Asal
Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk dari runtuhan region (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model piawaian pembentukan bulan ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak keorbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas.
Ciri-ciri fizikal
Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).
Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.
Bulan dalam sistem Suria
Bulan terbesar dalam sistem suria (yang lebih besar dari 3000 km keratan rentas) adalah bulan bumi, bulan Galilean planet Musytari bulan Io, bulan Europa, bulan Ganymede, dan bulan Callisto, bulan planet Zuhal, bulan Titan, dan bulan yang ditawan planet Neptun, bulan Triton. Untuk bulan lebih kecil lihat planet berkenaan.
Jadual perbandingan mengelaskan bulan sistem suria menurut diameter, juga mempunyai ruang untuk asteroid, planet, dan objek lingkungan Kuiper yang terkenal.
¹ Ia dipertikaikan samada Cruithne dianggap bulansebenar; ia diletakkan disini sebagai perbandingan.
Tambahan kepada bulan pelbagai planet terdapat juga 30 bulan asteroid, asteroid yang mengorbit asteroid lain.
No comments:
Post a Comment