Pada tahun 1998, Joseph Cohen
seorang Yahudi Ortodoks kelahiran AS berhijrah ke Israel kerana
keyakinannya yang sangat kuat pada ajaran Yahudi. Dia kemudian tinggal
di kawasan penempatan Yahudi Gush Qatif di Gaza (Israel berundur dari wilayah Jalur Gaza pada tahun 2005).
Gush Qatif
Cohen
tak pernah menyangka bahawa perpindahannya ke Israel akan membawanya
pada cahaya Islam. Setelah tiga tahun menetap di Gaza, Cohen memutuskan
untuk menjadi seorang Muslim setelah dia bertemu dengan seorang syeikh
berasal dai UAE dan berbincang tentang teologi dengan syeikh tersebut
melalui internet. Setelah masuk Islam, Cohen menggantikan namanya dengan
nama Islam Yousef al-Khattab.
Tak
lama setelah dia mengucapkan syahadat, isteri dan empat anak Yousef
mengikuti jejaknya menjadi Muslim. Sekarang, Yousef al-Khattab aktif
berdakwah di kalangan orang-orang Yahudi, meskipun dia sendiri tidak
diakui lagi oleh keluarganya yang tidak suka melihatnya masuk Islam.
“Saya
sudah tidak berhubung lagi dengan keluarga saya. Kita tidak boleh
memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi
dengan identiti yahudi yang amat kuat. Kami tidak mempunyai pilihan
lain, selain memutuskan hubungan untuk masa terdekat ini. Kata-kata
terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka mengatakan saya
barbarian,” kata Yousef tentang hubungan dengan keluarganya sekarang.
Dia
mengakui, berdakwah tentang Islam di kalangan orang-orang Yahudi bukan
pekerjaan yang mudah. Menurutnya, langkah pertama yang harus dilakukan
dalam mengenalkan Islam adalah, bahawa hanya ada satu manhaj dalam
Islam iaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah saw yang kemudian
diteruskan oleh para sahabat-sahabat dan penerusnya hingga sekarang.
“Cara
yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk
semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan
ayat-ayat al-Quran dan yang membezakan antara umat manusia adalah
ketaqwaannya pada Allah semata mata,” ujar Yousef.
“Islam bukan agama perkauman yang membezakan warna kulit dan bangsa.
Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan kata kata
Rasulullah saw. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita
berjuang hanya demi Allah semata mata, untuk melawan mereka yang ingin
membunuh kita, yang menjajah tanah air kita, yang menyebarkan
kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita, misalnya
ideologi demokrasi,” sambung Yousef.
Dia
mengatakan bahawa dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan
Islam. Perbezaan utamanya dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata
Yousef percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi.
Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi mereka.
“Judaisme
adalah kepercayaan yang berasaskan pada manusia. Berbeza dengan Islam,
agama yang berasaskan pada al-Quran dan Sunnah. Dan keyakinan pada
Islam tidak akan pernah berubah, di semua masjid di seluruh dunia
al-Quran yang kita dengarkan adalah al-Quran yang sama,” ujar Yousef.
Lebih
lanjut dia mengatakan bahwa Jahudisme di sisi lain bersumberkan pada
“tradisi oral” misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi
dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Para rabbi sendiri, kata
Yousef mengakui, mungkin saja banyak hal yang sudah orang lupa sehingga
kesahihan kitab tersebut boleh dipersoalkan.
Kitab Taurat
Yousef
memberitahu, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki
sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi
naskah asli. “Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua
dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang mampu menghafal
al-Quran dari generasi ke generasi. Allah memberkati kita semua dengan
al-Quran,” tegas Yousef. Meskipun demikian, dia percaya dialog adalah
cara terbaik dalam berdakwah terutama di kalangan Yahudi.
Ditanya
tentang kelompok-kelompok Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. Yousef
menjawab bahawa secara peribadi mahupun dari segi keagamaan, dia tidak
percaya dengan Yahudi-Yahudi yang mendakwa anti-Zionis. “Dari sejarahnya
saja, mereka adalah orang-orang yang selalu melanggar kesepakatan.
Mereka membunuh para nabi, oleh sebab itu saya tidak pernah percaya pada
mereka, meskipun Islam selalu menunjukkan sikap yang baik pada
mereka,” paparnya.
Yousef
menegaskan bahawa pernyataannya itu bukan untuk membela orang-orang
Palestin ataupun atas nama seorang Muslim. Pernyataan itu merupakan
pendapat peribadinya. “Allah Maha Tahu,” tegasnya.
Sebagai
orang yang pernah tinggal di kawasan penempatan Yahudi di wilayah
Palestin, Yousef mengakui adanya diskriminasi yang dilakukan pemerintah
Israel terhadap Muslim Palestin. Yousef sendiri pernah dipukul oleh
askar-askar Israel meskipun tidak seburuk perlakuan askar-askar Zionis
itu kepada warga Palestin.
“Saya
masih beruntung, penderitaan yang saya alami tidak seberat penderitaan
saudara-saudara kita di Afghanistan yang berada dibawah penjajahan AS
atau saudara-saudara kita yang berada di kem penjara AS di Kuba
(Guantanamo),” katanya dengan rasa syukur.
No comments:
Post a Comment