Friday, December 3, 2010

Jenis-Jenis Kapal

Jenis-jenis kapal:

  • Diving support vessel

  • Drillship

  • Kapal korek (dredger) (Dredger)

  • Feri

  • Friget baj buangan (hopper barge)

  • Friget Hoverkraf kapal induk (carrier)

  • Kapal kargo pukal (bulk carrier) (cruise ship)

  • Kapal persiaran (cruise ship)

  • Ocean liner

  • Packet ship

  • Panamax (reefer ship)

  • Kapal dingin beku (reefer)

  • Kapal layar

  • Selfdischarger

  • Semi-submersible (supertanker)

  • kapal tangki besar(supertanker)

  • kapal bekalan (supply boat)

  • Kapal tangki

  • Kapal tender feri

  • Feri kereta api

  • Kapal perang (warship) (carrier)

  • Cable ship

  • Submarine

Kapal perang:

Maritim (Warship) merupakan kapal yang dibina bagi tujuan peperangan.Lazimnya ia dibina berbeza bentuk,fungsi dan piayawan dari kapal-kapal awam yang lain. Selain dilengkapi senjata pemusnah besar-besaran, ia juga berupaya menangkis serangan kapal-kapal lawan atau setidaknya menyerap dan melakukan serta mengakibatkan sedikit kerosakan .Kapal-kapal perang selalunya dikendali dan dioperasikan oleh pihak tentera laut.Akan tetapi,kadangkala terdapat pihak-pihak tertentu seperti syarikat perkapalan swasta yang memiliki dan mengoperasikannya.

Evolusi kapal perang:

Kapal perang banyak memberikan sumbangan serta mempunyai banyak sejarah yang panjang.Evolusi ini bermula tatkala manusia mampu menerokai lautan dengan tujuan untuk lebih meluaskan lagi kegiatan industri perikanan yang kian berkembang pesat a diikuti dengan aktiviti perdagangan barangan, akhirnya ia membawa kepada perluasan kuasa di seberang laut.Ini memerlukan pihak tentera mengambil tindakan yang drastik untuk menubuhkan armada angkatan lautdan mempunyai kapal-kapal perangnya sendiri.Semua itu ditubuhkan bagi melindungi rakyat dan ekonomi bagi sesebuah negara tersebut.

Evolusi:

Era layar:

Pada kurun ke 14 senjata kapal perang mula mengalami

peningkatan sehingga menghasilkan penciptaan meriam. Disebabkan keperluanmemuatkan meriam di sisi kapal dan saiz kapal yang semakin besar, hinggakan sistem pendayungan beransur-ansur hilang dan tidak digunakan lagi. Kapal-kapal pada zaman ini bergantung kepada kuasa angin dari layar untuk menggerakkannya. Pada kurun ke 16 sistem penggunaan geliung (English:galleon) telah berubah ke rekaan ship of the line yang memberikan lebih kestabstabilan terhadap kapal untuk penjelajahan lautan dan aturan meriam.Ship of the line ataupun nama lengkapnya ship of the line of battle diguna kerana ia telah menyaksikan banyak kapal-kapal bertempur di lautan dari haluan ke buritan, hinggakan ianya dikenali dengan panggilan line of battle. Akhirnya nama kapal-kapal yang gah dan sering disebut-sebut itu telah diringkaskan menjadi battleship yang kita kenali sehingga kini.

Jenis-jenis kapal perang yang terdapat ketika era layar adalah:-

  • Ship of the line of Battle/Ship of the Line

    • First rate-100 meriam atau lebih pada 3 tingkat dek

    • Second rate-90 ke 98 meriam pada 3 dek

    • Third rate-64 ke 80 meriam (lazimnya 74 meriam) dengan dua dek

    • Fourth rate-46 ke 60 meriam dengan dua dek meriam

  • Frigate

    • Fifth rate-32 ke 44 meriam pada dua dek

    • Sixth rate-20 ke 28 meriam, kadangkala dipanggil corvette atau frigate kecil

  • Sloop

    • (unrated) -sehingga 18 meriam

Era kuasa wap:

Kurun ke 19 hasil tenoklogi kejuruteraan pada ketika itu,telah berjaya membina dan menyaksikan terciptanya enjin kuasa wap dan propulsi atau pendorongan kapal. Pada masa yang sama penciptaan besi keluli juga memungkinkan kapal-kapal perang ketika itu dilengkapi kelengkapan berperisai tebal. Kapal era ini juga boleh memuatkan meriam yang berkapasiti lebih moden dan berkuasa menembak peluru letupan tinggi. Pelancaran La Gloire oleh Perancis yang masih mengekalkan ciri-ciri rekabentuk era layar tetapi dilapisi perisai waja dan mempunyai enjin kuasa wap. Secara beransur-ansur ship of the line dan frigate diganti dengan kapal-kapal tempur atau (English: cruiser) berkuasa wap. Dan buat pertama kalinya meriam dimuatkan ke dalam turet atau perumah yang boleh berputar. Dengan terhasilnya penciptaan torpedo pada akhir kurun tersebut,telah membolehkan banyak bot-bot torpedo dihasilkan, satu konsep baru ketika itu. Bot-bot torpedo bukan sahaja laju malahan juga murah dan menawarkan kelebihan alternatif kepada pembinaan kapal tempur yang mahal.

