Semua orang kenal dengan kelab Barcelona bukan? Penulis sendiri adalah salah seorang antara jutaan peminat kelab yang pernah memasyhurkan pemain seperti Johan Cruff dan Gary Lineker ini. Bagi peminat bolasepak, kelab Barcelona bagaikan sudah tidak asing lagi.
Namun, adakah pembaca tahu kenapa kelab gergasi daripada Sepanyol ini digelar kelab Catalan?dan apakah yang dimaksudkan dengan Catalan?
Asal Usul Barcelona dan Catalan
Barcelona adalah sebuah bandar metropolitan yang berada di wilayah autonomi Catalonia di negara Sepanyol. Barcelona adalah ibu negeri bagi wilayah ini. Oleh sebab itulah Barcelona sering digelar kelab Catalan kerana kelab ini berasal daripada wilayah autonomi Catalonia.
Di Sepanyol, wilayah-wilayah selain daripada Catalonia yang diberi ganjaran autonomi adalah Madrid, Valencia, Castelle-Leon, Aragon, Murcia, Andalucia, Castile La Mancha, Extremadura, La Rioja, Navarre, Basque Country, Cantabria, Asturias, Galicia, Balearic Island, Ceuta dan Melilla.
Mitos
Banyak teori dikemukakan tentang sejarah permulaan Barcelona. Antaranya adalah:
1. Barcelona dibuka oleh Hamilcar Barca sekitar 300BC.
Hamilcar Barca adalah bapa kepada panglima perang termashyur pada zaman purba iaitu Hannibal. Hamilcar Barca dikatakan mengasas Barcelona sekitar 300 tahun sebelum Masihi. Nama Barcelona diambil daripada nama Hamilcar Barca itu sendiri.
2. Barcelona dibuka oleh Hercules sekitar 2000BC.
Dikatakan bahawa kononnya wira Yunani iaitu Hercules telah bersama-sama dengan Jason of Argonout berlayar daripada Africa dengan sembilan buah kapal. Malangnya sebuah daripada kapal mereka telah musnah dilanda oleh ombak di sekitar wilayah Catalan sekarang. Mereka berdua telah berusaha mencari kapal yang ke sembilan dan akhirnya menjumpai di satu tempat yang sekarang ini berdirinya Bandaraya Barcelona. Dek kerana terpaku dengan keindahan tempat itu yang dikelilingi gunung ganang mencanak tinggi, mereka mengelarnya Barca Nona yang membawa maksud kapal kesembilan.
3. Barcelona telah dibuka oleh koloni Rom yang digelar Barcino sekitar 27 BC.
Barcelona dikatakan telah dibuka oleh koloni Rom yang digelar Barcino sekitar tahun 27BC. Nama Barcelona dikatakan berasal daripada koloni ini iaitu Barcino. Nama Barcino lama kelamaan disebut Barcelona dan ia kekal sehingga hari ini.
Dijajah
Bandar Barcelona berulang kali dijajah oleh kuasa asing misalnya oleh kaum Vasigoth pada kurun ke-5 Masihi. Vasigoth adalah salah satu daripada kaum Goth yang mendiami barat Jerman sekitar kurun tersebut. Vasigoth telah menjadikan bandar Barcelona sebagai pusat dan ibu negeri bagi wilayah yang dikuasai mereka.
Kemudian, Islam telah datang ke Barcelona yang diketuai oleh Tariq Ibnu Ziad atau digelar oleh orang Vasigoth sebagai Taric el Tuerto atau Tariq si mata satu. Islam tersebar ke Barcelona kira-kira pada kurun ke-8. Selepas tumpasnya jiran Barcelona iaitu Tarragona pada 717 , Vasigoth seperti sudah tidak berupaya mempertahankan Barcelona sehingga kalah dengan mudah kepada tentera-tentera dinasti Ummayyah. Syiar Islam bersemi di Barcelona selama 100 tahun lamanya sebelum dirampas oleh Louis the Pious di bawah arahan daripada Charlesmagne pada 801 Masihi. Barcelona barada di bawah pemerintahan Frankish sejak daripada detik tersebut.
Hubungan Catalonia dan Madrid yang tegang
Hubungan Catalonia dan Madrid sememangnya tegang sejak daripada dahulu lagi. Sewaktu Dinasti Ummayyah memerintah Sepanyol sekalipun Catalonia adalah wilayah yang terasing kerana ia dikuasai kembali oleh pemerintahan Frankish pada 801 masihi.
