Thursday, December 16, 2010

Menelusuri Sejarah Orang Laut

PENDAHULUAN
Dalam posting kami yang lepas, paparan demi paparan sejarah Sulug @ Tausug yang bermula dari Kepulauan Sulu sehingga Meditranian dan Benua Amerika telah membuka sedikit demi sedikit mata akal kita untuk menilai semula "Hidangan Sejarah" oleh Barat yang selama ini menjadi "makanan" kita. Kajian pada akhirnya membuktikan "Hidangan Sejarah" Barat penuh dengan kekurangan dan kecacatan hinggakan hampir tiada satu pun yang boleh dijadikan hujah dan sandaran atas nama sejarah. Bagi mereka zaman emas ketamadunan manusia moden hari ini bermula pada zaman Mesir Purba dan beberapa tamadun awal yang lain yang mana, lama sebelum itu manusia telah menempuhi zaman gangsa, zaman besi, zaman batu sehingga ke zaman Dinosur.

Sebahagiannya benar terutama yang merujuk kepada fosil dan artifak Arkeologi yang kemudian mereka suaikan dengan akal lojik mereka sendiri sebagaimana yang kita panggil hari ini sebagai "teori". Dalam hal ini Harun Yahya telah mendedahkan kepincangan teori mereka dengan analogi yang masuk akal dan saintifik berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Menurut pertimbangan beliau keyakinan adanya zaman batu bagi manusia sama lah dengan meyakini manusia berasal dari beruk maka dengan sendirinya ia menafikan Al-Quran iaitu kenyataan manusia berasal dari Adam a.s.. Maka keyakinan fasad seperti demikian akan memerangkap umat manusia ke dalam pemikiran Atheis @ Mulhid (Tidak meyakini kewujudan Tuhan Maha Pencipta) atas keyakinan bahawa "Bumi terbentuk dengan sendirinya secara alami tanpa sesiapa yang menciptanya".

Sebagai contoh, ketika zaman moden hari ini yang begitu canggih dengan kewujudan teknologi sains yang menyebabkan manusia sudah mampu sampai ke angkasa lepas namun dalam masa yang sama, nun jauh di benua Afrika masih wujud manusia memegang tombak dan busur yang ketinggalan zaman. Di tengah benua Australia masih terdapat manusia Oborigin yang masih kelihatan kuno dan primitif. Bayangkan 10,000 tahun yang akan datang, sekiranya ada ahli sains yang berjaya menemui artifak Oborigin Australia dan Afrika yang kemudian mengimbasnya dengan Radio Karbon? Sudah tentu ia mendapati bahawa artifak tersebut bertarikh tahun 2010 lalu membuat kesimpulan tahun 2010 manusia masih di zaman batu yang kehidupannya sangat primitif. Walhal kemajuan berada di tempat yang lain.


BAJAU LAUT SULU & BANGSA SPANYOL
Menelusuri sejarah Orang Laut bagi kami perlulah memulakannya di kepulauan Sulu kerana bentuk geografinya yang terkandung banyak pulau serta arus lautnya yang deras. Menyebabkan sekitar laut kepulauan tersebut menjadi sarang ikan-ikan Tuna bertelur bersama ikan-ikan batu karang yang lain. Ditambah dengan kewujudan beberapa jenis kerang yang menghasilkan mutiara berharga menjadikan kepulauan Sulu begitu berharga dan istimewa buat manusia yang bergelar Orang Laut.

Bangsa Sulug bermaksud Bangsa Arus (laut) yang kehidupannya berkait rapat dengan laut samada laut tersebut dijadikan tempat mendapatkan makanan laut mahu pun menjadikan laut sebagai "lebuh raya" meluncurkan kapal-kapal dagang mereka ke setiap tempat penjuru dunia menjadi bukti kepada kewujudan awal manusia moden. Manusia Sulug yang asalnya dari sulbi Nabi Adam a.s. beranak pinak dengan cepat menyebar ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan laut. Kepakaran mereka membina kapal diwarisi dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Idris a.s. dan Noh a.s. yang begitu canggih menjadikan Bangsa Sulug sebagai bangsa induk "menyebarkan" spesis manusia ke seluruh dunia.