  • Perhatikan sambungan dari pengawal pemusat (centrifug al governor) mengerakkan trotle wap ditunjukkan hanya sebagai gambaran, sebenarnya sambungan ini berfungsi hanya apabila kelajuan enjin ditingkatkan atau dikurangkan.

Pada abad ke-19,penggunaan sistem tujahan stim telah dipraktikkan serta dimajukan dengan meluas untuk sepanjang abad itu. Pembangunan yang penting termasuk kondenser, yang membantu mengurangkan keperluan untuk air tawar, dan pelbagai kemajuan enjin, serta ia dapat meningkatkan lagi kecekapan enjin. Peningkatan dalam kecekapan enjin hasil kemajuan sistem turbin stim laut oleh Sir Charles Parson.Dan pada ke-20 beliau telah mempamerkannya pada Turbinia di Penilaian Naval Spithead (Spithead Naval Review). Pada awal separuh abad ke-20 dan perkembangan tersebut telah mendorong kepada pembinaan kapal penumpang (liner) laju.

(Liner ship)

Era Dreadnought:

Era ini adalah kemuncak bagi kapal-kapal tempur.Ia menjadi-kapal kapal utama bagi tentera-tentera laut sebelum ianya diambil alih oleh kapal pengangkut pesawat di Era ini.Peralihan tersebut bukan hanya berkesinambungan dari era-era sebelumnya, tetapi ia turut mempunyai cerita tersendiri. Bermulanya abad ke 20, tentera-tentera Britain, telah melancarkan kapal tempur HMS Dreadnought Pada tahun 1906 perubahan setiap kapal pada ketika itu, telah dijana dengan menggunakan kaedah turbin wap,sekaligus membolehkannya mengatasi kelajuan kapal-kapal lain seta di samping dilengkapi meriam dan perisai yang lebih maju.Sekaligus membolehkan pelancarannya serta menjadikan kapal-kapal perang lain ketinggalan zaman lantas telah mencetuskan perlumbaan senjata di antara kuasa-kuasa besar ketika itu. Ini kerana, kekuatan bagi sesebuah negara dan kebolehannya meluaskan pengaruh, diukur mengikut bilangan kapal tempur yang dimiliki. Kapal yang diberi nama Dreadnought telah dilengkapi sekitarnya dengan meriam 12 inci, serta perisai berketebalan 12 inci tebal yang mampu menyerap hentaman dari kapal tempur lain. Kemuncak penggunaan kapal ini ialah dengan terhasilnya battlecruiser HMS Hood pada tahun 1918. Serentak dengan pembangunan Dreadnought, dan kapal pembinasa bot torpedo telah dibina bertujuan untuk melindungi kapal-kapal utama dari ancaman bot-bot torpedo musuh.

Evolusi Perang Dunia Kedua:

Sistem kapal perang telah memperlihatkan perkembangan-perkembangan positif dan menjadi elimen yang sangat penting bagi sesebuah negara.Keutamaan elimen-elimen kuasa udara,juga diambil kiradengan serius.Sekaligus telah memperlihatkan terbinanya kapal-kapal pengangkut pesawat (carrier) dan penggunaan secara besar-besaran kapal-kapal selam secara meluas.

(carrier)


Pembangunan kapal selam:

Khabar berita bahawa Perang Dunia Kedua bakal tercetus,penggunaan dan penghasilan teknologi kapal selam telah giat dibina dan semasa perang tercetus ia digunakan dengan banyak kerana penggunaannya begitu efektif ketika beroperasi.Bagaimanapun penggunaan yang paling berkesan disaksikan sehingga hampir melumpuhkan ekonomi Britain dan mengakibatkan kehilangan yang teruk kepada pihak Bersekutu.Pada lewat kurun ke-19 penggunaan kapal selam dicipta dan diguna pakai, akan tetapi penggunaannya hanya menimbulkan kesan setelah digabungkan dengan senjata torpedo. Pada awalnya fungsi kapal ini hanyalah terhad kepada anti kapal pihak musuh sahaja.

(Submarine)

Kegerunan terhadap armada U-Boat (German: unterseeboot) telah memaksa para jurutera memikirk
an cara penyelesaian yang terbaik dan tidak lama kemudian terhasillah kapal pengiring, antaranya pembinasa pengiring (English: destroyer escort), frigat (frigate) dan korvet (corvette). Nama-nama frigat dan korvet ini kekal digunakan sehingga hari ini.

