Monday, August 1, 2011

Ketahanan dan Pertahanan

KONSEP
Ketahanan:ertinya ketabahan,kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi sebarang ancaman dan dugaan serta tidak mudah luntur dalam perjuangan. Ketahanan terdiri daripada ketahanan rohani/spiritual dan ketahanan fizikal. Ketahan rohani/spiritual meliputi aspek-aspek agama dan moral. Ketahanan fizikal merangkumi aspek lahiriah, termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan.Ilmu pengetahuan,pengalaman, kecekapan dan pelaksanaan yang betul merupakan asas-asas yang penting dalam pembinaan ketahanan fizikal dan rohani bagi sesebuah masyarakat dan negara. Ketahanan rohani dan fizikal mestilah dibina dengan seimbang dan sepadu. Ketahanan diri, masyarakat dan negara merupakan persediaan yang wajar dan perlu diambil perhatian yang serius bagi melaksanakan tahap kedua iaitu pertahanan.
Pertahanan : merupakan perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh,membela golongan yang lemah, teraniaya, dan dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan. Mempertahankan hak dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan yang besar dari segi harta,masa, jiwa dan nyawa.

ORGANISASI


Tamadun Mesopotamia
Orang Sumeria adalah oramg pertama dalam kalangan manusia awal yang mengetahui tentang taktik-taktik peperangan walaupun mereka bersifat kemanusiaan, bijak membuat ramalan berdasarkan agama dan tidak mempunyai cita-cita berperang yang bersungguh-sungguh. Mereka berperang dengan cara berbaris-baris dan berdiri rapat-rapat. Senjata mereka ialah tombak dan lembing dan memakai topi kulit. Pemerintah membina tembok pertahanan untuk mencegah pencerobohan musuh dan melindungi penduduknya. Dalam masa tertentu mereka berhenti bertelingkah sesama sendiri. Orang Sumeria ini akan bersatu untuk memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur dan menjadi ancaman besar kepada peradaban Sumeria. Mereka bukan sahaja diganggu oleh puak yang berpindah-randah, bahkan juga oleh orang Semitik yang tinggal di Akkad (kawasan yang terletak di bahagian utara dataran Sinnar). Orang Semitik berperang dengan cara terbuka dengan menggunakan panah dan buat beberapa abad dan tidak mampu ditandingi oleh orang Sumeria. Permusuhan dan peperangan sering berlaku di antara negara-negara kota Mesopotamia atas sebab tuntutsn air dari sungai yang menjadi punca kekayaan, contohnya hilir Sungai Euphrates. Akibat daripada peperangan demi peperangan di antara negara-negara kota, maka berlakulah pertukaran pemerintah, kemusnahan negara-negara kota dan keruntuhan tamadun Mesopotamia. Pada kira-kira 2750 SM, Raja Sargon dari Akkadia telah menguasai tamadun Mesopotamia. Beliau menguasai semua negara kota dan meluaskan empayarnya dari Elam di Timur Laut hingga ke Laut Mediterranean. Pada kira-kira tahun 2200 SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah menyerang Mesopotamia dan berjaya menawan Babylon. Babylon telah berkembang menjadi sebuan negara kota yang indah, kuat, dan masyhur di bawah pemerintahan Hammurabi (1709SM-1669SM). Hammurabi telah mendirikan kubu disetiap kota. Kubu-kubu itu dikawal oleh angkatan tentera. Kubu Babylonlah yang paling terkenal.

Tamadun Mesir
Pada zaman empayar Mesir (Zaman Pertengahan) kira-kira pada tahun 1600 SM-1000SM iaitu ketika diperintah oleh Amhose, tentera Mesir disusun rapi dan menggunakan pedati kuda yang beroda besar dan bertayar mati yang diperbuat daripada kulit. Tentera dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian tengah, dan bahagian tepi. Serangan mengguanakan taktik gerak rusuk. Pada zaman pemerintahn Tutmose, beliau sendiri mengetuai angkatan tentera. Serangan dibuat pada setiap musim bunga menggunakan jalan laut dan jalan darat. Keadaan itu menunjukkan Mesir telah mempunyai angkatan tentera darat dan laut. Peralatan yang digunakan oleh Mesir ialah pedang, panah, baju besi dan kuda.

