Wednesday, April 4, 2012

KEAJAIBAN JURANG MARIANA



Jurang Mariana ialah jurang yang paling dalam di dunia (lokasi yang paling dalam pada permukaan kerak bumi). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer (6.8 batu).

Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di bahagian timur dan selatan Kepulauan Mariana, iaitu di timur Pulau Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah daripada kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini telah ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.



Sila klik pada Pautan ini untuk melihat dengan lebih jelas keterangan kedalaman Jurang Mariana tersebut!

Jurang Mariana ini telah membentuk dua sempadan plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar Jurang Mariana adalah jauh lebih dalam daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut yang hanya setinggi 8,848m/29,028ka. Disamping itu bahagian dasar laut Jurang Mariana pula menerima tekanan setinggi 108.6 MPa iaitu lebih 1000 kali ganda daripada tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

Jurang Mariana ini memiliki panjang sehingga 2550 kilometer dan mempunyai kelebaran sehingga 69 kilometer lebar.


Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana pula mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Ini telah memberi makna bahawa kedalaman Jurang Mariana adalah jauh melebihi daripada ketinggian Gunung Everest.

Dengan dasar yang sangat dalam dan gelap yang terdapat pada Jurang Mariana berkenaan, maka pastinya 1001 misteri ada tersembunyi di dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis² hidupan marin yang mampu hidup dan membiak dalam habitat yang sebegitu rupa, pastinya tidak sama dengan hidupan marin yang hidup di permukaan dan pertengahan kedalaman lautan.

Marilah kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan²Nya yang unik dan penuh misteri ini. Di bawah adalah antara hidupan² marin yang terdapat di celahan Jurang Mariana yang berjaya dirakamkan.




















Subhanallah.. Allah Maha Pencipta, Maha Hebat lagi Maha Besar!!

No comments:

Post a Comment