(U- Boat)
Kapal pengangkut pesawat:

Ketika perang Dunia Kedua berlangsung sengit, kapal pengangkut pesawat mencapai kematangan dengan keupayaan melancarkan dan mendaratkan kapal terbang konvensional dengan menggunakan landasan. Dengan terbuktinya keupayaan ofensif kapal pengangkut pesawat dalam serangan Taranto dan Pelabuhan Pearl , dengan sekelip mata ia telah dijadikan sebagai kapal utama (kapal pilihan) dalam armada angkatan laut negara itu. Kebolehannya melancarkan serangan pada jarak jauh di luar jangkauan penglihatan, telah menaikkan nama kapal ini serta berjaya mengambil peranan utama, lantas telah menurunkan perkhidmatan kapal tempur kepada peranan sekunder.

Selain dari pembangunan dua jenis kapal tersebut berserta jenis-jenis kapal perang, tampak kejelasannya dan mudah dikenalpasti. Jenis-jenis kapal di era ini mengikut susunan menurun ialah:-
  • Kapal utama (capital ship)

    • Kapal pengangkut pesawat

    • Kapal tempur

    • Kapal kruiser tempur (battlecruiser)

  • Kapal kruiser

    • Kruiser berat (heavy cruiser)

    • Kruiser ringan (light cruiser)

  • Kapal pengiring

    • Pembinasa

    • Frigat

    • Korvet

  • Kapal selam

  • Kapal-kapal lain

    • Kapal penyapu ranjau

    • Kapal bantuan

    • Kapal pendarat

Kapal perang moden:

Kapal perang moden kini boleh dikategorikan kepada tujuh kumpulan utama iaitu kapal pengangkut pesawat,kapal kruser (penjajap),kapal pemusnah,friget, korvet ,kapal selam dan kapal serangan amfibia. Kapal tempur dianggap sebagai kategori kelapan, tetapi ia tidak terdapat dan terlibat di dalam mana-mana perkhidmatan aktif armada tentera laut di dunia ketika ini dan hanya Amerika Syarikat sahaja yang mengekalkannya dalam simpanan kapal (kelas Iowa). Seiringan dengan era moden, definisi kapal perang utama (capital ship) telah mengalami perubahan. Dengan terbinanya kapal pemusnah dan ke atas, telah dianggap sebagai kapal utama di dalam mana-mana armada dan ianya hanya mampu dimiliki negara-negara yang mempunyai komitmen tinggi terhadap armada angkatan tentera laut dan negara-negara yang berhasrat meluaskan lagi pengaruh dan mengunjurkan kuasa.Perbezaan tugas dan ciri-ciri penting antara kruiser ,pemusnah, friget dan korvet tidak lagi ketara dan kadangkalanya kabur. Sebuah kapal mungkin dikategorikan sebagai frigat oleh satu-satu pihak, malah ada pihak lain pula menggelarnya kapal pemusnah. Kebanyakan negara mengambil sikap mengelakkan provokasi dengan menarafkan kapal mereka ke taraf lebih rendah.Sebuah kruiser dianggap kapal yang mampu menangani ancaman tiga dimensi peperangan maritim iaitu, peperangan

di permukaan, peperangan anti udara dan bawah air. Kapal pemusnah pula telah dilengkapkan dengan pelbagai sistem

persenjataan yang canggih dan efisyen bagi menghadapi dua dari tiga dimensi dengan peranan sekunder untuk dimensi yang ketiga. Kapal frigat pula adalah kapal yang dikhususkan untuk mengatasi hanya satu dimensi ancaman dengan peranan sekunder yang lain. Kapal korvet pula telah dikategorikan sebagai kapal frigat yang kecil.Kapal-kapal perang moden banyak bergantung harap kepada teknologi peluru berpandu dan radar pengesan.


Pertempuran boleh berlaku dalam jarak yang menjangkau beratus-ratus batu nautika jauhnya tanpa menyaksikan kelibat angkatan armada lawan. Ini membolehkan penggunaan peluru berpandu dengan tujuan mencepatkan lagi tempo peperangan sehingga memaksa reaksi yang cepat dari kedua-dua pihak yang bertikaian.Penggunaan perisai tidak lagi praktikal untuk menahan serangan peluru berpandu, menyebabkan kapal-kapal moden menggunakan pengumpan chaff dan flare.

Designasi kapal perang moden:

NATO telah mencipta designasi sebagai rujukan, bagi memudahkan klasifikasi kapal-kapal perang moden. Designasi ini sebahagian dari Standard Agreement ataupun STANAG. Sistem ini telah diikuti banyak negara kerana didapati lebih bermaklumat. Designasi-designasi ini biasanya dapat dilihat pada awalan nombor pennant kapal.

