Panda Gergasi
Panda Gergasi (bahasa Cina: 熊貓; pinyin: xióng māo), Ailuropoda melanoleuca ("kaki-kucing hitam-dan-putih = black-and-white cat-foot"), merupakan sejenis mamalia sekarang dikelaskan dalam keluarga beruang (Ursidae), yang berasal dari China tengah. Panda Gergasi hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China, dan sekarang digunakan dalam syiling emas Republik Rakyat China. Walaupun diketahui secara taksonomi sebagai maging, permakanan mereka hampir keseluruhannya maun. Malah, ia hidup hampir sepenuhnya memakan buluh. Secara teknikal, seperti kebanyakan haiwan, mereka adalah maserba, kerana pandas diketahui memakan telur, dan mereka memakan serangga bersama diet buluh mereka. Ia adalah sumber protein yang diperlukan.
Spectacled Bear
Banyak terdapat di Amerika Selatan terutama di sekitar Banjaran Andeas.
Beruang madu
Beruang terkecil dari semua speasis beruang. Banyak terdapat di sekota Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia. memiliki deria hidu yang sangat tajam. Makanan utamanya ialah serangga, madu, burung, dan binatang kecil lainnya
Beruang Sloth
Beruang Sloth (Melursus ursinus) ialah satu spesies beruang arboreal, nokturnal dan insektivor yang berasal dari subbenua India.
Beruang hitam Amerika Utara
Biaswa terdapat di sekitar benua Amerika Utara terutama kawasan hutan Kanada dan Amerika Syarikat.
Beruang Perang
Beruang perang (Ursus arctos) ialah sejenis beruang besar yang bertaburan di seluruh Eurasia dan Amerika Utara. Beruang ini beratnya 100 hingga 680 kilograms (Templat:Convert/Dual/srnd) dan subspesies terbesarnya, iaitu Beruang Kodiak, menandingi beruang kutub sebagai ahli terbesar dalam famili beruang,[2] dan juga pemangsa daratan yang terbesar. Walaupun taburannya semakin berkurangan hinggakan mengalami kepupusan di beberapa tempat, namun beruang perang tetap disenaraikan sebagai spesies sedikit bimbang oleh IUCN, dengans kira-kira 200,000 ekor jumlahnya yang masih ada. Taburan beruang perang tertumpu pada Rusia, Amerika Syarikat (khususnya Alaska), Kanada, kawasan Carpathian (khususnya Romania), dan Finland yang menjadikannya haiwan kebangsaan.
Beruang kutub
Beruang Polar (Ursus maritimus), adalah mamalia besar dalam aturan maging, keluarga biologi Ursidae. Ia adalah spesies circumpolar yang terdapat di dan sekitar Lautan Artik. Ia adalah haiwan maging mamalia daratan terbesar. Beruang Polar dewasa jantan seberat antara 400 hingga 600 kilogram dan kadang kada melebihi 800 kilogram. Beruang Polar betina sekitar separuh berat beruang jantan dan biasanya seberat antara 200 hingga 300 kilogram. Beruang jantan dewasa sepanjang 240 hingga 260 sentimeter dan beruang betina antara 190 hingga 210 sentimeter. Ketika baru lahir, bayi beruang seberat 600 hingga 700 gram.
Beruang Hitam Asia
Beruang yang terdapat di Asia. Mempunyai rupa seperti Beruang Hitam Amerika tetapi saiznya lebih kecil.
No comments:
Post a Comment