Saturday, December 4, 2010

RaNGKa 50 RiBu TeNTeRa PaRSi GHaiB DiTeMui

Kali ni kita akan berbicara mengenai sebuah penemuan yang sungguh mengejutkan iaitu penemuan sebuah kubur besar askar parsi yang diarahkan oleh Raja Parsi, Raja Cambyses III, anak kepada raja parsi yang terkenal iaitu Cyrus The Great untuk menakluk penduduk Oasis Siwah, penyembah dewa Ammon (Jupiter).

Menurut Muhammad Alexander Wisnu Sasongko dalam bukunya bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain, beliau mengatakan bahawa sewaktu kempen penaklukan pada tahun antara 525-522 SM oleh raja parsi iaitu Raja Cambyses III ke atas Mesir, seluruh mesir telah ditawan oleh empayar parsi. Namun penduduk di Oasis Siwah iaitu penganut agama menyembah dewa Ammon (Jupiter) tidak mengiktirafkan penaklukan yang dilakukan oleh Parsi. Maka Raja Cmbyses III telah menghantar 50 000 bala tentera parsi untuk menawan Oasis Siwah tersebut. Namun menurut catatan sejarah oleh Herodotus, beliau mengatakan bahawa tentera parsi tersebut telah ditimpa ribut pasir yang dasyhat sehingga menenggelamkan keseluruhan angkatan perang tersebut.

Peta Menunjukkan Arah Kemaraan 50 000 Tentera Parsi ke Oasis Siwah Melalui Oasis Baharia

Muhammad Alexander dalam bukunya telah mempertikaikan mengenai kisah tragik ini. Pada beliau mana mungkin rombongan tentera berjumlah 50 000 orang boleh ditimbus dalam sekelip mata tanpa meninggalkan kesan. Beliau telah mengutarakan satu teori yang mengatakan bahawa gerombolan tentera parsi ini telah tertimbus oleh ribut pasir yang disertakan juga dengan gas beracun yang tersebar melalui angin ribut itu. Menurutnya lagi, angin ribut tersebut yang dikenali sebagai angin khumasin bertiup dari barat ke timur iaitu secara tepatnya angin tersebut bertiup dari timur gurun sahara ke barat mesir dan bertiup kebiasaannya pada bulan April setiap tahun. Angin itu disertai gas beracun ekoran dari pemendapan tanah di kawasan dikenali sebagai Qattara Depression. Kawasan tersebut telah mengalami pemendapan yang amat besar ekoran dari perlanggaran plat-plat di kawasan tersebut. Antara plat tektonik yang terdapat di kawasan barat mesir moden sekarang adalah plat eropah, pelat Nubian atau plat afrika dan plat Sinai dan arab. Ekoran daripada pergerakan tektonik inilah maka terjadinya pemendapan tanah di kawasan Qattara Depression.

Angin Khumasin (Barat) Yang Bertiup Ke Arah Timur Menuju Pasukan Tentera Parsi

Kawasan Qattara Depression ini adalah serendah 134 meter dari paras laut dan berkeluasan 44 000 kilometer. Jaraknya dengan laut tengah adalah sekitar 56 kilometer sahaja. Dengan pemendapan ini, maka gas-gas asli yang beracun dari bawah tanah akan terbebas ke udara. Dengan izin Allah Taala, sewaktu itulah tentera parsi seramai 50 000 orang sedang bergerak menuju ke Oasis Siwah. Tentera ini telah bertolak dari kota Thebes ataupun Luxor (mesir moden) dan mereka melalui Oasis Baharia sebelum tiba ke kawasan Qattara Depression ini. Sebenarnya Qattara Depression ini terletak diantara Oasis Baharia dan Oasis Siwah (sila rujuk peta dibawah). Sewaktu tentera parsi tersebut sedang mara untuk menghancurkan penduduk di Oasis Siwah yang ingkar kepada empayar parsi, mereka telah mengalami suatu ribut pasir yang disertai dengan gas beracun akibat dari pemendapan tanah di kawasan Qattara Depression.

