KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET
Union of Soviet Socialist Republics
Союз Советских Социалистических Республик
(Ejaan Rumi : Soyuz Sovietskikh Sotsialisticheskikh Respublik)
1922 – 1991

MOTO KERAJAAN
Пролетарии всех стран, соединяйтесь!
(Ejaan Rumi : Proletarii vsekh stran, soyedinyaytes !)
Wahai Pekerja Dunia ! Bersatu ! LAGU KEBANGSAAN
The Internationale (1922–1944)
Hymn of the Soviet Union (1944–1991)

IBU NEGARA
Moscow BAHASA RASMI
Rusia dan banyak lagi
AGAMA RASMI
Atheism (Tiada Agama Rasmi)
SISTEM KERAJAAN
Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Negara komunis satu parti
PEMIMPIN UTAMA
Moscow BAHASA RASMI
Rusia dan banyak lagi
AGAMA RASMI
Atheism (Tiada Agama Rasmi)
SISTEM KERAJAAN
Kesatuan Republik Sosialis Soviet
Negara komunis satu parti
PEMIMPIN UTAMA
1985 – 1991 (terakhir) – Mikhail Gorbachev
BADAN LEGISLATIF
Congress of Soviets and Central Executive Committee (1922-1937)
Supreme Soviet (1937-1989; 1991)
Congress of People’s Deputies and Supreme Soviet (1989-1991)
SEJARAH RINGKAS
Diasaskan – 30 Desember 1922
Dibubarkan – 26 Desember 1991
KELUASAN NEGARA
Pada 1991 – 22 402 200 km2

POPULASI
Pada 1991 (anggaran) – 293 047 571 penduduk KEPADATAN
13.1 orang per km2
MATAWANG
Soviet ruble (руб) (SUR)

Lithuania
LATAR BELAKANG KRSS
Union of Soviet Socialist Republics (USSR, dalam bahasa Rusia : Сою́з
Сове́тских Социалисти́ческих Респу́блик, ejaan rumi Soyuz Sovietskikh
Sotsialisticheskikh Respublik, pada kebiasaannya hanya dikenali sebagai
Soviet Union, adalah sebuah negara sosialis di kawasan Eurasia yang
wujud antara tahun 1922 hingga 1991.
Soviet Union mempunyai satu sistem politik yang hanya terdiri dari satu parti politik sahaja iaitu Communist Party sehingga tahun 1990. Dengan itu, kesemua 15 republik bersekutu dengan KRSS akan memusatkan pentadbiran di bandaraya Moscow. Ianya dipusatkan di Moscow terutama dalam aspek ekonomi wilayah bersekutu.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah membawa kepada kejatuhan kerajaan monarki/autokratik bermaharaja di Rusia. Selepas kesatuan Bolsheviks memenangi perang saudara Rusia, republic sosialis soviet telah dibentuk secara rasminya pada 1922 yang meliputi 4 wilayah utama iaitu Russian Soviet Federative Socialist Republic, Transcaucasian Socialist Federative Soviet Republic, Ukrainian Soviet Socialist Republic dan juga Byelorussian Soviet Socialist Republic.
Selepas kematian pengasas Soviet iaitu Vladimir Lenin pada 1924, Joseph Stalin telah berusaha secara agresif dan berjaya mengetuai Soviet dan telah membentuk industry berskala besar bagi negara KRSS ini. Sewaktu perang dunia kedua Jun 1941, pihak Nazi Jerman dan sekutu mereka telah berusaha menjajah Soviet Union yang telah menandatangani perjanjian damai dengan Nazi Jerman sebelum itu. Selepas 4 tahun peperangan yangmenyeksakan, Soviet Union telah memenangi peperangan tersebut dan menjadi antara dua kuasa utama dunia sewaktu itu selain dari Amerika Syarikat.
Soviet Union dan sekutu di timur (china, Vietnam, korea utara) telah terlibat dengan perang dingin dengan blok kapitalis (Amerika, Britain dsb) iaitu setelah selesai perang dunia kedua. Perang ideologi dan pengaruh telah berlaku di dunia dengan pemusatan dua kuasa/blok dunia iaitu kapitalis dan sosialis/komunis. Pada lewat tahun 1980-an, ketua kerajaan Soviet, Mikhail Gorbachev telah berusaha untuk memulihkan negara soviet dari berpecah, namun akhirnya Soviet Union tumbang jua akhirnya dan secara rasmi tumbang pada Disember 1991 setelah usaha beberapa wilayah KRSS sebelum ini untuk merdeka berjaya dikecapi.
KEADAAN GEOGRAFI, IKLIM & PERSEKITARAN KRSS
Dengan keluasan keseluruhan negara sekitar 22 400 000 kilometer persegi, Soviet Union telah menjadi negara paling luas di dunia. Meliputi 1/6 keluasan bumi, keluasan ini bersamaan dengan keluasan keseluruhan benua Amerika Utara. Benua Eropah hanya menyamai ¼ dari keluasan negara KRSS ini, dan juga merupakan pusat bagi perdagangan dan ekonomi. Bahagian timur iaitu dari tengah asia sehingga ke lautan pasifik dan dari Afghanistan ke selatan kurang didiami penduduk, dan paling kurang kegiatan manusia. Keluasannya merangkumi 10,000 kilometer dari asia ke barat merentasi 11 waktu dunia, dan seluas 7,200 kilometer dari utara ke selatan. Merangkumi 5 jenis iklim dunia iaitu tundra, taiga, steppes, gurun, dan kawasan pergunungan.
Soviet Union juga mempunyai sempadan negara yang paling luas dan panjand di dunia, dianggarkan sekitar 60,000 kilometer, 2/3 dari garisan pesisir laut Artik. Merentasi juga Selat Bering yang bersempadan dengan Amerika Syarikat. Soviet Union bersempadan dengan beberapa negara seperti Afghanistan, China, Czechoslovakia, Finland, Hungary, Iran, Mongolia, Korea Utara, Norway, Poland, Romania dan Turki iaitu bermula tahun 1945 sehingga 1991.
Sungai terpanjang di Soviet Union ialah sungai Irtysh. Puncak pergunungan tertinggi di Soviet ialah di Communism Peak (kini dikenali sebagai Puncak Banjaran Ismail Samani) di negara Tajikistan kini, iaitu pada ketinggian maksimum 7,495 meter. Tasik terbesar di dunia juga terletak di KRSS iaitu Laut Caspian. Manakala tasik yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu Tasik Baikal juga terletak di dalam wilayah Soviet Union.
SEJARAH KRSS
Tsar (raja) Rusia yang terakhir lagi kejam, Nicholas II telah memerintah empayar Rusia sehingga Mac 1917, iaitu sehingga selesai peperangan dunia pertama. Kerajaan sementara Rusia telah mengambil alih pemerintahan empayar dari Tsar, secara rasminya Nicholas II telah turun takhta pada oktober 1917 iaitu setelah selesai Revolusi Oktober 1917 yang diketuai oleh pemimpin kesatuan Bolshevik iaitu Vladimir Lenin.
Soviet Union telah secara rasminya dibentuk pada bulan Disember 1922 dengan kesatuan oleh beberapa wilayah iaitu wilayah Rusia, Ukhrain, Belarus, and Republik Transcaucasian Soviet, dengan setiap satunya diperintah oleh parti/kesatuan Bolshevik. Untuk memastikan empayar itu benar-benar bertindak seperti sebuah republic tanpa raja, setiap wilayah mempunyai pentadbiran dan pemerintahan sendiri, terma Soviet Rusia hanya dikhaskan untuk wilayah Russian Federative Socialist Republic, manakala wilayah lain menggunakan terma soviet tersendiri.
SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK
Kegiatan revolusi moden di empayar Rusia bermula pada Revolusi Disember 1825. Bagaimanapun revolusi ini berjaya dipatahkan oleh pemerintahan Tsar pada 1861. Sebuah parlimen boneka yang dikenali sebagai ‘Duma’ telah dibentuk oleh maharaja pada tahun 1906 iaitu selepas Revolusi Rusia 1905 untuk mengurangkan ketegangan revolusi pembaharuan. Walaupun demikian, Duma ini hanyalah boneka kerana pemerintahan monarki diraja masih diamalkan secara paksaan. Penangkapan orang awam secara berleluasa dan pembunuhan politik tetap berlaku sehinggalah perang dunia kedua berlangsung yang mengakibatkan beberapa wilayah empayar Rusia jatuh ke tangan kuasa lain.
Pada masa yang sama, Kesatuan Sekerja, yang dikenali sebagai Soviet telah berkembang ke seluruh empayar. Kesatuan Bolsheviks, yang diketuai oleh Vladimir Lenin, telah mengadakan Revolusi Sosialis di dalam Soviet. Pada November 1917, sewaktu berlangsungnya Revolusi Oktober, mereka mengambil kesempatan tersebut untuk memperbesarkan kekuasaan dan pengaruh mereka. Pada Disember, kesatuan Bolsheviks telah menandatangani perjanjian dengan pihak pentadbiran pusat. Manakala pada Februari 1918, perebutan kuasa diantara kesatuan sekerja dan pentadbiran pusat kembali berlangsung. Pada Mac, kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk.
Sebuah perang saudara yang panjang telah berlaku di Rusia yang melibatkan ketumbukan tentera merah dan tentera putih iaitu bermula sekitar 1917 dan berakhir pada 1923 dengan kemenangan di pihak tentera merah. Nicholas II dan keluarganya telah dihukum bunuh pada 1921, dan peperangan saudara tersebut telah mengakibatkan korban nyawa sebanyak 5 juta nyawa. Pada mac 1921, sewaktu konflik bersenjata dengan negara Poland, perjanjian damai Riga telah ditandatangani, yang menyaksikan pembahagian wilayah Belarus dan Ukhrain diantara Republik Poland dan Soviet Russia. Soviet Union juga mengakhiri konflik dengan beberapa buah republic baru seperti Republik Finland, Republik Estonia, Republik Latvia dan Republik Lithuania.
PENYATUAN REPUBLIK SOVIET
Pada 28 Disember 1922, telah berlaku rundingan diantara delegasi dari wilayah Russian SFSR, Transcaucasian SFSR, Ukrainian SSR dan delegasi dari wilayah Byelorussian SSR yang telah berjaya memeterai perjanjian pembentukan USSR dan deklarasi pembentukan USSR yang berjaya membentuk Union of Soviet Socialist Republics. Kedua dokumen pemeteraian ini telah disahkan sewaktu kongres pertama USSR dan telah ditandatangani oleh wakil dari keempat-empat wilayah yang terdiri dari Mikhail Kalinin, Mikha Tskhakaya, Mikhail Frunze, Grigory Petrovsky, dan Aleksandr Chervyakov pada 30 Disember 1922.
Pada 1 Februari 1924, USSR telah disahkan oleh empayar British. Pada tahun yang sama, sebuah pentadbiran Soviet telah ditubuhkan pada Disember 1922 secara berpusat iaitu di Moscow.
Untuk memulihkan semula sektor ekonomi, industri dan politik negara yang telah merudum seawall 1917 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Kesemua usaha ini telah dimasukkan ke dalam pengisytiharan Bolshevik dan telah dijadiakn perlembagaan negara and ditandatangani oleh Vladimir Lenin. Antara usaha paling berkesan ialah rancangan GOELRO, iaitu mengstrukturkan semula pelan ekonomi Soviet Union berpandukan kepada tenaga kerja dan buruh dalam negara. Rancangan ini telah dibuat pada 1920 dan merangkumi rancangan pembangunan ekonomi selama 10 hingga 15 tahun ke hadapan. Ianya termasuk membina jaringan kuasa dan tenaga yang meliputi 30 wilayah berasingan, 10 empangan hidroelektrik gergasi dan pelbagai lagi projek industri-elektrik dalam negara. Rancangan ini telah menjadi contoh penggubalan rancangan lima tahun Soviet Unio yang bermula pada tahun 1931.
ERA PEMERINTAHAN STALIN
Dari permulaan penubuhan kerajaan lagi, kerajaan Soviet Union sememangnya hanya ditadbir oleh satu parti sahaja iaitu Parti Komunis (Bolsheviks). Selepas pembentukan polisi ekonomi yang lebih terbuka selepas perang saudara Rusia, kerajaan telah membuka pasaran ekonomi tempatan kepada beberapa syarikat pelaburan luar negara iaitu selepas tahun 1920-an. Dan kebanyakan syarikat pelaburan tersebut lebih berbentuk pelaburan dalam sektor makanan dan minuman.
Barisan kepimpinan sosialis soviet berusaha mengekalkan kewujudan satu parti sahaja mentadbir soviet dengan bertujuan mengelak ekploitasi dari pihak kapitalis yang tidak sejajar dengan kehendak kebajikan. Perbahasan mengenai kaedah pengurusan ekonomi yang lebih baik semakin lantang dibahaskan terutama setelah kematian Lenin pada tahun 1924.
Pada 3 April 1922, Stalin telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union. Lenin telah melantik Stalin sebagai ketua kesatuan sekerja soviet yang memberikan kuasa pentadbiran kepada Stalin. Setelah dilantik dan diperkenan oleh Lenin, Stalin telah menjadi pewaris kekuasaan kerajaan Soviet Union dan pada akhir era 1920-an, dia telah melaksanakan pemerintahan berbentuk totalitarian. Pada Oktober 1927, Grigory Zinoviev dan Leon Trotsky iaitu jawatankuasa tertinggi parti komunis telah dibuang dari jawatankuasa untuk mengukuhkan lagi kekuasaan Stalin.
Pada 1928, Stalin telah memperkenalkan pelan pembangunan ekonomi sosialis lima tahun bagi membangunkan ekonomi soviet. Sewaktu era itu, perhubungan perdagangan antarabangsa telah diperkenalkan oleh Stalin buat kali pertama semenjak revolusi rakyat diadkaan, ianya bertujuan juga untuk memupuk semangat sosialis dalam rakyat soviet. Dalam sektor perindustrian, kerajaan telah mengambilalih dan mengawal kesemua syarikat-syarikat pengeluaran dan turut mengambilalih pelan-pelan pembangunan perindustrian. Dalam bidang pertanian pula, sistem pertanian secara kolektif telah diperkenalkan ke seluruh negara.
Sewaktu era pemerintahan campurtangan kerajaan, banyak ke kebuluran berlaku di seluruh soviet, berjuta nyawa melayang, kepada sesiapa yang menentang kerajaan sosialis Stalin akan dihantar ke penjara Gulag dan dikenakan hukuman kerja berat. Kebangkitan masyarkat terus berlaku terutama sewaktu era 1930-an. Peristiwa Stalin Great Purge telah menyaksikan banyak ahli Bolshevik Lama yang terlibat dalam Revolusi Oktober yang pro-Lenin telah ditangkap. Korban peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan berapakah anggarannya. Menurut rekod-rekod Soviet yang terdedah kepada awam pada tahun 1937 dan 1938, NKVD (polis rahsia soviet) telah menangkap lebih dari satu setengah juta orang, di antaranya seramai 681 692 telah dihukum tembak. Secara purata 1000 orang ditembak mati selama sehari. Secara keseluruhannya sepanjang tempoj 1937-1938, sebanyak 10-11 juta telah dihukum tembak. Meskipun bantahan dan pembunuhan secara membabi-buta itu dilakukan, Kesatuan Soviet tetap berkembangkan menjadi sebuah kuasa ekonomi industri yang kuat pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II.
ERA 1930-AN
Pada awal 1930-an, menyaksikan wujudnya kerjasama yang lebih erat antara Barat dan Kesatuan Soviet. Bermula tahun 1932 hingga 1934, Kesatuan Soviet telah terlibat dalam Persidangan Perlucutan Senjata Dunia. Pada tahun 1933, hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet diperkukuhkan. Manakala pada bulan September 1934, Kesatuan Soviet bergabung dengan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas Perang Saudara Sepanyol dan Sepanyol berpecah pada tahun 1936, Kesatuan Soviet secara aktif menyokong pasukan republic sepanyol melawan puak nasionalis sepanyol yang disokong oleh kerajaan Fasis Itali dan rejim Nazi Jerman.
Pada bulan Disember 1936, Stalin melancarkan Perlembagaan Soviet baru. Perlembagaan tersebut dilihat sebagai kemenangan peribadi bagi Stalin. Yang pada waktu itu digambarkan oleh Pravda bahawa Stalin sebagai “Genius dari dunia baru, orang paling bijaksana zaman itu, pemimpin besar komunisme.” Sebaliknya, sejarawan barat dan sejarawan dari negara-negara bekas penjajahan Soviet telah memandang perlembagaan sebagai dokumen propaganda Stalin.
