Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini,
sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan
berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci
Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan
kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan
kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di
sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti
induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan
Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di
sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu)
mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga
merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua
kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika
kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka
lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu
pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami
bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh
lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu
bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan
langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan
bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di
tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk
bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa
Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar
diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya
dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi
sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih
lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah,
dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi
tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika
mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan.
Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki
karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan
Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan
kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’,
di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum
kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan
yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal
di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak
dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita
mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga
misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan
ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa
batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung
di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan
batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa
bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan
dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu
Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
No comments:
Post a Comment