Wednesday, April 4, 2012

LAPANGAN TERBANG GIBRALTAR YANG MELINTASI JALAN RAYA


Di Gibraltar pada sebuah daerah yang terletak di Semenanjung Iberia yang berada di bawah naungan United Kingdom, terdapat sebuah jalan yang akan ditutupi apabila adanya sebuah kapal terbang yang akan melintas seperti melintasnya sebuah keretapi di jalan² raya.

Diakibatkan oleh saiz Gibraltar yang kecil maka ruang untuk membina lapangan terbang adalah sangat terhad. Oleh yang demikian, sebuah landasan kapal terbang telah dibina melintasi jalan raya utamanya.

Apabila terdapat kapal terbang yang mahu melakukan pendaratan atau berlepas maka laluan jalan raya tersebut akan ditutup sepertimana laluan jalan raya yang terdapatnya laluan lintasan keretapi .

Gibraltar asalnya bernaung dibawah jajahan takluk Sepanyol sebelum ia diserahkan kepada pihak British selepas kekalahan Sepanyol pada tahun 1713. Sehingga hari ini terdapat pihak Sepanyol yang mahu agar Britain memulangkan semula Gibraltar kepada Sepanyol.

Walaubagaimanapun majoriti penduduk Gibraltar telah menolak kemahuan Sepanyol itu di dalam dua pungutan suara pada tahun 2002 dan 1967. Walaupun bersebelahan dengan Sepanyol bahasa rasmi Gibraltar ialah Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment