Permulaan Pengelibatan Rowling Dengan Ilmu Hitam di Exeter
Sepanjang tempoh
pengajian JK. Rowling di Universiti Exeter, beliau sebenarnya tidak
melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam kursus yang berkaitan
dengan okultisme dan ritual-ritual sihir secara rasmi. Perkara ini
dinyatak sendiri oleh Mastrisciana iaitu salah seorang ‘orang kuat’
gereja di Amerika dan di England.
Dalam sebuah
video yang berjudul “Harry Potter: Witchcraft Repackaged video” ini
telah banyak di sebarkan dan diperbahaskan dalam perbincangan para
sarjana serta pihak gereja di Amerika dan England. Mastriciana
seterusnya menyatakan bahawa JK. Rowling ketika berada di Universiti
Exeter bukan hanya mempelajari bahasa Perancis sahaja namun beliau
sebenarnya turut mendalami ilmu okultisme di sana (Martha Kleder for
Concerned Women for America-WMA, “Harry Potter: Seduction of the
Occult”, Dec 2001).
Mungkin ada
benarnya apa yang dinyatakan Mastriciana kerana Universiti itu sendiri
di dalamnya ada menawarkan kos yang berkaitan dengan okultisme dan
paganisme kepada penuntut-penuntutnya. Kursus ini diletakkan dalam satu
jurusan yang khusus iaitu “ Western Esotericism ” di bawah HuSS (School
of Humanities and Social Sciences ). Jurusan yang bergelar Master of
Arts Western Esotericism (MA-Western Esotericism) ini mempunyai
modul-modul pembelajaran, antara lainnya adalah:
1. Alexandrian Hermetism, Neo-Platonism, dan Astrology (15 unit kredit)
2. The Hermetic Art of Alchemy (15 unit kredit)
3. Pencerahan Kabbalah dan Pengaruhnya (15 unit kredit)
4. Rosicrucianism dan Freemasonry (15 unit kredit)
5. Theosophy dan Esotericism Global (30 unit kredit)
6. Tradisi Esoteric dalam Literatur dan Masyarakat Inggris 1550 - 1670 (15 unit kredit)
7. The Esoteric Body (15 unit kredit)
8. Sufism and Islamic Devotional Life (15 unit kredit)
9. Heretics and Mystics: Language, Society and the Divine 1300-1500
10. Witchcraft in History (30 unit kredit)
11. The Disenchantment of the World? Society and the Supernatural in Early Modern Europe (30 unit kredit).
Keseluruhan modul
yang ditawarkan ini adalah berbentuk program separuh masa (part-time
programme) yang hanya mengambil masa 1 tahun 11 bulan dengan keseluruhan
jumlah unit sebanyak 180. Persoalannya adakah benar jika JK. Rowling
pernah mengikuti program-program ini sepertimana yang didakwa tadi? Ini
kerana tiada sebarang catatan yang ada mengenai Harry Potter yang
menerangkan soal ini.
Walaupun
demikian, faktanya adalah JK. Rowling menguasai dan memahami ilmu
tentang sihir-sihir serta praktikalnya yang jelas kita dapat perhatikan
di dalam ketujuh-tujuh episod di dalam cerita Harry Potter ini dan
beliau bukanlah ibu yang biasa sepertimana ibu-ibu yang lain.
Harry Potter and The Sorcerer Stones
Ketika mana JK.
Rowling menulis novel pertama ini, maka pada pemikirannya sudah lengkap
gambaran-gambaran novel-novel berikutnya sehingga ketujuh-tujuh siri di
mana beliau pernah menyatakan bahawa akan ada salah seorang tokoh
penting akan menemui maut.
Plot
Novel pertama yang diberi tajuk “Harry Potter and The Philosopher Stone’s” yang setahun kemudiannya di Amerika ditukarkan kepada “Harry Potter and The Sorcerer Stone’s”
(gambar) mengisahkan tentang awal perkenalan Harry Potter (yang berasal
dari kaum Muggle iaitu satu kaum yang tidak menyukai dunia sihir dan
ilmu sihir).
Kisah ini para pembaca boleh mendapati di mana-mana samada melalui novel
atau pun melalui movie yang telah berada di pasaran dan 'bersepah' di internet.
Secara
ringkasnya, permulaan Harry Potter ditonjolkan dengan kehidupan beliau
sebagai remaja yang biasa namun hidup terkurung dengan pakcik makcik
serta seorang anak mereka yang berbadan gempal. Harry yang menjadi yatim
piatu disebabkan telah dibunuh oleh pakcik Voldemort namun Harry
terselamat. Harry kemudiannya telah diterima masuk kesekolah ahli sihir
di Hogwards dan di sanalah Harry banyak menghabiskan masa. Dan di sana
juga pelbagai peristiwa dan cabaran yang Harry lalui. Antaranya adalah
ketika pada klimaksnya iaitu saat pertarungan dengan Prof. Quirell yang
telah diparasitkan oleh Voldemort demi hidup kembali.
Dalam kisah
pertamanya ini, kita akan mendapati banyak benda-benda mistik,
simbol-simbol okultis, dan haiwan-haiwan yang terdapat dalam pelbagai
legenda sihir yang sememangnya diyakini dalam dunia gelap sehingga
sekarang seperti burung hantu, naga, ular hitam, serigala dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment