Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong)
ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang
tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu
dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei
Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang
Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri
tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik
perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying
merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi.
Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah
satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di
kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara
pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta
ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga
Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada
masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan
mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya
berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.
Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang
dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam
membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih
kasih.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat
aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang
rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan
kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini
dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota
keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mulai mengasah
bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga
pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian
mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya
melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan
handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung
Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa
pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang
hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria
(sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in
tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia,
England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan
berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi,
Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal
usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri
terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia
berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang
dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain
dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan
bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung
dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya
memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan
berbadan tegap dan kejam di Canton.Dalam kehidupan keluarga, Allah
banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam
suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali
menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah
isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup
sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang
perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini
kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan
turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan
suaminya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang
membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan
hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal ibadahnya diterima di
sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi
teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin .
No comments:
Post a Comment