Di Sebalik Tabir Karakter Dalam Harry Potter
Sebagai
seorang penuntut ilmu okultisme di Universiti Exeter seperti JK.
Rowling, watak-watak yang terdapat di dalam cerita Harry Potter itu
bukanlah rekaan atau idea darinya semata-mata kerana kesemua watak itu
mempunyai hubungan dan simbolnya tersendiri yang berkait rapat dengan
okultisme. Rasanya bolehlah dikatakan bahawa siri pertama Harry Potter
itu sebagai sejenis buku penghantar untuk mendalami ilmu sihir seperti
mana adanya buku penghantar falsafah sebagai pengenalan atau muqaddimah
bagi mereka yang ingin mempelajari falsafah ataupun buku penghantar
qiraat bagi yang ingin mengenali ilmu qiraat secara umumnya.
Dalam
siri pertama Harry Potter, kita dapat lihat bagaimana Harry berkenalan
dengan dunia sihir walaupun dia pada asalnya seorang seorang Muggle.
Bagi jutaan kanak-kanak yang melihat peristiwa ini mungkin akan
terpengaruh dengan konsep sesiapa sahaja boleh mempelajari ilmu sihir
serta menjadi ahli sihir. Begitu juga dengan setiap watak yang
ditonjolkan di dalam cerita ini yang masing-masing mempunyai simbolik
dan mesej tersendiri.
Karakter Utama Dalam Harry Potter
Harry Potter
Perkataan Harry
adalah diambil dari perkataan “Harold” yang bererti Panglima Perang.
Nama ini kononnya diambil oleh Rowling dari nama salah seorang
sahabatnya ketika zaman kanak-kanak.
Ron Weasley
Rob merupakan
sahabat karib Harry Potter bersama Hermione Granger. Ron Weasley boleh
diterjemahkan sebagai "Running Weasel" dalam bahasa yang lain. Hal ini
mempunyai perkaitan dengan mitologi tentang juara catur Dinasti Keenam.
Ron juga bermaksud “Penasihat Raja”.
Hermione Granger
Hermione Granger
pula seorang gadis remaja yang bersama-sama Ron Weasley merupakan
sahabat karib Harry Potter. Hermione memiliki makna sebagai “Si Pembawa
Pesan” Dalam mitologi Yunani, Hermione disamakan dengan Hermes,The
Messenger of the Gods. Hermione juga dipakai oleh Shakespeare sebagai
nama seorang ratu dalam “The Winter Tale”.
Albus Dumbledore
Albus Dumbledore
merupakan Pengetua Sekolah Hogwarts. Albus merupakan istilah latin untuk
“Putih”, dan Dumbledore pula adalah daripada istilah Inggeris kuno yang
bererti “lebah besar yang berbulu”. Untuk istilah yang terakhir,
Rowling menyatakan dia menamakan karakter ini karena orang tua
berjanggut putih panjang ini suaranya seperti berdengung, mirip dengan
dengungan lebah. Manakala istilah “Albus” adalah nama bagi Geomancy
(sejenis Feng Shui) yang bererti sebagai Yang Bijak, Penyelesai Masalah
Yang Baik, dan juga merujuk pada Yang Tercerahkan. Erti yang terakhir
ini sama ertinya dengan istilah Illuminatrix atau Iluminaty.
No comments:
Post a Comment