Wednesday, December 15, 2010

Kenali Kuasa Besar Dulu-kala: Empayar Byzantine

Fail:Palaiologos-Dynasty-Eagle.svgFail:Flag of PalaeologusEmperor.svg

Empayar Byzantine semasa era kegemilangan sekitar 550. Wilayah ungu ditawan semula ketika pemerintahan Justinian Agung

Ibu negara
Constantinople¹

Agama
Ortodoks Timur

Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur merujuk kepada Empayar Rom semasa Zaman Pertengahan, dan pusatnya terletak di Konstantinopel yang sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki. Walaupun empayar ini dikenali masyarakat barat sebagai Empayar Greek kerana budaya dan populasinya, ia dikenali oleh rakyatnya sendiri sebagai Empayar Rom atau Romania kerana maharajanya adalah dari maharaja berketurunan Rom dan menurut dunia Islam, mereka adalah orang Rom.

Permulaan empayar (330-440 M)

Maharaja Constantine I memindahkan Empayar Rom ke bandar Byzantium dan menamakan bandar tersebut Constatinople. Beberapa tahun kemudian, selepas bandar Rome diambil alih oleh orang Jerman, keseluruhan Empayar Rom berpindah ke Constatinople, dan satu empayar baru terbina. Empayar baru ini masih mengikut cara Empayar Rom kristian tetapi mempunyai wilayah yang lebih kecil berbanding Empayar Rom lama.

Empayar bermasalah (476-717 M)

Peperangan di barat

Empayar Byzantine cuba untuk menakluk Rome dan Itali dari orang Jerman. Di antara tahun 500 ke 600 SM, mereka memenangi banyak peperangan dan menawan kembali Rome.

Kemenangan ini tidak kekal apabila orang Jerman menawan kembali Itali dan Rome. Lebih memburukkan keadaan, orang Avar datang dan menawan Bulgaria dan Greece dari orang Byzantine. Selepas beberapa peperangan, orang Avar menang dan mengambil utara Greece dan Bulgaria. Mereka kemudiannya menggelar diri mereka sebagai orang Bulgar.

Peperangan di timur

Selepas Rome ditawan orang Jerman, Empayar Byzantine masih mengawal Mesir, Greece, Palestin, Syria dan Turki. Tetapi, satu lagi empayar yang dikenali dengan Empayar Parsi, mahu menawan kawasan-kawasan ini. Di antara tahun 476 ke 628 SM, Empayar Byzantine dan Parsi berperang dan ramai yang terkorban. Peperangan berakhir dengan tewasnya orang Parsi di Iraq, berdekatan dengan bandar lama Ninevah pada tahun 627 SM.

Malang bagi empayar apabila musuh baru muncul iaitu orang Arab. Empayar Byzantine yang baru sahaja tamat berperang dengan orang Parsi tewas dalam banyak peperangan dengan orang Arab. Palestin, Syria dan Mesir jatuh ke tangan Arab walaupun mereka dapat mempertahankan Turki dan menyekat kemaraan orang Arab.


Pemulihan empayar (717-1025)


Pada tahun 717, orang Arab dikalahkan di Constantinople yang menyaksikan berakhirnya ancaman Arab di timur. Di barat, Empayar melancarkan peperangan dengan orang Bulgar. Sesetengah serangan ini berjaya tetapi ada juga yang gagal dan menyebabkan kematian ramai maharaja. Empayar Byzantine bagaimanapun menjadi kuat kerana musuh-musuhnya berperang sesama sendiri.

Pemulihan di barat

Antara tahun 1007-1014, Maharaja Basil II kerap menyerang Bulgaria sehingga dapat menawan kembali Greece. Beliau kemudian berjaya menawan Bulgaria pada tahun 1018.

Pemulihan di timur

Di timur, orang Arab sekali lagi menjadi ancaman kepada Empayar. Serangan Maharaja Basil II bagaimanapun berjaya dan sebahagian dari Syria kembali ke tangan empayar selain dari Turki dan Armenia. Selepas 1025, Arab tidak lagi menjadi ancaman kepada empayar.


