Wednesday, December 15, 2010

Kebrutalan Tentera Jepun semasa WW2..

Sejak daripada zaman Shogun sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua, masyarakat Jepun terkenal dengan sifat kepahlawanan yang tidak pernah kenal erti kalah. Pantang dicabar musuh, mereka segera menyahutnya. Sejarah membuktikan segalanya. Antara yang paling masyhur adalah kisah penaklukan Kublai Khan yang gagal sebanyak dua kali pada abad ke-13.

Kebrutalan Jepun semasa WW2

Walaubagaimanapun, terdapat juga keburukannya. Keburukannya adalah kerakusan dan ketidakperimanusiaan mereka membunuh nyawa insan-insan yang tidak bersalah terutama semasa Perang Dunia Kedua.

Sehingga kini, tentera Jepun yang berperang di Perang Dunia Kedua diingati sebagai tentera yang paling kejam mengalahkan tentera Mongol pimpinan Genghiz Khan sewaktu menakluk benua Asia dan tentera Hun pimpinan Atilla the Hun sewaktu ingin menakluk Rom dan wilayah taklukan Rom.

Asia untuk Orang Asia

Sewaktu Perang Dunia Kedua, antara matlamat Jepun menakluk rantau Asia adalah untuk membebaskan negara-negara yang dijajah oleh kuasa kolonis Barat seperti British, Perancis, Belanda dan Amerika Syarikat. Maka tidak hairanlah apabila kita sering dengar moto utama Jepun iaitu Asia for Asian(Asia untuk Orang Asia) sering dilaung-laungkan oleh media-media propaganda Jepun. Matlamat yang cukup mulia dan patut disanjung.

Namun, misi Jepun melebihi yang sepatutnya. Perkara utama untuk membebaskan orang Asia daripada cengkaman kolonis adalah menolong mereka. Namun, lain pula jadinya. Entah di mana silapnya, mereka menjadi bergitu brutal dan rakus menelan darah orang Asia.

Pelbagai fakta yang dikemukakan yang menjadi penyebab tentera Jepun menjadi bergitu rakus dan brutal kepada orang Asia. Antaranya adalah:

1. Dendam kesumat

Dendam kesumat yang telah lama dipendam seperti yang berlaku kepada masyarakat China menyebabkan mereka bertindak di luar batas perikemanusiaan.

2. Orang Asia telah disogok oleh media pro-kolonis

Orang Asia telah disogok oleh media pro-kolonis dengan kebrutalan Jepun semasa kempen di Manchuria dan Nanking menyebabkan masyarakat Asia tidak memberi jalan mudah untuk menakluki negara mereka yang sudah ditakluki itu(oleh kuasa kolonis). Apabila perkara sebergini berlaku, Jepun terpaksa mengambil jalan yang gelap dengan memancung mana-mana yang didapati bersubahat dengan kuasa kolonis Barat.

3. Perspektif orang Asia

Tentera Jepun tidak mengkaji terlebih dahulu perspektif masyarakat Asia sepertimana yang berlaku di China apabila Jepun telah menaikkan maharaja Pu Yi sebagai pemimpin negara bagi membentuk semula kuasa monarki di sana. Sedangkan, masyarakat China telah muak dengan korupsi dalam istana dan ingin membentuk satu kerajaan secara revolusi. Apabila Jepun bertindak demikian, ia menimbulkan kemarahan masyarakat China dan berlakulah penentangan berterusan kepada tentera Jepun.

4. Taksub dengan ajaran Shinto

Tentera Jepun terlampau taksub dengan ajaran Shinto yang mendewakan Maharaja mereka. Mereka sanggup membuat apa sahaja asalkan mereka mencapai matlamat yang dimahukan oleh Maharaja mereka. Akibatnya, mereka menjadi rakus dan bertindak tanpa menggunakan akal dan belas ehsan.

