Pendahuluan
Pada suatu masa sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, terdapat dua jenis pesawat pejuang. Pesawat kecil satu enjin yang digunakan sebagai pesawat pemintas dan pesawat pejuang siang, kadang-kala dirujuk sebagai pengejar (pursuit), sementara rekabentuk enjin berkembar digunakan sebagai pesawat pejuang berat.
Peranan yang terakhir ternyata tidak dapat dilaksanakan, atau tidak cukup usaha diberikan untuk menjadikan ia kekal berguna. Kemudian ia disenaraikan kepada peranan kedua yang sentiasa bertambah, termasuk pejuang penyerang, pemusnah pengebom dan pejuang malam, di mana enjin berkembar memberikannya keupayaan tambahan yang diperlukan untuk memenuhi peranan ini.
Ketika prestasi enjin pesawat semakin meningkat, terutamanya dengan enjin jet pada 1960-an, keperluan bagi rekabentuk berlainan perlahan-lahan lenyap. Mula-mula reka bentuk pesawat pemintas, pemusnah pengebom dan pejuang malam digabung kedalam kelas pesawat tunggal. Kemajuan berikutnya dalam sistem pensasar dan peningkatan keupayaan bebanan bererti pejuang moden mampu membawa beban seberat pengebom Perang Dunia II, menyingkirkan kebanyakan peranan pengebom dan pesawat penyerang darat. Kini biasanya hanya terdapat dua reka bentuk pejuang umum, pesawat kecil yang merupakan asas tunjang kebanyakan tentera udara, dan reka bentuk yang lebih besar untuk beroperasi pada jarak lebih jauh, kadang kala dikenali sebagai pesawat pemintas.
Pesawat pejuang dimajukan semasa Perang Dunia I, dan digunakan bagi menjatuhkan pesawat peninjau musuh dan belon. Kuasa enjin amat terhad sehinggakan ia hampir tidak mampu terbang, tetapi pada akhir peperangan ia menjadi reka bentuk utama dalam simpanan.
Pada Perang Dunia II pesawat pejuang amat penting. Penguasaan udara telah menjadi bahagian penting dalam doktrin ketenteraan, terutamanya dalam kes blitzkrieg. Ketidak upayaan Luftwaffe untuk memusnahkan skuadron pejuang British semasa Pertempuran Britain menjadikan penjajahan Britain melalui laut tidak dapat dilaksanakan. Apabila kuasa enjin meningkat, rekabentuk sedia ada seringkali digunakan bagi peranan lain, dengan pesawat seperti Republic P-47 dan Hawker Typhoon menjadi mashyur sebagai pesawat penyerang.
Messerschmitt memajukan pejuang jet beroperasi yang pertama, Me 262, terbukti lebih pantas berbanding pesawat berkipas biasa. Dari segi umum, jet adalah kebal selagi juruterbangnya menggunakan kelebihan kepantasannya. Me 262 mampu terbang jauh daripada pejuang yang bertahan, atau, ditangan juruterbang terlatih, ia mampu mengejar pejuang lawan begitu pantas sehinggakan lawan tidak mampu lari daripada meriamnya. Me 262 kurang digunakan, sebahagiannya akibat kekurangan bahan api Jerman. Tambahan lagi, kelebihan kelajuannya dihadkan dengan banyak oleh desakan Adolf Hitler agar ia digunakan terutamanya sebagai pejuang pengebom. Bagaimanapun pesawat itu jelas menunjukkan berakhirnya tempoh pejuang berenjin berkipas. Gloster Meteor Britain, yang dibangunkan semenjak akhir 1930-an, dihasilkan tidak lama kemudian, dirangsang oleh laporan mengenai jet Jerman, dan pada akhir perang kesemua reka bentuk pejuang berenjin kipas terhenti.
Pada 1950-an, pesawat berenjin jet yang mampu mencapai penerbangan supersonik dibangunkan. Kuasa enjin yang dihasilkan masih rendah, dan rekabentuk dikhususkan bagi peranan tertentu. Sebanarang tentera udara mungkin menmpunyai tiga atau empat rekabentuk, pejuang siang, pejuang malam, pesawat penyerang dll.
