Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang
tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak
sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di
hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus
asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi
satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling
tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak
sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di
Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa
sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar
bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di
situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang
paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi
menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat
aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula
jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau
apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di
dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab
itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang
umur.
13. Manakala bilangan
tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh
itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan
tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
14. Larangan memakai
topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki)
adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan
terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti
dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai
semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri
daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah
untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran
supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
No comments:
Post a Comment