Selain dari
karakter-karakter dalam Harry Potter, penggunaan benda, istilah, simbol
serta perkara lain yang berkaitan dengan dunia sihir turut mempunyai
simbolik yang tersendiri. Ia seolah-olah merupakan suatu bentuk promosi
secara tidak lansung kepada ilmu sihir dan antara simbol asasnya adalah:
1. Burung Hantu (The Owl)
Burung Hantu Harry
Burung Hantu
cukup dikenali dengan simbol kebijaksanaan dan pengetahuan. Hakikatnya,
pengertian ini tidak benar dan sudah dimanipulasikan. Simbol Burung
Hantu (The Owl) adalah bersumberkan dari perkara asas kabbalah dalam
ritual Osirian Mesir Kuno yang mewakili Dewi Iblis bernama Lilith.
Burung ini sejak lama menjadi simbol bagi okultisme, shamanisme
(pembomohan), dan sejumlah ritual Luciferian (penyembahan syaitan).
Dalam mitologi
okultisme (juga terdapat dalam mitos Yahudi), Dewi Iblis Lilith dianggap
isteri pertama Adam sebelum Eva (Hawa). Disebabkan Lilith ingin
menguasai semuanya, termasuk menguasai Adam, maka dia dibuang ke bumi
dan kemudiannya berkahwin dengan Lucifer,The Fallen Angel yang juga
turut dibuang dari surga ke bumi.
Perkawinannya
dengan Lucifer telah menghasilkan Baphomet, iaitu mahluk setengah
manusia setengah haiwan atau yang lebih dikenal sebagai Kambing Iblis
(Goat Mendez). Ia merupakan simbol utama Gereja Syaitan. Illuminati dan
Bohemian Groove adalah merupakan dua kelompok rahsia Luciferian yang
telah mengambil The Owl sebagai salah satu simbol utamanya.
Dewi Lilith
Baphomet
2. Orang-Orang Berjubah Hitam
Jubah hitam juga
merupakan pakaian ritual kaum Luciferian (penyembah syaitan). Pakaian di
gereja syaitan ini adalah sama seperti Illuminati, Freemasonry,
Rosikrusian, yang juga mengenakan jubah hitam dalam melakukan upacara
ritual mereka. Jubah ini bukanlah seperti mana jubah yang dipakai oleh
Muslim, kerana reka bentuknya agak berbeza ditambahi pula dengan 'topi'
yang boleh menutup kepala.
3. Kucing
Kucing adalah
satu-satunya binatang yang dipuja pada zaman purba Mesir kuno. Di zaman
Fir’aun, kucing bukan sahaja menjadi haiwan kesayangannya malah
merupakan seekor haiwan yang rapat dengan kondisi sihir Osrian Mesir.
Kucing hitam pula di dalam mitologi Barat dan Okultisme cukup terkenal
sebagai The Devil Cat (kucing syaitan). Dalam kepercayaan tahyul
sebahagian masyarakat kita pun mempercayai bahawa seseorang yang telah
mati apabila dilangkahi jenazahnya maka mayat itu akan bangkit kembali.
Kepercayaan khurufat ini juga dengan terdapat dikalangan segelintir
masyarakat kita di Malaysia.
4. Tanda Kilat ( Lightning/Thunderbolt )
Simbol (scar)
ini terdapat pada Harry Potter setelah Voldemort membunuh kedua ibu
bapanya namun dia gagal untuk membunuh Harry Potter yang ketika itu
masih bayi. Voldemort hanya dapat meninggalkan parut di dahi Harry
Potter dan parut itu (Scarface) berbentuk kilatan halilintar atau yang
dikenal juga sebagai Thunderbolt. Kilatan halilintar itu adalah mirip
dengan simbol kilat seolah-olah huruf S. Ini juga merupakan simbol
iblis. Dan simbol ini masih kekal dengan cukup nyata di kening Harry
Potter sehingga dia dewasa.
Dan apa yang
pembaca perlu mengetahui adalah, simbol kilat itu adalah sama seperti
simbol kilat yang dipakai oleh Anton Szandor La Vey, ketua Gereja
Syaitan, dan simbol itu adalah sebagai salah satu simbol medalion di
Gereja Syaitannya di mana simbol kilat itu diletakkan di tengah-tengah
simbol Pentagram terbalik (Baphomet).
5. Gabungan simbol scar dengan simbol bintang terbalik ( pentagram )
Selain itu,
simbol kilat serupa juga dipakai sebagai simbol pasukan elit Nazi
Hitler, SS-Waffen, yang juga merupakan pasukan rahsia okultis Hitler di
bawah komando Heinrich Himler. Agama Kristian menganggap simbol kilat
ini sebagai simbol kewujudan syaitan.
