Pendokong
sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada
pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun
saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.
LIBYA SEBENAR bukanlah
seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan
Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi.
Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media
antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh
negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau
menyembunyikan “Hakikat Sebenar” matlamat mereka dari diketahui dunia.
Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat
menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun
dikuburkan iaitu Saddam Hussein.
Untuk
mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada
Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain
terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya
kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun
tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah
berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah
yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.
Setelah
Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan
Hosni Mubarak dijadikan “kambing Hitam” untuk menutup niat mereka
sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera
menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.
Dalam
waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan
untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan.
Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen
anti pemerintah.
Kaedah
yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol
zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah
dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang
dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook
dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat
propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel
sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak
pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya
mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.
Senjata
utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah “PEMBOHONGAN”. Pembohongan
bermaksud “Dusta” itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal
Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang
beriman pun akan hilang kewarasannya.
Apabila
terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti
masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah,
untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.
Seperti
mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan
dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi.
Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami
kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji “Gunung Roti” bakal
dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah
sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran
penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis “ The
Protocols of the Elders of Zion” perkara ini bukanlan sesuatu yang
ganjil.
Itulah
keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang.
Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali
Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala
sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah
bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik
Dajjal.
(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)
Siapa Gaddafi sebenarnya?
Keburukan
demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang
dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh
proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa
Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru
yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya
dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari
negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan
menggantikan USD dan Euro.
Dari
saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi,
namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran
dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia.
Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda.
Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.
Terima
kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang
terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau
telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli
Nordin dari blognya.
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah
satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi
Zionis la’natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan
dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga
mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di
hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu
mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak
tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!
Malang
sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat,
mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan
barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada
mereka!
Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua’mar Al Qaddafi:
1.
Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak
petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak
payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab
Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada
hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’;
4.
Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi
tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun
meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya
masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13.
satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan
kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada
sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17.
Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh
Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya
Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat
tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat
dan Yahudi zionis la’natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi
adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam
tanpa tunduk na’am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi
boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan
Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan
emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la’natullah
tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang
mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan
atas kertas sahaja.
Maka
Amerika, Barat dan Yahudi la’natullah tidak ada pilihan melainkan
menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat
Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan
pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah
peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la’natullah, sentiasa
tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk
menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan
memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap
agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na’zubillah min zalik.
Catatan tambahan:
Kolonel Muammar
Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي Muʿammar
al-Qaḏḏāfī audio(bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang
pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden
Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak
berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab
Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun
membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi
Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku
Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi
dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan
Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya
menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah
WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza
Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada
awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang
didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab,
meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar
menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar “mati syahid” jika perlu dalam
perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang
mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada
17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran
tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap
kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran
dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9] Pada Ogos
2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak
lelakinya berjaya melarikan diri.
Kehidupan awal
Gaddafi
adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang
di Oasis Hun,Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]]
, Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika
menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima
pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha
di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia
Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada
akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi
kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi
Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah
menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar
dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian,
Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan
cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera
di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain
telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin
Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah
dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus
Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat
sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada
1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin
oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang
ketika itu menjalani rawatan perubatan diTurki. Sepatutnya anak saudara
Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal
sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4
Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai
raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada
dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikantahanan dalam rumah.
Semua media merujuk Gaddafi sebagai “Pemimpin besar dan Pengasas
Revolusi.”
Tidak
seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya
sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang
memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel
dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan
Libya “diperintah oleh rakyat” .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal
sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas
Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan
udara.
Sementara
di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar
Osorio (1950 – 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960)
dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 – 1967).
Rejim
tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab
, nasionalisme dansosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara
Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara
“langsung, popular demokrasi” dan lebih sesuai dikenali sebagai
“Sosialisme Islam” . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh
syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi
juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang
minuman alkohol dan berjudidi kalangan rakyatnya. Falsafah politik
beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan ‘Buku
Hijau’. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan
1979.
Bagaimanapun,
dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah
idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan
dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan
antarabangsa.
Jawatankuasa
Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah
dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke
luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya
telah dibunuh di Itali.
__________________
Tidak
mustahil rakyat Libya akan menderita sebagaimana nasib saudara mereka
di Iraq. Itulah kebebasan dan keindahan demokrasi yang diidam oleh
rakyat Libya. Mereka tidak belajar dari peristiwa Saddam Hussein dahulu
malah bersedia dibutakan mata hanya dengan khayalan umpama filem
Hollywood. Segala hasil negara bakal dipunggah keluar dan rakyat Libya
dipaksa membayar kos perang NATO. Bahagiakah mereka? Kesah ini umpama
hikayat Melayu, “Lebai Malang”.