Madrid adalah salah satu wilayah di Sepanyol. Ibu negerinya adalah kota Madrid. Kota Madrid juga adalah ibu negara Sepanyol iaitu pusat pemerintahan kerajaan Sepanyol. Madrid adalah pusat penyebaran budaya latin yang utama ke wilayah-wilayah lain di Sepanyol khususnya kepada musuh ketatnya, Catalonia.
Di Catalonia, bahasa yang digunakan adalah berlainan benar dengan bahasa yang digunakan oleh rakyat Sepanyol yang tipikal. Bahasa rasmi Sepanyol adalah Castille atau lebih mudah digelar bahasa latin. Namun, di Catalonia, kebanyakkan masyarakat mereka menulis dan bercakap menggunakan bahasa Catalan.
Puncanya adalah daripada Diktator Franco
Semasa pemerintahan diktator Franco daripada 1939 sehingga 1975, bahasa Catalan diharamkan daripada digunakan dan sesiapa yang didapati menggunakannya akan berdepan dengan hukuman yang keras. Bahasa Catalan mengalami zaman yang cukup suram dan masyarakat Catalonia menghadapi sikap kerajaan yang kuku besi dan tidak berhati perut. Bahasa Catalan sebenarnya sangat bernasib baik berbanding bahasa Basque yang ditutur oleh masyarakat keturunan Basque satu ketika dahulu. Kini, Bahasa Basque sudah tidak ditutur dan kebanyakkan masyarakat Basque sudah tidak lagi mahir menulis dengan menggunakan bahasa Basque. Ia mirip apa yang berlaku kepada tulisan Jawi di Malaysia.
Bukan itu sahaja, bendera Catalonia juga diharam. Lagu Catalonia apatah lagi. Boleh dikatakan, identiti masyarakat Catalan tidak boleh ditunjukkan secara terang-terangan pada umum. Masyarakat Catalan bagaimanapun tidak pernah hilang identiti. Mereka menjaganya dengan bergitu baik. Bahasa mereka iaitu Catalan mereka tuturkan di rumah, diajari anak-anak kecil bercakap bahasa tersebut di rumah.
Untuk pengetahuan pembaca, bahasa Catalan adalah mirip dengan bahasa Perancis , Itali dan sedikit berbunyi latin.
Diktator Franco juga pernah menggunakan taktik kotor apabila memaksa masyarakat daripada wilayah lain untuk menetap dan tinggal di negeri-negeri wilayah Catalonia. Tujuannya adalah satu iaitu untuk memusnahkan identiti masyarakat Catalan. Miskipun kelihatan cukup agresif dan progresif namun ia tidak berhasil kerana masyarakat daripada luar Catalonia bukan sahaja tidak berjaya mempengaruhi masyarakat Catalan tetapi mereka pula menjadi seperti masyarakat Catalan daripada segi komunikasi dan berpakaian.
Titik Tolak kuasa Autonomi kepada Catalonia
Catalonia mula mendapat nafas baru setelah diberi kuasa autonomi pada 18 September 1979 melalui undang-undang Statute of Autonomy. Sebenarnya, wilayah Catalonia telah sedia diberi kuasa autonomi sejak daripada tahun 1932 semasa Second Spanish Republic namun ia telah dimansuhkan semasa pemerintahan diktator Jeneral Francisco Franco setelah berlakunya Spanish Civil War.
Melalui undang-undang autonomi ini, Catalonia hak ekskusif dalam beberapa perkara seperti kebudayaan, komunikasi, persekitaran, pengangkutan, kewangan, keselamatan awam dan kerajaan tempatan. Manakala perkara seperti bidang pelajaran, kesihatan dan undang-undang pengadilan dikongsi haknya dengan kerajaan Sepanyol berpengkalan di Madrid.
Catalonia mempunyai pasukan polis mereka yang tersendiri iaitu Mossos d’Esquadra. Sekarang, Mossos d’Esquadra sedang berkira-kira untuk mengambil hak daripada Polis Kebangsaan Sepanyol untuk mengawal wilayah Catalonia.
Baru-baru ini, Catalonia telah diberi hak untuk melanjutkan hak autonominya yang telah sedia tamat pada Ogos 2006.
Catalan yang kebal identiti
Masyarakat Catalan sangat kebal dengan identiti mereka. Mereka memiliki sejarah dan peninggalan yang tersendiri. Malah mereka sering mendakwa mereka adalah keturunan daripada dewa iaitu melalui susur galur Hercules.
