Susulan tindakan pihak berkuasa Mesir menutup sahah Syiah, "Al-Husainiyyat" dan muktamar ulama pagi tadi yang disertai oleh ulama Al-Azhar (Mazhab Asyairah), Ikhwan Muslimin dan Salafi Mesir: Penganut Syiah di Mesir mula kepanasan dengan tindakan ulama-ulama tersebut bahkan melabelkan golongan Salafi tersebut sebagai "Wahabi" yang menjadi seteru Syiah sejak Muhammad bin Abdul Wahhab menghapuskan acara khurafat serta menyandarkan metodologinya kepada Ibnu Taimiyyah.
Kumpulan
yang melabelkan diri mereka sebagai "Aliran Pemuda Syiah Mesir"
menyerang Al-Azhar sebagai menghalang kebebasan sedangkan kata mereka,
Al-Azhar dibina oleh kerajaan Syiah Fatimiyyah dan nama Al-Azhar itu
diambil dari "Fatimah Az-Zahra'. Mereka mengecam tindakan ulama tersebut
sebagai 'satu komplot' antara Al-Azhar, Ikhwan dan Salafi bagi
menjatuhkan Syiah di Mesir.
Memang
benar, Universiti Al-Azhar yang kita kenali sekarang pernah menjadi
pusat penyebaran agama Syiah Fatimiyyah, Imamiyyah dan Ismailiah oleh
Kerajaan Fatimiyyah di Maghribi pada tahun 197-567H iaitu sebelum muncul
Salahuddin al-Ayyubi panglima perang kerajaan Bani Abbasiyyah yang
mengambil alih kuasa di Mesir.
شيعة مصر يهاجمون "السلفيين" ويحرضون الأزهر ضدهم
Apa
pun,tahniah buat ulama Mesir yang menjadikan Syiah di Mesir yang tidak
sampai 1% jumlah mereka ini merasai kepanasan. Lihatlah kesan apabila
ahlusunnah bersatu, Syiah sudah mula kepanasan. Apatah lagi jika
penyatuan itu bertambah kuat, tidak mustahil akan lahir Mahdi yang akan
menghapuskan kekejaman yahudi dan negara Israel di bumi Falastin.
Seperti
yang saya katakan, dulu mereka (agama Syiah) menggunakan gelaran
nasibi, sekarang mereka lebih suka meletakkan gelaran Wahhabi kepada
yang melawan mereka. Di Tanah Arab,
golongan salaf yang paling kuat menentang mereka. Gelaran nasibi semakin pupus dan dilupakan kerana kini wujud tren baru iaitu gelaran wahhabi. Nama Al-Wahhabiy (الوهابي) atau Wahabi disandarkan terus kepada Muhammad bin Abd al-Wahab itu, sebagaimana lumrahnya kaum Arab atau adat bangsanya yang menyandarkan nama-nama bagi keturunan mereka terhadap si anak. Contoh-contoh lain seperti nama bagi para-para Imam mazhab, Muhammad bin idris, Nukman bin Thabit yang digelar Syafi'i, Hambali serta Hanafi dan Maliki, sedangkan asal kepada nama para-para Imam adalah lain, inilah yang dimaksudkan menyandarkan setiap nama anak dengan nama keturunan mereka. Manakala Al-Wahhabiyyah (الوهابية) bermaksud kepada pengikut fahaman, gerakan dan pegangan Muhammad bin Abdul Wahhab. Oleh itu sesiapa sahaja manusia yang mengikut-ikut metodologi mereka, adalah dianggap termasuk golongan mereka juga. (Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali, wafat 1206H/1792M iaitu pada kurun ke 18 Masihi di satu negeri semenanjung Arab di Riyadh, dan kini negara itu digelar Arab Saudi, nama Riyadh itu adalah negeri Najd Al-Hijazi).

Perbuatan melabelkan dengan istilah Wahhabi dilabelkan kepada dua kelompok iaitu:
1.
Mereka yang mengikuti metodologi salaf iaitu mereka yang berpegang
terus dengan Al-Quran, As-sunnah yang sahih, pegangan para sahabat nabi,
tabi’in dan tabi’ at-tabiin.
