Tuesday, December 14, 2010

10 Pemain Bintang Tidak Beraksi Di Piala Dunia 2010 !

1. David Beckham (England)



  • Bekas kapten England ini mengalami kecederaan ketika bermain untuk AC Milan musim lepas sekaligus meranapkan impiannya beraksi untuk Piala Dunia yang ke 4 bagi dirinya.
  • Walau bagaimanapun beliau di bawa ke Afrika Selatan atas tiket jurulatih.

2. Ronaldinho (Brazil)



  • Bekas pemain terbaik dunia ini tidak di bawa ke Afrika Selatan atas alasan kemerosotan prestasi sejak akhir-akhir ini.
  • Antara punca kemerosotan prestasinya ialah gemar berfoya-foya dengan wanita.


3. Micheal Ballack (Germany)




  • Beliau di landa kecederaan ketika perlawanan final Piala FA 2009/2010, Chelsea VS Portsmouth.
  • Memandangkan umurnya yang mencecah 30-an, ini bermakna beliau tiada peluang lagi untuk bermain di Piala Dunia.

4. Rio Ferdinand (England)



  • Beliau di landa kecederaan ketika sesi latihan ketika baru beberapa hari tiba di Afrika Selatan.
  • Tempatnya di ganti oleh Micheal Dowson dan gelaran kapten terpaksa di lepaskan kepada Steven Gerrard.

5. Zlatan Ibrahimovic (Sweden)



  • Penyerang prolifik Barcelona ini tersisih dari Piala Dunia bukan di sebabkan kecederaan tetapi kerana Sweden gagal layak ke Piala Dunia 2010.

6. Micheal Owen (England)



  • Beliau pernah menjadi penyerang no 1 England suatu ketika dahulu.
  • Masih mempunyai penyudah yang tajam tapi kerap di landa kecederaan mengakibatkan beliau di ketepikan oleh Fabio Capello.

7. Nani (Portugal)



  • Pemain sayap Manchester United ini tersisih dari Piala Dunia akibat kecederaan.
  • Gandingan beliau bersama Cristiano Ronaldo di bahagian sayap selalu menjadi mimpi ngeri pasukan lawan.

8. Andrei Arshavin (Russia)




  • Senasib dengan Ibrahimovic di mana negara beliau juga gagal layak ke Piala Dunia 2010.
  • Pernah menjadi rebutan kelab utama Eropah selepas mempamerkan aksi memukau ketika Euro 2008.

9. Ruud Van Nistelrooy (Holland)



  • Setelah gagal mendapat tempat di Real Madrid beliau berhijrah ke Hamburg dengan harapan akan mendapat tempat ke Piala Dunia.
  • Walaupun bermain baik untuk Hamburg, namun prestasi cemerlang Robin Van Persie, Arjen Robben dan Dirk Kuyt menutup peluang beliau ke Afrika Selatan.


10. Karim Benzema (Perancis)



  • Pernah di label sebagai penyerang generasi baru Perancis.
  • Prestasi turun naik di Real Madrid menyebabkan namanya disisih dari skuad Piala Dunia Perancis.

No comments:

Post a Comment