Maryam Jameelah : Gadis Yahudi Kebanggan Islam
“ISLAM
menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui
kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu
seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas
kematian.
“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya
mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup
menyakinkan saya.
Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.
“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan
perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau
sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk
Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.
Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.
Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara
bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia
difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab
dan juga bangsa Yahudi.
Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,
penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.
Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani
(Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi
Zionis.
“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi
akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan
dengan saudara sesama Arab.
“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.
“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu
terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas
dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima
hakikat penolakan kakak.
Sementara itu, pada sambutan perayaan
keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau
melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari
sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.
Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan
kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik
dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam
yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia
15 tahun.
Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.
Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh
itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali
The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed
Sohrab.
Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam
dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau
mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam
meninggalkannya setelah setahun penyertaan.
Pada usia 18 tahun,
Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai
Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis,
sekali lagi dia dikecewakan.
Semasa usianya mencecah 20 tahun,
Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang
diambilnya ialah Judaism in Islam.
Malangnya profesor yang
juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh
memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada
agama Yahudi.
Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan
al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah
agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi
terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama
Yahudi.
Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.
Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta
perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama
Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.
Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.
Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan
kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.
“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.
Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.
“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.
“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital
awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya
akan memeluk Islam.
“Apabila saya dibenarkan pulang, saya
menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar
Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New
York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak
menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.
Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.
Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.
“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di
Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan
Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr.
Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala
Maudoodi,” katanya lagi.
Menurut Maryam, sangkaan pertamanya
bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran,
benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau
hipokrasi.
Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam
suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai
esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.
“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.
“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan
simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,”
katanya.
Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli
keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga,
saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik
kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.
Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas
membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi
tetapi ia adalah soal kehidupan.
Sumber : SINI
No comments:
Post a Comment