Dalam New Testament ( Bible ) Lukas 10:19, menyebut: “Dan dia (Jesus) berkata kepada mereka, aku melihat syaitan jatuh dari surga bagaikan kilat. (Teks asal : “And he said unto them, I beheld Satan as lightning fall from heaven.” ) dan juga dalam Revelation: “Dan mereka akan melihat, namanya akan tergores di bahagian hadapan wajahnya.” (Revelation, 22:5)
Dalam New Testament ( Bible ) Lukas 10:19, menyebut: “Dan dia (Jesus) berkata kepada mereka, aku melihat syaitan jatuh dari surga bagaikan kilat. (Teks asal : “And he said unto them, I beheld Satan as lightning fall from heaven.” ) dan juga dalam Revelation: “Dan mereka akan melihat, namanya akan tergores di bahagian hadapan wajahnya.” (Revelation, 22:5)
6. Ular (The Snake)
Ular antara watak
yang sering ditunjukkan dalam beberapa bab di dalam siri cerita ini
antaranya pada siri pertama, pada permulaan Harry menyedari kebolehannya
berkomunikasi dengan ular (bahasa Sssss kot), seterusnya ketika
perlawanan Harry dengan Ular Tedung besar ketika sesi pembelajaran ilmu
hitam dan juga pada klimaks siri The Chamber Of Secrets. Hal ini
didasarkan kepada fahaman okultisme yang mempercayai ular juga merupakan
simbol kebijaksanaan. Perkaitan yang dapat dilihat antara lainnya
adalah sewaktu peristiwa penurunan Adam ke bumi, Lucifer yang
mengikutinya dikatakan telah menukarkan dirinya kepada bentuk seekor
ular.
Begitu juga dalam kepercayaan sihir bangsa-bangsa purba, ular memang terkenal dengan kepercayaan hal-hal kesyaitanan.
Ular Dalam Perspektif Islam: As-Sunnah
Di dalam Islam juga telah dinyatakan di dalam beberapa hadith yang Nabi SAW menyuruh membunuh ular jika setelah 3 kali ianya dihalau tidak pergi kerana ianya adalah jelmaan jin kafir sepertimana sabda Baginda SAW: “Jin terbahagi kepada 3 kelompok. 1/3 mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. 1/3 lainnya berbentuk ular dan anjing dan 1/3 lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.
Ular Dalam Perspektif Islam: As-Sunnah
Di dalam Islam juga telah dinyatakan di dalam beberapa hadith yang Nabi SAW menyuruh membunuh ular jika setelah 3 kali ianya dihalau tidak pergi kerana ianya adalah jelmaan jin kafir sepertimana sabda Baginda SAW: “Jin terbahagi kepada 3 kelompok. 1/3 mempunyai sayap yang boleh membuatkan mereka terbang di udara. 1/3 lainnya berbentuk ular dan anjing dan 1/3 lainnya boleh beralih dari satu kelompok ke kelompok lainnya.
Hadith ini telah ditakhrij (dikeluarkan) oleh Al-Baihaqi dengan sanad sahih. Adapun hadith yang asal : “Dari
Jabir Nafir, dari Abi Tsa’labah Al-Khuntsa ra, bahawa Rasulullah saw
bersabda, : "Jin terbahagi dalam 3 kelompok. Kelompok pertama adalah jin
yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua
terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok
ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya.”
Dalam
al-Mustadrak, al-Hakim meriwayatkan hadis yang sama dengan hadis di
atas. Mengenai hadis ini, al-Hakim mengatakan bahawa hadis tersebut
sahih sanadnya, ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam sahihnya.
Menurut Adz-Dzahabi, hadis ini sahih. Hadis ini juga serupa dengan yang
diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dalam tafsirnya, yang bermaksud : “Jin
terbahagi 3 kelompok. Kelompok pertama yang ada di udara. Kelompok kedua
adalah jin yang boleh naik-turun kehendak hati mereka, sedangkan
kelompok ketiga adalah jin yang berbentuk ular dan anjing." Setiap
kelompok dari ketiga kelompok ini membantu kelompok atau himpunan yang
lain.
Mengenai ular
ini, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa terdapat dua kelompok iaitu
yang pertama al-Abtar dan yang kedua Dzu al-Thifyatayn’. Al-Bukhari
meriwayatkan dari Ibn ‘Umar ra, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah
saw berkhutbah di mimbar. Rasulullah saw bersabda, “Bunuhlah ular, bunuhlah Dzu al-Thifyatayn dan al-Abtar, sebab kedua binatang itu menyembur mata dan menggugurkan kandungan.”
Di dalam Shahih
Bukhari juga diriwayatkan bahawa Nabi saw memerintahkan para sahabat
membunuh ular dan sesudah itu melarang membunuh ular yang menghuni
rumah, sebab mereka adalah jin-jin yang menetap di rumah-rumah itu.
Dalam Fath al-Bari Ibn Hajar menyebut, “Adapun perkataan Nabi yang berbunyi : “ Bunuhlah Dzu al-Thifyatayn, “adalah ular yang mempunyai dua garis putih di belakangnya.”
No comments:
Post a Comment