Perbezaan ini berterusan berkurangan semasa 1960-an, tidak semestinya dangan hasil yang baik. McDonnell F-4 Phantom II direka sepenuhnya sebagai pesawat pemintas bagi Tentera Laut Amerika Syarikat, tetapi berjaya dalam peranan pesawat pelbagai peranan bagi Tentera Udara Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat termasuk juga kebanyakan negara lain. Hanya beberapa tahun kemudian, bagaimanapun, General Dynamics F-111, bertujuan berperanan sebagai pejuang pelbagai-peranan, pelbagai-khidmat, terbukti hampir bencana, tidak berguna sebagai pesawat pejuang sehinggakan versi tentera laut dibatalkan, dan jenis tersebut berakhir sebagai pesawat pengebom. Belanjawan dan realiti politik semakin memaksa pembangunan pelbagai-peranan berbanding pesawat khusus, tetapi selain pengecualian tertentu (seperti F/A-18 Hornet), permintaan bagi pesawat penyerang yang baik dan pejuang tempur udara yang baik kekal sukar dicapai.
Pembangunan terkini termasuk penonjolan radar bagi pesawat--teknik yang dikenali sebagai halimunan--termasuk juga peningkatan jarak pada kelajuan supersonik (superkrus) dan pergerakan yang lebih baik. Akhirnya, kebanyakan pihak percaya bahawa tidak terdapat masa depan bagi pesawat pejuang berpemandu kerana mereka akhirnya akan digantikan oleh Unmanned Combat Air Vehicle (UCAV). Bagaimanapun, pasukan udara utama dunia sekarang dalam proses menggantikan pesawat mereka dengan pesawat generasi baru, dengan itu perubahan ini kemungkinannya memakan masa yang lebih lama.
Sejarah
Pesawat pejuang berenjin piston
1914-1918
Pertempuran udara mula-mula timbul semasa Perang Dunia I di mana seorang juruterbang dari Perancis Roland Garros diberi pingat kerana ciptaannya meletakkan mesingan pada kapal terbangnya, yang menembak peluru melalui kipas. Walaupun reka bentuk tersebut jatuh ketangan Jerman, Garros telah menggunakannya untuk menjatuhkan tiga pesawat musuh.
Kapal terbang terkenal (dengan tahun diperkenalkan) :
- United Kingdom - Vickers F.B.5 (1915)
- Jerman - Fokker Eindecker (1915)
- Perancis - Nieuport 11 (1915)
- United Kingdom - Airco DH-2 (1915)
- Jerman - Albatros D.III (1916)
- Perancis - Nieuport 17 (1916)
- Jerman - Fokker Dr.I (1917)
- Perancis - SPAD S.XIII (1917)
- Perancis - Nieuport 28 (1917)
- United Kingdom - Sopwith Camel (1917)
- United Kingdom - Royal Aircraft Factory S.E.5 (1917)
- Jerman - Fokker D.VII (1918)
- United Kingdom - Sopwith Snipe (1918)
1919-1938
Semasa tempoh antara perang reka bentuk pejuang berubah daripada kapal terbang dua sayap yang diperbuat daripada kayu dan kain semasa Perang Dunia I, menjadi kapal terbang satu dan dua sayap yang diperbuat daripada logam.
Dalam tempoh beberapa tahun sebelum Perang Dunia II, pejuang yang menjadi terkemuka semasa Pertempuran Britain dimajukan - Supermarine Spitfire, Hawker Hurricane dan Messerschmitt Bf 109. Yang terakhir diuji dalam Perang Saudara Sepanyol.