Akhir 1930-an, menyaksikan wujudnya pergeseran kekuatan sehingga menjadikan Soviet rapuh. Pada tahun 1938, selepas Inggeris dan Perancis menandatangani Perjanjian Munich dengan Jerman, Kesatuan Soviet turut terlibat dengan perjanjian seumpama itu dengan Nazi jerman, perjanjian yang melibatkan sektor tentera mahupun ekonomi. Kedua-dua negara membuat perjanjian Nonaggression Jerman-Soviet dan Perjanjian Dagangan Jerman-Soviet. Pakatan nonaggression membuat pendudukan Soviet di wilayah Lithuania, Latvia, Estonia, Bessarabia, Bukovina utara, dan Poland timur menjadi semakin kukuh. Pada akhir November tahun yang sama, bagi memperluaskan sempadan dan penguasaan Soviet ke atas Finland, Stalin telah memperbesarkan sempadan soviet sejauh 25 kilometer dari Leningrad dan melangkaui sempadan Finland, lalu Joseph Stalin terus memerintahkan pencerobohan ke atas Finland.
Di timur, tentera Soviet memenangi beberapa peperangan akibat dari pertelingkahan kawasan sempadan dengan Empayar Jepun pada tahun 1938 dan 1939. Namun, pada bulan April 1941, Kesatuan Soviet telah bersifat berkecuali dengan menandatangani perjanjian Soviet-Jepun dengan Empayar Jepun, mengakui autonomi wilayah Manchukuo di negara Jepun.
RUSIA SEWAKTU PERANG DUNIA KEDUA
Kesatuan Soviet banyak kerugian akibat dari peperangan yang berpanjangan, Soviet kehilangan sekitar 27 juta penduduk. Walaupun begitu, KRSS telah muncul sebagai kuasa ketenteraan dunia baru yang mengimbang kuasa Amerika Syarikat. Setelah memutuskan hubungan diplomatik dengan dunia Barat, Kesatuan Soviet menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir setiap bangsa di dunia ini pada lewat 1940-an. Soviet menjadi ahli tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menjadi antara kuasa veto dalam PBB sekitar tahun 1945. Selain itu, Kesatuan Soviet turut menjadi salah satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, yang memberikannya hak kuasa veto kepadanya dalam setiap resolusi yang dicadangkan negara anggota PBB.
Kesatuan Soviet berjaya mempertahankan statusnya sebagai salah satu dari dua negara kuasa dunia selama empat dekad melalui hegemoninya di Eropah Timur, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, bantuan untuk negara-negara membangun, dan kajian ilmiah, terutama di bidang teknologi ruang angkasa dan persenjataan.
ERA PERANG DINGIN
Setelah tamat Perang Dunia II, Kesatuan Soviet telah dibangunkan semula dari kesan peperangan dan aktiviti ekonomi dipesatkan, namun kawalan ketat tetap diberikan dan ekonomi tetap dikawal kerajaan pusat. Ini membantu dalam membina semula negara pasca-perang terutama di negara-negara Eropah Timur, dan menjadikan negara eropah timur sebagai negara satelit soviet. Malah mereka turut diikat dengan sebuah perjanjian ketenteraan (Pakatan Warsaw) pada tahun 1955 dan juga perjanjian pengorganisasian ekonomi (The Council for Mutual Economic Assistance atau perjanjian Comecon) dari tahun 1949 sehingga 1991. Kemudian, Comecon telah menyediakan bantuan kepada Parti Komunis China untuk memenangi perang mendapatkan negara china. Malah pengaruh Soviet turut menular ke negara-negara lain terutama negara dunia ketiga. Takut dengan perluasan kuasa dan pengaruh Soviet, pihak Inggeris dan Amerika Syarikat telah menjadi seteru kepada blok sosialis/komunis soviet ini. Perang dingin telah berlaku akibat dari pertelingkahan diantara blok kapitalis yang dipimpin oleh US dan juga blok komunis/sosialis dipimpin oleh Soviet.
ERA KRUSHCHEV
Merupakan tahap pengaruh paling maksimum Soviet di dunia, tambahan pula setelah berlakunya Revolusi Cuba pada tahun 1959 oleh Fidel Castro. Stalin meninggal dunia pada tarikh 5 Mac 1953. Dengan tidak dinamakan pengganti olehnya. Pucuk pimpinan Parti Komunis telah memilih untuk memerintah Kesatuan Soviet secara bersama-sama. Nikita Khrushchev, yang telah memenangi perjuangan merebut kuasa pada pertengahan 1950-an, telah mengutuk cara Stalin yang menggunakan cara penindasan pada tahun 1956 yang menyebabkan wujudnya jurang pergeseran diantara parti dan masyarakat. Idea kutukan Nikita ini dikenali sebagai de-Stalinisasi.
Moscow menganggap negara Eropah Timur sebagia kawasan penyangga untuk mempertahankan sempadan barat republik sosialis Soviet. Dan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, Soviet telah menukar negara-negara Eropah Timur yang menjadi sekutu Soviet sebagai negara satelit Soviet. Seluruh kekuatan tentera Soviet digunakan untuk mengekang kegiatan pemberontakan anti-komunis di Hungary dan Poland pada tahun 1956.
Pada akhir 1950-an, telah berlaku sedikit konfrontasi dengan China akibat dari tindakan Soviet memulihkan hubungan Kesatuan Soviet dengan Barat. Dan menurut Mao Zedong, beliau beranggap bahawa revolusi diplomatik oleh Khrushchev telah mengarah kepada perpecahan kebanyakan negara sekutu Soviet. Hal ini mengakibatkan gerakan komunis global menjadi perlahan yang mengakibatkan rejim Komunis di Albania, Kemboja dan Somalia memilih untuk bersekutu dengan China dari bersekutu dengan Kesatuan Soviet.
Selama tempoh itu juga, Kesatuan Soviet terus mengeksploitasi bidang sains dan teknologi. Ini dapat dibuktikan dengan pelancaran satelit buatan pertama manusia, Sputnik 1. Membawa hidupan ke luar angkasa iaitu seekor anjing bernama Laika, dan kemudian menghantar manusia pertama keluar ke angkasa iaitu Yuri Gagarin untuk mengorbit Bumi. Pada tahun 1963, Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama di angkasa, dan tahun 1965, Alexey Leonov menjadi orang pertama yang berjalan di ruang angkasa.
Khrushchev diberi gelaran “The Thaw” menjadi Khrushchev Thaw, suatu pergeseran kompleks dalam kehidupan politik, budaya dan ekonomi di Kesatuan Soviet. Itu termasuk beberapa langkah lebih bersifat keterbukaan dan kenalan dengan bangsa lain dan dasar sosial dan ekonomi baru dengan lebih menekankan pada barang komoditi, sehingga standard hidup dapat ditingkatkan lagi secara dramatik tetapi tetap menjaga kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Khrushchev melancarkan transformasi dalam bidang pertanian dan pentadbiran, walaupun tidak terlalu produktif. Pada tahun 1962, Soviet menghadapi krisis dengan Amerika Syarikat setelah Soviet mengeksport peluru berpandu nuklear ke Cuba. Kesatuan Soviet berundur dari Cuba setelah Amerika Syarikat menjalankan sekatan aktiviti laut ke atas Cuba. Khrushchev telah diturunkan dari kekuasaan pada tahun 1964.
ERA BREZHNEV
Setelah penurunan kuasa Khrushchev, kepimpinan kolektif terus berlangsung, kepimpinan kolektif ini diketui oleh Leonid Brezhnev sebagai Setiausaha Umum, Alexei Kosygin sebagai Premier dan Nikolai Podgorny sebagai Ketua Presidium. Akhirnya setelah sekian lama pemerintahan secara kolektif ini dijalankan, parti komunis bersepakat melantik Leonid Brezhnev sebagai pemimpin utama Soviet. Antara usaha beliau ialah pada tahun 1968 Kesatuan Soviet dan Pakatan Warsaw yang bersekutu telah bersepakat menceroboh Czechoslovakia untuk menghentikan reformasi Praha Spring yang menginginkan bebas dari kesatuan Soviet.
Pada bulan Oktober 1977, Perlembagaan Ketiga Soviet dengan sebulat suara telah diterima. Suasana yang berlaku dari kepimpinan Soviet pada waktu kematian Brezhnev pada tahun 1982 adalah suasana yang menyebabkan keadaan politik dalam Soviet tidak berubah dan masih di takuk lama.
REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN SOVIET
Selepas Brezhnev, terdapat dua lagi pemimpin soviet iaitu Yuri Andropov yang berusia 68 tahun dan Konstantin Chernenko yang berusia 72 ketika mereka menjadi pemimpin. Mereka memimpin soviet tidak lebih dari setahun dan meninggal dunia setelah menjadi pemimpin. Bagi mengelakkan pemimpin soviet seterusnya memerintah dalam tempoh terlampau singkat, maka pada 1985, Soviet telah memilih calon pemimpin dari kalangan generasi muda dan Mikhail Gorbachev telah terpilih untuk menjadi pemimpin Soviet.
Gorbachev banyak membuat perubahan signifikan dalam kepimpinan ekonomi dan parti, iaitu dasar yang disebut sebagai Prestroika. Selain polisi tersebut, terdapat satu lagi polisi kelolaannya iaitu dinamakan polisi Glasnost yang memberikan akses maklumat yang lebih bebas kepada rakyat.
Pada akhir 1980-an, republik Kesatuan Soviet mula bergerak merangka undang-undang kebebasan kedaulatan terhadap wilayah-wilayah sekutu soviet yang lain. Antara perubahan yang dilakukan ialah pada Perkara 72 Perlembagaan Kesatuan Soviet, yang menyatakan bahawa setiap republik sekutu bebas untuk memisahkan diri jika berkehendak. Pada tarikh 7 April 1990, undang-undang yang telah disahkan ini membolehkan republik-republik dalam soviet untuk memisahkan diri jika lebih dari dua-pertiga penduduknya memilih untuk berbuat demikian. Maka banyak republik sekutu soviet mengadakan pilihan raya bebas pertama mereka pada tahun 1990. Banyak dari perundangan baru ini menghasilkan undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Kesatuan soviet yang diluluskan sewaktu awal penubuhan USSR/KRSS.
Pada tahun 1989, wilayah Rusia SFSR, yang merupakan republik kesatuan soviet yang terbesar (setengah dari populasi Soviet) telah mengadakan pemilihan bagi Congress of People’s Deputies. Boris Yeltsin terpilih sebagai ketua kongres. Pada tarikh 12 Jun 1990, kongres menyatakan kedaulatan ke atas wilayah Rusia dan seterusnya berusaha memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan undang-undang lama kesatuansoviet. Tempoh pembikina undag-undang baru itu berlanjutan sehingga selesai pada tahun 1991.
Sebuah referendum bertujuan untuk pemuliharaan Kesatuan Soviet telah diadakan pada tarikh 17 Mac 1991. Referendum ini mendapati majoriti penduduk dari hanya sembilan republik yang ingin kekal bersama Soviet baru daripada 15 republik sewaktu era KRSS/USSR dahulu. Pada musim panas tahun 1991, Kesatuan Perjanjian Baru, yang akan telah menukar Kesatuan Soviet menjadi sebuah persekutuan yang lebih longgar telah diluluskan oleh lapan republik daripada sembilan republik Soviet yang tinggal.
Pada tarikh 8 Disember 1991, Presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani Perjanjian Belavezha, yang menyatakan Kesatuan Soviet dibubarkan dan menubuhkan Commonwealth of Independent States (CIS) menggantikan Kesatuan Soviet. Walaupun ada keraguan dalam penandatanganan perjanjian tersebut ia tetap diteruskan. Pada tarikh 21 Disember 1991, wakil-wakil dari semua republik Soviet kecuali wilayah Georgia menandatangani Protokol Alma-Ata, yang juga merupakan sebuah perjanjian perpisahan dari kesatuan Soviet. Pada tarikh 25 Disember 1991, Gorbachev berhasil untuk melepaskan diri dari kemelut perpecahan wilayah kesatuan Soviet dan beliau telah mengundurkan diri dari jawatan Presiden Kesatuan Soviet, dan menyebabkan secara rasminya pejabat presiden Soviet ditutup. Dia telah menurunkan kekuasaan kepada Yeltsin yang merupakan Presiden Rusia selepas hancurnya kesatuan Soviet.
Setelah itu, Majlis Tertinggi Soviet iaitu badan tertinggi kerajaan Kesatuan Soviet secara rasminya terhapus. Dengan itu, maka berlakulah pembubaran rasmi Kesatuan Soviet sebagai sebuah negara yang berdaulat. Manakala organisasi yang lain seperti tentera Soviet dan pasukan polis Soviet, tetap terus berfungsi sehingga awal tahun 1992, dan secara berperingkat terus diserap ke dalam negara-negara yang baru merdeka dari kesatuan Soviet.
Setelah bubarnya Kesatuan Soviet pada 26 Disember 1991, Rusia telah ditubuhkan dan diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dan rasmi. Dalam pada itu, Rusia secara sukarelanya menerima semua bebanan hutang luar negera Soviet dan menyatakan pendiriannya sepertimana sewaktu era kesatuan Soviet dahulu. Sejak itu, Persekutuan Rusia telah mengambil hak Kesatuan Soviet dan segala tanggungjawab seperti yang terdahulunya.
POLITIK
Terdapat tiga hierarki bidang kekuasaan di dalam Kesatuan Soviet iaitu cabang perundangan diwakili oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet, kerajaan ini diwakili oleh Majlis Menteri dan Parti Komunis Kesatuan Soviet. Parti Komunis merupakan satu-satunya parti yang menjadi pembuat dasar di negara kesatuan tersebut.
PARTI KOMUNIS
Parti Komunis mempertahankan dominasinya keatas pemerintahan negara melalui kawalan ke atas sistem perundangan dan pemerintahan. Semua pegawai utama dan timbalan pegawai utama dalam kerajaan kesatuan Soviet merupakan anggota Parti Komunis Kesatuan Soviet tersebut. Dari pihak atasan seperti Stalin pada 1941-1953 dan sehingga tempoh 1958-1964 iaitu era pemerintahan Khrushchev sebagai Premiers (pemimpin utama) kesemuanya dikawal oleh ahli-ahli parti komunis. Setelah Khrushchev berundur secara paksaan, pemimpin parti dilarang untuk mempengaruhi ahli-ahli kesatuan yang lain untuk mendapatkan kuasa.
Secara realitinya, pengaruh dan kawalan ke atas kerajaan tetap di bawah pengaruh parti komunis iaitu melangkaui sistem birokrasi dalam negara, terutama selepas kematian Stalin.
SISTEM KERAJAAN
Polis rahsia kesatuan Soviet (KGB dan beberapa lagi badan rahsia soviet) memainkan peranan penting dalam memastikan survival politik soviet berterusan. KGB menjadi salah satu alat keganasan oleh Stalin dalam memperkasakan kekuasaannya, namun setelah kematian Stalin, KGB telah diletakkan di bawah kawalan sepenuhnya oleh Parti Komunis dengan penyimpanan rahsia yang besar berbanding CIA dan FBI. Di bawah pengerusi KGB pada tahun 1967 hingga 1982 iaitu Yuri Andropov dan Setiausaha Agung dari 1982 hingga 1983, KGB telah banyak terlibat dalam memastikan survival politik komunis soviet terus kukuh dan memainkan peranan penting dalam kegiatan pengintipan mengalahkan CIA dan FBI, KGB turut memainkan peranan penting dalam memastikan tiada sebarang pembelotan dalam Parti Komunis sendiri terutama sewaktu era Perang Dingin. KGB turut memainkan peranan membasmi kegiatan rasuah dan penyeludupan maklumat rahsia dari Soviet ke luar negara.
PEMBAHAGIAN KUASA DAN REFORMASI
Perlembagaan Soviet yang diwujudkan pada 1918, 1924, 1936 dan 1977, tidak pernah menghadkan kuasa pemerintahan kerajaan pusat Soviet. Tiada pembahagian kuasa formal yang wujud diantara kekuasaan parti komunis soviet, dewan Supreme Soviet dan Majlis Menteri Soviet. Ini kerana parti komunis Soviet sebelum itu iaitu Parti Bolsheviks percaya bahawa pembahagian kuasa akan menyebabkan golongan yang kaya akan menindas golongan miskin/bawahan. Pembahagian kuasa bidang legislatif dan eksekutif tidak pernah wujud. Sistem ini tidak pernah diubah oleh pemerintah selepasnya. Kebanyakan pemerintah parti komunis sebelum era pemerintahan Gorbachev meninggal dunia sewaktu di tampuk pemerintahan kecuali Georgy Malenkov dan Khrushchev yang diturunkan dari kekuasaan oleh parti komunis soviet sebelum kematian mereka.