Armada laut moden:

Kapal tempur

  • Kapal tempur (battleship) Ianya merupakan jenis kapal perang yang aktif ketika era Perang Dunia Ke-2. Setelah sekian lama khidmatnya digunakan, kini kapal tersebut tidak lagi dioperasikan atas sebab-sebab tertentu. Kini kapal perang induk yang besar digunakan dan dioperasikan bagi menjejaki dan memusnahkan kapal perang lain di dalam armada musuh.

Kapal pemusnah

  • Kapal pemusnah (destroyer) ialah sebuah kapal perang yang kecil saiznya jika dibandingkan dengan sebuah Kruiser namun ia lebih besar jika dibandingkan dengan kapal frigat.

Kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier)

  • Kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) ianya kapal perang terbesar yang berada dalam perkhidmatan armada maritim di seluruh dunia. Ia dibina untuk membolehkan jet-jet pejuang dilancarkan dan mendaratkannya tatkala sesebuah negara itu tidak dapat mengoperasikan pangkalan udaranya dalam jarak operasi.

Frigat

  • Sebuah kapal perang bersaiz kecil dan kebanyakan khidmat operasinya digunakan oleh tentera laut di serata dunia. Mampu menguruskan situasi ancaman taraf rendah dan sederhana dan masih merupakan satu platform yang mahal.

Korvet

  • Kapal yang lebih kecil berbanding frigat, selalunya digunakan dalam keadaan situasi ancaman tahap rendah dan sering digunakan sebagi kapal peronda.

Kruiser

  • Penjajap(cruiser) merupakan sebuah kapal perang yang bersaiz lebih kecil berbanding sebuah kapal perang. Kebanyakkan kapal penjajap yang berada dalam perkhidmatan tentera laut digunakan untuk tujuan pertahanan udara sebagaimana dalam armada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Rusia.

Kapal selam balistik

  • Pembawa peluru berpandu berpeledak nuklear.

Kapal selam penyerang

  • Kapal (Hunter-Killer) merupakan platform khusus dalam mencari dan memusnahkan kapal selam lain.

Kapal selam penyerang peluru berpandu

  • Kapal ini khusus membawa peluru berpandu yang mampu menyerang dan membinasakan sasaran dari jarak yang jauh.

Kapal sokongan:

Terdapat beberapa jenis lagi kapal sokongan antaranya :

  • Kapal MCMV (Mine Counter Measure Vessel) - Pemburu periuk api

  • Kapal Hidrografik

  • Kapal Hospital

  • Kapal Platform Pendarat Helikopter

  • Kapal Platform Pendarat Anggota

  • Kapal Amfibi Pendarat Kereta Kebal

Negara-negara pengendali kapal pengangkut pesawat :

  • Perancis -Tentera Laut Perancis

  • Rusia -Tentera Laut Rusia

  • India -Tentera Laut India

  • Itali -TenteraLaut Itali

  • Amerika Syarikat -Tentera Laut Amerjka Syarikat

  • Thailand -Tentera Laut Thailand

  • United Kingdom -Tentera Laut DiRaja British

  • Sepanyol -Tentera Laut Sepanyol

Kapal pengangkut pesawat merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut. Kapal pengangkut Nimitz,memakai satu sistem yang dijana dan digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear berserta empat reaktor turbin stim.Diberitakan kapal pengangkut ini sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Kebanyakan dari kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan dimiliki oleh armada tentera laut Amerika Syarikat, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) dan menunjukkan keupayaannya. Nimitz Ship

Terdapat beberapa jenis asas kapal induk :

  • Kapal CAM berserta kapal SS Michael E, merupakan kapal pembawa kargo yang mampu melancarkan kapal terbang pejuang akan tetapi ia tidak mampu mendaratkan kapal terbang.
  • Kapal induk dagang, seperti MV Empier MacAlpine, satu lagi langkah kecermasan yang mana kapal dagang kargo dilengkapkan dengan dek penerbangan.

  • Kapal penyerang amfibia seperti USS Tarawa turut berperanan bertindak membawa dan mendaratkan tentera.

  • Kapal induk pertempuran anti kapal selam, seperti HMS Invincible, juga dikenali sebagai "kapal pembawa helikopter."

  • Kapal pengangkut super,(USS Nimitz), kebiasanya berkeberatan melebihi (75,000 tan).

  • Kapal induk armada,seperti USS Essex (CV-9),berkeberatan 20,000 hingga 65,000 tan.

  • Kapal induk pengiring seperti USS Barnes (CVE-20) dan biasa digunakan oleh Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut A.S.

  • Kapal induk ringan seperti USS Independence (CVL-22), direka khas untuk membawa kapal terbang pejuang sahaja.

No comments:

Post a Comment