Kapal Pengangkut Pesawat (aircraft carrier) adalah kapal perang yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang. Kapal pengangkut pesawat mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal perang. Pertukaran, sebahagian dari pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika Perang Dunia II. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan peluru berpandu dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian pasukan tempur kapal induk.
Kapal pengangkut pesawat biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan dari kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan penonjolan kuasa Amerika Syarikat.
Sembilan negara memiliki kapal pengangkut pesawat: Amerika Syarikat, Perancis, India, Rusia, Sepanyol, Brazil, Itali, Thailand, dan United Kingdom. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China memiliki kapal pengangkut pesawat bekas Kesatuan Soviet Varyag, tetapi kebanyakan pakar analisa percaya mereka tidak berminat mengendalikannya, tetapi menggunakan Varyag untuk mempelajari operasi kapal pengangkut pesawat bagi kapal pengangkut pesawat masa depan China.
Tatarajah asas
Kapal induk memiliki dua tatarajah. Yang paling biasa mempunyai bahagian atas yang rata untuk kawasan pelancaran dan pendaratan kapal terbang. Manjanik kapal terbang berkuasa wap, memecut kapal terbang dengan pecutan penuh, daripada 0 kepada 265 kilometer sejam (165 bsj) dalam tempoh 2 saat semasa berlepas bagi membantu ia mencecah kelajuan berlepas. Untuk mendarat di atas kapal induk, kapal terbang yang mendarat yang bergerak pada kelajuan 240 kilometer sejam (150 bsj) dilengkapkan dengan pencangkuk ekor akan menangkap salah satu dari empat kabel penahan yang dipasang merentangi dek dan akan menghentikan kapal terbang dalam jarak 100 meter (320 kaki) selepas menangkap kabel tersebut.
Tatarajah kedua dan yang terkini, dimajukan untuk Tentera Laut Diraja British, mempunyai "loncatan ski" di hujung dek rata, yang membantu melancarkan kapal terbang. Susunan ini direka untuk kegunaan dengan pesawat VTOL atau STOVL yang mampu berlepas dan mendarat tanpa pergerakan hadapan atau hanya sedikit. Pesawat ini tidak memerlukan kemudahan manjanik atau kabel penahan untuk direntangkan merentasi dek penerbangan.
Dalam kedua-dua kes, kapal induk akan bergerak sehingga 35 knot (65 kilometer sejam) menghadap angin semasa operasi berlepas atau pendaratan agar meningkatkan kelajuan angin sebenar, dengan itu mengurangkan kelajuan yang diperlukan dibandingkan dengan kelajuan kapal.
Jenis asas
Terdapat beberapa jenis asas kapal induk, sesetengahnya telah lapuk:
- Kapal pengangkut kapal terbang laut, seperti HMS Engadine (1911), tidak lagi digunakan selepas 1950an.
- Kapal induk armada, seperti USS Essex (CV-9), biasanya 20,000 hingga 65,000 tan.
- Kapal induk pengiring, seperti USS Barnes (CVE-20), dibina hanya semasa Perang Dunia II, dan digunakan oleh Tentera Laut Diraja dan Tentera Laut A.S.
- Kapal induk ringan, seperti USS Independence (CVL-22), direka khas untuk membawa kapal terbang pejuang sahaja.
- Kapal CAM, seperti SS Michael E, kapal pembawa kargo yang mampu melancarkan kapal terbang pejuang tetapi tidak mampu mendaratkan kapal terbang. Kapal ini merupakan langkah kecermasan semasa Perang Dunia II.
- Kapal induk dagang, seperti MV Empire MacAlpine, satu lagi langkah kecermasan yang mana kapal dagang kargo dilengkapkan dengan dek penerbangan.
- Kapal penyerang amfibia, seperti USS Tarawa, yang turut bertindak untuk tujuan membawa dan mendaratkan tentera.
- Kapal induk pertempuran anti-kapal selam, seperti HMS Invincible, juga dikenali sebagai "kapal pembawa helikopter."
- Kapal pengangkut pesawat super, seperti USS Nimitz, biasanya seberat melebihi 75,000 tan.
Kapal pengangkut biasanya disertai oleh beberapa kapal lain, bertujuan memberikan perlindungan untuk kapal induk yang sukar dikendali, untuk membawa bekalan, dan memberikan keupayaan menyerang tambahan. Ia sering diistilah sebagai kumpulan perang (battle group) atau kumpulan kapal induk (carrier group), kadang kala sebagai kumpulan tempur kapal induk (carrier battle group).
Penjajap dan kapal perang utama semasa tahun-tahun antara-perang sering membawa manjanik bagi melancarkan kapal terbang laut bagi tujuan peninjauan. Ia dilancarkan menggunakan manjanik dan diambil dengan menggunakan kren selepas mendarat. Ini kebanyakannya dibuang semasa Perang Dunia II.
Kebanyakan kapal tempur moden mempunyai keupayaan mengendalikan helikopter dan helikopter penyerang sebagai mewakili bentuk baru kapal pengangkut.
No comments:
Post a Comment