Standard Cyrus Agung.
Pasargadae, Ecbatana, Persepolis, Susa, Babylon
Parsi Kuno, Imperial Aramaik, Elamite, Akkadia
Empayar Parsi ialah satu siri empayar sejarah yang memerintah penara Iran dan kawasan di seberang sana. Entiti politik yang diperintah oleh kemaharajaan-kemaharajaan ini ialah negara Iran (secara harfiahnya bermaksud "Tanah Arya"). Secara amnya, entiti terawal yang dianggap sebagai sebahagian Empayar Parsi ialah Wangsa Achaemenid (648 SM - 330 SM), sebuah kemaharajaan Arya asli bersatu yang berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai Fars dan dibentuk oleh Cyrus Agung. Kemaharajaan-kemaharajaan yang berturut-turut di Iran sebelum tahun 1935 telah digelarkan secara kolektif sebagai Empayar Parsi oleh ahli sejarah Barat.
Empayar Achaemenid atau Wangsa Achaemenid (Bahasa Parsi Lama: Hakhāmanishiya) (559 BC hingga 338 BC) adalah empayar Parsi pertama yang memerintah Iran dan negara negara sekitarnya (Afghanistan, Pakistan, Turki Barat, Iraq, Arab Saudi Utara, Palestin, Jordan, Israel dan Lebanon. Keluasan empayarnya dianggarkan seluas 7.5 juta km persegi.
Nama Achaemenid berasal daripada pengasas empayar ini Achaemenes, tetapi teori ini diperdebatkan oleh sejarahwan sehingga ke hari ini. Achaemenid pada mulanya adalah sebuah negeri naungan Empayar Medes, tetapi negeri ini berkembang dan berjaya menumpas dan mengakhirkan pertuanan Medes. Empayar Achaemenid kemudiannya berkembang sehingga ke Mesir dan menawan hampir ke semua jajahan Yunani. Namun begitu, wangsa Achaemenid diakhiri Iskandar Agung dari Yunani.
Antara raja terkenal yang juga dianggap pengasas Wangsa ini yang benar ialah Kurusy Agung.
No comments:
Post a Comment