Kejatuhan empayar (1025-1453)

Garis masa Empayar Byzantine
667 SM Bandar purba Byzantium (kemudiannya Constantinople dan Istanbul) ditemui.
27 SM Kebangkitan Empayar Rom.
ca. 235 - 284 "Krisis abad ketiga".
292 Pembaharuan Maharaja Diocletian
330 Constantine Agung menjadikan Byzantium ibu kota (Nova Roma), dinamakan kembali "Constantinople" (ibu kota Constantine), selepas kemangkatan Constantine pada 337. Ia menjadi ibu kota Empayar Byzantine (kecuali untuk separuh abad) untuk lebih seribu tahun.
395 Empayar berpecah kepada timur dan barat selepas kematian Theodosius I.
527 Justinian I menaiki takhta.
7 April, 529 Codex Justinianus diisytiharkan.
532537
Maharaja Justinian membina Gereja Hagia Sophia
533554 General-general Justinian menawan Afrika Utara dan Itali dari orang-orang Vandal dan Ostrogoth.
568 Pencerobohan Lombard menyebabkan kehilangan sebahagian besar Itali.
634641 Tentera Arab menawan Levant dan Mesir. Dalam dekad seterusnya mereka mengambil sebahagian dari Afrika Utara (dan kemudian menawan Sicily).
697 Kota Carthage di Utara Afrika (ibu kota Exarchate, Afrika) jatuh ke tangan orang Arab.
730787 dan 813843 Kontroversi Ikonoklasme menyebabkan Empayar kehilangan sebahagian besar baki wilayah Itali, selain dari sebahagian wilayah Mezzogiorno.
8431025 Dynasty Macedonia didirikan dan empayar mengalami kebangkitan kuasa tentera dan pembesaran wilayah. Sarjana-sarjana Byzantine merekodkan dan memelihara kebanyakan tinggalan teks Greek purba dan Rom.
9601042 Empayar Byzantine menghadapi beberapa kekalahan menentang kuasa Abbasiyyah dan Fatimiyyah yang menawan kembali sebahagian Mesopotamia, Syria dan Palestin.
10021018 Maharaja Basil II memulakn siri kempen ketenteraan terhadap orang Bulgaria, dengan matlamat menghancurkan negara orang Bulgar.
1014 Tentera Bulgaria dikalahkan dalam Perang Kleidon (Basil II dikenali sebagai Pembunuh orang Bulgar).
1018 Bulgaria menyerah kalah dan menjadi jajahan empayar. Seluruh Balkan menjadi jajahan Empayar Byzantine, Danube menjadi sempadan Imperial di utara.
1025 Dengan kemangkatan Basil II, zaman kemuncak Empayar merosot.
1054 Perpecahan doktrin agama antara Gereja di Rome dan Gereja di Constantinople.
1071 Maharaja Romanos IV dikalahkan oleh Turki Seljuk dalam Perang Manzikert, menyebabkan kehilangan Asia Kecil. Pada tahun yang sama, pengkalan luar terakhir empayar di Itali, (Bari), dirampas oleh orang Norman.
1081 Dinasti Komnenos didirikan oleh Alexios I dan Byzantium terlibat dalam Perang Salib. Kemakmuran ekonomi menghasilkan kekayaan baru; kesusasteraan dan kesenian mencapai kemuncak. Di Anatolia, orang Turki menjadi kuat.
1091 Tentera Imperial mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Levounion.
1097 Penawanan semula Nicaea dari orang Turki oleh tentera Byzantine dalam Perang Salib Pertama.
1097-1176 Tentera Byzantine menawan semula persisiran Asia Kecil dari orang Turki, dan bergerak ke timur ke arah Anatolia tengah. Antioch menjadi kota di bawah naungan Byzantine.
1122 Byzantine mengalahkan orang Pecheneg dalam Perang Beroia.
1167 Tentera Byzantine mengalahkan kerajaan Hungary dalam Perang Sirmium dan Hungary menjadi negara naungan Byzantine.
1176 Perang Myriokephalon berlaku dan Maharaja Manuel I Komnenos cuba menawan Konya, ibu kota Turki Seljuk. Beliau terpaksa berundur selepas kemusnahan peralatan mengepung. Dengan ini, cubaan Imperial untuk menawan dataran tinggi Anatolia berakhir.
1180 Dengan kemangkatan Maharaja Manuel I Komnenos, kemerosotan empayar bermula kembali.
1185 Pemberontakan di Bulgaria berjaya dan beberapa tanah di Balkan jatuh.
1204 Constantinople ditawan dalam Perang Salib Keempat, cubaan untuk mendirikan Empayar Latin.
1261 Constantinople dirampas oleh Patriarki Constantinople yang dibiaya oleh pemerintah Nicaea, Michael VIII Palaiologos, menyaksikan pemerintahan semula Greek dalam empayar yang semakin mengecil.
1326 Kota Prusa di Asia Kecil jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniyyah.
1326 Kota Nicaea, ibu kota Empayar untuk 100 tahun sebelumnya, jatuh kepada kerajaan Uthmaniyyah.
1453 Kerajaan Uthmaniyyah menawan Constantinople, dan dengan kemangkatan Constantine XI Palaiologos, maharaja terakhir Empayar Byzantine, empayar berakhir dan juga menyaksikan kemusnahan terakhir Empayar Rom.

