
dipercayai sahaja, lebih-lebih lagi apabila Himmler dan GESTAPO mendapat
maklumat mengenai rancangan menjatuhkan Hitler.
Stauffenberg |
Akhirnya peluang yang ditunggu telah tiba apabila Hitler mengadakan mesyuarat ketenteraan pada 20 Julai, Stauffenberg seorang
pegawai muda yang buta sebelah mata dan kehilangan sebelah tangannya
secara sukarela membawa bom kedalam bilik mesyuarat Hitler. Himmler
tidak hadir, tetapi rancangan tersebut terpaksa diteruskan. Bom tersebut
akan berjaya membunuh Hitler seandainya mesyuarat tersebut diadakan di
bilik bawah tanah. Tetapi pada hari tersebut cuaca agak panas dan
mesyuarat terpaksa diadakan di tingkat atas dimana
tingkapnya terbuka. Setelah meletakkan beg bimbitnya yang mengandungi
bom jangka, Stauffenberg keluar dari bilik mesyuarat dan terus pulang ke
Berlin apabila mendengar bunyi letupan bom yang memusnahkan bilik
tersebut.
Pegawai-pegawai
tinggi di dalam Black Orchestra mengumumkan kematian Hitler dan
melancarkan Operasi Valkyrie yang dirangka untuk membenarkan
pengambilalihan kuasa dari pasukan SS kepada pasukan tentera simpanan
apabila Hitler mati. Dengan kekuatan tentera simpanan inilah para
konspirator mengambilalih beberapa bangunan pejabat dan jabatan penting.
Namun begitu Joseph Goebbels, ketua propaganda Parti Nazi
mendapat maklumat Hitler hanya cedera ringan, walaupun 4 orang pegawai
atasannya mati dalam letupan tersebut. Hitler (yang akhirnya menelefon
sendiri Goebbels) mengarahkan semua konspirator Black Orchestra
ditangkap.
Stauffenberg
bersama beberapa pegawai yang lain ditembak mati pada malam itu juga .
manakala beberapa pegawai seperti Tresckow membunuh diri. Rommel pula
dipaksa membunuh diri bagi melindungi nyawa ahli keluarganya. Ramai
diantara ahli konspirator telah dibicarakan di mahkhamah dan digantung
menggunakan tali piano yang disangkut di penyangkuk daging. Seramai
hampir 5000 orang telah diburu, diseksa dan dibunuh. Yang terahir ialah
Canaris. Dia diseret keluar dari kem tahanan dalam keadaan bogel sebelum
digantung pada 9 April 1945.
p/s:
Kalau korang nak tau, Filem "Valkyrie" lakonan Tom Cruise juga
berdasarkan kisah sebenar mengenai rancangan Black orchestra untuk
membunuh Hitler.
No comments:
Post a Comment