Demokrasi
adalah Syaitan paling kejam yang nyata memanipulasi manusia di akhir
zaman ini. Mampukah kita lari dari syaitan ini? Paling jauh kita hanya
mampu berusaha agar syaitan ini tidak mudah membinasakan saki baki iman
yang ada. Itu pun jika kita rasakan berada dikelompok manusia beriman.
Untuk itu patuhilah saranan Rasulullah SAW mendindingi diri dari fitnah
Dajjal. Dinasihatkan agar menghafal dan sering amalkan 10 ayat surah al
Kahfi tanpa jemu. Kita akan diperlihatkan KafFaRa di “dahi” Dajjal ini.
InsyaAllah.
Kita
bernasib baik kerana kita diantara mangsa mereka yang terakhir, bukan
yang terawal seperti Asia Tengah dan Asia Barat. Mungkin sememangnya
Allah merencanakan begitu agar kita dapat bersedia sebelum terlambat.
Pastinya doa para Aulia diperkenankan Allah SWT. Bersyukurlah. Segala
kemelut politik dan sosial yang berlaku mutakhir ini sepatutnya segera
mematangkan kita bukan sebaliknya.
Memandangkan
kita sekian lama merangkul demokrasi sekular, halacara menjatuhkan
pemerintahan sedia ada menjadi sedikit sukar. Namun melalui proksi
mereka yang berjiwa kental dan liat, mereka masih berpeluang mengucar
kacirkan negara ini. Walaupun starategi terpaksa diubah dan disesuaikan
dengan keadaan, perancangan untuk menjatuhkan pemerintah Islam tetap
akan dilaksana terutama yang melaksana sistem yang berbeza dengan apa
yang mereka sarankan.
Malaysia
juga diantara negara yang cuba popularkan “Dinar Emas” satu masa dahulu
tetapi menenggelamkan hasrat tersebut setelah dapat menghidu bencana
yang bakal dihadapi. Harus diingat, selain Malaysia negara yang cuba
bangunkan projek “Dinar Emas” ini ialah Iraq dan Libya. Iraq dan Libya
telah dihanguskan dan projek tersebut telah ditamatkan. Tidak mustahil
pula Iraq dan Libya mempunyai rezab bijih emas di bawah perutbumi padang
pasir yang luas itu. Sebab itu mereka berani menyuarakannya.
Apa
yang berlaku kini, dinar dan dirham dikeluarkan di Malaysia hanya
sebagai jualan “koleksi” bukan sebagai matawang rasmi. Ia tidak
menggugat sistem kewangan antarabangsa. Zionis tetap mencurgainya dan
bimbang Malaysia mengambil langkah drastik mengisytiharkan untuk
menggantikan wang kertas satu masa nanti. Mereka tahu Malaysia antara
negara yang berani membuat pilihan sendiri mengawal sistem kewangannya
dan berupaya mengenepikan pandangan pakar IMF.
Rekod
mengenai hasrat kerajaan Malaysia mahu menggunakan “Dinar Emas” sebagai
forex atau tukaran perdagangan antarabangsa disatu masa dahulu masih
tersimpan kemas dalam diari Illuminati dan zion, mereka masih tidak
percaya Malaysia telah melupakan hasrat tersebut. Itulah mimpi ngeri
bagi Illuminati yang sekian lama telah menipu dunia melalui terbitan
“wang kertas” yang bersandarkan hutang (debt/riba) itu. Syarikat yang
mencetak wang kertas ini juga milik mereka dan proksi mereka.
Untuk
menghilangkan terus kemungkinan ini, pemerintah sekarang harus diganti
dengan proksi mereka. Siapakah proksi mereka? Akan didedahkah sedikit
waktu lagi bila masa mengizinkan. Mungkin bukan dalam blog ini kerana
komputer peribadi saya sudah diintip dan perhubungan internet pula
sering terganggu.
Jika
rakyat negara ini masih siuman, ingatlah bahawa fitnah Dajjal itu amat
menyesatkan dan mustahil umat yang kurang imannya dapat melepaskan diri.
Setelah tumbangnya Syria (pembesaran Israel), Malaysia akan jadi medan
baru jika Indonesia dapat ditawan secara aman. Dalam pada itu jika
pembaca meyakini kemungkinan ini bukan sekadar hipotesis, adalah
dinasihatkan supaya segera mengumpul “dinar/dirham (emas dan perak)
Malaysia” sekadar yang terdaya. Kerajaan negeri Kelantan juga telah
mengeluarkannya. Secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan Kelantan
juga telah mengetahui kemungkinan apa yang bakal terjadi atau mungkin
hanya bertujuan menghidupkan kembali tradisi Kelantan sebelum dijajah
British.
Kemerosotan
nilai wang kertas akan menjadi semakin tenat sekiranya kesatuan negara
Eropah gagal mengekang kejatuhan ekonomi negara anggotanya. Ditokok pula
semakin lemah kepercayaan dunia terhadap kestabilan USD. Ringgit
Malaysia juga tidak akan dapat melepaskan diri dari ikut tersungkur
sama. Buat waktu ini, USA masih berupaya melindungi kejatuhan nilai
dollarnya, tidaklah diketahui berapa lama lagi ia dapat bertahan.
Mungkin setahun, dua tahun atau lima tahun sahaja lagi. Keadaannya
dilapurkan sangat tenat.
Emas
akan menpunyai nilai yang berkali-kali ganda dari nilainya sekarang
bilamana nilar ringgit merosot kelak kerana ringgit juga masih berdiri
atas nisbah tukaran antarabangsa yang dikuasai IMF. Semua wang kertas
dunia bersandar kepada bon dan “debt” atau nama asalnya ialah RIBA.
Inilah perusahaan Illuminati (anggota Dajjal) selama ini. Mereka
mengumpul emas sebaliknya memaksa dunia menggunakan wang RIBA.
Tanah
Melayu pernah digelar Semenanjung Emas. Pastinya emas menjadi nadi
ekonomi penduduk purba Semenanjung Tanah Melayu. Sejarah ini telah
berjaya ditutup rapat oleh British dan sejarah orang Melayu hanya
bermula dari kewujudan Kesultanan Melaka..
Walaupun
beratus tahun menjajah Tanah Melayu, namun atas kehendak Allah mereka
masih gagal menemui simpanan emas kecuali simpanan terhad di Pahang.
Pelbagai ekpedisi dilakukan hingga ke seluruh hutan rimba banjaran
Titiwangsa. Di mana tempat tinggi mereka mendirikan penempatan dengan
alasan sebagai kawasan rehat. Mereka tetap gagal mengesan simpanan emas
di perut bumi Tanah Melayu ini. Apa yang diizinkan Allah untuk mereka
hanyalah bijeh timah.
Tumpuan
mereka hanya untuk menjajah Tanah Melayu dan bersedia pula melepaskan
negeri Fathani kepada penguasaan Siam melalui satu triti. Tentu ada
sebabnya. Dapatkah dibayangkan apa akan berlaku sekiranya mereka menemui
simpanan emas yang banyak di sini? Keadaannya tentu sekali berbeza dari
apa yang wujud sekarang.
Simpanan
rezab emas “mentah” Tanah Melayu memang banyak, Illuminati dan
talibarutnya telah lama mengetahuinya. Melalui kecanggihan teknologi
yang mereka miliki, dalam diam mereka telah mengkaji, mengesan dan
memantau secara rahsia kedudukan dan nilai rezab tersebut.
Kerajaan
sekarang juga sudah lama mengetahuinya (sebab itu PM terdahulu pernah
membayangkan penggunaan dinar emas sebagai sandaran perdagangan
menggantikan USD). Menjadi tanggung jawab kerajaan untuk merahsiakannya
dari pengetahuan umum demi keselamatan negara atas nasihat pakar
strategik.
Sebab
itu mereka (zion) akan cuba sedaya untuk menghalang kerajaan sekarang
dari terus memerintah. Walaupun pemerintah negara ini tidaklah sebaik
sepertimana yang semua orang diharapkan, namun sehingga kini mereka
masih berupaya melepaskan diri dari perangkap Yahudi (zion/illuminati).
Allah
masih belum izinkan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada . Andai
sebaliknya berlaku, proksi mereka akan mengambil alih pemerintahan dan
dengan mudah semua rezab ini diangkut ke Jurussalem secara rahsia. Masa
untuk mereka semakin suntuk. Usaha mereka selama ini masih belum
menampakkan hasil. Kini dengan bantuan Jesuit (cawangan gerakan sulit
zionis), mereka berharap keadaan akan berubah dan memihak kepada mereka.
Sebagai makluman, Jesuit telah hampir berjaya menawan Indonesia melalui
gerakan para proksinya. Gerakan Islam di sana semakin lemah dicemari
LIBRALISMA kecuali Acheh.
Walau bagaimanapun, hanya Allah yang tahu untuk siapa rezab ini disimpan begitu lama.Perancangan Allah melangkaui tipudaya makhluk. Hakikatnya segala rahsia adalah “hak Mutlak” Allah Subhana Wa Taala. Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment