Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan
elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan
sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan
sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden
daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan
perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut
dan udara.
Sejarah
Pada tahun 1975, TLDM
memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia
dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan
ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut.
Atas
keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di
Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya
dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan
elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia -
Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini.
Walaubagaimanapun,
salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan
asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa
dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani
latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke
Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine
Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.
Bersama
dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas
komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan
asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika,
khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya
latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj
serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat
dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa.
Antara pegawai PASKAL
yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah
Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan
daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya
di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi
Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.
KD PANGLIMA HITAM
Pada
tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD PANGLIMA
HITAM. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut
disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul
Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan
diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku
Kapten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki Paskal, iaitu
pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan
menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat
perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah
pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa
dalam menjaga kedaulatan perairan negara.
Peranan
Peranan
PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat
dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai
teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan
ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum
diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini,
PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua
pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
Misi PASKAL juga
terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas,
letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi
didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan
serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas,
kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat
mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit
tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
Keanggotaan
PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau
Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang
lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan
kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai
peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air.
Antara
kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah
satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery
Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah
kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa
dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam
memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.
Latihan
Untuk
layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian
yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji
ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang
mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai
dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak
melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
Kriteria
untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana
mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji
ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :
1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.
Pegawai
dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat
latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus
kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara
berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan
mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan
menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai
tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)
PASKAL
telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan
pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine
Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team
(Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing
(Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991,
Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam
operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan
kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua
situasi.
Operasi yang diketahui
Kepulauan Spratleys
PASKAL
dan Grup Gerak Khas Tentera Darat dihantar bertugas menjaga pulau-pulau
kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia, khasnya kepulauan
Spratleys. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu
Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan
Terumbu Peninjau. Selepas Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura,
unit ini bakal digerakkan untuk menjaga kepulauan South Ledge dan Middle
Rock yang menjadi milik Malaysia secara sah.
UNIVEM II, Angola
PASKAL
yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat
dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998.
Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang
membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera
Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak
semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan
beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan
beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas
bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan
diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau
diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung.
MALCON-UNIFIL
PASKAL
turut terlibat bersama 10 Briged Para, Grup Gerak Khas dan PASKAU dalam
tugas misi PBB di Lubnan yang dikenali sebagai MALCON-UNIFIL 2007.
Pasukan-pasukan ini diaturgerak sebagai Pasukan Tindakan Pantas (Quick
Reaction Force - QRF) didalam misi pengaman di negara yang mengalami
kemusnahan akibat serangan rejim Zionis Israel.
OPERASI FAJAR-Somalia
PASKAL
terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat Kapal Melati Bunga 2
dan Melati Bunga Bunga 5 yang ditawan secara berasingan oleh lanun
Somalia.PASKAL melakukan tugas merisik dan juga memberi perlindungan
secara terus setelah 2 buah kapal tersebut dibebaskan oleh lanun
Somalia.Operasi ini melibatkan beberapa aset ATM iaitu KD Lekiu,KD Sri
Inderapura,KD Pahang ,Grup Gerak Khas,TUDM.
“ Berkhidmat untuk Negara ”
No comments:
Post a Comment