Melihat Orang Laut dan mengkaji keberadaannya bukan hanya perlu mengkaji susuk "Orang Bajau" di kepulauan Sulu termasuk Sulawesi sehingga ke kepulauan Andaman di Laut India tetapi juga perlu melihat susuk tubuh Bangsa Laut di sekitar Laut Meditranian hari ini. Berdasarkan penelitian kami Bangsa Spanyol yang menuturkan bahasa Latin hari ini sebenarnya menuturkan Bahasa Orang Laut dari kepulauan Sulu berdasarkan beberapa bukti. Sebab itu jangan hairan sekiranya anda datang ke kepulauan Sulu kemudian terdengar perbualan Orang Bajau Laut "irama dan loghat" bahasanya 95% seperti bercakap dalam bahasa Spanyol (Latin). Anda boleh bandingkan pertuturan Drama berbahasa Latin di kaca TV dengan bahasa pertuturan Orang Laut di kepulauan Sulu terutama yang digelar Pala'o (Parahu @ Pharaoh).

Maka tidak hairanlah mengapa Spanyol sangat berminat dengan kepulauan Sulu (yang dikenali kepulauan Philippines hari ini) kerana di sinilah asal-usul nenek moyang mereka yang terdiri dari Sulug Laut. Mengapa Spanyol tidak berminat dengan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu adalah kerana mereka sendiri tahu asal-usul bangsa yang mereka panggil sebagai Melayu juga berasal dari kepulauan Sulu. Begitu jelas dari sumber Portugis bahawa sumber kekayaan dan kekuatan berada di kepulauan Sulu.

Dari catatan Barbossa dan Pegafetta menyatakan kebenaran bahawa ketika mereka singgah di Malaka @ Melaka mereka mendapati terdapat 500 keluarga Sulug yang mereka panggil Lucoes yang menguasai perdagangan di Melaka malah menguasai kepimpinan di sana. Tidak hairan sehingga hari ini masih wujud sebanyak enam belas Kg Solok @ Sulug di sekitar Melaka sehingga ke Negeri Sembilan sebagai bukti. Anda boleh melihatnya dalam Google Earth dengan menaip "Solok". Hal ini disahkan oleh Prof Dr. Ben J. Kadil, seorang professor sejarah dari Illigan City.


KAITAN RAPAT ANTARA BAHASA LAUT & DARAT
Untuk lebih memahami cicit Adam a.s. yang bergelar Orang Laut ini perlulah mengetahui mengapa wujud nama Orang Laut dalam keluarga Sulug @ Tausug di kepulauan Sulu. Berikut terdapat beberapa sub-etnik secara linguistik dalam keluarga Sulug,

  • Buranun & Taguimaha (Lucoes @ Lugus), penutur bahasa Sulug darat purba yang asal disebut sebagai Bahasa Sug atau Bahasa Sinug atau Bahasa Tausug yang banyak ditutur oleh penduduk pergunungan sehingga ke Borneo, Mindanao dan Luzon-Visayas.
  • Samar-Bajau (Orang Laut @ Parahu @ Luwo), penutur bahasa Sulug laut yang bertebaran di seluruh Nusantara sehingga ke Benua Australia dan Pulau Hawaii di Laut Pasifik.
Secara mudah kita boleh melihat dua variasi bahasa utama Bangsa Sulug ini iaitu bahasa SULUG DARAT dan bahasa SULUG LAUT dan keduanya kita sebut sebagai Bangsa Tausug. Kedua bahasa samada darat dan laut saling berkaitan dan pinjam meminjam antara keduanya. Berikut kami paparkan beberapa contoh kaitan dan persamaan dari segi sebutan dalam bahasa darat dan laut,

  • Lalom (bahasa laut), Laum (bahasa darat), bahasa darat hanya membuang "L" adalah kebiasaan dan kesesuaian lidah. = Lalom dalam bahasa Melayu bermaksud "Dalam".
  • Sallog @ Solog (bahasa laut), Sug (bahasa darat), "L" dibuang kebiasaan bahasa darat bermaksud "Arus" dalam bahasa Melayu.
  • Tallo @ Tulo (bahasa laut), Tuo (bahasa darat), juga membuang "L" sebagai kebiasaan yang bermaksud angka "Tiga".
  • Aho' (bahasa laut), Hu'o (bahasa darat), bermaksud "Ya" dalam bahasa Melayu.
  • Taha' (bahasa Laut), Haba' (bahasa darat), bermaksud "Panjang" dalam bahasa Melayu.
  • Empon (bahasa laut), Epun (bahasa darat), bermaksud "Gigi" dalam bahasa Melayu.
  • Dan banyak lagi...