5. Panglima yang pentingkan diri sendiri

Ketua turus angkatan tentera Jepun yang brutal dan pentingkan diri sendiri seperti Jeneral Yamashita, Toshiaki Mukai, Tsuyoshi Noda dan lain-lain yang memberi arahan untuk membunuh sesiapa yang didapati menentang tentera Nippon. Yamashita dikatakan mempunyai misi peribadi semasa kempen di rantau Asia dengan mengaut segala kekayaan negara yang ditakluki untuk dibawa pulang ke tanah air. Terdapat seorang panglima Jepun yang terselamat dalam Tribunal Jenayah Perang dan menjadi kaya dengan mengaut keuntungan semasa kempen di Asia. Hartanya digunakan untuk aktiviti Yakuza dan gangsterisme di Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Terdapat satu sumber mengatakan panglima Jepun ini membuat penjanjiaan dengan Amerika Syarikat untuk menumpaskan pengaruh Komunis di Jepun dengan menggunakan kuasa Yakuza dan samseng. Maka tidak hairanlah, beliau terselamat hukuman mati dalam Tribunal tersebut.

6. Pil Ogata

Jepun dikatakan menggunakan pil yang mirip dengan pil estacy dan LSD sekarang. Pil ini dikenali dengan Pil Ogata. Ia telah dicipta khas untuk tentera Jepun bagi meningkat stamina bagi menyaingi tentera kolonis yang tegak dan bersaiz besar. Namun, ia mempunyai kesan sampingan yang teruk menyebabkan tentera Jepun hilang keseimbangan mental sehingga bertindak di luar batasan.

Benci kepada tentera Kolonis/pakatan Berikat

Jepun terus-menerus menunjukkan kebrutalan semasa kempen mereka di Asia. Mereka cukup berdendam dengan tentera-tentera Kolonis terutama daripada Amerika Syarikat. Tentera Jepun langsung tidak menunjukkan belas ehsan dan menunjukkan rasa benci mereka kepada Amerika dengan menggelar tentera Amerika sebagai Kichicku atau binatang kacukan. Menurut satu kajian selepas Perang Dunia Kedua berakhir, peratusan tentera kolonis yang menjadi POW(prisoner of war) kepada Jepun untuk hidup adalah serendah 4% berbanding tentera Jepun yang menjadi POW kepada tentera kolonis sebanyak 30%. Bergitulah Jepun yang membelakangkan semangat kemanusian semasa Perang Dunia Kedua. Tidak hairanlah apabila Pihak Berikat melarang sebarang pembentukan tentera Jepun yang melebihi sejuta serta pembinaan peralatan perang selepas Perang Dunia Kedua.

Duit Daun Pisang

Sewaktu penaklukan Jepun di Hong Kong sekitar musim sejuk tahun 1941 sehingga musim luruh tahun 1945 beribu-ribu orang Cina Hong Kong jatuh bangkrup dan kehilangan legasi perniagaan mereka.

Direkodkan bahawa Jepun telah sewenang-wenangnya menukar mata wang Dollar Hong Kong kepada Military Yen. Sesiapa yang engkar dengan arahan ini menyebabkan mereka berdepan dengan hukuman mati.

Pada Disember 1941, mata wang Dollar Hong Kong ditukar dengan 2 Military Yen. Bermula pada Julai 1942, mata wang Dollar Hong Kong ditukar dengan pula dengan 4 Military Yen. Ia menyebabkan ramai ahli perniagaan Hong Kong mengalami kerugiaan kerana Military Yen tidak memberi sebarang nilai melainkan hanyalah kertas kosong sahaja.

duit daun pisang

Tentera Jepun menggunakan mata wang Dollar Hong Kong yang ditukarkan oleh rakyat Hong Kong untuk mendapatkan mata wang Military Yen itu untuk membeli sumber bahan mentah, emas, material dan mata wang asing. Setiap yang dibeli oleh mereka akan dihantar ke Jepun untuk mengukuhkan ekonomi mereka dan pelaburan bagi tujuan peperangan. Military Yen juga dikenali dengan Duit Daun Pisang di Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Kebrutalan Jepun di Asia

1. Korea- Korean Comfort Women

‘Comfort Houses’ mula ditubuhkan semasa Perang Shanghai pada tahun 1932. Diikuti dengan Perang Sino-Japanese pada tahun 1937, Comfort Houses kembali berkhidmat. ‘Comfort Houses’ adalah rumah pelacuran yang dibina khas untuk tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakkan ‘Comfort Women’ adalah daripada Korea dan selebihnya adalah wanita berketurunan Cina, Belanda dan daripada negara Asia yang lain. Ia adalah satu bentuk penghambaan seks semasa Perang Dunia Kedua oleh tentera Jepun yang dipersetujui oleh maharaja mereka.