Angin Khumasin Membawa Bersama Gas Beracun Dari Pemendapan Qattara Depression Ke Arah Tentera Parsi

Namun mengapa penduduk di kawasan Oasis Siwah iaitu penduduk menyembah dewa Ammon tidak mengalami nasib sama seperti gerombolan tentera parsi ini? Terdapat sesetengah sejarawan barat mengatakan wujudnya pertolongan dari dewan Ammon kepada penduduk Oasis Siwah ini dari gerombolan tentera Parsi itu. Namun kita harus tahu bahawa kesemua penulisan sejarah ahli sejarawan terdahulu dipenuhi dengan unsur-unsur pendewaan, paganisme dan penyembahan berhala. Justeru, sejarah boleh dipetik namun harus disertakan dengan keimanan kepadaNya. Secara ilmiahnya, penduduk di Oasis Siwah tidak mengalami kemusnahan akibat gas beracun dan ribut pasir adalah kerana kawasan mereka terlindung dari mendapat musibah gas beracun tersebut. Oasis Siwah terletak di barat Qattara Depression manakala gerombolan tentera parsi tersebut berada di timur Qattara Depression. Angin khumasin iaitu angin yang bertiup dari barat ke timur tersebut telah membawa bersama gas-gas beracun dari pemendapan Qattara Depression ke arah gerombolan tentera parsi tersebut. Dengan itu, teka-teki mengapa ke mana hilangnya tentera parsi tersebut sudah terjawab. Mereka telah terbenam di dalam ribut pasir yang disertakan dengan gas-gas beracun. Namun tidak semua mati akibat ribut pasir, mungkin ada segelintir yang terselamat tetapi mereka tetap tidak dapat menyelamatkan diri dari terhidu gas beracun tersebut. Akhirnya kesemua mereka mati bergelimpangan dan akhirnya ditimbus oleh pasir-pasir gurun.

Menurut Muhammad Alexander Wisnu Sasongko dalam bukunya Alexander Adalah Zulqarnain, Alexander The Great pernah tiba ke tempat pemendapan tanah iaitu Qattara Depression ini. Sewaktu Alexander membebaskan mesir dari penjajahan zalim empayar parsi, alexander telah bergerak melawat penduduk di Oasis Siwah untuk menampilkan dirinya sebagai raja baru bagi mesir kuno. Namun secara tidak langsung, penduduk di oasis itu telah terlalu mendewa-dewakan Alexander The Great hingga mencatatkan dalam sejarah mereka bahawa Alexander The Great datang ke oasis itu untuk menziarahi ayahandanya iaitu Dewa Ammon (Jupiter). Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa Alexander The Great adalah seorang manusia dan ayahandanya adalah Raja Philip yang memimpin kota Macedonia. Setelah kematian ayahandanya barulah Alexander The Great menaiki takhta sewaktu berumur 19 tahun dan telah meluaskan pengaruhnya ke seluruh benua eropah timur, timur tengah dan benua india.


Pakar Arkeologi Itali, Angelo dan Alfredo Castiglioni Sedang Menjalankan Kajian

Baru-baru ini, pasangan adik beradik yang merupakan pakar arkeologi iaitu Angelo dan Alfredo Castiglioni dari Itali telah berjaya menemui kawasan berkuburnya tentera parsi berjumlah 50 000 itu. Mereka telah menemui ribuan tulang rangka manusia, pakaian perang dan peralatan perang yang lain seperti pedang dan tombak. Kesemuanya bercirikan tamadun empayar parsi. Kawasan perkuburan besar-besaran ini terletak di kawasan barat mesir dan berdekatan dengan timur gurun sahara. Maka dengan penemuan ini menguatkan lagi teori bahawa mereka telah ditimbus oleh ribut pasir yang dasyhat dan disertai dengan gas beracun hasil dari pemendapan Qattara Depression. Malah menurut mereka, rangka tulang tersebut berselerakan dan terdapat sesetengah kumpulan rangka manusia yang jauh dari kumpulan rangka yang lebih besar. Ini menunjukkan adanya beberapa kumpulan yang sempat hidup kerana dapat melarikan diri dari ribut pasir, namun mungkin mereka mati akibat terhidu gas beracun yang dikandung oleh angin khumasin ini.

Gambarah Pelukis Mengenai Kisah 50 Ribu Tentera Parsi Ditenggelami Ribut Pasir

Tengkorak-tengkorak Angkatan Perang Parsi dari Thebes (Luxor Mesir Moden)

Sebahagian dari Ribuan Topi Perang Tentera Parsi Ditemui

Pedang Parsi Milik Tentera Parsi Yang Sedang Mara Ke Oasis Siwah

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka minda kita dalam mengkaji sejarah-sejarah lama kerana melalui sejarahlah kita dapat belajar dari kesilapan-kesilapan nenek moyang kita dan kita jadikan sebagai peringatan dan ikhtibar kepada kita. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Bersesuaianlah dengan sabda Rasullullah S.A.W yang menyuruh kita menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga dapat kita manfaatkan bersama informasi yang dikongsi ini.

No comments:

Post a Comment