Biasanya
pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh
keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang
pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.
Detik ini tidak berlaku bagi pengantin
baru di Syria. Tidak ada kata bersantai-santai atau bercumbu mesra
seharian dengan pasangan tetapi si isteri perlu menyediakan peralatan
perang untuk suaminya. Inilah kisah yang akan diceritakan diceritakan
oleh Fathi At-Tamimi, seorang sukarelawan Syria yang ketika ini berada
di Turki dalam status Facebooknya ogos lalu.
Dia menceritakan, seorang perempuan
berumur 20 tahun penghafal Al-Quran itu dengan berlinang air mata
menjahit sendiri baju tempur suaminya yang baru dinikahi dua minggu
apabila pertempuran pertama telah memanggil para pejuang membela agama.
Pada malam pula diisi satu doa dibaca berulang-ulang apabila bersujud
panjang.
“Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,
Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.
Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.
Aku akan bergembira apapun keputusan Mu
Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. “
Si suami yang mendengar doa tersebut
lalu bertempur bagai singa yang luka. Tiga kereta kebal rejim syiah
Assas dirosakkan sendiri. Dia berada di barisan paling hadapan dan
kembali dari medan perang yang paling belakang. Belum pernah dirinya
dilihat musuh. Lagenda diantara kawan lawan, dibakar doa dan kepasrahan
isteri tercinta.
Disaat yang sama, isterinya bekerja
keras membantu mangsa-mangsa perang, menghibur mereka, menyediakan
pakaian, makanan serta tempat tinggal. Merawat luka, mendoakan para
pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan sukarelawan terdiri dari keluarga
mujahidin atau yang ditinggalkan.
Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.
Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.
“Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini.”
Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau, Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas daripada rejim Syiah.

Nama perempuan mula tersebar. Menjadi
contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri,
Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A’ini dari Homs.
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki.
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki.
No comments:
Post a Comment