Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti lautan
dan gua yang dalam. Haiwan – haiwan berikut ini mungkin bukan yang
paling comel, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling sukar
ditemui di bumi.
Solendon
Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini
sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor
bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding
tikus kasturi.
Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun.
Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya
dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak
makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.
Kakapo
Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini,
sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh
melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari
tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu
mencapai berat sehingga 8kg
Olm
Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali.
Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki
kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil.
Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini
mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm
tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai
pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.
Bumblebee
Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand
dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke
ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang membezakannya
dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung khinzir.
Ichthyophis Kohtaoensis
Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang ditemui di Kamboja, Laos dan
Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular dengan ekor runcing.
Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut kuning. Salah satu
ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua otot yang
mengawal rahang.
Frilled Shark
Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap bahawa haiwan ini sudah mati
bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar, kerana beberapa
nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan bangkai
makhluk ini.
Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Haiwan
ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang. Ikan ini
tergolong didalam kumpulan ikan yang menggerunkan.
Monito Del Monte
Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk “monyet kecil”. Tapi nama
ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang
hidup di Chili dan Argentina.
Spesies mamalia ini dianggap pupus lebih dari 11 juta tahun yang lalu.
Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini di era modern.
Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar,
telinga runcing dan ekor panjang. Ciri – ciri yang membezakan haiwan ini
adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan.
Ekor panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.
Addax
Jenis Kijang ini sangat jarang ditemui di gurun Sahara. Spesies ini
memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies ini sangat
panjang dan melengkung
Dugong
Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat menyerupai Manatee.
Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama
disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee.
Dugong dapat ditemui di perairan utara Australia dan wilayah
Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh panjang dengan dayung seperti
sirip ke arah kepala.
Ekor haiwan ini mirip dengan ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki
mulut yang terkeluar dan berada dalam posisi menegak dengan kepala
terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di dasar laut.
Saola
Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling jarang ditemui di Bumi.
Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini membesar dengan
tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan kambing.
Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini
memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki
bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya
No comments:
Post a Comment