KAITAN BANGSA SUMER & SAMAR DI SULU
Mengkaji asal-usul bangsa Arab tidak akan sempurna tanpa mengkaji terlebih dahulu sejarah Sumeria. Bangsa Sumeria sebenarnya adalah bangsa Laut yang berkulit gelap pada asalnya yang kemudian menduduki muara sungai Tigris dan Euphrates beribu-ribu tahun dahulu. Mereka datang dari kepulauan Sulu (disebut kepulauan Filipina hari ini) sebab itu mengapa hingga hari ini di kepulauan Visayas Filipina terdapat satu pulau yang dinamakan Pulau SAMAR. Pulau Samar tersebut secara kebetulan pula berdepan dengan satu kawasan kepulauan kecil yang dinamakan PALAU yang bermaksud Perahu atau Pala'o.

Lidah Sulug menyebut SAMAR dengan Samal ("R" bertukar "L" pada kebiasaan lidah Sulug). Samal dalam bahasa Sulug bermaksud "Orang Laut". Sebenarnya gelaran SAMA kepada Orang Laut adalah tidak sama maknanya dengan SAMAL. Walau pun ianya sesuai dan secara kebetulan menjadi gelaran kepada Orang Laut namun istilah SAMAL lebih merujuk kepada sejarah Orang Laut itu sendiri. Sedangkan istilah SAMA itu adalah lebih kepada sifat Orang Laut yang senantiasa berperahu bersama-sama dalam satu keluarga. Maka sebutan atau gelaran tepat bagi Orang Laut sebenarnya ialah Samar atau Samal sebagaimana yang biasa disebut pada lidah Tausug hari ini.

Istilah Sumer @ Samar ini sebenarnya begitu terkenal tanpa disedari oleh orang-orang Sulug sendiri sebab itu mengapa sehingga hari ini Bangsa Inggeris tahu menamakan cuaca panas dengan "Summer" yang menjadikannya sebagai masa percutian, berjemur dan bermandi-manda di laut meniru perbuatan "Orang Laut" Sulu semenjak beribu tahun yang lalu. Maklumat ini bukan sekadar teori kerana ia disokong oleh catatan Israel purba dan tradisi lisan bangsa Sumeria yang sudah menjadi bangsa Arab hari ini. Mereka nyatakan bahawa asal-usul nenek moyang mereka berada di kawasan Timur Bumi dimana terdapatnya Syurga yang dinamakan "Garden of Eden". Sebab itu mengapa Thomas Kheifer menulis pengakuan kaum tua Tausug di Jolo, Sulu yang mendakwa Bangsa Arab adalah Tausug pada awalnya. Hal ini telah pun kami sentuh dalam posting yang lepas.

Gambar 01

KAITAN BANGSA MESIR & ORANG LAUT
Sekiranya anda adalah seorang pengkaji sejarah Laut Meditranian anda tidak akan dapat lari dari dua soalan. Siapakah sebenarnya Orang Laut di Meditranian ini? Dari manakah mereka datang? Hingga hari ini para pengkaji sejarah Eropah masih belum mendapat jawapan pasti akan asal-usul bangsa Laut ini. Orang Laut di Meditranian sejak dahulu kala dikenali sebagai Phoenician yang bermaksud Bangsa Burung Phoenyx (Cenderawasih). Mereka sejak beribu-ribu tahun yang lalu datang dari Kepulauan Sulu masuk ke Laut Meditranian melalui Laut Atlantik.

Sebenarnya Bangsa Phoenyx ini datang dengan perahu besar mereka yang ganjil kerana mempunyai Katig (Buluh pengimbang) yang diketuai oleh "Nakhoda" sebagai ketua kapal. Biasanya yang menjadi Nakhoda ialah dari Sulug Darat yang secara semula jadi menjadi pemimpin kepada Sulug Laut. Kata asal NAKHODA adalah dari bahasa Sulug yang disebut Nagkuda bermaksud "Yang berkuda". Kerana telah menjadi kebiasaan kepada pemimpin Sulug yang bergelar Datu senantiasa menaiki kuda sebagai lambang kekayaan dan status mereka sebab itu digelar dengan gelaran Nagkuda (Sulug menyebutnya Nakura', "D" menjadi "R" sebagai kebiasaan lidah). Hingga hari ini pun Tausug di Kepulauan Sulu memanggil pemimpin mereka dengan Nakura'.

No comments:

Post a Comment