Thursday, August 22, 2013

Peperangan Di dalam Islam.. Rahsia Kekuatan & Kemenangan

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam.  Andai kata tentera Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.  Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar.  Mereka telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.  Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.  Orang yang ditawan oleh tentera Islam pula, apabila mereka balik ke ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.  Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.  Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam.  Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.  Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad S.A.W. dan ajaran Islam.  Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan agama Islam



Nama peperangan
Tarikh
Sebab
Jumlah tentera islam
Jumlah tentera musyrik
Tentera Islam yg terbunuh
Tentera musyrik yg terbunuh
1. Perang Badar
17 Ramadhan, 2 Hijrah
Sekatan kafilah dagang Quraisy (misi asal bukan tujuan peperangan)
313-314 orang
(70 ekor unta + 2-3 ekor kuda)
1,000 orang (700 ekor unta + 100 ekor kuda berperisai)

70 terbunuh (antaranya Abu Jahal) + 70 tawanan
2. Perang Uhud
Sabtu, 15 Syawal, 3 Hijrah
Quraisy ingin menuntut bela atas kekalahan di Badar
Lebih kurang 700 orang (100 berbaju perisai + 2 pahlawan berkuda)
3,000 pejuang + tentera Ahabisy (200 pahlawan berkuda) + 17 wanita (antaranya Hindun bt ‘Utbah)
70 syahid
23 terbunuh
3. Perang Bani Nadhir






4. Perang Ahzab/ Khandak
Syawal, 5 Hijrah
Beberapa Bani Nadhir yg diusir mengapi-apikan Quraisy Makkah utk memerangi Rasulullah s.a.w
3,000 orang
10,000 orang

Semuanya lari meninggalkan medan perang
5. Perang Bani Quraizoh
Tahun 5 Hijrah, (sebaik selepas Perang Khandak)
Rasulullah ingin memastikan tiada lagi pengkhianatan, dan pembelotan dari puak Yahudi sekitar Madinah
3,000 orang (36 ekor kuda)



6. Perang al-Hudaibiyah
Zulkaedah, 6 Hijrah
Rasulullah dan orang Islam rindu utk menziarahi Baitullah
1,500 orang (tanpa senjata)



7. Perang Khaibar
Akhir Muharram, 7 Hijrah
Baginda ingin membersihkan saki-baki Yahudi di sekeliling Madinah
1,600 pejuang + 200 pahlawan berkuda = 1,800 tentera
Kira-kira 10,000 pejuang di dalam kubu
15 syahid
93 terbunuh
8. Perang Mu’tah
Jamadil Awal, 8 Hijrah
Pembawa utusan, Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja Basrah, wakil Hercules
3,000 orang



9. Perang al-Fath/ Fath-Makkah
Ramadhan, 8 Hijrah
Bani Bakar menceroboh Khuzaah (melanggar perjanjian)
10,000 orang + beberapa kabilah Arab yg bergabung



10. Perang Hunain
10 Syawal, 8 Hijrah
Puak Hawazin dan Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan puak mereka diserang

20,000-30,000 orang


11. Perang Tabuk
Rejab, 9 Hijrah
Raja Rom Hercules ingin menyerang Madinah mendengarkan siri kemenangan umat Islam dalam perang-perang sebelumnya
30,000 pejuang + 10,000 ekor kuda











"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk" - Surah ali 'Imran:103

Rahsia Kemenangan Tentera Islam
Sejarah telah menyaksikan bagaimana 40'000 orang tentera Islam di bawah pimpinan Khalid ibnu Walid telah berjaya menghancurkan 240'000 tentera Rom di Syria di dalam Peperangan Yarmouk yang terkenal. Walaupun kerajaan Rom mendatangkan bala tentera yang berlipat ganda lebih ramai dan peralatan senjata yang jauh lebih lengkap, namun tentera Islam di dalam keadaan yang paling sederhana masih berupaya menumpaskan tentera musuh.

Ini adalah salah satu dari deretan peperangan yang pernah dilalui oleh umat Islam, dan telah menakjubkan pakar-pakar ketenteraan bukan Islam. Mereka kagum apabila melihat bagaimana umat Islam masih mampu mencapai kemenangan yang gemilang sedangkan bilangan tentera, kelengkapan senjata dan kekuatan musuh jauh lebih baik dari apa yang dipunyai oleh tentera Islam. Di manakah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan ummat Islam?

