Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah keranda misteri di dalam sebuah
keranda batu dekat sebuah tempat letak kereta di Leicester, Britain
hujung bulan lalu.
Tapak itu juga merupakan lokasi penemuan makam bekas pemerintah England, Raja Richard III. Kubur lama itu berusia 500 tahun.
Pasukan pakar arkeologi berkenaan kembali ke tapak tersebut awal bulan ini untuk melakukan kajian lebih terperinci.
Usaha mereka membawa kepada penemuan sebuah keranda batu yang di dalamnya berisi sebuah keranda kecil.
Pasukan arkeologi itu menemui keranda batu tersebut di bawah bangunan Jabatan Perkhidmatan Sosial, Dewan Bandaraya Leicester di sini.
"Ia sesuatu yang menarik selepas penemuan rangka Richard III," kata Pengarah Perkhidmatan Arkeologi Universiti Leicester, Mathew Morris.
"Kami masih mencari cara selamat untuk membuka keranda tersebut kerana kami tidak mahu isinya rosak," tambah ahli arkeologi berkenaan.
Menurut Morris, seramai lapan orang diperlukan untuk mengangkat penutup keranda batu tersebut.
Keranda luar itu panjang lebih dua meter dan lebar 60 sentimeter di satu bahagian serta 30 sentimeter di sudut lain.
-Reuters

No comments:
Post a Comment