Kesatuan soviet telah menggunakan pelan pembangunan ekonomi lima tahun setelah selesai perang dunia kedua bagi membangunkan semula ekonominya setelah kemusnahan akibat perang, (ianya berbeza dengan AS kerana AS menggunakan pelan ekonomi berdasarkan ekonomi semasa), manakala Soviet menggunakan pelan berasaskan kepada kewujudan teknologi dalam membangunkan pelan ekonomi. Pada awal tahun 1980-an, pihak pakar ekonomi AS telah melancarkan projek Socrates untuk mengkaji mengenai persaingan yang wujud dalam bidang ekonomi dan ketenteraan dengan Soviet pada masa itu dan mas akan datang. Projek Socrates telah dapat mengenalpasti bahawa kesatuan Soviet telah melaksanakan pelan ekonomi berasaskan teknologi secara agresif berbanding AS, malah teknologi yang dibangunkan oleh Soviet turut melibatkan teknologi dari AS sendiri. Rancangan ekonomi Soviet itu juga membuatkan Soviet dapat menyaingi kehebatan bidang ketenteraan AS, walaupun skala ekonomi Soviet adalah lebih kecil berbanding skala ekonomi yang dikuasai AS.
Kerana perbahasan dan pertelingkahan mengenai polisi ekonomi yang tegang diantara jawatankuasa tertinggi parti komunis sepanjang tahun 1928 – 1929 sehingga menyebabkan kawalan terhadap negara semakin berkurang, maka Joseph Stalin telah mengabaikan seketika pelan ekonomi NEP dan dia menekankan pemusatan kegiatan ekonomi di kerajaan pusat soviet. Dengan polisi ekonomi baru ini, banyak sumber-sumber bahan mentah telah dihantar terus kepada kerajaan soviet pusat dari kesemua wilayah republik bersekutu soviet. Polisi ini telah menyebabkan berkembangnya industri berat di Soviet dan peningkatan pengeluaran barangan tempatan sekitar era 1930-an. Persediaan ke arah menghadapi perang dunia kedua merupakan salah satu dari faktor penggalak kepada Soviet untuk memperbesarkan kegiatan perindustriannya, selain itu faktor ketidakpercayaan terhadap negara kapitalis luar juga membuatkan Soviet memperkembangkan kegiatan ekonominya sendiri. Akibatnya, Soviet telah bertukar dari kerajaan berteraskan pertanian kepada sebuah kuasa ekonomi berteraskan perindustrian. Ini secara tidak langsung telah memandu Soviet ke arah menjadi salah satu kuasa dunia selepas perang dunia kedua. Sewaktu perang dunia kedua, ekonomi dan infrastruktur Soviet telah mengalami kemunduran yang dasyhat sehingga memerlukan begitu banyak pembaharuan setelah perang selesai.
Pada awal era 1940-an, ekonomi Soviet menjadi semakin teguh apabila wujudnya pengenalan produk keluaran Soviet iaitu produk Comecon, namun begitu hanya segelintir kecil sahaja dieksport kerana permintaan dalam negara sendiri sudah memadai. Setelah wujudnya persepakatan blok barat/kapitalis, perdagangan diantara soviet dan negara barat menjadi semakin baik. Walaupun demikian, Soviet masih menjalankan polisi ekonomi yang tertutup dengan menghadkan monopoli kegiatan ekonomi oleh firma luar soviet dan memaksa pengeluar untuk menurunkan harga untuk memberikan peluang kepada rakyat miskin mampu membelinya. Sepanjang kempen perang dingin setelah tamatnya perang dunia kedua, ekonomi Soviet mula menjadi terbeban kerana terpaksa membelanjakan kewangan untuk pembangunan ketenteraan. Pada masa yang sama,Kesatuan Soviet tetap menjadi pengeksport terbesar ke negara-negara dunia ketiga. Kebanyakan sumber pengeluaran soviet didapati dari wilayah-wilayah republik soviet yang lain.
Bermula seawall era 1930-an sehinggalah Kesatuan Soviet tumbang pada akhir 1980-an, cara sektor ekonomi Soviet diuruskan tidak pernah berubah. Polisi ekonomi ini dijalankan secara berpusat, dijalankan oleh suatu badan yang dinamakan sebagai Gosplan dan ianya diorganisasikan dengan plan ekonomi 5 tahun tersebut. Bagaimanapun, seluruh dasar dan polisi ekonomi Soviet banyak dipengaruhi oleh pucuk pimpinan parti komunis Soviet. Namun demikian, pengagihan bahan dan sumber serta pendapatan negara tetap sekata kepada setiap masyarakat. Disebabkan itulah harga barangan dalam Soviet telah diputuskan oleh pihak atasan Soviet, selain dari perbicangan mengenai harga tersebut turut diadakan oleh pihak atasan.
Beberapa perkhidmatan awam biasanya di bawah kendalian kerajaan sepenuhnya seperti sektor pendidikan dan juga kesihatan awam. Dalam bidang pengeluaran, bidang industri berat dan industtri ketenteraan amat menjadi keutamaan dalam kerajaan Soviet berbanding barangan awam dan produk makanan. Barangan awam dan produk makanan terutama di luar Bandar sentiasa kehabisan stok, di dalam keadaan kualiti yang tidak baik dan tidak mempunyai banyak pilihan. Di bawah ekonomi kawalan ketat seperti ini, pembeli sememangnya tiada sebarang pengaruh kepada sesuatu produk. Ini kerana barangan yang dihasilkan tidak mempunyai pilihan dan pengguna tidak boleh bertindak memboikot barangan tersebut kerana ketiadaan bahan pengganti yang lain.
Sepanjang era 1950-an dan 1960-an, ekonomi Soviet mula menunjukkan tanda kebangkitan dan semakin mampu menyaingi ekonomi blok kapitalis barat. Bagaimanapun selepas tahun 1970, pertumbuhan menjadi semakin kukuh dan mula memuncak, dan kadar pertumbuhan tersebut lebih cepat dari beberapa negara eropah yang lain.
Secara kesimpulannya, diantara tempoh 1960 hingga 1989, kadar pendapatan per kapita rakyat Soviet Soviet berada pada tahap yang tinggi berbanding negara lain di dunia (berpandukan 102 buah negara dunia yang lain). Dengan peningkatan yang tinggi dalam pelaburan sektor fizikal, meningkatnya kadar penduduk yang mempunyai pendidikan tinggi, dan peningkatan populasi penduduk yang rendah sepatutnya ekonomi Soviet berkembang lebih baik dari semasa. Menurut Stanley Fischer dan William Easterly, peningkatan ekonomi Soviet merupakan antara yang terburuk dalam dunia. Berdasarkan kiraan mereka, pendapatan per kapita rakyat Soviet sepatutnya dua kali ganda lebih tinggi sewaktu 1989, ini kerana kadar pelaburan yang tinggi, pendidikan dan populasi penduduk berada pada tahap yang optimum. Penulis menyatakan bahawa rendahnya tahap pengeluaran produk utama Soviet telah menyumbang kearah rendahnya pendapatan per kapita rakyat soviet.
Pada 1987, Mikhail Gorbachev telah cuba untuk memulihkan kembali ekonomi Soviet sepertimana era 1950an dan 1960-an dengan melancarkan program polisi ekonomi dinamakan perestroika. Polisi ini memberikan lebih kebebasan firma dalam negara dari campurtangan kerajaan, tetapi firma tersebut tetap di dalam pemerhatian kerajaan untuk mengelakkan penyelewengan. Ekonomi Soviet secara umumnya telah mengalami pengurangan kerana berkurangnya hasil dari eksport minyak mentahnya, dan ini menjadi satu tanda ke arah keruntuhan empayar kuasa besar Soviet. Harga minyak yang tidak banyak berubah menyebabkan bebanan kewangan Soviet semakin parah sehinggalah keruntuhannya pada tahun 1991. Bermula tempoh tamatnya perang dunia kedua sehinggalah keruntuhan Soviet, ekonomi Soviet menduduki tempat kedua tertinggi dalam dunia melalui KDNK (PPP).
SEKTOR TENAGA
Dalam tahun 1991, secara keseluruhannya, Kesatuan Soviet memiliki jaringan paip tenaga meliputi 82 000 kilometer yang menyalurkan minyak mentah ke seluruh Soviet dan 206,500 kilometer lagi paip yang menyalurkan gas asli ke seluruh Soviet. Petroleum serta bahan berasaskan petroleum, gas asli, bijih besi dan keluli, kayu-kayan, produk pertanian, alat-alat mesin dan mekanikal, senjata dan kelengkapan ketenteraan telah menjadi sumber eksport utama Soviet. Pada era 1970-an dan 1980-an, Kesatuan Soviet berjaya mengeskport banyak minyak mentah dan dapat meraih keuntungan yang tinggi dari kegiatan eksport minyak mentah tersebut. Kemuncaknya ialah pada tahun 1988, Soviet merupakan pengeluar utama minyak dunia dan pengeksport kedua terbanyak minyak mentah di belakang Arab Saudi.
Kesatuan Soviet mempunyai tahap ketinggian teknologi dan sains melebihi kemajuan ekonomi mereka sendiri. Antara kemajuan teknologi yang menjadi simbol kepada soviet ialah berjaya membina satelit pertama di dunia, yang banyak digunakan untuk kegiatan ketenteraan. Lenin percaya bahawa Kesatuan Soviet tidak mungkin dapat mengawal dunia sekiranya masih ketinggalan dari sudut teknologi. Pihak berkuasa dan barisan kepimpinan Soviet turut mempercayai kata-kata dari Lenin itu dan mereka mula membina jaringan teknologi yang luas, dan menjalankan agenda pembangunan dan penyelidikan teknologi. Pada 1989, saintis Soviet menjadi antara saintis terbaik dan pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan mereka meliputi bidang tenaga fizik, bidang perubatan yang kritikal, matematik, pengimpalan logam dan teknologi ketenteraan. Namun akibat dari kerenah birokrasi dalam pentadbiran dan campurtangan pihak parti komunis, Soviet lebih ketinggalan di dalam bidang kimia, biologi dan komputer berbanding negara blok kapitalis.
Projek Socrates, sewaktu era pemerintahan Reagan di AS telah berjaya dikenalpasti oleh pihak AS kerana sistem teknologi yang diselidik dan dibangunkan oleh Soviet lebih berlainan dengan teknologi di AS. Jikalai di AS, ekonomi banyak digunakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi meliputi sektor swasta dan awam. Tetapi berbeza dengan Soviet yang menekankan pembangunan teknologi untuk mengawal dunia dari cengkaman blok kapitalis, termasuk mengukuhkan pengaruh mereka di dalam persaingan pembangunan teknologu. Ini termasuk bagi memastikan AS tidak dapat memonopoli kegiatan pembangunan teknologi. Bagaimanapun, kegiatan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Soviet lebih bersifat tertutup dan dikawal kerajaan.
JARINGAN PENGANGKUTAN
Jaringan jalan rel keretapi di Soviet merupakan jaringan keretapi yang terpanjang dan paling berkesan di dunia. Kebanyakan jalan keretapi dibina di wilayah-wilayah di sebelah barat Soviet. Pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, ekonomi Soviet terpaksa menumpukan kepada kegiatan menyelenggara dan membina jaringan jalanraya yang baru dan terpaksa melupakan sebentar beberapa aspek ekonomi yang lain. Jaringan jalanraya dan industri automotif masih di bawah paras memberangsangkan, masih kelihatan jalan raya yang tidak dibersihkan dan diselenggera dengan betul di dalam kota Soviet. Projek penyelenggaraan yang dilaksanakan kerajaanSoviet membuktikan bahawa ianya tidak mampu untuk mencakupi kesemua jalan raya yang telah dibina. Pada awal pertengahan tahun 1980-an, pihak berkuasa Soviet cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan menjalankan beberapa lagi projek membina jalan baru menggantikan jalan lama yang tidak mampu . Namun begitu, industri pengeluaran kereta lebih cepat berkembang berbanding pembinaan jalanraya untuk kereta tersebut bergerak. Ini menyebabkan berlakunya kekurangan kemudahan awam jalan raya di seluruh Soviet.
Selain dari persekitaran jalan raya yang tidak elok akibat tidak diselenggara, sistem trafik yang sudah tidak efisien turut menjadi masalah, kurangnya pelaburan dalam bidang kemudahan awam, berlakunya banyak rasuah dalam projek kemudahan awam dan pelbagai lagi masalah telah menyesakkan masyarakat yang inginkan kemudahan yang lebih baik.
Bagi pengangkutan air pula, Soviet merupakan negara yang paling banyak menggunakan pengangkutan air dan ianya menjadi pilihan utama kerana lebih berkesan dan kos penyelenggaraan yang lebih murah dan tidak sulit.
DEMOGRAFI
Di dalam undang-undang Soviet, kolum undang-undang yang berbunyi “freedom to hold religious services” telah dikuatkuasakan dengan sebaiknya. Bagaimanapun, dengan campurtangan dari pihak Parti Komunis yang mula berfahaman marxim (atheis) mula tidak mengambil berat tentang agama dan memusuhi sesiapa sahaja yang beragama.
Pada 1918, sidang Council of People’s Commissars telah mengisytiharkan bahawa Russian Soviet Federative Socialist Republic (RSFSR) adalah sebuah republik yang sekular dan tiada agama dan undang-undang ini telah diisytihatkan iaitu “mengajar agama di mana-mana sahaja yang menjurus kepada keagamaan dan kerohanian adalah diharamkan dan tidak dibenarkan. Warganegara Soviet boleh menganut agama dan belajar tentangnya tetapi hendaklah secara peribadi dan tidak formal.” Undang-undang ini diperkukuhkan lagi sewaktu tahun 1929, iaitu setelah Stalin semakin berkuasa. Undang-undang ini turut mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan di gereja ataupun masjid ataupun kuil, termasuk juga majlis mempelajari ilmu agama di sana. Segala kegiatan keagamaan telah diberhentikan secara sepenuhnya pada era 1920-an dan 1930-an. Menjelang 1940, sebanyak 90% masjid, kuil, gereja da sinagog yahudi telah ditutup ataupun dimusnahkan.
Namun setelah agama menjadi musuh kepada Soviet beberapa ketika, rejim Stalin mula lebih bersikap terbuka mengenai agama terutama sewaktu akhir era 1930-an. Tindakan ini diadakan untuk mengelakkan pemberontakan masyarakat yang dibimbangi mendapat sokongan dari pihak Nazi Jerman. Untuk memastikan tahap kerohanian meningkat, masjid, gereja dan kuil-kuil mula dibuka kembali, radio Moscow mula memutarkan waktu siaran agama, dan berlakunya suatu pertemuan yang amat bersejarah diantara Stalin dan juga pemimpin gereja Ortodoks iaitu Patriarch Sergius I yang diadakan pada 1943.
Namun begitu, sewaktu Soviet di bawah pemerintahan Setiausaha Agungnya iaitu Nikita Khrushchev pada 1958 hingga 1964, fahaman sekulat dan atheis kembali dipupuk dalam pemerintahan soviet dan diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan sekolah, dan promosi cara hidup atheis kembali dikumandangkan oleh pihak pemerintah Soviet. Sepanjang tempoh ini, jumlah bilangan gereja di Soviet berkurangan dari 20 000 buah kepada 10 000 dalam tempoh 1959 hingga 1965. Malah bilangan masjid yang beroperasi juga berkurangan dari jumlah asalnya sebanyak 1,500 buah menjadi hanya 500.
Institusi beragama menjadi suatu ancama kepada kerajaan Soviet dan diselia secara rapat dan rapi. Tetapi masjid, gereja, sinagog dan kuil menjadi lebih bebas pada era pemerintahan Brezhnev. Hubungan diantara Soviet dan pihak gereja ortodoks menjadi semakin rapat apabila kerajaan Soviet di bawah pimpinan Brezhnev telah dua kali memberikan penghormatan kepada paderi Patriarch Alexey II. Sebuah kajian yang dijalankan di Soviet pada tahun 1982 mencatatkan bahawa hanya terdapat 20% rakyatnya yang beragama dan aktif dalam beragama.
KEBUDAYAAN
Kebudayaan soviet telah mengalami pelbagai perubahan semenjak kewujudan 70 tahun kesatuan republik Sosialis soviet. Sewaktu 11 tahun sebelum Revolusi 1918-1929, terdapat pelbagai kebebasan kepada individu untuk berkarya dan menghasilkan pelbagai eksperimen karya mereka. Sewaktu era Lenin, beliau mahukan sesuatu budaya itu boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dan tidak bertentangan dengan kehendak parti komunis sewaktu itu. Dengan kata yang lain, beribu ahli intelektual, penulis dan pelukis telah dibunuh dan dilenyapkan dan karya-karya mereka telah dimusnahkan sebagai contoh Nikolay Gumilev (dihukum tembak kerana melancarka konpirasi menjatuhkan rejim Bolshevik) dan Yevgeny Zamyatin yang telah dihalang dari berkarya.
Bagaimanapun kerajaan soviet tetap memberikan galakan kepada karya yang tidak bertentangan dengan ideologi soviet. Dalam bidang seni lukis dan penulisan, pelbagai sekolah seni sama ada secara tradisional ataupun moden telah ditubuhkan. Antara penulis komunis yang lahir ialah Maksim Gorky dan Vladimir Mayakovsky yang begitu aktif di dalam bidang seni. Bagi bidang perfileman, beberapa individu telah menyerlah dan mendapat sokongan kerajaan Soviet dalam membikin filem sebagai contoh Sergei Eisenstein yang begitu banyak mengarahkan filem sewaktu era soviet ini.
Sewaktu pemerintahan Stalin, kebudayaan Soviet banyak dikawal oleh kerajaan dan diharuskan untuk memupuk semangat sosialis di dalam diri masyarakat. Bagaimanapun, banyak pengkarya yang tidak sehaluan dengan ideologi sosialis telah dihukum sebagai contoh Mikhail Bulgakov. Malah banyak lagi penulis dan pengkarya yang dipenjara ataupun dihukum bunuh oleh soviet.
Sewaktu pemerintahan Khrushchev ‘Thaw’ lewat 1950-an dan awal 1960-an, segala penapisan filem oleh kerajaan menjadi semakin longgar. Kegiatan menghasilkan karya bebas semakin berkembang dan hasilnya banyak karya dan seni yang indah serta bermutu tinggi dihasilkan oleh para pengkarya. Pada pertengahan era 1980-an, polisi yang dikemukakan oleh Gorbachev seperti polisi perestroika dan glasnost telah banyak memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan apa sahaja yang berlaku dalam Soviet.
Soviet Union mempunyai satu sistem politik yang hanya terdiri dari satu parti politik sahaja iaitu Communist Party sehingga tahun 1990. Dengan itu, kesemua 15 republik bersekutu dengan KRSS akan memusatkan pentadbiran di bandaraya Moscow. Ianya dipusatkan di Moscow terutama dalam aspek ekonomi wilayah bersekutu.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah membawa kepada kejatuhan kerajaan monarki/autokratik bermaharaja di Rusia. Selepas kesatuan Bolsheviks memenangi perang saudara Rusia, republic sosialis soviet telah dibentuk secara rasminya pada 1922 yang meliputi 4 wilayah utama iaitu Russian Soviet Federative Socialist Republic, Transcaucasian Socialist Federative Soviet Republic, Ukrainian Soviet Socialist Republic dan juga Byelorussian Soviet Socialist Republic.
Selepas kematian pengasas Soviet iaitu Vladimir Lenin pada 1924, Joseph Stalin telah berusaha secara agresif dan berjaya mengetuai Soviet dan telah membentuk industry berskala besar bagi negara KRSS ini. Sewaktu perang dunia kedua Jun 1941, pihak Nazi Jerman dan sekutu mereka telah berusaha menjajah Soviet Union yang telah menandatangani perjanjian damai dengan Nazi Jerman sebelum itu. Selepas 4 tahun peperangan yangmenyeksakan, Soviet Union telah memenangi peperangan tersebut dan menjadi antara dua kuasa utama dunia sewaktu itu selain dari Amerika Syarikat.
Soviet Union dan sekutu di timur (china, Vietnam, korea utara) telah terlibat dengan perang dingin dengan blok kapitalis (Amerika, Britain dsb) iaitu setelah selesai perang dunia kedua. Perang ideologi dan pengaruh telah berlaku di dunia dengan pemusatan dua kuasa/blok dunia iaitu kapitalis dan sosialis/komunis. Pada lewat tahun 1980-an, ketua kerajaan Soviet, Mikhail Gorbachev telah berusaha untuk memulihkan negara soviet dari berpecah, namun akhirnya Soviet Union tumbang jua akhirnya dan secara rasmi tumbang pada Disember 1991 setelah usaha beberapa wilayah KRSS sebelum ini untuk merdeka berjaya dikecapi.
KEADAAN GEOGRAFI, IKLIM & PERSEKITARAN KRSS
Dengan keluasan keseluruhan negara sekitar 22 400 000 kilometer persegi, Soviet Union telah menjadi negara paling luas di dunia. Meliputi 1/6 keluasan bumi, keluasan ini bersamaan dengan keluasan keseluruhan benua Amerika Utara. Benua Eropah hanya menyamai ¼ dari keluasan negara KRSS ini, dan juga merupakan pusat bagi perdagangan dan ekonomi. Bahagian timur iaitu dari tengah asia sehingga ke lautan pasifik dan dari Afghanistan ke selatan kurang didiami penduduk, dan paling kurang kegiatan manusia. Keluasannya merangkumi 10,000 kilometer dari asia ke barat merentasi 11 waktu dunia, dan seluas 7,200 kilometer dari utara ke selatan. Merangkumi 5 jenis iklim dunia iaitu tundra, taiga, steppes, gurun, dan kawasan pergunungan.
Soviet Union juga mempunyai sempadan negara yang paling luas dan panjand di dunia, dianggarkan sekitar 60,000 kilometer, 2/3 dari garisan pesisir laut Artik. Merentasi juga Selat Bering yang bersempadan dengan Amerika Syarikat. Soviet Union bersempadan dengan beberapa negara seperti Afghanistan, China, Czechoslovakia, Finland, Hungary, Iran, Mongolia, Korea Utara, Norway, Poland, Romania dan Turki iaitu bermula tahun 1945 sehingga 1991.
Sungai terpanjang di Soviet Union ialah sungai Irtysh. Puncak pergunungan tertinggi di Soviet ialah di Communism Peak (kini dikenali sebagai Puncak Banjaran Ismail Samani) di negara Tajikistan kini, iaitu pada ketinggian maksimum 7,495 meter. Tasik terbesar di dunia juga terletak di KRSS iaitu Laut Caspian. Manakala tasik yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu Tasik Baikal juga terletak di dalam wilayah Soviet Union.
SEJARAH KRSS
Tsar (raja) Rusia yang terakhir lagi kejam, Nicholas II telah memerintah empayar Rusia sehingga Mac 1917, iaitu sehingga selesai peperangan dunia pertama. Kerajaan sementara Rusia telah mengambil alih pemerintahan empayar dari Tsar, secara rasminya Nicholas II telah turun takhta pada oktober 1917 iaitu setelah selesai Revolusi Oktober 1917 yang diketuai oleh pemimpin kesatuan Bolshevik iaitu Vladimir Lenin.
Soviet Union telah secara rasminya dibentuk pada bulan Disember 1922 dengan kesatuan oleh beberapa wilayah iaitu wilayah Rusia, Ukhrain, Belarus, and Republik Transcaucasian Soviet, dengan setiap satunya diperintah oleh parti/kesatuan Bolshevik. Untuk memastikan empayar itu benar-benar bertindak seperti sebuah republic tanpa raja, setiap wilayah mempunyai pentadbiran dan pemerintahan sendiri, terma Soviet Rusia hanya dikhaskan untuk wilayah Russian Federative Socialist Republic, manakala wilayah lain menggunakan terma soviet tersendiri.
SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK
Kegiatan revolusi moden di empayar Rusia bermula pada Revolusi Disember 1825. Bagaimanapun revolusi ini berjaya dipatahkan oleh pemerintahan Tsar pada 1861. Sebuah parlimen boneka yang dikenali sebagai ‘Duma’ telah dibentuk oleh maharaja pada tahun 1906 iaitu selepas Revolusi Rusia 1905 untuk mengurangkan ketegangan revolusi pembaharuan. Walaupun demikian, Duma ini hanyalah boneka kerana pemerintahan monarki diraja masih diamalkan secara paksaan. Penangkapan orang awam secara berleluasa dan pembunuhan politik tetap berlaku sehinggalah perang dunia kedua berlangsung yang mengakibatkan beberapa wilayah empayar Rusia jatuh ke tangan kuasa lain.
Vladimir Lenin Memberikan Pidato Kepada Masyarakat Pada 1920.
Revolusi spontan telah berlaku di Saint Petersburg, sebagai akibat
dari penurunan secara mendadak kekuatan ekonomi dan moral Rusia, ianya
memuncak sewaktu Revolusi Februari dan mengakibatkan pengakhiran
pemerintahan beraja pada Mac 1917. Kepimpinan autokrasi Tsar telah
diganti oleh kepimpinan sementara rusia, untuk persediaan bagi
pembentukan kerajaan demokratik Rusia dan untuk membangunkan semula
Rusia setelah kemusnahan akibat Perang Dunia Pertama.Pada masa yang sama, Kesatuan Sekerja, yang dikenali sebagai Soviet telah berkembang ke seluruh empayar. Kesatuan Bolsheviks, yang diketuai oleh Vladimir Lenin, telah mengadakan Revolusi Sosialis di dalam Soviet. Pada November 1917, sewaktu berlangsungnya Revolusi Oktober, mereka mengambil kesempatan tersebut untuk memperbesarkan kekuasaan dan pengaruh mereka. Pada Disember, kesatuan Bolsheviks telah menandatangani perjanjian dengan pihak pentadbiran pusat. Manakala pada Februari 1918, perebutan kuasa diantara kesatuan sekerja dan pentadbiran pusat kembali berlangsung. Pada Mac, kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk.
Sebuah perang saudara yang panjang telah berlaku di Rusia yang melibatkan ketumbukan tentera merah dan tentera putih iaitu bermula sekitar 1917 dan berakhir pada 1923 dengan kemenangan di pihak tentera merah. Nicholas II dan keluarganya telah dihukum bunuh pada 1921, dan peperangan saudara tersebut telah mengakibatkan korban nyawa sebanyak 5 juta nyawa. Pada mac 1921, sewaktu konflik bersenjata dengan negara Poland, perjanjian damai Riga telah ditandatangani, yang menyaksikan pembahagian wilayah Belarus dan Ukhrain diantara Republik Poland dan Soviet Russia. Soviet Union juga mengakhiri konflik dengan beberapa buah republic baru seperti Republik Finland, Republik Estonia, Republik Latvia dan Republik Lithuania.
PENYATUAN REPUBLIK SOVIET
Pada 28 Disember 1922, telah berlaku rundingan diantara delegasi dari wilayah Russian SFSR, Transcaucasian SFSR, Ukrainian SSR dan delegasi dari wilayah Byelorussian SSR yang telah berjaya memeterai perjanjian pembentukan USSR dan deklarasi pembentukan USSR yang berjaya membentuk Union of Soviet Socialist Republics. Kedua dokumen pemeteraian ini telah disahkan sewaktu kongres pertama USSR dan telah ditandatangani oleh wakil dari keempat-empat wilayah yang terdiri dari Mikhail Kalinin, Mikha Tskhakaya, Mikhail Frunze, Grigory Petrovsky, dan Aleksandr Chervyakov pada 30 Disember 1922.
Pada 1 Februari 1924, USSR telah disahkan oleh empayar British. Pada tahun yang sama, sebuah pentadbiran Soviet telah ditubuhkan pada Disember 1922 secara berpusat iaitu di Moscow.
Untuk memulihkan semula sektor ekonomi, industri dan politik negara yang telah merudum seawall 1917 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Kesemua usaha ini telah dimasukkan ke dalam pengisytiharan Bolshevik dan telah dijadiakn perlembagaan negara and ditandatangani oleh Vladimir Lenin. Antara usaha paling berkesan ialah rancangan GOELRO, iaitu mengstrukturkan semula pelan ekonomi Soviet Union berpandukan kepada tenaga kerja dan buruh dalam negara. Rancangan ini telah dibuat pada 1920 dan merangkumi rancangan pembangunan ekonomi selama 10 hingga 15 tahun ke hadapan. Ianya termasuk membina jaringan kuasa dan tenaga yang meliputi 30 wilayah berasingan, 10 empangan hidroelektrik gergasi dan pelbagai lagi projek industri-elektrik dalam negara. Rancangan ini telah menjadi contoh penggubalan rancangan lima tahun Soviet Unio yang bermula pada tahun 1931.
ERA PEMERINTAHAN STALIN
Dari permulaan penubuhan kerajaan lagi, kerajaan Soviet Union sememangnya hanya ditadbir oleh satu parti sahaja iaitu Parti Komunis (Bolsheviks). Selepas pembentukan polisi ekonomi yang lebih terbuka selepas perang saudara Rusia, kerajaan telah membuka pasaran ekonomi tempatan kepada beberapa syarikat pelaburan luar negara iaitu selepas tahun 1920-an. Dan kebanyakan syarikat pelaburan tersebut lebih berbentuk pelaburan dalam sektor makanan dan minuman.
Barisan kepimpinan sosialis soviet berusaha mengekalkan kewujudan satu parti sahaja mentadbir soviet dengan bertujuan mengelak ekploitasi dari pihak kapitalis yang tidak sejajar dengan kehendak kebajikan. Perbahasan mengenai kaedah pengurusan ekonomi yang lebih baik semakin lantang dibahaskan terutama setelah kematian Lenin pada tahun 1924.
Pada 3 April 1922, Stalin telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union. Lenin telah melantik Stalin sebagai ketua kesatuan sekerja soviet yang memberikan kuasa pentadbiran kepada Stalin. Setelah dilantik dan diperkenan oleh Lenin, Stalin telah menjadi pewaris kekuasaan kerajaan Soviet Union dan pada akhir era 1920-an, dia telah melaksanakan pemerintahan berbentuk totalitarian. Pada Oktober 1927, Grigory Zinoviev dan Leon Trotsky iaitu jawatankuasa tertinggi parti komunis telah dibuang dari jawatankuasa untuk mengukuhkan lagi kekuasaan Stalin.
Pada 1928, Stalin telah memperkenalkan pelan pembangunan ekonomi sosialis lima tahun bagi membangunkan ekonomi soviet. Sewaktu era itu, perhubungan perdagangan antarabangsa telah diperkenalkan oleh Stalin buat kali pertama semenjak revolusi rakyat diadkaan, ianya bertujuan juga untuk memupuk semangat sosialis dalam rakyat soviet. Dalam sektor perindustrian, kerajaan telah mengambilalih dan mengawal kesemua syarikat-syarikat pengeluaran dan turut mengambilalih pelan-pelan pembangunan perindustrian. Dalam bidang pertanian pula, sistem pertanian secara kolektif telah diperkenalkan ke seluruh negara.
Sewaktu era pemerintahan campurtangan kerajaan, banyak ke kebuluran berlaku di seluruh soviet, berjuta nyawa melayang, kepada sesiapa yang menentang kerajaan sosialis Stalin akan dihantar ke penjara Gulag dan dikenakan hukuman kerja berat. Kebangkitan masyarkat terus berlaku terutama sewaktu era 1930-an. Peristiwa Stalin Great Purge telah menyaksikan banyak ahli Bolshevik Lama yang terlibat dalam Revolusi Oktober yang pro-Lenin telah ditangkap. Korban peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan berapakah anggarannya. Menurut rekod-rekod Soviet yang terdedah kepada awam pada tahun 1937 dan 1938, NKVD (polis rahsia soviet) telah menangkap lebih dari satu setengah juta orang, di antaranya seramai 681 692 telah dihukum tembak. Secara purata 1000 orang ditembak mati selama sehari. Secara keseluruhannya sepanjang tempoj 1937-1938, sebanyak 10-11 juta telah dihukum tembak. Meskipun bantahan dan pembunuhan secara membabi-buta itu dilakukan, Kesatuan Soviet tetap berkembangkan menjadi sebuah kuasa ekonomi industri yang kuat pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II.
ERA 1930-AN
Pada awal 1930-an, menyaksikan wujudnya kerjasama yang lebih erat antara Barat dan Kesatuan Soviet. Bermula tahun 1932 hingga 1934, Kesatuan Soviet telah terlibat dalam Persidangan Perlucutan Senjata Dunia. Pada tahun 1933, hubungan diplomatik antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet diperkukuhkan. Manakala pada bulan September 1934, Kesatuan Soviet bergabung dengan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas Perang Saudara Sepanyol dan Sepanyol berpecah pada tahun 1936, Kesatuan Soviet secara aktif menyokong pasukan republic sepanyol melawan puak nasionalis sepanyol yang disokong oleh kerajaan Fasis Itali dan rejim Nazi Jerman.
Pada bulan Disember 1936, Stalin melancarkan Perlembagaan Soviet baru. Perlembagaan tersebut dilihat sebagai kemenangan peribadi bagi Stalin. Yang pada waktu itu digambarkan oleh Pravda bahawa Stalin sebagai “Genius dari dunia baru, orang paling bijaksana zaman itu, pemimpin besar komunisme.” Sebaliknya, sejarawan barat dan sejarawan dari negara-negara bekas penjajahan Soviet telah memandang perlembagaan sebagai dokumen propaganda Stalin.
Akhir 1930-an, menyaksikan wujudnya pergeseran kekuatan sehingga menjadikan Soviet rapuh. Pada tahun 1938, selepas Inggeris dan Perancis menandatangani Perjanjian Munich dengan Jerman, Kesatuan Soviet turut terlibat dengan perjanjian seumpama itu dengan Nazi jerman, perjanjian yang melibatkan sektor tentera mahupun ekonomi. Kedua-dua negara membuat perjanjian Nonaggression Jerman-Soviet dan Perjanjian Dagangan Jerman-Soviet. Pakatan nonaggression membuat pendudukan Soviet di wilayah Lithuania, Latvia, Estonia, Bessarabia, Bukovina utara, dan Poland timur menjadi semakin kukuh. Pada akhir November tahun yang sama, bagi memperluaskan sempadan dan penguasaan Soviet ke atas Finland, Stalin telah memperbesarkan sempadan soviet sejauh 25 kilometer dari Leningrad dan melangkaui sempadan Finland, lalu Joseph Stalin terus memerintahkan pencerobohan ke atas Finland.