Kapalterbang dua sayap
- Republik Czech - Avia B-534
- Itali - Fiat CR.42
- Sweden - Svenska Aero Jaktfalken
- United Kingdom - Bristol Bulldog
- United Kingdom - Gloster Gladiator
- United Kingdom - Hawker Fury
- Amerika Syarikat - Boeing F4B-4
Kapalterbang sayap tunggal
- Jepun - Mitsubishi A5M 'Claude'
- Belanda - Fokker D.XXI
- Poland - PZL P.11
- Kesatuan Soviet - Polikarpov I-16
- United Kingdom - Hawker Hurricane
- Amerika Syarikat - Boeing P-26 Peashooter
- Amerika Syarikat - F2A Brewster Buffalo
1939-1945
Kebanyakan pesawat ini mampu melebihi 400 bth (600 km/h) dalam penerbangan mendatar, dan cukup pantas ketika menjunam sehinggakan ia mula berhadapan dengan gelora transonik yang dialami hampir pada Mach 1, kadang-kala berkecai dalam penerbangan akibat beban berat pada kapal terbang semasa hampir mencapai "kelajuan bunyi". Brek junaman dimajukan pada akhir Perang Dunia II bagi menimima masalah ini dengan itu mengembalikan kawalan pada juruterbang.
Kapalterbang ternama
- Macchi C.200
- Macchi C.202
- Macchi C.205
- Fiat G.55
- Fiat G.50
- Reggiane Re 2000
- Reggiane Re 2001
- Reggiane Re 2005
- Kawanishi N1K-J
- Nakajima Ki-27
- Nakajima Ki-43
- Nakajima Ki-44
- Nakajima Ki-84
- Kawasaki Ki-61
- Kawasaki Ki-100
- A6M Zero
- Mitsubishi J2M
- Messerschmitt Bf 109
- Messerschmitt Bf 110
- Focke-Wulf Fw 190
- Messerschmitt Me 163
- Messerschmitt Me 210
- Heinkel He 100
- Heinkel He 111
- Heinkel He 112
- Yakovlev Yak-1
- Yakovlev Yak-3
- Yakovlev Yak-9
- Lavochkin LaGG-3
- Lavochkin La-5
- Lavochkin La-7 'Fin'
- Mikoyan-Gurevich MiG-3
- Supermarine Spitfire
- Hawker Hurricane
- Hawker Typhoon
- Hawker Tempest
- De Havilland Mosquito
- Gloster Meteor
- Boulton Paul Defiant
- Hawker Sea Fury
- Grumman F4F Wildcat
- Vought F4U Corsair
- Grumman F6F Hellcat
- Curtiss P-36 Hawk
- Lockheed P-38 Lightning
- Bell P-39 Airacobra
- Curtiss P-40 Warhawk
- Republic Aviation Company Republic P-47 Thunderbolt
- North American P-51 Mustang
- Bell P-63 Kingcobra
Pesawat pejuang berkuasa jet
Generasi Pertama (1944-1953)
Jet pejuang generasi pertama menghadapi masalah pada kelajuan bunyi (menyerupai dengan pejuang berenjin omboh/piston) sehinggalah jurutera penerbangan Richard Whitcomb menemui "aturan luas permukaan Whitcomb" pada 1952. Rekaan berikut menonjolkan fiuslaj "berbentuk botol" yang meningkatkan prestasi. Ini merupakan perbezaan penting antara jet pejuang awal (F-86, dan lain-lain) dengan yang berikutnya seperti F-5.
Pesawat ternama :
- Mikoyan-Gurevich MiG-9 'Fargo'
- Mikoyan-Gurevich MiG-15 'Fagot'
- Mikoyan-Gurevich MiG-17 'Fresco'
- Lavochkin La-15 'Fantail'
- Yakovlev Yak-15/17 'Feather'
- Yakovlev Yak-23 'Flora'
- Yakovlev Yak-25 'Flashlight'
- Lockheed P-80 Shooting Star
- Republic F-84 Thunderjet
- Republic F-84F Thunderstreak
- North American F-86 Sabre
- Northrop F-89 Scorpion
- Lockheed F-94 Starfire
- North American FJ Fury
- McDonnell F2H Banshee
- McDonnell F3H Demon
- Douglas F3D Skyknight
- Douglas F4D Skyray
- Vought F7U Cutlass
- Grumman F9F Panther
[sunting] Generasi Kedua (1953-1960)
Pesawat pejuang generasi ke-2 banyak menggunakan teknologi-teknologi baru unuk meningkatkan keupayaan serangan. Penggunaan peluru berpandu seperti AIM-9 Sidewinder dan AIM-7 Sparrow telah diperkenalkan.