1025-1071

Selepas kemangkatan Maharaja Basil II, empayar diterajui oleh ramai maharaja yang tamak. Mereka membazirkan wang negara dan mengurangkan jumlah tentera. Ini melemahkan pertahanan empayar. Empayar juga tidak mempunyai tentera yang benar-benar ikhlas berjuang tetapi hanya mahukan wang dan tentera ini lebih mahal untuk diupah.

Pencerobohan Turki (1071-1091)

Bangsa dari Asia Tengah yang menunggang kuda (kemudiannya dikenali sebagai bangsa Turki) menyerang dan berjaya menawan seluruh Turki pada 1091. Tetapi empayar mendapat pertolongan dari tentera salib dari Eropah ketika Perang Salib Pertama. Mereka bukan sahaja mahu menolong empayar tetapi juga menawan kembali Jerusalem dari tangan orang Islam.

Empayar berjaya diselamatkan (1091-1185)

Empayar Byzantine selamat dengan pertolongan bangsa Eropah yang menawan kembali separuh dari Turki. Empayar juga selamat kerana diperintah oleh tiga orang maharaja yang berkebolehan secara berterusan.

Empayar menjadi lemah sekali lagi (1185-1261)

Selepas tiga orang maharaja yang berkebolehan, empayar diperintah kembali oleh maharaja jahat yang membazirkan wang dan tentera. Orang Turki menyerang kembali dan menawan lebih banyak kawasan Turki.

Di barat, bangsa Eropah mengkhianati empayar dengan menyerang ibu kota Constantinople. Empayar kehilangan ibu kota pada tahun 1202 dan tidak berjaya merampas kembali sehingga tahun 1261.

Turki memusnahkan empayar (1261-1453)

Selepas berjaya menawan Constantinople, empayar sibuk berperang dengan bangsa Eropah dan tidak mempunyai cukup tentera dan wang untuk berperang dengan bangsa Turki. Akhirnya, keseluruhan Turki jatuh ke tangan bangsa Turki pada 1331.

Antara 1354-1450, Turki menawan kebanyakan kawasan Greece dan empayar kehilangan banyak kawasan jajahan. Empayar menjadi lemah dan menagih pertolongan dari Eropah yang tidak menolong bersungguh-sungguh. Akhirnya, bangsa Turki menyerang Constantinople dalam bulan April 1453. Pada akhir Mei 1453, bangsa Turki berjaya menawan Constantinople dan berakhirlah Empayar Byzantine.

Tinggalan empayar

Antara tinggalan Empayar pada tamadun masa kini adalah:

Beberapa gereja yang cantik dan masjid di Turki dan Greece hari ini dibina dari bangunan zaman Byzantine atau ditiru melalui seni bina Byzantine. Kebanyakan darinya boleh didapati di Istanbul dan salah satu yang terkenal adalah Hagia Sophia.


No comments:

Post a Comment