2. Mereka yang mengikuti metodologi Muhammad bin Abdul Wahhab yang disandarkan terus kepada Ibnu Taimiyyah.
Pecahan Wahhabi Yang Dibuat Oleh Syiah:
1. Salafi
2. Madkhali
3. Qutubi
4. Mujahidin
5. Talafi
6. Ikhwani (Ikhwan Muslimin)
7. Deobandi
8. Mamati
9. Hayati
10. Jamaah Tabligh
Nama-nama tokoh ulama yang ditakuti Syiah:
1. Syeikh Muhammed Nasir al-Din al-Albani
2. ‘Abd al-’Aziz bin Baz
3. Syeikh Muhammad bin ‘Uthaymin
Tidak
mustahil selepas ini Asyairah akan digelar Wahhabi juga jika mereka
benar-benar serius menentang Syiah. Jika ini berlaku, puak agama Syiah
mungkin akan menggunakan gelaran Nasibi semula kepada ahlu sunnah.
Gambar
Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmed Toyyib mengimami solat Zohor selepas
mempengerusikan muktamar ulama Mesir berkaitan penyebaran Syiah di
Mesir. Di belakang beliau dari kiri ialah Dr.Abdul Rahman Al-Barr
(anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin dan Dekan Fakulti Usuluddin
Al-Azhar Mansurah), Syeikh Muhammad Hasan, Dr.Hasan Syafii. Turut
kelihatan menjadi makmum ialah Dr.Muhammad Imarah. Sampai satu masa,
ulama Malaysia perlu berhimpun begini bagi membincangkan kedudukan
negara yang semakin terancam dengan penyebaran Syiah di Malaysia.
Kelompok
agama Syiah telah menggunakan gelaran Nasibi iaitu merujuk kepada
golongan ahlusunnah waljamaah yang mereka benci dan kini sejak abad
kebelakangan ini, mereka membudayakan penjenamaan Wahhabi kepada mereka
yang menentang agama Syiah mereka. Malangnya muncul kumpulan taksub
sufi, taksub tarekat tasawuf dan taksub Asyairah mula meniru gelaran
yang diguna pakai oleh Syiah ini. Mereka ini ghuluw (berlebihan). Saya
kira, mungkin juga puak agama Syiah yang penuh dengan sifat munafik dan
taqiyyah sudah memasuki dan meresapi ke dalam institusi kesufian,
tarekat tasawuf dan asya’irah dan mencipta fitnah dan hasutan ini
sehingga golongan salaf disesatkan sesama Ahlusunnah (sunni). Lebih
menyedihkan, perjuangan dua ustaz di Malaysia ini amat disenangi oleh
agama Syiah di Malaysia dan Indonesia sehingga sebahagian artikel di
dalam blog mereka berdua disalin ke dalam blog Syiah yang popular di
Nusantara. Ustaz tersebut seperti mana yang kita ketahui bernama Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Zamihan Al-Ghari.
Saya menasihati kedua ustaz ini agar janganlah menyamai perjuanganmu
itu dengan perjuangan agama Syiah dalam menentang sesama ahlusunnah.
Semoga Allah memberikan mereka berdua ini hidayah dan petunjuk.
Kesan
dan akibat dari label Wahhabi ini, timbul kesukaran hendak berdakwah,
menyeru dan mempraktikkan sunnah serta menentang bid’ah kerana
masyarakat menganggap, perbuatan mempraktikkan sunah dan menentang
bid’ah itu adalah Wahhabi. Saudaraku yang dikasihi Allah, penjenamaan
Wahhabi ini dicipta oleh Syiah. Maka, kita berdiri bersama Syiah tatkala
kita menuduh dengan penuh perasaan suuzon dan lalu terbit sikap ghuluw
seterusnya timbul penyakit hati. Bukan sahaja sikap ini lahir dari
pengikut, tetapi kepada ulama ahlu sunnah itu sendiri. Saya yakin, sikap
ini timbul kerana mereka mempertahankan perkara bid’ah di dalam
golongan mereka.
No comments:
Post a Comment