Di timur, tentera Soviet memenangi beberapa peperangan akibat dari pertelingkahan kawasan sempadan dengan Empayar Jepun pada tahun 1938 dan 1939. Namun, pada bulan April 1941, Kesatuan Soviet telah bersifat berkecuali dengan menandatangani perjanjian Soviet-Jepun dengan Empayar Jepun, mengakui autonomi wilayah Manchukuo di negara Jepun.
RUSIA SEWAKTU PERANG DUNIA KEDUA
Pelancar Roket Berganda Katyusha milik Soviet
digunakan sewaktu perang menakluk Berlin pada April 1945.
Walaupun pakar sejarah mengatakan bahawa soviet tidak bersedia
sewaktu nazi jerman menyerang soviet, ternyata sangkaan itu adakalanya
tidak tepat kerana sewaktu nazi jerman menyerang soviet, tentangan yang
diberikan soviet agak hebat. Jerman telah memulakan serangan ke atas
soviet dan telah melanggar perjanjian untuk tidak menyerang Kesatuan
Soviet. Serangan nazi jerman ke atas soviet bermula pada 22 Jun 1941,
dan dikenali di Kesatuan Soviet sebagai “Perang Patriotik Besar”.
Tentera Merah berjaya menghentikan kemaraan tentera Jerman sewaktu
Pertempuran Moscow, tambahan pula keadaan musim dingin yang luar biasa
yang turut membantu memberhentikan kemaraan tentera nazi jerman.
Pertempuran Stalingrad, yang berlangsung pada tahun 1942 hingga awal
1943, merupakan pukulan hebat kepada ketumbukan tentera Jerman di mana
pada peperangan sebelumnya, mereka tidak pernah kalah. Setelah pasukan
tentera merah memenangi pertempuran di Stalingrad, pasukan Soviet
melintasi kawasan Eropah Timur menuju Berlin sehinggalah Jerman menyerah
kalah pada tahun 1945.digunakan sewaktu perang menakluk Berlin pada April 1945.
Pemimpin utama Soviet Joseph Stalin, Presiden U.S, Franklin D. Roosevelt
dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill sewaktu
perbicangan peperangan menghadapi Nazi Jerman di Tehran pada tahun 1943.
Pada tahun yang sama, Kesatuan Soviet untuk memenuhi termeterainya
perjanjian dengan Pihak Berikat pada Persidangan Yalta, mereka telah
mengingkari perjanjian Soviet-Jepun yang telah diadakan sebelum ini
iaitu pada April 1945, dan soviet union telah menyerang wilayah Empayar
Jepun iaitu Manchukuo dan wilayah Jepun yang lain pada 9 Ogos 1945.
Konflik ini berakhir dengan kemenangan Soviet yang telah menyebabkan
Jepun akhirnya menyerah tanpa syarat dan berakhirnya Perang Dunia II.dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill sewaktu
perbicangan peperangan menghadapi Nazi Jerman di Tehran pada tahun 1943.
Kesatuan Soviet banyak kerugian akibat dari peperangan yang berpanjangan, Soviet kehilangan sekitar 27 juta penduduk. Walaupun begitu, KRSS telah muncul sebagai kuasa ketenteraan dunia baru yang mengimbang kuasa Amerika Syarikat. Setelah memutuskan hubungan diplomatik dengan dunia Barat, Kesatuan Soviet menjalinkan hubungan diplomatik dengan hampir setiap bangsa di dunia ini pada lewat 1940-an. Soviet menjadi ahli tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menjadi antara kuasa veto dalam PBB sekitar tahun 1945. Selain itu, Kesatuan Soviet turut menjadi salah satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, yang memberikannya hak kuasa veto kepadanya dalam setiap resolusi yang dicadangkan negara anggota PBB.
Kesatuan Soviet berjaya mempertahankan statusnya sebagai salah satu dari dua negara kuasa dunia selama empat dekad melalui hegemoninya di Eropah Timur, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, bantuan untuk negara-negara membangun, dan kajian ilmiah, terutama di bidang teknologi ruang angkasa dan persenjataan.
ERA PERANG DINGIN
Setelah tamat Perang Dunia II, Kesatuan Soviet telah dibangunkan semula dari kesan peperangan dan aktiviti ekonomi dipesatkan, namun kawalan ketat tetap diberikan dan ekonomi tetap dikawal kerajaan pusat. Ini membantu dalam membina semula negara pasca-perang terutama di negara-negara Eropah Timur, dan menjadikan negara eropah timur sebagai negara satelit soviet. Malah mereka turut diikat dengan sebuah perjanjian ketenteraan (Pakatan Warsaw) pada tahun 1955 dan juga perjanjian pengorganisasian ekonomi (The Council for Mutual Economic Assistance atau perjanjian Comecon) dari tahun 1949 sehingga 1991. Kemudian, Comecon telah menyediakan bantuan kepada Parti Komunis China untuk memenangi perang mendapatkan negara china. Malah pengaruh Soviet turut menular ke negara-negara lain terutama negara dunia ketiga. Takut dengan perluasan kuasa dan pengaruh Soviet, pihak Inggeris dan Amerika Syarikat telah menjadi seteru kepada blok sosialis/komunis soviet ini. Perang dingin telah berlaku akibat dari pertelingkahan diantara blok kapitalis yang dipimpin oleh US dan juga blok komunis/sosialis dipimpin oleh Soviet.
ERA KRUSHCHEV
Merupakan tahap pengaruh paling maksimum Soviet di dunia, tambahan pula setelah berlakunya Revolusi Cuba pada tahun 1959 oleh Fidel Castro. Stalin meninggal dunia pada tarikh 5 Mac 1953. Dengan tidak dinamakan pengganti olehnya. Pucuk pimpinan Parti Komunis telah memilih untuk memerintah Kesatuan Soviet secara bersama-sama. Nikita Khrushchev, yang telah memenangi perjuangan merebut kuasa pada pertengahan 1950-an, telah mengutuk cara Stalin yang menggunakan cara penindasan pada tahun 1956 yang menyebabkan wujudnya jurang pergeseran diantara parti dan masyarakat. Idea kutukan Nikita ini dikenali sebagai de-Stalinisasi.
Moscow menganggap negara Eropah Timur sebagia kawasan penyangga untuk mempertahankan sempadan barat republik sosialis Soviet. Dan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, Soviet telah menukar negara-negara Eropah Timur yang menjadi sekutu Soviet sebagai negara satelit Soviet. Seluruh kekuatan tentera Soviet digunakan untuk mengekang kegiatan pemberontakan anti-komunis di Hungary dan Poland pada tahun 1956.
Pada akhir 1950-an, telah berlaku sedikit konfrontasi dengan China akibat dari tindakan Soviet memulihkan hubungan Kesatuan Soviet dengan Barat. Dan menurut Mao Zedong, beliau beranggap bahawa revolusi diplomatik oleh Khrushchev telah mengarah kepada perpecahan kebanyakan negara sekutu Soviet. Hal ini mengakibatkan gerakan komunis global menjadi perlahan yang mengakibatkan rejim Komunis di Albania, Kemboja dan Somalia memilih untuk bersekutu dengan China dari bersekutu dengan Kesatuan Soviet.
Selama tempoh itu juga, Kesatuan Soviet terus mengeksploitasi bidang sains dan teknologi. Ini dapat dibuktikan dengan pelancaran satelit buatan pertama manusia, Sputnik 1. Membawa hidupan ke luar angkasa iaitu seekor anjing bernama Laika, dan kemudian menghantar manusia pertama keluar ke angkasa iaitu Yuri Gagarin untuk mengorbit Bumi. Pada tahun 1963, Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama di angkasa, dan tahun 1965, Alexey Leonov menjadi orang pertama yang berjalan di ruang angkasa.
Khrushchev diberi gelaran “The Thaw” menjadi Khrushchev Thaw, suatu pergeseran kompleks dalam kehidupan politik, budaya dan ekonomi di Kesatuan Soviet. Itu termasuk beberapa langkah lebih bersifat keterbukaan dan kenalan dengan bangsa lain dan dasar sosial dan ekonomi baru dengan lebih menekankan pada barang komoditi, sehingga standard hidup dapat ditingkatkan lagi secara dramatik tetapi tetap menjaga kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Khrushchev melancarkan transformasi dalam bidang pertanian dan pentadbiran, walaupun tidak terlalu produktif. Pada tahun 1962, Soviet menghadapi krisis dengan Amerika Syarikat setelah Soviet mengeksport peluru berpandu nuklear ke Cuba. Kesatuan Soviet berundur dari Cuba setelah Amerika Syarikat menjalankan sekatan aktiviti laut ke atas Cuba. Khrushchev telah diturunkan dari kekuasaan pada tahun 1964.
ERA BREZHNEV
Setelah penurunan kuasa Khrushchev, kepimpinan kolektif terus berlangsung, kepimpinan kolektif ini diketui oleh Leonid Brezhnev sebagai Setiausaha Umum, Alexei Kosygin sebagai Premier dan Nikolai Podgorny sebagai Ketua Presidium. Akhirnya setelah sekian lama pemerintahan secara kolektif ini dijalankan, parti komunis bersepakat melantik Leonid Brezhnev sebagai pemimpin utama Soviet. Antara usaha beliau ialah pada tahun 1968 Kesatuan Soviet dan Pakatan Warsaw yang bersekutu telah bersepakat menceroboh Czechoslovakia untuk menghentikan reformasi Praha Spring yang menginginkan bebas dari kesatuan Soviet.
Leonid Brezhnev dan Jimmy Carter menandatangani
perjanjian SALT II pada 18 Jun 1979 di Vienna.
Brezhnev memimpin sewaktu tempoh perjanjian ketenteraan dengan kuasa
Barat (seperti perjanjian SALT I, SALT II, Anti-Balistik Missile
Treaty), namun sepanjang tempoh pemerintahan beliau, permodenan dan
perluasan kuasa ketenteraan Soviet tetap diteruskan.perjanjian SALT II pada 18 Jun 1979 di Vienna.
Pada bulan Oktober 1977, Perlembagaan Ketiga Soviet dengan sebulat suara telah diterima. Suasana yang berlaku dari kepimpinan Soviet pada waktu kematian Brezhnev pada tahun 1982 adalah suasana yang menyebabkan keadaan politik dalam Soviet tidak berubah dan masih di takuk lama.
REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN SOVIET
Gorbachev sewaktu mengadakan perbincangan
dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan.
Terdapat dua perkembangan soviet sewaktu era kepimpinan Gorbachev
iaitu pertama, semakin jelas akan runtuhnya struktur Kesatuan Soviet
dari sudut ekonomi dan politik, kedua, usaha yang lembap dalam
membaikpulih kesatuan soviet. Kenneth S. Deffeyes dalam bukunya bertajuk
Beyond Oil berpendapat bahawa kerajaan Reagan memberi sokongan kepada
Arab Saudi untuk menurunkan harga minyak ke titik di mana Soviet tidak
boleh mendapat keuntungan dari jualan minyak mentah dari negara mereka.dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan.
Selepas Brezhnev, terdapat dua lagi pemimpin soviet iaitu Yuri Andropov yang berusia 68 tahun dan Konstantin Chernenko yang berusia 72 ketika mereka menjadi pemimpin. Mereka memimpin soviet tidak lebih dari setahun dan meninggal dunia setelah menjadi pemimpin. Bagi mengelakkan pemimpin soviet seterusnya memerintah dalam tempoh terlampau singkat, maka pada 1985, Soviet telah memilih calon pemimpin dari kalangan generasi muda dan Mikhail Gorbachev telah terpilih untuk menjadi pemimpin Soviet.
Gorbachev banyak membuat perubahan signifikan dalam kepimpinan ekonomi dan parti, iaitu dasar yang disebut sebagai Prestroika. Selain polisi tersebut, terdapat satu lagi polisi kelolaannya iaitu dinamakan polisi Glasnost yang memberikan akses maklumat yang lebih bebas kepada rakyat.
Ketumbukan Tentera Soviet Berundur Dari Afghanistan pada 1988
Gorbachev telah bertindak untuk menamatkan Perang Dingin. Pada tahun
1988, Kesatuan Soviet meninggalkan perang sembilan tahun di Afghanistan
dan mula menarik keluar pasukannya. Pada akhir 1980-an, ia menggantung
sokongan ketenteraan bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, yang
mengakibatkan jatuhnya beberapa rejim komunis. Dengan runtuhnya Tembok
Berlin diantara Jerman Timur dan Jerman Barat yang menuju ke arah
perpaduan jerman, kerajaan Soviet juga mula merudum.Pada akhir 1980-an, republik Kesatuan Soviet mula bergerak merangka undang-undang kebebasan kedaulatan terhadap wilayah-wilayah sekutu soviet yang lain. Antara perubahan yang dilakukan ialah pada Perkara 72 Perlembagaan Kesatuan Soviet, yang menyatakan bahawa setiap republik sekutu bebas untuk memisahkan diri jika berkehendak. Pada tarikh 7 April 1990, undang-undang yang telah disahkan ini membolehkan republik-republik dalam soviet untuk memisahkan diri jika lebih dari dua-pertiga penduduknya memilih untuk berbuat demikian. Maka banyak republik sekutu soviet mengadakan pilihan raya bebas pertama mereka pada tahun 1990. Banyak dari perundangan baru ini menghasilkan undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Kesatuan soviet yang diluluskan sewaktu awal penubuhan USSR/KRSS.
Pada tahun 1989, wilayah Rusia SFSR, yang merupakan republik kesatuan soviet yang terbesar (setengah dari populasi Soviet) telah mengadakan pemilihan bagi Congress of People’s Deputies. Boris Yeltsin terpilih sebagai ketua kongres. Pada tarikh 12 Jun 1990, kongres menyatakan kedaulatan ke atas wilayah Rusia dan seterusnya berusaha memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan undang-undang lama kesatuansoviet. Tempoh pembikina undag-undang baru itu berlanjutan sehingga selesai pada tahun 1991.
Sebuah referendum bertujuan untuk pemuliharaan Kesatuan Soviet telah diadakan pada tarikh 17 Mac 1991. Referendum ini mendapati majoriti penduduk dari hanya sembilan republik yang ingin kekal bersama Soviet baru daripada 15 republik sewaktu era KRSS/USSR dahulu. Pada musim panas tahun 1991, Kesatuan Perjanjian Baru, yang akan telah menukar Kesatuan Soviet menjadi sebuah persekutuan yang lebih longgar telah diluluskan oleh lapan republik daripada sembilan republik Soviet yang tinggal.
Yeltsin Berdiri Di Atas Kereta Kebal Sewaktu Piket Ogos 1991.
Penandatanganan perjanjian tersebut bagaimanapun terganggu kerana
rampasan kuasa Ogos yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli kerajaan dan
pihak KGB yang berusaha untuk melaksanakan kembali reformasi yang pernah
dilakukan oleh Gorbachev dan cuba mengembalikan kembali kawalan
kerajaan pusat ke atas republic sekutu soviet terdahulu. Setelah
rampasan kuasa gagal, Yeltsin dilihat sebagai pahlawan soviet atas
tindakannya untuk mengembalikan kuasa soviet walaupun kekuasaan
Gorbachev sebenarnya sudah semakin lemah. Keseimbangan kuasa setiap
republic dianggap menjadi nadi utama dalam mengukuhkan kekuasaan
kesatuan Soviet sepertimana dahulu. Pada bulan Ogos 1991, Latvia dan
Estonia mula mengambil langkah untuk merdeka dari kesatuan soviet,
sedangkan dua belas republik bekas soviet yang lain mula semakin
berjauhan dari penguasaan dan pengaruh kesatuan soviet pusat.Pada tarikh 8 Disember 1991, Presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani Perjanjian Belavezha, yang menyatakan Kesatuan Soviet dibubarkan dan menubuhkan Commonwealth of Independent States (CIS) menggantikan Kesatuan Soviet. Walaupun ada keraguan dalam penandatanganan perjanjian tersebut ia tetap diteruskan. Pada tarikh 21 Disember 1991, wakil-wakil dari semua republik Soviet kecuali wilayah Georgia menandatangani Protokol Alma-Ata, yang juga merupakan sebuah perjanjian perpisahan dari kesatuan Soviet. Pada tarikh 25 Disember 1991, Gorbachev berhasil untuk melepaskan diri dari kemelut perpecahan wilayah kesatuan Soviet dan beliau telah mengundurkan diri dari jawatan Presiden Kesatuan Soviet, dan menyebabkan secara rasminya pejabat presiden Soviet ditutup. Dia telah menurunkan kekuasaan kepada Yeltsin yang merupakan Presiden Rusia selepas hancurnya kesatuan Soviet.
