Sunday, March 17, 2013

BANDARAYA TERBAIK DUNIA

Kehidupan manusia sering dinilai berdasarkan tahap kemodenan dan kualiti kehidupan yang dinikmati.Mungkin bagi sesetengah negara islam,agama menjadi alat penting bagaimana kehidupan perlu direncanakan.Namun bagi kebanyakan negara Barat nilai-nilai agama sudah jauh terpinggir tetapi kebebasan bersuara menjadi pegangan dalam menghurikan maksud kualiti kehidupan.Untuk tahun ini beberapa negara di Eropah menjadi bandaraya terbaik di dunia. Terdapat beberapa kriteria untuk menjadi antara bandaraya terbaik di dunia.Kriteria pertama ialah keadaan politik dan sosial seperti kestabilan politik dan kadar jenayah.Kedua ialah keadaan sosio budaya setempat dimana kebebasan bersuara,peribadi dan berkarya antara yang menjadi keutamaan.Seterusnya ialah kemudahan kesihatan dan sistem sanitasi seperti kebersihan air dan pengurusan sampah selain khidmat kesihatan yang menyeluruh diambil kira.Sistem pendidikan dan persekolahan selain kemudahan awam serta pengakutan turut menjada penanda aras untuk sesebuah bandar tersenarai antara yang terbaik.Kriteria ketujuh dan kelapan  pula melibatkan soal kemudahan rekreasi seperti pawagam dan tempat bersukan serta kemudahan pengguna untuk mendapatkan barang keperluan terutamanya makanan.Terakhir ialah kemudahan perumahan kepada penduduk selain turut mengambil kira masalah alam seperti gempa bumi,letusan gunung berapi dan sebagainya.




SENARAI BANDARAYA TERBAIK DUNIA


1.VIENNA


Bandar Raya VIENNA mendahului tempat teratas paling berkualiti didunia.Ia juga merupakan ibu negara bagi   AUSTRIA sekaligus menjadi tumpuan dan pusat kebudayaan ,ekonomi dan politik negara itu.Dengan jumlah penduduk seramai 1.7 juta orang ia mempunyai kemudahan asas terbaik dan sistem kesihatan  yang dipermudahkan untuk semua golongan rakyat.


2.ZURICH


Bandar Raya terbesar di SWITZERLAND,ZURICH menduduki tempat kedua bandar paling berkualiti dunia.Jumlah penduduknya ialah 365,098 yang juga terkenal dengan penempatan bank-bank dan syarikat ternama dunia.


3.GENEVA


Bandar raya kedua popular di SWITZERLAND dengan penduduk berjumlah 185,958.Menjadi tumpuan kerana kualiti hidup yang baik.GENEVA  menempatkan banyak  pusat diplomat dunia yang juga mempunyai sistem kesihatan dan pendidikan yang berkualiti untuk penduduknya.

4.AUCKLAND

AUCKLAND merupakan bandar Raya terbesar dan tercantik di NEW ZEALAND.Ia menduduki bandar raya keempat terbaik dunia dengan penduduk berjumlah 1.18 juta orang.

5.VANCOUVER

Bandar Raya pesisir pantai di wilayah BRITISH COLUMBIA diiktiraf paling sesuai bagi percutian keluarga.VANCOUVER  mempunyai penduduk berjumlah 578,041 yang turut dilengkapi dengan infrastruktur dan keindahan kawasan pelancongan serta kemudahan kesihatan dan pendidika yang berkualiti.

6.DUESSELDORF

Kota DUESSELDORF moden dilihat jauh berbeza daripada zaman silamnya.Kini ia merupakan antara pusat kewangan dan perniagaan yang terkenal dengan penduduk berjumlah 586,217 orang serta dilengkapi kemudahan sistem kesihatan yang sistematik dan keadaan politik yang sangat stabil.

7. MUNICH

Bandar Raya ini merupakan ibu negara JERMAN dan terletak jauh dari kawasan pergunungan Bavarians Alps.MUNICH dilengkapi dengan seni bina menarik dan bentuk etnik budaya serta seni bina moden.

8.FRANKFURT

Bandar Raya ini merupakan kota kelima terbesar di JERMAN dengan penduduk berjumlah 672,000 orang.FRANKFURT dilengkapi dengan seni bina moden serta bangunan pencakar langit,juga mempunyai pemandangan yang indah.

9.BERN

BERN merupakan kota keempat terbesar di SWITZERLAND dengan jumlah penduduk seramai 123,466 orang.Ia merupakan bandar yang sangat indah dengan kebudayaan yang tersendiri.Turut dilengkapi dengan sistem pengakutan yang canggih,selain sistem kesihatan dan pendidikan yang sempurna.

10.SYDNEY


Bandar Raya kesepulah paling berkualiti didunia  yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong kerana kegiatan sukan lasak dan hiburan yang menarik.SYDNEY memiliki penduduk seramai 4,504,469 orang dan merupakan antara bandar raya utama dunia dari segi kekayaan dan kuasa beli penduduknya.



LAIN-LAIN NEGARA SEPERTI

LONDON ditempat ke 38
DUBLIN  ditempat ke26
PARIS ditempat ke 30
MADRID ditempat ke 43
ROME ditempat ke 52
LISBON ditempat ke 41
NEW YORK ditempat ke 47
WASHINGTON ditempat 43
SINGAPURA ditempat ke 25
TOKYO ditempat ke 46
KOBE,JEPUN ditempat ke 49
HONG KONG ditempat ke 70
KUALA LUMPUR ditempat ke 76
SEOUL ditempat ke 80
TAIPEI ditempat ke 85
DHAKA,BANGLADESH ditempat ke 204
BISHKEK,KYRGYZSTAN ditempat ke 206
DUSHANBE,TAJIKISTAN ditempat ke 208
MELBOURNE ditempat ke 18
PERTH ditempat ke 21
DOHA,QATAR ditempat ke 106
DUBAI ditempat ke 74
ABU DHABI ditempat ke 78
JOHENNESBURG ditempat ke 94
N'DJAMENA,CHAD ditempat ke219
KHARTOUM ditempat ke 217
BRAZZAVILLE,CONGO ditempat ke 214
Manakala BAGHDAD pula di tangga tercorot iaitu 221




KUALA LUMPUR ditempat ke 76

SINGAPURA ditempat ke 25

TOKYO ditempat ke 46

HONG KONG ditempat ke 70

SEOUL ditempat ke 80

TAIPEI ditempat ke 85


KOBE ditempat 49


NEW YORK ditempat ke 47


WASHINGTON ditempat ke 43

ROME ditempat ke  52

*BANDAR RAYA YANG DISENARAI TIDAK DISUSUN MENGIKUT TERTIB

No comments:

Post a Comment