Kisah Comfort Women mula tersebar setelah Grandma Kim Hak Soon telah mendedahkan kisah beliau menjadi hamba pelacuran kepada tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Beliau dan beberapa orang yang lain telah menuntuk hak pampasan serta pengampunan terbuka daripada kerajaan Jepun. Menurut Grandma Kim Hak Soon lagi, ramai wanita yang menjadi pelacur adalah di bawah umur dan meninggal dunia akibat jangkitan penyakit bawaan tentera Jepun seperti Sifilis dan STD.

Sebenarnya, pelacuran di kem tentera Jepun dibenarkan sepenuhnya oleh kerajaan Jepun kepada tentera mereka kerana beberapa perkara:

1. Mengelakkan penyakit STD tersebar.

2. Mengelakkan rahsia tentera terbongkar.

3. Mengelakkan tentera Jepun merogol wanita tempatan.

4. Menaikkan moral tentera Jepun.

2. Malaya

Tentera Jepun membunuh lebih 200 tentera Australia dan Gurkha selepas tentera tersebut melarikan diri ke dalam hutan Muar.

3. Singapore

Tentera Jepun telah menikam lebih 300 pesakit yang kesemuanya adalah tentera dengan bayonet di Hospital Alexandria di Singapore. Wanita British yang menetap di sana pula berulang kali dirogol. 5000 masyarakat berketurunan Cina juga tidak terkecuali daripada dipancung.

4. Wake Island

Seramai 1200 orang krew pembinaan daripada Idaho telah ditangkap dan dihantar ke Wake Island untuk tujuan pembinaan landasan kapal terbang yang akan digunakan pada tahun 1943. Jepun juga mengambil 100 krew pembinaan daripada pulau tersebut untuk turut serta dalam pembinaan landasan tersebut. Ketika tentera Navy Amerika Syarikat mengebom pulau tersebut, seluruh penduduk Wake Island dipancung kerana disyaki bersubahat.

5. Indonesia(Dutch East Indies)

Penduduk tempatan yang tidak berkerjasama dengan tentera Jepun telah dikerat tangan dan kaki. Seramai 20,000 orang lelaki dipaksa terjun ke laut dan ditembak dengan menggunakan mesingun. 20,000 orang perempuan pulang hilang kehormatan apabila dirogol bergilir-gilir oleh tentera Jepun.

6. Dutch Borneo(Kalimantan)

Seluruh penduduk Balikpapan dipancung dan ditembak selepas didapati bersubahat menentang tentera Jepun.

7. Jawa

Seluruh lelaki berkulit putih di Tjepu telah dipancung manakala perempuan pula dirogol bergilir-gilir. Manakala krew USS Edsall(DD-219) yang terselamat ketika dibom tentera Jepun telah dipancung.

8. Filipina

Seramai 7000 orang tentera Berikat meninggal selepas ditembak dalam kejadian Bataan Death March. Mana-mana tahanan perang yang tidak berupaya bangun akan dibunuh samaada ditembak, ditikam atau dipancung. Kebanyakkan POW daripada pihak Berikat mengalami kekurangan nutrisi dan zat menyebabkan kebanyakkan mereka mati kebuluran.

9. Thailand

Seramai 15,000 tahanan perang dan 75,000 warga tempatan maut semasa pembinaan landasan keretapi antara Bangkok dan Rangoon yang kebanyakkan mereka maut disebabkan oleh penyakit Malaria.

Penutup

Bergitulah teruknya bahana Perang Dunia Kedua. Penulis ingin memetik satu kenyataan daripada bekas Pegawai Tentera Jepun, Uno Shintaro:

The major means of getting intelligence was to extract information by interrogating prisoners. Torture was an unavoidable necessity. Murdering and burying them follows naturally. You do it so you won’t be found out. I believed and acted this way because I was convinced of what I was doing. We carried out our duty as instructed by our masters. We did it for the sake of our country. From our filial obligation to our ancestors. On the battlefield, we never really considered the Chinese humans. When you’re winning, the losers look really miserable. We concluded that the Yamato [i.e. Japanese] race was superior.

No comments:

Post a Comment