Setelah itu, Majlis Tertinggi Soviet iaitu badan tertinggi kerajaan Kesatuan Soviet secara rasminya terhapus. Dengan itu, maka berlakulah pembubaran rasmi Kesatuan Soviet sebagai sebuah negara yang berdaulat. Manakala organisasi yang lain seperti tentera Soviet dan pasukan polis Soviet, tetap terus berfungsi sehingga awal tahun 1992, dan secara berperingkat terus diserap ke dalam negara-negara yang baru merdeka dari kesatuan Soviet.
Setelah bubarnya Kesatuan Soviet pada 26 Disember 1991, Rusia telah ditubuhkan dan diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dan rasmi. Dalam pada itu, Rusia secara sukarelanya menerima semua bebanan hutang luar negera Soviet dan menyatakan pendiriannya sepertimana sewaktu era kesatuan Soviet dahulu. Sejak itu, Persekutuan Rusia telah mengambil hak Kesatuan Soviet dan segala tanggungjawab seperti yang terdahulunya.
POLITIK
Terdapat tiga hierarki bidang kekuasaan di dalam Kesatuan Soviet iaitu cabang perundangan diwakili oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet, kerajaan ini diwakili oleh Majlis Menteri dan Parti Komunis Kesatuan Soviet. Parti Komunis merupakan satu-satunya parti yang menjadi pembuat dasar di negara kesatuan tersebut.
PARTI KOMUNIS
Perarakan ketenteraan pada tahun 1983 di Moscow, sempena
memperingati ulang tahun ke-66 Revolusi Oktober.
Banner di atas berbunyi “Kemuliaan kepada
Parti Komunis Kesatuan Soviet!”
Di bahagian atas kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis,
terdapat Kongres Parti. Jawatankuasa pusat bertanggungjawab untuk
memilih untuk ketua (Politbiro) (disebut sebagai Presidium antara
1952-1966), Sekretariat atau Setiausaha Umum (Setiausaha Pertama pada
1953-1966) dan juga pejabat tertinggi di Kesatuan Soviet. Bergantung
kepada pembahagia kuasa, Politbiro (ketua) dan Setiausaha Agung
merupakan suatu badan pemerintah yang kolektif, yang secara efektif
memimpin parti dan negara (kecuali sewaktu tempoh kekuasaan kuku besi
Stalin, iaitu selepas tahun 1941). Mereka tidak dikawal sepenuhnya oleh
ahli-ahli dalam parti komunis.memperingati ulang tahun ke-66 Revolusi Oktober.
Banner di atas berbunyi “Kemuliaan kepada
Parti Komunis Kesatuan Soviet!”
Parti Komunis mempertahankan dominasinya keatas pemerintahan negara melalui kawalan ke atas sistem perundangan dan pemerintahan. Semua pegawai utama dan timbalan pegawai utama dalam kerajaan kesatuan Soviet merupakan anggota Parti Komunis Kesatuan Soviet tersebut. Dari pihak atasan seperti Stalin pada 1941-1953 dan sehingga tempoh 1958-1964 iaitu era pemerintahan Khrushchev sebagai Premiers (pemimpin utama) kesemuanya dikawal oleh ahli-ahli parti komunis. Setelah Khrushchev berundur secara paksaan, pemimpin parti dilarang untuk mempengaruhi ahli-ahli kesatuan yang lain untuk mendapatkan kuasa.
Secara realitinya, pengaruh dan kawalan ke atas kerajaan tetap di bawah pengaruh parti komunis iaitu melangkaui sistem birokrasi dalam negara, terutama selepas kematian Stalin.
SISTEM KERAJAAN
Istana Grand Kremlin, kediaman dan pejabat rasmi Supreme
(pemerintah) Soviet pada tahun 1982.
Sidang Supreme Soviet (iaitu pengganti kepada sidang Congress of
Soviets dan Central Executive Committee) merupakan badan pemerintahan
dan pentadbiran tertinggi dalam kerajaan kesatuan Soviet. Bagaimanapun
badan ini hanyalah badan bonek kerana segala keputusan dan dasar
pemerintahan kerajaan kesatuan Soviet merupakan dasar dan arahan dari
parti komunis Soviet itu sendiri. Namun pada akhir era 1950-an, badan
ini semakin diberikan kuasa untuk memerintah dan mempunyai kuasa untuk
memberikan arahan dari kerajaan pusat kepada republic Soviet bersekutu
yang lain. Pada era 1960-an dan 1970-an, akibat dari perluasan kuasa
sidang supreme Soviet ini, ia mendapat kuasa pemerintahan yang lebih
penuh apabila pelan rancangan ekonomi lima tahun Soviet mula
dilancarkan. Malah pelan itu turut merangkumi kaedah dan perbelanjaan
kerajaan kesatuan Soviet yang sudah semestinya memberikan kuasa kewangan
kepada sedang dewan ini. Sidang Supreme Soviet ini biasanya bersidang
selama 2 tahun sekali bagi memilih seorang pemerintah ulung dengan
kesepakatan kesemua ahli tertinggi parti komunis, sidang ini turut
mempunyai kuasa memilih Procurator General dan Majlis Menteri Soviet
(yang sebelum 1946 dikenali sebagai Council of People’s Commissars).
Sidang ini diketuai oleh seorang pengerusi sidang (Premier) dan banyak
bertanggunjawab membentuk dasar sosial dan ekonomi kerajaan kesatuan
Soviet. Manakala bagi peringkat wilayah republic bersekutu kesatuan
Soviet, segala pemilihan dan dasar hendaklah diasaskan kepada dasar dan
sistem pemilihan seperti di peringkat pusat. Pada asasnya, kesemua dasar
pemerintahan menjurus kepada kehendak satu parti sahaja iaitu Parti
Komunis Soviet sehingga 1990.(pemerintah) Soviet pada tahun 1982.
Polis rahsia kesatuan Soviet (KGB dan beberapa lagi badan rahsia soviet) memainkan peranan penting dalam memastikan survival politik soviet berterusan. KGB menjadi salah satu alat keganasan oleh Stalin dalam memperkasakan kekuasaannya, namun setelah kematian Stalin, KGB telah diletakkan di bawah kawalan sepenuhnya oleh Parti Komunis dengan penyimpanan rahsia yang besar berbanding CIA dan FBI. Di bawah pengerusi KGB pada tahun 1967 hingga 1982 iaitu Yuri Andropov dan Setiausaha Agung dari 1982 hingga 1983, KGB telah banyak terlibat dalam memastikan survival politik komunis soviet terus kukuh dan memainkan peranan penting dalam kegiatan pengintipan mengalahkan CIA dan FBI, KGB turut memainkan peranan penting dalam memastikan tiada sebarang pembelotan dalam Parti Komunis sendiri terutama sewaktu era Perang Dingin. KGB turut memainkan peranan membasmi kegiatan rasuah dan penyeludupan maklumat rahsia dari Soviet ke luar negara.
PEMBAHAGIAN KUASA DAN REFORMASI
Perlembagaan Soviet yang diwujudkan pada 1918, 1924, 1936 dan 1977, tidak pernah menghadkan kuasa pemerintahan kerajaan pusat Soviet. Tiada pembahagian kuasa formal yang wujud diantara kekuasaan parti komunis soviet, dewan Supreme Soviet dan Majlis Menteri Soviet. Ini kerana parti komunis Soviet sebelum itu iaitu Parti Bolsheviks percaya bahawa pembahagian kuasa akan menyebabkan golongan yang kaya akan menindas golongan miskin/bawahan. Pembahagian kuasa bidang legislatif dan eksekutif tidak pernah wujud. Sistem ini tidak pernah diubah oleh pemerintah selepasnya. Kebanyakan pemerintah parti komunis sebelum era pemerintahan Gorbachev meninggal dunia sewaktu di tampuk pemerintahan kecuali Georgy Malenkov dan Khrushchev yang diturunkan dari kekuasaan oleh parti komunis soviet sebelum kematian mereka.
Sekumpulan pihak bersenjata kerajaan Soviet sedang dikelilingi
oleh para perusuh di Bandar Moscow sewaktu Rusuhan/Demonstrasi Ogos 1991.

Pada tempoh 1988–1990, sewaktu berhadapan dengan pihak pembangkang yang
tidak ditauliah yang baru muncul, Mikhail Gorbachev telah melakukan
perubahan yang besar dalam sistem pemerintahan kerajaan kesatuan soviet
iaitu dengan membebaskan sidang Supreme Soviet dari belenggu dan
pengaruh Parti Komunis Soviet. Sidang Congress of People’s Deputies
telah ditubuhkan secara rasminya dengan ahlinya kebanyakan dipilih
melalui pilihanraya pada Mac 1989. Kongres inilah yang akhirnya
bertanggungjawab memilih ahli untuk sidang Supreme Soviet, yang akhirnya
menjadi sebuah parlimen sepenuhnya yang bebas dari pengaruh parti
komunis dan mempunyai kuasa sepenuhnya. Sidang Supreme Soviet ini
merupakan badan yang besar dan bertanggungjawab membuat dan menjalankan
dasar Soviet semenjak tahun 1920-an lagi, bagaimanapun sebelum ini,
sidang ini hanyalah boneka pemerintah kerana segala dasar dan keputusan
Soviet bergantung kepada dasar dari Parti Komunis Soviet dan juga Majlis
Menteri Soviet. Pada 1990, Gorbachev telah memperkenalkan jawatan
presiden bagi negara Kesatuan Soviet iaitu menumpukan tugasan bidang
eksekutif bagi presiden, membebaskan parti dari mempengaruhi
pemerintahan, dan beliau turut menyusun semula organisasi pemerintahan
negara.
Pertelingkahan politik diantara Gorbachev dan puak reformasi yang
dipimpin oleh Boris Yeltsin menjadi lebih tegang. Pada 19 hingga 21 Ogos
1991, sekumpulan puak reformasi pemerintahan telah mengadakan rusuhan
dan perhimpuan menuntut Gorbachev turun dari kekuasaannya. Bagaimanapun
reformasi ini gagal dan Majlis pemerintahan Soviet di bawah Gorbachev
tetap diwujudkan dan berfungsi tanpa kekangan. Bagaimanapun akibat
tentangan yang terus menekan dan berterusan, Gorbachev terpaksa meletak
jawatan sebagai Setiausaha Agung Soviet, dan hanya jawatan Presiden bagi
Kesatuan Soviet sahaja yang tinggal bagi memerintah Kesatuan Soviet
yang semakin terhakis kuasanya.
SISTEM KEHAKIMAN SOVIET
Bidang kehakiman merupakan kuasa yang tidak berfungsi sepenuhnya walaupun sememangnya diwujudkan oleh pemerintah. Sidang Supreme Court bertindak selaku pemerhati dan pemerintah bagi segala keputusan yang diputuskan oleh mahkamah kecil (People’s Court) dan segala undang-undang di semua wilayah haruslah mengikut dasar Perlembagaan Kesatuan Soviet dan juga keputusan dari persidangan Sidang Supreme Soviet. Bidang kehakiman di Soviet hamper sama dengan bidang kehakiman sewaktu empayar Rom di mana sistem kehakiman harus disandarkan kepada kebenaran dari pihak yang teraniaya.
BIDANG KUASA POLITIK
Secara perlembagaannya, kesatuan soviet terdiri daripada beberapa republik sosialis soviet (SSRs) dan juga wilayah utama soviet iaitu Russian Soviet Federative Socialist Republic (RSFSR), walaubagaimanapun kesatuan ini tertakluk dibawah perlembagaan dan undang-undang di bawah kelolaan Parti Komunis Soviet. Perjanjian penubuhan Soviet Unio telah dipersetujui pada Disember 1922 oleh 4 wilayah asas kesatuan soviet iaitu terdiri daripada wilaya Rusia SFSR, Transcaucasian SFSR, Ukhrain SSR dan Belarus SSR. Pada 1924, sewaktu persempadanan semula beberapa buah negara di asia tengah, wilayah uzbek dan turkmen SSR telah bersatu menjadi salah satu wilayah di dalam wilayah soviet Turkestan ASSR dan beberapa wilayah lain seperti Khorezm dan Bukharan SSR turut terlibat sama. Dalam tahun 1929, wilayah Tajik SSR telah dipisahkan dari wilayah utamanya iaitu Uzbek SSR. Maka dengan perwujudan semula perlembagaan Soviet 1936, wilayah Transcaucasian SFSR telah dinamakan semula sebagai wilayah Georgian, Armenian dan Azerbaijan SSR. Manakala wilayah Kazakh dan Kirghiz SSR pula dipisahkan dari wilayah Russian SFSR. Dalam bulan Ogos 1940, Kesatuan Soviet telah membentuk wilayah baru yang dinamakan wilayah Moldavian SSR iaitu sebahagian besar dari wilayah Ukhrain SSR.
Persempadanan semula wilayah Kesatuan Soviet itu juga melibatkan beberapa lagi wilayah seperti Estonian, Latvian dan Lithuanian SSR. Wilayah Karelo-Finnish SSR telah disempadan keluar dari wilayah Russian SFSR pada Mac 1940 namun dimasukkan kembali ke dalam wilayah Russian SFSR pada 1956. Antara Julai 1956 dan September 1991, terdapat 15 republik kesatuan Soviet. (sila lihat jadual dan peta di bawah)

Pada 16 November 1988, sidang Supreme Soviet di wilayah Estonian
SSR telah mengeluarkan Deklarasi Estonian Sovereignty yang telah
mengisytiharkan bahawa undang-undang Estonian sah untuk dikuatkuasakan
melepasi undang-undang soviet yang sedia ada. Pada Mac 1990, pilihanraya
baru untuk memilih ahli sidang Supreme Soviet bagi wilayah Lithuanian
SSR telah diadakan dan menjadi penanda aras untuk kemerdekaan wilayah
itu dari Kesatuan Soviet. Langkah ini kemudiannya diikuti oleh wilayah
Georgian melalui sidang Supreme Sovietnya pada April 1991. Selepas
rusuhan dan tunjuk perasaan reformasi pada Ogos 1991, kebanyakan
republik bekas Soviet telah mengikut jejak langkah beberapa wiayah yang
telah merdeka. Kesatuan Soviet akhirnya mengesah dan mengiktiraf
kedaulatan dan kemerdekaan wilayah Estonia, Latvia dan Lithuania dari
kesatuan Soviet pada 6 September 1991. Manakala republik yang masih
tinggal mencapai kemerdekaan mereka setelah Kesatuan Soviet secara
rasminya dibubarkan pada bulan Disember 1991.
EKONOMI
Empangan DneproGES, salah satu dari
empangan hidroelektrik dalam wilayah Kesatuan Soviet.
Kesatuan soviet menjadi negara pertama yang melancarkan pelan
rancangan ekonomi lima tahun, dimana segala pengeluaran produk dan
pemasaran serta perdagangan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat
soviet di Russian SRSF. Pengalaman parti Bolshevik sewaktu era
pemerintahan Tsar yang menindas masyarakat miskin menjadi polisi utama
pihak Komunis dalam memerangi pihak kapitalis, iaitu langkah
menasionalkan perindustrian, memusatkan pengeluaran produk negara,
menambahbaik bidang tanaman dan pertanian, menghapuskan pusingan duit
yang tidak adil, termasuk memiliknegarakan segala industri yang bersifat
swasta dan hanya berdasarkan keuntungan semata. Setelah kejatuhan
ekonomi sewaktu perang dunia pertama, pada 1921, Lenin telah
menggantikan pelan ekonomi War Communism dengan New Economic Policy
(NEP), iaitu menubuhkan perdagangan bebas dan perubahan polisi
perdagangan dengan negara luar. Akibatnya, ekonomi Soviet Union kembali
menjadi kukuh.empangan hidroelektrik dalam wilayah Kesatuan Soviet.
Kesatuan soviet telah menggunakan pelan pembangunan ekonomi lima tahun setelah selesai perang dunia kedua bagi membangunkan semula ekonominya setelah kemusnahan akibat perang, (ianya berbeza dengan AS kerana AS menggunakan pelan ekonomi berdasarkan ekonomi semasa), manakala Soviet menggunakan pelan berasaskan kepada kewujudan teknologi dalam membangunkan pelan ekonomi. Pada awal tahun 1980-an, pihak pakar ekonomi AS telah melancarkan projek Socrates untuk mengkaji mengenai persaingan yang wujud dalam bidang ekonomi dan ketenteraan dengan Soviet pada masa itu dan mas akan datang. Projek Socrates telah dapat mengenalpasti bahawa kesatuan Soviet telah melaksanakan pelan ekonomi berasaskan teknologi secara agresif berbanding AS, malah teknologi yang dibangunkan oleh Soviet turut melibatkan teknologi dari AS sendiri. Rancangan ekonomi Soviet itu juga membuatkan Soviet dapat menyaingi kehebatan bidang ketenteraan AS, walaupun skala ekonomi Soviet adalah lebih kecil berbanding skala ekonomi yang dikuasai AS.