Masyarakat Catalan asalnya kebanyakkannya bukanlah daripada keturunan Sepanyol yang asli sepertimana yang terdapat di Madrid. Mereka sebenarnya adalah hasil asimilasi dan kahwin campur antara orang Vasigoth, Roman, Carthange, Parsi, Vandal, Perancis dan lain-lain lagi. Barcelona misalnya, ibu negeri Catalonia ini adalah pusat kebudayaan dan perdagangan. Kebanyakkan penduduk di sini mempunyai pelbagai wajah dan rupa. Tengok sahaja pemain bola sepak daripada kelab Arsenal yang juga berasal dari Barcelona, rupa dan wajah beliau tidak langsung mirip seorang berbangsa Sepanyol yang tipikal. Bergitu pula dengan Puyol dan Xavi.
Hasrat untuk keluar daripada Sepanyol
Perkara ini sudah lama diidamkan oleh masyarakat Sepanyol. Ramai tokoh-tokoh daripada Catalonia yang ingin membawa Catalonia membentuk negara mereka sendiri. Antara yang paling terkenal adalah Lluis Companys.
Tokoh pejuang dan juga bekas Presiden Catalonia ini telah berusaha untuk memperjuangkan hak rakyat Catalonia yang tertindas. Tindakan beliau sangat tidak disenangi oleh pemerintah Sepanyol ketika itu Jeneral Francis Franco. Akibatnya beliau diburu. Beliau kemudiannya melarikan diri dan mendapat suaka(exile) di Perancis. Namun, beliau telah ditangkap oleh Gestapo iaitu polis rahsia Nazi atas arahan daripada Hitler dan diktatior Francis Franco. Beliau dihukum tembak pada 15 Oktober 1940.
Ramai ahli politik daripada Catalonia tidak menyenangi layanan daripada kerajaan pusat Sepanyol. Catalonia adalah wilayah paling kaya di Sepanyol. Hasil daripada perdagangan di Midetrineaan telah memberi hasil yang cukup untuk menampung penduduknya. Belum cukup dengan itu, hasil daripada perlancongan juga memberi impak yang besar kepada sistem ekonom Catalonia.
Hasil yang dicuri
Walaubagaimanapun, malang sekali nasib wilayah Catalonia apabila wilayah ini hanya mendapat sedikit sahaja hasil daripada dalam negerinya. Kebanyakkannya diambil oleh kerajaan pusat bagi menampung wilayah-wilayah yang miskin. Situasi ini mirip dengan apa yang berlaku di Terengganu dan Sarawak di mana negeri yang kaya dengan hasil laut dan sumber bahan mentah ini adalah antara negeri termiskin di Malaysia. Ini adalah akibat hasilnya yang diambil oleh kerajaan pusat.
Apa kata masyarakat?
Kebanyakan masyarakat di Catalonia juga tidak bersependapat dengan kerajaan pusat Sepanyol yang menindas. Mereka berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri dan mereka yakin mereka mampu berbuat demikian. Umum masyarakat Catalonia berkias dengan mengatakan bahawa pasukan kebangsaan yang asli bukannya Sepanyol tetapi daripada pemain yang dilahirkan di Catalan. Mereka berhasrat untuk melihat Catalan beraksi di Piala Dunia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Penulis pernah terbaca satu petikan ayat daripada Joan Laporta iaitu mantan Presiden kelab bolasepak Barcelona. Beliau berkata,
Barca belongs to the world, Barca is Japanese,Africa and American.But it’s Spanish?
Ketika itu, Laporta diam dan menarik nafas panjang.
Kemudian beliau menyambung satu ayat lagi.
I have no emotion for the (Spanish) national team.
Bergitulah besarnya hasrat masyarakat Catalan untuk membentuk imej dan negara mereka sendiri. Kuasa autonomi yang diberi dirasakan tidak mencukupi kerana hasil daripada wilayah mereka dicuri dan dirompak.
Mereka ini sebenarnya bukannya berbangsa Sepanyol tetapi mereka adalah Catalan, orang Catalonia.!
~ Catalonia terdiri daripada empat negeri iaitu Barcelona sebagai ibu negeri, Tarragona, Lerida dan Gerona.
@ Ia mirip apa yang berlaku kepada tulisan Jawi di Malaysia.
ReplyDelete-
Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
-
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
http://typophile.com/node/74436