1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di
bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang
rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga
pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada
Sabah.
2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di
antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin.
Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad
Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam.
Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan
ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut
bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad
Ali.
3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran
Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya.
Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah
ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul
Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai
Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.
4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei
dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan
sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei
telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi
telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar
kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin
memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan.
Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan
Sulu pada tahun 1662.
5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di
antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan
perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau
Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama
Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak
buat seketika akhirnya Syarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805
meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil
seperti yang diharapkan.
6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi
empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat
perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah
kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah
memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat
Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada
ketika itu bersamaan dengan nilai emas.
7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah
kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred
Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup
membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk
menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang
berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di
wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya
pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan
Sulu di Sabah.
8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak
dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan
Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara
perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan
memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan
meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu
peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.
9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan
kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias
sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat
Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada
masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah
diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk
British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan
juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada
kerajaan Sulu.
10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk
Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura
(Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada
Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan
Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah
RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878.
Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan
ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan
ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.
penerangan yang sangat menarik
ReplyDeleteandai ada dokumen sejarah tentu lebih menarik