Kerana perbahasan dan pertelingkahan mengenai polisi ekonomi yang tegang diantara jawatankuasa tertinggi parti komunis sepanjang tahun 1928 – 1929 sehingga menyebabkan kawalan terhadap negara semakin berkurang, maka Joseph Stalin telah mengabaikan seketika pelan ekonomi NEP dan dia menekankan pemusatan kegiatan ekonomi di kerajaan pusat soviet. Dengan polisi ekonomi baru ini, banyak sumber-sumber bahan mentah telah dihantar terus kepada kerajaan soviet pusat dari kesemua wilayah republik bersekutu soviet. Polisi ini telah menyebabkan berkembangnya industri berat di Soviet dan peningkatan pengeluaran barangan tempatan sekitar era 1930-an. Persediaan ke arah menghadapi perang dunia kedua merupakan salah satu dari faktor penggalak kepada Soviet untuk memperbesarkan kegiatan perindustriannya, selain itu faktor ketidakpercayaan terhadap negara kapitalis luar juga membuatkan Soviet memperkembangkan kegiatan ekonominya sendiri. Akibatnya, Soviet telah bertukar dari kerajaan berteraskan pertanian kepada sebuah kuasa ekonomi berteraskan perindustrian. Ini secara tidak langsung telah memandu Soviet ke arah menjadi salah satu kuasa dunia selepas perang dunia kedua. Sewaktu perang dunia kedua, ekonomi dan infrastruktur Soviet telah mengalami kemunduran yang dasyhat sehingga memerlukan begitu banyak pembaharuan setelah perang selesai.
Pada awal era 1940-an, ekonomi Soviet menjadi semakin teguh apabila wujudnya pengenalan produk keluaran Soviet iaitu produk Comecon, namun begitu hanya segelintir kecil sahaja dieksport kerana permintaan dalam negara sendiri sudah memadai. Setelah wujudnya persepakatan blok barat/kapitalis, perdagangan diantara soviet dan negara barat menjadi semakin baik. Walaupun demikian, Soviet masih menjalankan polisi ekonomi yang tertutup dengan menghadkan monopoli kegiatan ekonomi oleh firma luar soviet dan memaksa pengeluar untuk menurunkan harga untuk memberikan peluang kepada rakyat miskin mampu membelinya. Sepanjang kempen perang dingin setelah tamatnya perang dunia kedua, ekonomi Soviet mula menjadi terbeban kerana terpaksa membelanjakan kewangan untuk pembangunan ketenteraan. Pada masa yang sama,Kesatuan Soviet tetap menjadi pengeksport terbesar ke negara-negara dunia ketiga. Kebanyakan sumber pengeluaran soviet didapati dari wilayah-wilayah republik soviet yang lain.
Bermula seawall era 1930-an sehinggalah Kesatuan Soviet tumbang pada akhir 1980-an, cara sektor ekonomi Soviet diuruskan tidak pernah berubah. Polisi ekonomi ini dijalankan secara berpusat, dijalankan oleh suatu badan yang dinamakan sebagai Gosplan dan ianya diorganisasikan dengan plan ekonomi 5 tahun tersebut. Bagaimanapun, seluruh dasar dan polisi ekonomi Soviet banyak dipengaruhi oleh pucuk pimpinan parti komunis Soviet. Namun demikian, pengagihan bahan dan sumber serta pendapatan negara tetap sekata kepada setiap masyarakat. Disebabkan itulah harga barangan dalam Soviet telah diputuskan oleh pihak atasan Soviet, selain dari perbicangan mengenai harga tersebut turut diadakan oleh pihak atasan.
Beberapa perkhidmatan awam biasanya di bawah kendalian kerajaan sepenuhnya seperti sektor pendidikan dan juga kesihatan awam. Dalam bidang pengeluaran, bidang industri berat dan industtri ketenteraan amat menjadi keutamaan dalam kerajaan Soviet berbanding barangan awam dan produk makanan. Barangan awam dan produk makanan terutama di luar Bandar sentiasa kehabisan stok, di dalam keadaan kualiti yang tidak baik dan tidak mempunyai banyak pilihan. Di bawah ekonomi kawalan ketat seperti ini, pembeli sememangnya tiada sebarang pengaruh kepada sesuatu produk. Ini kerana barangan yang dihasilkan tidak mempunyai pilihan dan pengguna tidak boleh bertindak memboikot barangan tersebut kerana ketiadaan bahan pengganti yang lain.
Sepanjang era 1950-an dan 1960-an, ekonomi Soviet mula menunjukkan tanda kebangkitan dan semakin mampu menyaingi ekonomi blok kapitalis barat. Bagaimanapun selepas tahun 1970, pertumbuhan menjadi semakin kukuh dan mula memuncak, dan kadar pertumbuhan tersebut lebih cepat dari beberapa negara eropah yang lain.
Secara kesimpulannya, diantara tempoh 1960 hingga 1989, kadar pendapatan per kapita rakyat Soviet Soviet berada pada tahap yang tinggi berbanding negara lain di dunia (berpandukan 102 buah negara dunia yang lain). Dengan peningkatan yang tinggi dalam pelaburan sektor fizikal, meningkatnya kadar penduduk yang mempunyai pendidikan tinggi, dan peningkatan populasi penduduk yang rendah sepatutnya ekonomi Soviet berkembang lebih baik dari semasa. Menurut Stanley Fischer dan William Easterly, peningkatan ekonomi Soviet merupakan antara yang terburuk dalam dunia. Berdasarkan kiraan mereka, pendapatan per kapita rakyat Soviet sepatutnya dua kali ganda lebih tinggi sewaktu 1989, ini kerana kadar pelaburan yang tinggi, pendidikan dan populasi penduduk berada pada tahap yang optimum. Penulis menyatakan bahawa rendahnya tahap pengeluaran produk utama Soviet telah menyumbang kearah rendahnya pendapatan per kapita rakyat soviet.
Pada 1987, Mikhail Gorbachev telah cuba untuk memulihkan kembali ekonomi Soviet sepertimana era 1950an dan 1960-an dengan melancarkan program polisi ekonomi dinamakan perestroika. Polisi ini memberikan lebih kebebasan firma dalam negara dari campurtangan kerajaan, tetapi firma tersebut tetap di dalam pemerhatian kerajaan untuk mengelakkan penyelewengan. Ekonomi Soviet secara umumnya telah mengalami pengurangan kerana berkurangnya hasil dari eksport minyak mentahnya, dan ini menjadi satu tanda ke arah keruntuhan empayar kuasa besar Soviet. Harga minyak yang tidak banyak berubah menyebabkan bebanan kewangan Soviet semakin parah sehinggalah keruntuhannya pada tahun 1991. Bermula tempoh tamatnya perang dunia kedua sehinggalah keruntuhan Soviet, ekonomi Soviet menduduki tempat kedua tertinggi dalam dunia melalui KDNK (PPP).
SEKTOR TENAGA
Sebuah setem yang dikeluarkan Soviet sewaktu ulangtahun ke-30
penubuhan International Atomic Energy Agency (IAEA)
Kadar penggunaan minyak mentah oleh Soviet meninggal bermula tahun
1970-an sehingga lewat 1980-an, ianya termasuk permintaan minyak mentah
bagi keperluan komersial dan juga awam. Pada mulanya, kadar permintaan
minyak mentah meningkat mendadak, namun kembali berkurangan sewaktu
tahun 1970 hingga 1975. Dari 1975 hingga 1980, permintaan minyak menjadi
semakin berkurangan iaitu skeitar 2.6 peratus penggunaan sahaja. David
Wilson, seorang sejarawan percaya bahawa pengeluaran minyak mentah dari
Soviet seharusnya mencakupi 40% pengeluaran minyak mentah dunia dan akan
mencapai tahap sedemikian di masa akan datang. Bagaimanapun teori
beliau tidak dapat dibuktikan kerana runtuhnya Soviet pada 1991.
Kesatuan Soviet secara teorinya telah mengalami kadar pertumbuhan
ekonomi antara 2 – 2.5 % sewaktu era 1990-an. Ini kerana banyaknya
sumber tenaga di dalam wilayah Soviet. Bagaimanapun, kemampuan
pengeluaran tenaga Soviet tetap mempunyai masalah besar kerana negara
Soviet banyak menggunakannya untuk program persenjataan perang dan
terpaksa bersaing sengit dengan beberapa negara blok kapitalis (sewaktu
era Gorbachev).penubuhan International Atomic Energy Agency (IAEA)
Dalam tahun 1991, secara keseluruhannya, Kesatuan Soviet memiliki jaringan paip tenaga meliputi 82 000 kilometer yang menyalurkan minyak mentah ke seluruh Soviet dan 206,500 kilometer lagi paip yang menyalurkan gas asli ke seluruh Soviet. Petroleum serta bahan berasaskan petroleum, gas asli, bijih besi dan keluli, kayu-kayan, produk pertanian, alat-alat mesin dan mekanikal, senjata dan kelengkapan ketenteraan telah menjadi sumber eksport utama Soviet. Pada era 1970-an dan 1980-an, Kesatuan Soviet berjaya mengeskport banyak minyak mentah dan dapat meraih keuntungan yang tinggi dari kegiatan eksport minyak mentah tersebut. Kemuncaknya ialah pada tahun 1988, Soviet merupakan pengeluar utama minyak dunia dan pengeksport kedua terbanyak minyak mentah di belakang Arab Saudi.
Salah sebuah reaktor nuklear Soviet (Chernobyl) yang meletup
hingga menyebabkan penyebaran radiasi yang tinggi sehingga
ke benua Eropah yang menjadi krisis nuklear terbesar di dunia.
SAINS & TEKNOLOGIhingga menyebabkan penyebaran radiasi yang tinggi sehingga
ke benua Eropah yang menjadi krisis nuklear terbesar di dunia.
Kesatuan Soviet mempunyai tahap ketinggian teknologi dan sains melebihi kemajuan ekonomi mereka sendiri. Antara kemajuan teknologi yang menjadi simbol kepada soviet ialah berjaya membina satelit pertama di dunia, yang banyak digunakan untuk kegiatan ketenteraan. Lenin percaya bahawa Kesatuan Soviet tidak mungkin dapat mengawal dunia sekiranya masih ketinggalan dari sudut teknologi. Pihak berkuasa dan barisan kepimpinan Soviet turut mempercayai kata-kata dari Lenin itu dan mereka mula membina jaringan teknologi yang luas, dan menjalankan agenda pembangunan dan penyelidikan teknologi. Pada 1989, saintis Soviet menjadi antara saintis terbaik dan pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan mereka meliputi bidang tenaga fizik, bidang perubatan yang kritikal, matematik, pengimpalan logam dan teknologi ketenteraan. Namun akibat dari kerenah birokrasi dalam pentadbiran dan campurtangan pihak parti komunis, Soviet lebih ketinggalan di dalam bidang kimia, biologi dan komputer berbanding negara blok kapitalis.
Projek Socrates, sewaktu era pemerintahan Reagan di AS telah berjaya dikenalpasti oleh pihak AS kerana sistem teknologi yang diselidik dan dibangunkan oleh Soviet lebih berlainan dengan teknologi di AS. Jikalai di AS, ekonomi banyak digunakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi meliputi sektor swasta dan awam. Tetapi berbeza dengan Soviet yang menekankan pembangunan teknologi untuk mengawal dunia dari cengkaman blok kapitalis, termasuk mengukuhkan pengaruh mereka di dalam persaingan pembangunan teknologu. Ini termasuk bagi memastikan AS tidak dapat memonopoli kegiatan pembangunan teknologi. Bagaimanapun, kegiatan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Soviet lebih bersifat tertutup dan dikawal kerajaan.
JARINGAN PENGANGKUTAN
Bendera Syarikat Penerbangan Awam Aeroflot sewaktu era Soviet
Kegiatan pengangkutan merupakan dari aspek penting dalam merancakkan
kegiatan ekonomi. Polisi pemusatan kegiatan ekonomi bermula seawall
tahun 1920-an sehingga 1930-an telah menggalakkan kepada pembinaan
jaringan perhubungan dan pengangkutan dalam skala yang besar. Ianya
menjadi semakin rancak setelah wujudnya jaringan pengangkutan udara di
bawah kendalian Aeroflot, sebuah syarikat penerbangan awam di Soviet.
Soviet mempunyai jaringan pengangkutan yang amat luas meliputi darat,
udara dan laut. Bagaimanapun akibat dari kurangnya kualiti
penyelenggaraan, kebanyakan jalan raya, pengangkutan air dan
pengangkutan udara Soviet menjadi agak ketinggalan dan mempunyai
teknologi yang terkebelakang berbanding negara blok kapitalis.Jaringan jalan rel keretapi di Soviet merupakan jaringan keretapi yang terpanjang dan paling berkesan di dunia. Kebanyakan jalan keretapi dibina di wilayah-wilayah di sebelah barat Soviet. Pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, ekonomi Soviet terpaksa menumpukan kepada kegiatan menyelenggara dan membina jaringan jalanraya yang baru dan terpaksa melupakan sebentar beberapa aspek ekonomi yang lain. Jaringan jalanraya dan industri automotif masih di bawah paras memberangsangkan, masih kelihatan jalan raya yang tidak dibersihkan dan diselenggera dengan betul di dalam kota Soviet. Projek penyelenggaraan yang dilaksanakan kerajaanSoviet membuktikan bahawa ianya tidak mampu untuk mencakupi kesemua jalan raya yang telah dibina. Pada awal pertengahan tahun 1980-an, pihak berkuasa Soviet cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan menjalankan beberapa lagi projek membina jalan baru menggantikan jalan lama yang tidak mampu . Namun begitu, industri pengeluaran kereta lebih cepat berkembang berbanding pembinaan jalanraya untuk kereta tersebut bergerak. Ini menyebabkan berlakunya kekurangan kemudahan awam jalan raya di seluruh Soviet.
Selain dari persekitaran jalan raya yang tidak elok akibat tidak diselenggara, sistem trafik yang sudah tidak efisien turut menjadi masalah, kurangnya pelaburan dalam bidang kemudahan awam, berlakunya banyak rasuah dalam projek kemudahan awam dan pelbagai lagi masalah telah menyesakkan masyarakat yang inginkan kemudahan yang lebih baik.
Bagi pengangkutan air pula, Soviet merupakan negara yang paling banyak menggunakan pengangkutan air dan ianya menjadi pilihan utama kerana lebih berkesan dan kos penyelenggaraan yang lebih murah dan tidak sulit.
DEMOGRAFI
Jumlah populasi di Kesatuan Soviet (merah) dan
selepas kejatuhan Soviet (biru) bermula 1961 hingga 2009.

50 tahun pertama dalam kurun ke-20 meliputi kepimpinan Tsar dan juga
Soviet menunjukkan ramai rakyatnya kehilangan nyawa akibat dari pelbagai
sebab dan dalam skala yang besar. Kematian sewaktu Perang Dunia Kedua
dan juga sewaktu Perang Saudara Rusia telah menunjukkan jumlah kematian
melibatkan 18 juta nyawa, manakala pada era 1930-an sebanyak 10 juta
nyawa terkorban dan lebih 26 juta nyawa terkorban sewaktu perang dunia
kedua antara tahun 1941 – 1945. Keseluruhan demografi populais manusia
Soviet selepas perang dunia kedua adalah sebanyak 45 hingga 50 juta
lebih kecil berbanding jumlah populasi sebelum perang dunia kedua.
Selepad pembentukan Soviet, kadar kelahiran telah berkurang dari 44.0
kelahiran per 1000 penduduk pada 1926 kepada hanya 18.0 kelahiran per
1000 penduduk pada tahun 1974, disebabkan oleh berlakunya urabanisasi
dalam penempatan dan naiknya tahap umur purata perkahwinan.
Walaubagaimanapun, kadar kematian turut sama mengalami penurunan, iaitu
dari kadar 23.7 per 1000 penduduk pada tahun 1926 kepada 8.7 per 1000
penduduk pada tahun 1974. Secara keseluruhannya, kadar kelahiran bayi di
wilayah selatan Soviet seperti di Transcaucasia dan Asia Tengah lebih
tinggi berbanding wilayah Kesatuan Soviet di bahagian utara. Soviet
eropah mula mengalami penurunan kadar kesuburan rakyatnya, manakal
wilayah Soviet Asia Tengah tetap mengalami peningkatan kadar kesuburan
rakyatnya yang sekata.
Pada lewat era 1960-an dan era 1970-an menunjukkan berlakunya penurunan kadar mortaliti rakyat Soviet, terutama dalam kalangan kaum lelaki yang bekerja, tetapi ianya masih kurang memberi kesan kepada beberapa wilayah lain seperti wilayah Slavi. Sebuah analisis rasmi yang dikeluarkan pada akhir era 1980-an menunjukkan selepas kadar mortaliti yang rendah sekitar 1970-an dan awal 1980-an, kadar mortaliti kaum dewasa meningkat semula. Kadar mortaliti penduduk Soviet mula meningkat dari 24.7% pada 1970 kepada 27.9% pada 1974. Sesetengah kajian mendapati bahawa kadar mortaliti tersebut benar kerana dikaji secara realistik, akibat dari peningkatan kemudahan kesihatan dan kurangnya jangkitan penyakit. Bagaimanapun setelah pendedahan tentang mortaliti tersebut diterbitkan, pihak Soviet telah mula menghentikan sebarang kajian mengenainya dalam masa 10 tahun selepas itu. Demografi di Soviet dan kemudahan perubatan di Soviet dirahsiakan buat sementara sehingga dihebahkan bahawa mortaliti Soviet meningkat pada lewat era 1980-an.
PENDIDIKAN

Pelajar-pelajar dari wilayah Soviet yang sedang berkunjung ke wilayah Milovice, Czechoslovakia pada 1985.
Sebelum 1917, sewaktu pemerintahan empayar Tsar Rusia, pendidikan
tidak dijalankan secara percuma, ini bagi menghadkan kehadiran anak-anak
golongan petani dan bawahan dari mendapatkan pendidikan formal.
Dianggarkan bahawa pada tahun 1917, sekitar 75% hingga 85% rakyat Rusia
tidak pandai membaca dan menulis (buta huruf).
Anatoly Lunacharsky telah menjadi menteri pertama yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pelajaran di Kesatuan Soviet Rusia. Pada permulaannya, pihak berkuasa Soviet berusaha untuk menghapuskan gejala buta huruf dalam kalangan rakyat Rusia. Sesiapa sahaja yang tidak buta huruf boleh dilantik sebagai guru untuk mengajar. Dalam jangka masa yang pendek sahaja, bilangan guru yang diserap walaupun tidak berkualiti bertambah dan pada 1940, Joseph Stalin telah menguar-uarkan bahawa gejala buta huruf dapat dibanteras dengan jayanya. Selepas perang dunia kedua, bidang pendidikan Soviet diperkembangkan dengan pesatnya sejajar dengan hasrat untuk melahirkan ramai cerdik pandai rusia. Kesan pengembangan pendidikan memberikan impak yang cukup hebat. Pada 1960-an, boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak di Soviet diberikan peluang untuk mendapatkan pelajaran. Hanya kelompok yang berada terlalu jauh ke dalam pedalaman sahaja tidak mempunyai pelajaran kerana ketiadaan akses kepada pendidikan. Nikita Khrushchev telah berusaha menjadikan aspek pendidikan lebih mudah untuk diakses sesiapa sahaja walau di mana mereka tinggal. Ini kerana pendidikan merupakan sesuatu yang amat penting dan menjadi satu kehendak masyarakat.
Akses kepada pendidikan tinggi walaubagaimanapun masih lagi terhad. Hanya 20% peratus permohonan kemasukan ke institut pendidikan tinggi diluluskan setiap tahun. Selebihnya akan mula memasuki alam pekerjaan dan ada yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di sekolah vokasional dan teknik. Students from families of dubious political reliability were barred from higher education.[109] Sewaktu era pemerintahan Brezhnev, suatu dasar pendidikan tinggi baru diperkenalkan dengan setiap permohonan haruslah mendapat kelulusan dari masyarakat atau pemimpin masyarakat setempat. Mengikut statistic pada tahun 1986, dari jumlah 10 000 pendidik, hanya 181 individu sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan tinggi di Soviet berbanding 517 dari 10 000 rakyat AS yang berjaya memasuki pendidikan tinggi sewaktu itu.
KUMPULAN ETNIK & KAUM
Kesatuan Soviet merupakan negara yang paling banyak mempunyai etnik dan kaum, dengan lebih 100 etnik yang berada di pelbagai pelusuk Soviet. Keseluruhan jumlah populasi Soviet ialah sekitar 293 juta pada tahun 1991. Bepandukan kepada jangkaan pada tahun 1990, majoriti penduduknya adalah berbangsa Rusia (50.78%), diikuti bangsa Ukhrain (15.45%) dan bangsa Uzbeks (5.84%).
Kebanyakan warganegara Soviet mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Jenis etnik bagi setiap anak-anak akan dipilih sendiri oleh kedua ibubapa mereka setelah mereka mencapai umur 16 tahun. Sekiranya tiada kata putus dari ibubapa mereka, maka kanak-kanak tersebut dikira memiliki etnik atau kerakyatan kaum yang sama seperti ibunya. Tetapi pada kebiasaannya, bagi kelompok minoriti yang terllau kecil, mereka akan digabungkan dengan minoriti yang lain dan menjadi kelompok majoriti lebih besar. Sebagai contohnya etnik minoriti Mingrelians yang tinggal berhampiran wilayah Georgian SSR, yang diklasifikasikan sebagai salah satu etnik Georgia. Terdapat sesetengah etnik yang secara sukarela bergabung dengan etnik lain dan ada kalanya terpaksa dipaksa oleh pihak pentadbiran Soviet bagi mengelakkan perpecahan dan pemberontakan. Bangsa Rusia, Belarus dan Ukhrain banyak berkongsi asas kebudayaan yang sama, sementera sesetengah etnik lain tidak.
KESIHATAN
Pada 1917, sebelum meningkatnya pengaruh parti Bolshevik, tahap kesihatan adalah pada tahap yang sungguh tidak memberangsangkan. Seperti yang diutarakan oleh Lenin, “Sama ada fahaman parasite akan menandingi fahaman sosialis ataupun sosialis akan menandingi fahaman parasit”. Bagaimanapun, polisi kesihatan Soviet banyak dipengaruhi oleh perbincangan oleh People’s Commissariat for Health ataupun kementerian kesihatan pada 1918. Hal ehwak kesihatan akan dikawal oleh negara dan segala adalah percuma untuk rakyat. Artikel 42 dalam undang-undang Soviet tahun 1977 telah memperuntukkan bahawa rakyat Soviet bebas untuk mendapatkan rawatan di mana-mana sahaja hospital dalam Soviet. Bagaimanapun sistem kesihatan Soviet masih tidak mampu untuk memenuhi kehendak masyarakat yang ramai. Sebelum Leonid Brezhnev berkuasa, Soviet mempunyai tahap kepakaran kesihatan yang tinggi berbanding negara luar. Walaubagaimanapun sewaktu era Brezhnev dan juga Mikhail Gorbachev sebagai pemerintah, tahap kesihatan Soviet menjadi semakin kurang berkualiti dan mendapat kritikan kerana banyaknya kesilapan dalam perubatan, sebagai contoh rendahnya kualiti servis kesihatan. Menteri Kesihatan Soviet, Yevgeniy Chazov, sewaktu kongres ke-19 Parti Komunis Soviet sebelum itu pernah mengatakan bahawa sistem kesihatan di Soviet berada pada tahap yang baik, ini kerana pelaburan berbilion Ruble telah menjadikannya berada pada tahap yang amat baik.
Setelah pengambilalihan pemerintahan dari Tsar kepada sistem Komunis, tahap kesihatan menjadi semakin baik. Statistik ini telah digunakan pihak Komunis untuk dijadikan bukti bahawa sistem pemerintahan sosialis/komunis lebih baik berbanding sistem kapitalis. Peningkatan ini meningkat sehingga awal tahun 1960-an, apabila tahap kesihatan di Soviet lebih tinggi dari tahap kesihatan di Amerika Syarikat. Tahap kesihatan Soviet kekal tinggi sehinggalah sekitar 1970-an ianya mula menurun. Menurut kajian, ianya menurun akibat dari tahap penagihan alkohol yang semakin teruk. Kebanyakan sumber barat mengatakan bahawa penurunan kadar kesihatan ini adalah berkait dengan penagihan alkohol yang semakin teruk. Pihak Soviet turut menyatakan pendapat yang sama seperti pihak barat. Selepas tahun 1974, pihak Soviet mula memberhentikan pengeluaran laporan mengenai tahap kesihatan dan mortaliti penduduk.
BAHASA
Kerajaan kesatuan Soviet di bawah pimpinan Vladimir Lenin hanya membenarkan sedikit sahaja bahasa digunakan dalam penulisan di kesatuan Soviet. Bagaimanapun, sistem tulisan yang satu ini berjaya dipupuk ke dalam budaya bangsa soviet walaupun terdapat beberapa kesilapan yang wujud dalam penulisan. Sewaktu era kerajaan Soviet, setiap wilayah dalam soviet menggunakan bahasa yang berlainan tetapi polisinya tetap sama. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam perhubungan kerana wujudnya pelbagai bahasa dan dialek sebutan bahasa dalam empayar Soviet yang luas. Apabila sesuatu bahasa itu digunakan secara meluas dalam urusan seharian dan digunakan dalam penulisan bahan-bahan kerajaan yang penting, maka bahasa itu dijadikan sebagai bahasa formal. Disamping itu, terdapat pelbagai jenis bahasa minoriti dalam kesatuan Soviet yang sukar untuk diadaptasikan ke dalam bentuk penulisan, jadi penutur bahasa minoriti tersebut harus mempunyai bahasa kedua yang fasih dan boleh digunakan. Sewaktu era pemerintahan rejim Stalin, banyak bahasa minoriti lain tidak dibenar untuk digunakan kerana kesusahan ke arah penyatupaduan masyarakat Soviet, malah penutur bahasa yang berlainan dianggap musuh bagi kerajaan Soviet.
Secara umumnya, bahasa Rusia digunakan secara meluas dalam segala urusan kerajaan dan disebabkan oleh itulah bahasa Rusia dijadikan bahasa rasmi ataupun “language of interethnic communication” (Russian: язык межнационального общения).
AGAMA DI SOVIET
Agama Islam dan Kristian merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh kebanyakan masyarakat dalam wilayah Soviet. Kelompok agama Ortodoks di bawah kendalian Russian Orthodox Church merupakan agama krsitian yang paling dominan. Manakala kebanyakan umat islam di Soviet adalah daripada kelompok Sunni, manakala kelompok puak Syiah banyak terdapat di wilayah Azerbaijan Soviet Socialist Republic. Manakala bagi agama lain terdapat juga agama Roman Katolik, Yahudi, Buddha dan pelbagai agama kristian protestan.

Sebuah gereja Catherdal of Christ Saviour di Moscow yang
dimusnahkan pada tahun 1931 oleh kerajaan Atheis Soviet.
Sewaktu era pemerintahan empayar Tsar Rusia, agama mempunyai pengaruh
yang sungguh kuat di Rusia. Puak Russian Orthodox Church mempunyai
tempat yang istimewa di bawah pemerintahan Tsar dinama mereka banyak
terlibat dengan aktiviti diraja dan menjalankan dasar kerajaan Tsar.
Namun setelah kejatuhan Tsar Rusia, pihak gereja ortodoks Rusia telah
menjadi tentangan utama bagi pihak soviet dan gereja menjadi musuh
kepada soviet yang lebih bersifat atheis.dimusnahkan pada tahun 1931 oleh kerajaan Atheis Soviet.
Di dalam undang-undang Soviet, kolum undang-undang yang berbunyi “freedom to hold religious services” telah dikuatkuasakan dengan sebaiknya. Bagaimanapun, dengan campurtangan dari pihak Parti Komunis yang mula berfahaman marxim (atheis) mula tidak mengambil berat tentang agama dan memusuhi sesiapa sahaja yang beragama.
Pada 1918, sidang Council of People’s Commissars telah mengisytiharkan bahawa Russian Soviet Federative Socialist Republic (RSFSR) adalah sebuah republik yang sekular dan tiada agama dan undang-undang ini telah diisytihatkan iaitu “mengajar agama di mana-mana sahaja yang menjurus kepada keagamaan dan kerohanian adalah diharamkan dan tidak dibenarkan. Warganegara Soviet boleh menganut agama dan belajar tentangnya tetapi hendaklah secara peribadi dan tidak formal.” Undang-undang ini diperkukuhkan lagi sewaktu tahun 1929, iaitu setelah Stalin semakin berkuasa. Undang-undang ini turut mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan di gereja ataupun masjid ataupun kuil, termasuk juga majlis mempelajari ilmu agama di sana. Segala kegiatan keagamaan telah diberhentikan secara sepenuhnya pada era 1920-an dan 1930-an. Menjelang 1940, sebanyak 90% masjid, kuil, gereja da sinagog yahudi telah ditutup ataupun dimusnahkan.
Namun setelah agama menjadi musuh kepada Soviet beberapa ketika, rejim Stalin mula lebih bersikap terbuka mengenai agama terutama sewaktu akhir era 1930-an. Tindakan ini diadakan untuk mengelakkan pemberontakan masyarakat yang dibimbangi mendapat sokongan dari pihak Nazi Jerman. Untuk memastikan tahap kerohanian meningkat, masjid, gereja dan kuil-kuil mula dibuka kembali, radio Moscow mula memutarkan waktu siaran agama, dan berlakunya suatu pertemuan yang amat bersejarah diantara Stalin dan juga pemimpin gereja Ortodoks iaitu Patriarch Sergius I yang diadakan pada 1943.
Namun begitu, sewaktu Soviet di bawah pemerintahan Setiausaha Agungnya iaitu Nikita Khrushchev pada 1958 hingga 1964, fahaman sekulat dan atheis kembali dipupuk dalam pemerintahan soviet dan diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan sekolah, dan promosi cara hidup atheis kembali dikumandangkan oleh pihak pemerintah Soviet. Sepanjang tempoh ini, jumlah bilangan gereja di Soviet berkurangan dari 20 000 buah kepada 10 000 dalam tempoh 1959 hingga 1965. Malah bilangan masjid yang beroperasi juga berkurangan dari jumlah asalnya sebanyak 1,500 buah menjadi hanya 500.
Institusi beragama menjadi suatu ancama kepada kerajaan Soviet dan diselia secara rapat dan rapi. Tetapi masjid, gereja, sinagog dan kuil menjadi lebih bebas pada era pemerintahan Brezhnev. Hubungan diantara Soviet dan pihak gereja ortodoks menjadi semakin rapat apabila kerajaan Soviet di bawah pimpinan Brezhnev telah dua kali memberikan penghormatan kepada paderi Patriarch Alexey II. Sebuah kajian yang dijalankan di Soviet pada tahun 1982 mencatatkan bahawa hanya terdapat 20% rakyatnya yang beragama dan aktif dalam beragama.
KEBUDAYAAN
Kebudayaan soviet telah mengalami pelbagai perubahan semenjak kewujudan 70 tahun kesatuan republik Sosialis soviet. Sewaktu 11 tahun sebelum Revolusi 1918-1929, terdapat pelbagai kebebasan kepada individu untuk berkarya dan menghasilkan pelbagai eksperimen karya mereka. Sewaktu era Lenin, beliau mahukan sesuatu budaya itu boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat dan tidak bertentangan dengan kehendak parti komunis sewaktu itu. Dengan kata yang lain, beribu ahli intelektual, penulis dan pelukis telah dibunuh dan dilenyapkan dan karya-karya mereka telah dimusnahkan sebagai contoh Nikolay Gumilev (dihukum tembak kerana melancarka konpirasi menjatuhkan rejim Bolshevik) dan Yevgeny Zamyatin yang telah dihalang dari berkarya.
Bagaimanapun kerajaan soviet tetap memberikan galakan kepada karya yang tidak bertentangan dengan ideologi soviet. Dalam bidang seni lukis dan penulisan, pelbagai sekolah seni sama ada secara tradisional ataupun moden telah ditubuhkan. Antara penulis komunis yang lahir ialah Maksim Gorky dan Vladimir Mayakovsky yang begitu aktif di dalam bidang seni. Bagi bidang perfileman, beberapa individu telah menyerlah dan mendapat sokongan kerajaan Soviet dalam membikin filem sebagai contoh Sergei Eisenstein yang begitu banyak mengarahkan filem sewaktu era soviet ini.
Sewaktu pemerintahan Stalin, kebudayaan Soviet banyak dikawal oleh kerajaan dan diharuskan untuk memupuk semangat sosialis di dalam diri masyarakat. Bagaimanapun, banyak pengkarya yang tidak sehaluan dengan ideologi sosialis telah dihukum sebagai contoh Mikhail Bulgakov. Malah banyak lagi penulis dan pengkarya yang dipenjara ataupun dihukum bunuh oleh soviet.
Sewaktu pemerintahan Khrushchev ‘Thaw’ lewat 1950-an dan awal 1960-an, segala penapisan filem oleh kerajaan menjadi semakin longgar. Kegiatan menghasilkan karya bebas semakin berkembang dan hasilnya banyak karya dan seni yang indah serta bermutu tinggi dihasilkan oleh para pengkarya. Pada pertengahan era 1980-an, polisi yang dikemukakan oleh Gorbachev seperti polisi perestroika dan glasnost telah banyak memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan apa sahaja yang berlaku dalam Soviet.
No comments:
Post a Comment