Kekuatan mereka terbina tidak lain adalah dari sebab kekuatan iman yang ada di dada-dada mereka di mana mereka bersedia mematuhi apa sahaja yang diajarkan oleh Allah Taala dan RasulNya. Mereka hanya mengabdikan diri kepada Allah di mana mereka penuh yakin bahawa kekuatan yang sebenar itu adalah pada Allah Taala. Mereka menggantungkan sepenuh harapan kepada bantuan dan pertolongan Allah kerana kepadaNyalah, mereka menyerahkan jiwa raga dan segala urusan mereka.
Di samping itu umat Islam tidak pernah lupa bagi melaksanakan perintah Allah Taala bagi membina kekuatan zahiriah seperti peralatan senjata dan pasukan berkuda yang tangkas. Firman Allah Taala :




"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)" - Surah al Anfal:60
Di zaman Pemerintahan Saidina Umar, pemimpin tentera Islam, Saad bin Abi Waqqas telah menghantar satu perutusan yang diketuai oleh Rub‘iy bin Amir untuk menemui Rustam yang menjadi panglima tentera Parsi. Apabila Panglima Rustam bertanya tentang kedatangan tentera Islam ke wilayah Parsi, Rub'iy menjawab, 

"Allah mengutuskan kami untuk mengajak sesiapa yang mahu di kalangan kamu daripada mengabdikan diri terhadap sesama makhluk kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada agama zalim kepada keadilan Islam dan daripada dunia yang sempit kepada dunia yang lapang".

Di atas kekuatan aqidah inilah letaknya rahsia kekuatan dan kemenangan tentera Islam di dalam menyampaikan risalah agama mereka ke serata dunia. Apabila Saidina Umar mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas,

 "Wahai Saad! Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu kekuatan zahiriyyah yang menentukan kemenangan. Hendaklah kamu yakin bahawa kemenangan ini terletak di atas pertolongan Allah".

Inilah rahsia kekuatan tentera-tentera Islam, termasuk tentera pimpinan 
Khalid ibnu Walid yang menggerakkan hanya 40,000 tentera-nya yang bertaqwa dan menumpaskan 240,000 tentera Rom yang tidak bermoral. Apabila tentera Islam telah berjaya mengalahkan Rom yang berlipat ganda besarnya sehingga menumbangkan Kerajaan Rom Timur yang berpusat di Syria, Maharaja Rom menghantar perisik untuk mengintip rahsia kekuatan umat Islam. Apabila perisik-perisik itu kembali, mereka menerangkan sifat-sifat tentera Islam, "Di malam hari mereka adalah ahli-ahli ibadah yang tekun beribadah kepada Tuhan, dan di siang hari mereka menjadi pahlawan-pahlawan yang gagah berani menegakkan kebenaran yang mereka yakini. Keadilan adalah syiar mereka, jikalau anak raja mereka mencuri nescaya dipotong tangannya".

Setelah Maharaja Rom mendengar laporan itu, dengan penuh terharu beliau berkata,
 "Selamat sejahteralah wahai bumi Syria! Selamat sejahteralah negeri yang tiada harapan untuk kami berkuasa lagi".

Sesungguhnya generasi yang membina kekuatan iman yang membawa kemenangan Islam adalah mereka yang berpegang teguh dengan hukum Allah dan hanya menerima didikan dan pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka tidak mahu menerima sebarang hukum dan undang-undang yang lain dari apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya. Mereka hanya menghayati fahaman dan sistem hidup Islam di dalam seluruh bentuk kehidupan mereka.
Di atas kekuatan dasar inilah umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setelah mereka berjaya menghancur leburkan Empayar Rom dan Parsi. Kemaraan umat Islam bagi menyebarkan risalah Ilahi adalah dengan membawa iman yang kental, pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Inilah punca yang menyebabkan umat Islam tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana kuasa dunia di sepanjang zaman kegemilangan-nya.

Kekuatan Bani Ummaiyyah
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di SindIndia.

Apabila kita melihat sahaja carta sejarah perang terfikir sejenak....... bagaimana kekuatan tentera Islam yang terlalu sedikit dapat menewaskan tentera-tentera Musrikin ?  Apakah kekuatan sebenar? Adakah ianya bantuan daripada Allah swt? @ kekuatan tentera yang begitu mahir bermain pedang dengan hanya berlatih tidak sampai 2 minggu..? @ berapa lamakah latihan untuk menjadikan seseorang itu pakar  pedang & senjata? Bagaimana strategi perang berkesan dlam melumpuhkan pergerakan musuh? Adakah Jin Kafir & syaitan laknatullah membantu perjuangan Musrikin & penentang Islam yang lain?

Persoalan begini sentiasa wujud di hati manusia dengan memikirkan hukum Akal & bukannya kesan daripada penyelongkaran setiap rahsia Allah swt.

Apakah kekuatan Roh sebenar Pejuang-pejuang Islam terdahulu berbanding sekarang?
1. Apakah zikir  kekuatan perperangan?
 2. Amalan harian pejuang Islam?
3. Bagaimana bantuan Allah kpd Pejuang Islam?
  •  Bantuan Malaikat?
  •  Bantuan Jin-jin Islam?
  •  Bantuan Pergerakan & kemahiran berperang?
Semua ini adalah rahsia Allah swt. Allah sentiasa membantu dalam perjuangan Islam. KajianSejarah mendalam adalah perlu  supaya akan menjadi kekuatan kita dimasa hadapan, Insyaallah.  yakinlah Allah Segalanya, Pengmakbul Permintaan & Doa. Rapatkan diri kepada Allah insyaallah segala ilmu akan datang sendirinya dengan keberkatanNYA. Keredhoan Allah dicari supaya hidup sentiasa dibawah RahmatNYA.

No comments:

Post a Comment