Boleh la ke laman web ini dan jugak laman web ini untuk keterangan lanjut mengenain Pulau Pinang, Malaysia.
10 Makanan Pulau Pinang yang Bagus Untuk di Rasa
1- Nasi Kandar
Nasi yang di hidangkan dengan pelbagai jenis kari dan bermacam² jenis lauk dengan ikan, ayam, sotong, udang dan daging. Sangat sesuai bagi sesiapa yang sangat sukakan makanan yang berempah dan pedas.
2- Laksa
Terdapat dua variasi Laksa. Satu, masam dan menyengat dan lagi satu di masak dengan susu kelapa. Jangan tanya macam mana deorang buat.
3- Char Koay Teow
Ini adalah mee goreng yang leper tapi sering di terjemahkan dengan rasa yang sangat sedap dan tiada tolak tandingan nya. Memang sedap!
4- Mee Hokkien
Mee Hokkien versi Pulau Pinang adalah sejenis makanan yang direka oleh ramai individu termasok lah mereka yang bukan datang daripada negeri ini. Mee kuning yang di masak dengan sup udang sudah tentu akan menjadi kesukaan anda!
5- Hidangan Nyonya, pencuci mulut dan kuih
Kepakaran masak komuniti Nyonya merupakan sati lagenda. Dengan herba dan rempah, makanan itu sangat sempurna di campur pula dengan nasi putih yang dimasak secara stim sementara pencuci mulut dan kuih adalah petanda kepada kelembutan dan peribadi yang berwarna warni.
6- Rojak
Ini adalah satu makanan yang asasnya daripada campuran buah dan sayuran seperti nanas, timun dan water appels bersama dengan potongan cuttlefish. Manakalu kuahnya pula berasaskan dressing udang. Sangat sedap dan menyelerakan!
7- Bukit Tambun Seafood
Bukit Tambun merupakan satu tempat yang agak dekat dari Jambatan Pulau Pinang dan menyediakan pelbagai makanan laut dengan harga yang sangat murah. Antaranya adalah udang, ketam yang sedap dan apa saja hidangan laut yang anda suka tanpa 'membakarkan' poket anda!
8- Pasembur
Ini adalah versi baru rojak yang dimana pasembur ini dicampur dengan hidangan goreng dan sayuran. Kuahnya pula adalah berasaskan kacang dan sos manis yang akan membuatkan anda tak senang duduk kalau tak makan.
9- Eurasian food
Kepada para penggemar makanan Rusia bolehlah ke Little Penang Street Market dekat Upper Penang Road *hanya pada Ahad terakhir setiap bulan* dan ada satu restoran makanan Rusia desepanjang Jalan Kelawai. Antara yang popular adalah kari Debel, pickles, sweetmeat, ayam bakar, burger, sup Mulligatawny pedas, kedgerees, masakan stim dan pai.
10- Bak Kut Teh
Bak Kut Teh ni adalah khas buat orang yang bukan Islam yang sangat menggemari daging khinzir. Ianya dimakan bersama dengan nasi putih dan ia merupakan hidangan masyarakat Cina.
No comments:
Post a Comment