Bismillah tawakkaltu 'alallah
Salmullah 'ala thoha rasulillah
Konsep Imam 12 adalah konsep yang terkandung dalam ajaran syiah Imamiah.
Dalam konsep ini, 12 imam adalah agung hingga pangkat mereka seperti
nabi bahkan tuhan. Konsep Imam 12 telah men'syiah'kan nama mereka. 12
Imam itu ialah
1. Imam Ali Al Murtadha kwj
2. Imam Hassan ra
3. Imam Hussain ra
4. Imam Ali Zainal Abidin rh
5. Imam Muhammad Al Baqir rh
6. Imam Jaafar As Sadiq rh
7. Imam Musa Kazim rh
8. Imam Ali Raza rh
9. Imam Muhammad Taqi rh
10. Imam Ali Naqi rh
11. Imam Hassan Askari rh
12. Imam Muhammad Al Mahdi rh
KESEMUA mereka hakikatnya adalah Sunni dan tidak pernah menganut ajaran
Syiah. Sebahagian mereka adalah periwayat hadis yang mahsyur dalam
kitab-kitab sunni. Sebahagia mereka adalah moyang ahlulbait yang masih
hidup hari ini. Mereka adalah salafussoleh yang terkenal dengan kealiman
dan kezuhudan dalam hidup. Sebahagian mereka disebut sebut dalam
qasidah puji pujian oleh ulama sunni yang mencintai Ahlul Bait.
Kita di akhir zaman disogokkan bahawa mereka adalah syiah dan siapa yang
menyebut nama mereka adalah syiah. Ini adalah satu kejahatan. Syiah
mengetahui mereka adalah Sunni dan mereka beralasan bahawa para imam
melakukan Taqiyah. Syiah takut rahsia mereka terbongkar. Sebahagian
mereka dibunuh kerana tidak mahu menganut Syiah. Ahlulbait telah
diwasiatkan untuk menganut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan itulah
yang dipegang oleh para Sayyid (Keturunan Hussain), para Sharif
(keturunan Hassan) dan para Habaib (ahlulbait Hadhralmaut).
Kini nama mereka sudah tercemar oleh syiah. Para ulama' muktabar dahulu
bangkit menentang pembohongan Syiah. Namun sejak 100 tahun kebelakangan
ini yakni sejak Wahabi berkuasa, nama mereka sudah tercemar teruk.
Bahkan Imam Muhammad Al Mahdi rh digelar dajjal oleh umat zaman ini.
Tiada siapa yang berani bangkit membersihkan nama mereka. Jika ada yang
bangkit maka dituduh Syiah terutamanya oleh puak Wahabi. Wahabi rupanya
dicipta untuk membantu Syiah menghinakan dan memusnahkan ahlulbait.
As Sufyani rupanya bermaksud kelompok yang membenci ahlulbait. Tiga As
Sufyani yang disebut dalam kitab Nabi Daniel as ialah Syiah, Wahabi dan
Pembunuh ahlulbait sedang berlangsung sekarang.
Sekian wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment