William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen
Victoria pernah mengucapkan”Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan
kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan
mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. Ucapan beliau sambil
mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan
penentangan umat Islam terhadap penjajahan.
Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku
Negara Yahudi : 1895), “Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari
Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling
gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam.
Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri,
orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup
semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah
menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan
tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran” – Ucapan beliau di
Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.
Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan:
“Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan
di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan
bangkit.”
Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya di
hadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “Sesungguhnya peranan
Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu
untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam)
bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian.
Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya.
Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama
Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang
mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam
kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah
membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu
mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam
kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang
telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama
Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang
selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang
tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka
bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat
dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya
untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam
kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.
Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian,
maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik
cara.”
Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat
kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2
jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah
utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak
membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam
kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan
menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat
Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan
Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel
untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk
menjadikan setiap Negara Arab di sekitarnya sebagai negara yang
berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi
mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis
ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”
Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama
Islam yang berkembang pesat di Britain di mana radio Britain telah
mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain
tersebut.
Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan
dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “Di antara
topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.
Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “Persoalan Iran
mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita
membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya
secara ringkas, “ Boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar
di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang
patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat
agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui
benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami
bincangkan dalam konvensyen tersebut”.
Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang
kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di
universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk
Jihad Pada Jalan Islam, “Pakar-pakar strategi politik Barat akan
memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan
seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi
dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat
semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam
yang asas.”
Lawrence Brown berkata, “Pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita
dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati
rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka
menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi
ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis
Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat
Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi
kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam,
dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam
ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini menyatakan,
“Sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita
terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak.
Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang
kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka,
kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam,
kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason, “Kita hendaklah menguasai golongan
wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka
dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan
pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis, “Arak dan nyanyian merupakan dua unsur
yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000
laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah
maksiat dan materialistik.”
Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang
pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “Penggantinya ialah
teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk
dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.”
Miyen, seorang pemimpin di Burma membuat kenyataan, “Jangan biarkan
orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali
kerajaan Arab (kerajaan Islam).”
10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam
- Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
- Menghapuskan Al-Qur’an.
- Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
- Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
- Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
- Lemahkan bangsa Arab.
- Dirikan negara diktator di dunia Islam.
- Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
- Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
- Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
No comments:
Post a Comment