Pengkhususan utama semasa era ini adlah pesawat pejuang-pengebom seperti F-105 Thunderchief dan Sukhoi Su-7, dan pesawat pemintas seperti English Electric Lightning dan F-104 Starfighter.
Pesawat ternama :
- Mikoyan-Gurevich MiG-19 'Farmer'
- Mikoyan-Gurevich MiG-21 'Fishbed'
- Sukhoi Su-7 'Fitter-A'
- Sukhoi Su-9/11 'Fishpot'
- English Electric Lightning
- de Havilland Venom
- De Havilland Sea Vixen
- Gloster Javelin
- Hawker Hunter
- Supermarine Scimitar
- Supermarine Swift
- Chance-Vought F-8 Crusader
- Grumman F-9 Cougar
- Grumman F-11 Tiger
- North American F-100 Super Sabre
- McDonnell F-101 Voodoo
- Convair F-102 Delta Dagger
- Lockheed F-104 Starfighter
- Republic F-105 Thunderchief
- Convair F-106 Delta Dart
Generasi Ketiga (1960-1970)
Pesawat pejuang generasi ke-3 menandakan kematangan inovasi teknologi yang diperkenalkan pada pesawat generasi pertama. Keupayaan tempur pesawar telah ditingkatkan dengan penggunaan peluru berpandu yang dipertingkatkan, radar, dan sistem avionik yang lain. Paling ketara adalah pengalaman pertempuran dengan menggunakan peluru berpandu dan senjata tembakan automatik terbaru, terutaanya meriam rangkaian yang menggunakan enjin elektrik untuk menjana mekanisma meriam, yang mana membolehkan senjata tunggal berbilang laras seperti meriam Vulcan 20mm) dibawa dan yang mana mempunyai kadar tembakan dan ketepatan yang tinggi.
Pesawat ternama :
- Mikoyan-Gurevich MiG-21MF/bis 'Fishbed'
- Mikoyan-Gurevich MiG-23 'Flogger'
- Mikoyan-Gurevich MiG-25 'Foxbat'
- Sukhoi Su-15 'Flagon'
- Sukhoi Su-17 'Fitter'
- Tupolev Tu-28 'Fiddler'
Generasi Keempat (1970-1990)
Sebagai reaksi atas peningkatan kos terhadap pesawat pejuang dan kejayaan pesawat F-4 Phantom II, pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) menjadi popular dalam jangka waktu ini. Pesawat pejuang seperti Mikoyan-Gurevich MiG-23 dan Panavia Tornado mempunyai versi di reka khusus untuk melaksanakan pelbagai peranan, walaupun begitu pesawat MRCA sebenar adalah F/A-18 Hornet dan Dassault Mirage 2000.
Tidak seperti pesawat pemintas di era sebelumnya, kebanyakan pesawat penguasaan udara moden direka untuk pertempuran lincah di udara, dengan pengecualian pada pesawat Mikoyan MiG-31 dan Panavia Tornado ADV. Kawalan terbang-dengan-wayar dan kestabilan santai adalah merupakan perkara biasa dalam pesawat pejuang moden. Perubahan ketara lain adalah menstandardkan komponen dan pengantungan pada penyelengaraan yang lebih mudah mana pesawat pejuang awal memerlukan sehingga 50 jam-bekerja oleh krew sokongan untuk setiap jam penerbangan di udara. Kebanyakan pesawat pejuang moden hanya memerlukan 10 jam-bekerja bagai setiap jam penerbangan di udara, malah terdapat pesawat pejuang yang mana lebih cekap.
Pesawat ternama :
United Kingdom / Jerman / Itali
- Grumman F-14 Tomcat
- McDonnell Douglas F-15 Eagle
- General Dynamics / Lockheed Martin F-16 Fighting Falcon
- McDonnell Douglas F/A-18 Hornet
- Northrop F-20 Tigershark
Generasi Ke 4.5 (1990-2000)
Generasi ke 4.5 ditentukan untuk menandakan jangka waktu singkat disebabkan tiadanya perkembangan teknologi aerodinamik jika dibandingkan dengan kemajuan yang dibawa generasi ke-3 dan ke-4, tetapi pencapaian yang mengagumkan dalam avionik dan elektronik penerbangan yang lain. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan yang telah dicapai dalam teknologi mikrocip dan semi konduktor dalam tahun 1980-an dan 1990-an. Kombinasi ini menjurus pereka untuk mengeluarkan reka bentuk generasi ke-4 yang "dipertingkatkan", dengan kerangka pesawat diasaskan daripada kerangka pesawat sedia ada atau teori reka bentuk yang sama seperti sebelumnya tetapi dengan penggunaan avionik dan radar untuk jangka masa pendek dan maklum balas yang diterima dari reka bentuk halimunan generasi ke-4, yang mana kemudiannya akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan pesawat generasi ke-5. Contoh pesawat generasi ke 4.5 adalah pesawat F/A-18E/F Super Hornet, yang mana berdasarkan teknologi reka bentuk F/A-18 Hornet di tahun 1970-an. Walaupun secara luarannya, keadaan reka bentuk bentuk pesawat ini lebih kurang sama, pesawat Super Hornet mempunyai sistem avionik termaju seperti kokpit kaca (yang mana masih 90% sama dengan pesawat asal), radar AESA yang lebih stabil, enjin terbaru, penggunaan bahan komposit untuk menurunkan berat, dan perubahan kecil pada bentuk pesawat untuk mengurangkan kesan radar. Contoh lain adalah pesawat F-15E Strike Eagle, versi pesawat serang darat di era Perang Dingin iaitu pesawat F-15 Eagle dengan kerangka pesawat yang diperkukuhkan dan enjin dipertingkatkan, paparan kokpit kaca, dan sistem pengemudian mengikut permukaan dan sasaran termaju. Daripada pesawat generasi ke 4.5, hanya pesawat Super Hornet, Strike Eagle, dan Rafale yang telah terlibat dalam aksi pertempuran.
Pesawat ternama :
United Kingdom / Jerman / Itali / Sepanyol
- Boeing F-15E Strike Eagle dan terbitan selepasnya
- General Dynamics / Lockheed Martin F-16C/D Block 50/52 dan terbitan selepasnya
- Boeing F/A-18E/F Super Hornet
Generasi Kelima (2000-Sekarang)
Daripada pesawat ini, hanya pesawat F/A-22 Raptor buatan A.S, telah dikeluarkan pada tahun 2004 dan sedang beroperasi.
[sunting] Dalam perkhidmatan
- Lockheed Martin / Boeing F/A-22 Raptor(penerbangan sulung pada tahun 1997)
[sunting] Dalam pembangunan
- Pesawat Tempur Sederhana - penerbangan sulung dijangka pada 2012.
- Republik Rakyat China
- Shenyang J-XX (J-13 dan J-14 dijangka akan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 2012)
Rusia / India Sukhoi/HAL FGFA (versi 2-tempat duduk bagi Sukhoi PAK FA)'[3]
- Korea Selatan
- KFX (penerbangan sulung dijangka pada tahun 2014)
Amerika Syarikat / United Kingdom / Itali / Belanda / Kanada / Turki / Australia / Norway / Denmark
- Lockheed Martin F-35 Lightning II - (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 2006)
[sunting] Demonstrasi teknologi
- Mitsubishi ATD-X (penerbangan sulung dijangka pada tahun 2014)
- Sukhoi Su-47 Berkut 'Firkin' (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 1997)
- Mikoyan Projek 1.44 'Flatpack' (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 2000)
- Lockheed Martin YF-22 Lightning II (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 1990)
- Northrop YF-23 Black Widow II (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 1990)
- Boeing Bird of Prey (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 1996)
- McDonnell Douglas X-36 (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 1997)
- Lockheed Martin X-35 (penerbangan sulung dilakukan pada tahun 2000)
- Boeing X-32 JSF (penerbangan sulung untuk pesawat X-32A dilakukan pada tahun 2000, penerbangan sulung versi X-32B STOVL dilakukan pada tahun 2001)
No comments:
Post a Comment