Tuesday, August 9, 2011
pasukan khas laut
Pasukan Khas Laut
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
KD PANGLIMA HITAM - PASKAL
Paskal.jpg
LOGO PASKAL
Aktif 1975 - Sekarang
Negara Malaysia
Cawangan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis Pasukan Elit / Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Peranan Operasi Khas Laut, Darat & Udara , Pasukan Anti-pengganas.
Keanggotaan Sulit
Sebahagian dari Angkatan Tentera Malaysia
Markas/Ibu pejabat Pangkalan TLDM Lumut, Perak
Gelaran KD Sri Panglima Hitam[1]
Motto Sentiasa Terbaik
Warna Warna Ungu ( beret )
Perang/pertempuran Kepulauan Spratleys
UNIVEM II 1998, Angola
MALCON - UNIFIL, Lubnan
Komander
Kolonel
Rejimen Laksamana Pertama Nasaruddin bin Othman
Tanda kebesaran
Lencana Trimedia PASKAL TRIMEDIA.jpg
Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.
Isi kandungan
[sorok]
* 1 Sejarah
* 2 KD PANGLIMA HITAM
* 3 Peranan
* 4 Latihan
o 4.1 Kepakaran / Kursus Khas
* 5 Persenjataan dan Kelengkapan
* 6 Identiti PASKAL
* 7 Tokoh terkenal PASKAL
* 8 Senarai Komander PASKAL
* 9 Operasi yang diketahui
o 9.1 Kepulauan Spratleys
o 9.2 UNIVEM II, Angola
o 9.3 MALCON-UNIFIL
o 9.4 OPERASI FAJAR-Somalia
* 10 Rujukan
* 11 Pautan Luar
[sunting] Sejarah
Unit anti pengganas PASKAL dalam sesi latihan amfibia. Perhatikan senjata raifal Steyr yang menjadi senjata utama ATM.
Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.[1]
Bersama dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.
[sunting] KD PANGLIMA HITAM
Pada tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD PANGLIMA HITAM. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki Paskal, iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa dalam menjaga kedaulatan perairan negara.[1]
[sunting] Peranan
Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.
Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.
[sunting] Latihan
Perbarisan Tamat Latihan Asas PASKAL.
Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.
Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.
Latihan Asas Kelayakan PASKAL :
1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)
PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.
[sunting] Kepakaran / Kursus Khas
Pasukan elit PASKAL dengan senjata MP5A5 yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM2 dan lampu suluh Surefire sedang bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Meliputi dalam negara
1. Ujian Ikhtiar Hidup/Misi
2. Pertempuran khas
3. Mencari dan Menyelamat
4. Operasi dalam bangunan
5. Pertempuran Bukan Konvensional
6. Ketua Seksyen
7. Sarjan Platun
8. Komander Komander
9. Kepakaran Perubatan Tempur
10. Tae Kwon Do (Tempur Tanpa Senjata)
11. Tempur Jarak Dekat (CQC)
12. Asas Penerjunan Bebas
13. Teknik Abseiling dan Penyelamat Udara
14. Pendakian Taktikal
15. Rondaan Pengintipan Jarak Jauh
16. Mematikan Bahan Letupan
17. Penembak Tepat
18. Ketua Penyelam Gempur
19. Pengendalian Bot Kecil
20. Pengendalian Kenderaan Tempur Permukaan
21. Jurulatih Penerjunan Bebas
22. Jurulatih Penembak Tepat
23. Jurulatih Pendakian Taktikal
24. Perisikan Khas
25. Sarjan Pasukan Data Khas
26. Pegawai Pasukan Data Khas
27. Fotografi
28. Penggunaan Pelbagai Bahasa
[sunting] Persenjataan dan Kelengkapan
Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 30+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.
Data Senjata Ringan
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal / Karbin Anti Material Penembak Tepat Mesingan
Glock 17 Franchi SPAS-12 Brugger & Thomet MP5A5 AK 102 Barrett M82 AI - AWM CETME Ameli
STI Grandmaster Mossberg 500 FN P90 PDW CAR-15 Robar RC-50 HK G3/SG-1 FN Minimi
Remington M870 HK MP5A51 Bushmaster M4 HK MSG-90 M60E2.
Remington M1100 HK MP5K PDW Colt M16A1
HK MP5SD2 Steyr AUG
1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ia boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.
Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar Grened Negara Anti Kereta Kebal Negara Anti Pesawat Negara
M79 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat AT-4 Bendera Sweden Sweden Starburst VSHORADS Bendera United Kingdom United Kingdom
M203 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Carl Gustav Bendera Sweden Sweden
PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Bushmaster M4 buatan Amerika Syarikat telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.
[sunting] Identiti PASKAL
Komando PASKAL dengan raifal AK 102.
Beret Ungu
Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh.
Celoreng
Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
Trimedia
Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :
1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara
2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air
3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.
4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM.
[sunting] Tokoh terkenal PASKAL
* Laksamana Dr. Haji Sutarji bin Kasmin (bersara)
* Laksamana Pertama Nasaruddin bin Othman
* Kapten Jamaludin bin Mohd Saman
* Komander Abd Malek bin Hj Mohd Daud
* Komander Ahmad Ramli bin Kardi
* Komander Anuar bin Alias PGB
* Komander George Paul Thomas Rozario
* Leftenan Komander Che Adnan bin Mat Isa
* Pegawai Waran Officer Mohd Room bin Bahari
* Prebet Hairi Mat Balong
* Laskar Kanan Paskal Sukeri Bin Abdullah (1994 - 1997)
* Pegawai Waren Satu Mustapha Bin Alwi
[sunting] Senarai Komander PASKAL
Senarai Komander PASKAL Nama Tahun Penerangan
Laksamana Dr. Haji Sutarji bin Kasmin 1975-2003 Menjadi komander PASKAL yang paling lama dan bersara pada tahun 2003
Laksamana Pertama Nasaruddin bin Othman 2003-Sekarang
[sunting] Operasi yang diketahui
[sunting] Kepulauan Spratleys
* PASKAL dan Grup Gerak Khas Tentera Darat dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia, khasnya kepulauan Spratleys. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau. Selepas Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura, unit ini bakal digerakkan untuk menjaga kepulauan South Ledge dan Middle Rock yang menjadi milik Malaysia secara sah.
[sunting] UNIVEM II, Angola
* PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998. Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung.
[sunting] MALCON-UNIFIL
* PASKAL turut terlibat bersama 10 Briged Para, Grup Gerak Khas dan PASKAU dalam tugas misi PBB di Lubnan yang dikenali sebagai MALCON-UNIFIL 2007. Pasukan-pasukan ini diaturgerak sebagai Pasukan Tindakan Pantas (Quick Reaction Force - QRF) didalam misi pengaman di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan rejim Zionis Israel.
[sunting] OPERASI FAJAR-Somalia
* PASKAL terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat Kapal Melati Bunga 2 dan Melati Bunga Bunga 5 yang ditawan secara berasingan oleh lanun Somalia.PASKAL melakukan tugas merisik dan juga memberi perlindungan secara terus setelah 2 buah kapal tersebut dibebaskan oleh lanun Somalia.Operasi ini melibatkan beberapa aset ATM iaitu KD Lekiu,KD Sri Inderapura,KD Pahang ,Grup Gerak Khas,TUDM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment