Friday, August 2, 2013

Konsep 12 Imam Syiah dan Konsep 10 Guru Sikh

Salam semua. Pernah dengar konsep 12 imam Syiah? Mazhab Syiah Imam Dua Belas mempercayai bahawa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat. Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW. Perlantikan imam pertama, iaitu Imam Ali yang juga Khalifah Keempat Khulafa' Rasyidin diumumkan secara rasmi pada peristiwa Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.

Potret imam2 Syiah:





Secara teknikal, 12 imam ini berasal dari jurai keturunan Rasulullah sendiri. Mereka merupakan keturunan Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra (yang merupakan anak Rasulullah). Saidina Ali merupakan imam pertama, Saidina Hassan (cucu nabi) imam kedua, dan Saidina Hussein (cucu nabi juga) merupakan imam ketiga. Daripada Saidina Hussein lahir imam keempat, dan daripada imam keempat, lahir imam seterusnya sehinggalah kepada imam ke-12 yang ghaib. Syiah menyatakan imam ke-12 itulah Imam Mahdi.

Siapakah nama Imam Dua Belas?

1. Ali bin Abu Talib
2. Hassan bin Ali
3. Hussein bin Ali
4. Ali bin Husain (Zainal Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir)
6. Jaafar bin Muhammad (as-Sadiq)
7. Musa bin Jaafar (al-Kazim)
8. Ali bin Musa (al-Rida)
9. Muhammad bin Ali (aljawad)
10. Ali bin Muhammad (al-Hadi)
11. Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Muhammad bin Husain (al-Mahdi). Beliau hilang pada tahun 329 Hijrah

Syiah terlalu memuliakan 12 orang keturunan Nabi....
bagaimana pula dengan agama Sikh yang lahir selepas agama Islam?






Dalam agama Sikh pula, ada konsep "11 Guru". Tadi saya nyatakan Syiah berkonsepkan "12 imam". Sikh pula hanya ada 11 guru. Guru pertama Sikh merupakan
pengasas agama Sikh itu sendiri: Guru Nanak.

Guru kedua pula bukan anak kepada guru pertama, tapi murid kepada guru pertama. Siapakah guru Sikh yang terakhir? Guru agama Sikh yang terakhir... bukan seorang manusia pun! Jeng jeng jeng

Guru agama Sikh yang ke-11 atau Guru Sikh terakhir merupakan sebuah kitab dinamakan Guru Granth Sahib.





Kalau anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut konsep imam dan konsep guru, anda boleh Google sendiri.
Cuma apa yang saya ingin sampaikan....konsep Imam Dua Belas Syiah hampir serupa dengan konsep 11 Guru Sikh. Hampir serupa, bukan serupa 100%. Agama Islam telah muncul lebih lama berbanding agama Sikh dan konsep Imam Syiah tentulah lebih tua berbanding konsep Guru Sikh yang baru wujud.

Jom kita bandingkan:

1. Guru dan Imam Pertama

Guru pertama Sikh, merupakan pengasas agama Sikh sendiri, iaitu Guru Nanak.

Imam pertama Syiah pula bukanlah pengasas kepada agama Islam (Nabi Muhammad), tapi merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad, iaitu Saidina Ali.

2. Guru dan Imam Kedua

Guru kedua Sikh, merupakan anak didik Guru Nanak tapi bukan anak kandung Guru Nanak.

Imam kedua Syiah pula  (Saidina Hassan) merupakan anak kepada imam Pertama (Saidina Ali)

3. Perjuangan

Sebahagian Guru dan keluarganya berjuang menentang kerajaan Mughal di India.

Sebahagian Imam2 Syiah dan keluarganya berjuang memberontak terhadap kerajaan Umayyah dan Abbasiyah

4. Imam Terakhir?

Guru terakhir agama Sikh? Sebuah kitab yang masih ada sehingga kini di mana2 gurdwara Malaysia
Imam terakhir Syiah? Hilang ghaib...dan akan muncul sebagai Imam ....Mahdi?

Wallahua'lam, saya sendiri tidak pasti benar atau tidak pernyataan Imam Mahdi akan muncul dari golongan Syiah. Yang pasti, kalau umat Islam malas, jangan harap lah Imam Mahdi nak muncul.

No comments:

Post a Comment