Tamadun Arab
Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan satu profesyen yang dipandang mulia dan sangat diminati. Setiap kejayaan yang diperoleh dalam satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah yang berjaya. Orang-orang Arab telah dilatih dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana peperangan antara kabilah merupakan salah satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan peranan yang besar dalam peperangan jika dibandingkan daripad kaum wanita. Mereka dilatih bermain senjata dan bermain kuda. Setiap peperangan biasanya melibatkan seluruh anggota kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak. Seluruh harta benda dibawa bersama ke medan perang. Mereka juga membawa pakar bedah untuk memotong bahagian-bahagian yang tercedera. Alat-alat bunyi-bunyian seperti gendang, serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan dalam perjalanan menuju medan perang. Perempuan-perempuan yang ditawan dalam peperangan akan dijadikan gundik atau harta milik sendiri yang boleh diperdagang sebagai hamba abdi. Pihak lelaki bertanggungjawab mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita itu akan menjadi milik musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita mereka dengan cara tebusan atau berperang. Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah 1/4 daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih harta rampasan perang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada orang lain. Alat-alat senjata yang digunakan ialah pedang, tombak, panah, dan baju besi. Dari segi jenis tentera tenteranya terdiri daripada tentera infantri (tentera berjalan kaki) dan tentera berkuda/cavalry. Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan 'serang lari'. Tentera bergajah juga digunakan semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa Rasullullah dilahirkan. Dari segi organisasi tentera ada perbezaan antara tentera golongan Badawi dan Hadari. Organisasi tentera puak Badawi kurang tersususn dan menggunakan taktik peperangan serang lari. Sebaliknya puak Hadari lebih tersusun.

Tamadun Greek
Sejarah awal Greek yang bermula di beberapa buah pulau termasuk Create, terletak dilaut Mediterraneanmenjadikan orang Greek sebagai tentera laut yang kuat. Malah, tuan kapal pertama di laut Aegen adalah orang Greek-terkenal dengan kecekapan dalam pelayaran. Raja Mycenae telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari laut. Bandar Troy yang meruapakan sebuah daripada negara kota di Greek terkenal sebagai kota berkubu. Istana dibandar Troy dikelilingi tembok setebal 15 kaki dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang serangan.
Orang Achean iaitu salah satu daripada kaum Greek menggunakan senjata tombak untuk mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu kuda, memakai baju besi atau kulit, saung kaki yang diperbuat daripada gangsa, perisai besar yang dibuar daripada kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawa ialah cara seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai senjata yang lengkap.Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai alat kenderaan perang yang disamakan kereta kebal pada hari ini.Ditanah besar Greek, orang-orang Greek membina benteng /kubu pertahanan bagi menghadapi serangan dari utara. Ketahanan fizikal orang-orang Greek dicapai melalui olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian dalam pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari,bergusti,melontar lembing dan bertinju yang dipelajari oelh orang Greek semasa di sekolah gusti kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga besar-besaran yang terbuka kepada semua orang Greek akan diadakan di Olympia.Athens memang terkenal dengan acara marathonnya.. Sukan olimpik pertama yang diadakan adalah bertujuan menghormati Dewa Zeus.
Berbeza pula di Sparta, orang lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak kecil lagi. Bayi yang lemah akan dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka ialah melahirkan parajurit yang berdarah tulen Sparta. Kaum wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar menjadi ibu yang sihat. Budak lelaki yang berumur 7 tahun ke atas akan tinggal di berek dibawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan juga dibawah jagaan pemuda-pemuda Sparta yang digelar 'Tukang Sebat'.Disitulah mereka diajar menaggung kesakitan tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman. Mereka juga ditanam dengan semangat suka melawan melalui permainan yang ganas yang telah disediakan. Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa yang terkorban. Bagi menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka. Apabila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Apabila mereka berumur 30 tahun, mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan disiplin yang keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga dan bertani. Kerja sebegini diserahkan kepada helot dan dan warganegara diharamkan memegang wang.Orang Sparta memang terkenal sebagai pejuang yang terbaik. Kekuatan tentera darat mereka jelas apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek pada tahun 480 SM

Tamadun Rom
Bandar Rom memang dikenali sebagai bandar berkubu.Orang-orang Rom sentiasa bersedia mempertahankan Rom daripada serangan luar yang sentiasa mengancam Rom. Rom telah membina tembok pertahanan disempadan dan yang paling terkenal adalah tembok Hadrian yang dibina dari Tyne ke Solway sepanjang 80 batu.Rom juga terkenal dengan angkatan lautnya. Hal ini jelas apabila Rom melawan Carthage di Pulau Sicily,Rom menggunakan angkatan laut yang besar. Begitu juga keadaan ketika meluaskan empayarnya ke Afrika, Rom juga menggunakan kapal laut. Pada zaman pemerintahan Constatine, Rom telah menggunakan meriam sebagai satu daripada lat perangnya, alatan perang Rom terdiri daripada baju besi,helmet,pedang,tombak,pisau belati,panah,lembing dan artillery(senjata pemusnah yang dibuat daripada batu,kayu, yang seakan bom). Ketahahan diri dan fizikal dicapai melalui beberapa aktiviti seperti bergusti,pertunjukan gladiator,(perlawanan manusia) dan binatang buruan yang liar seperti lumba kuda. Orang tahanan akan dilawankan dengan binatang liar seperti singa,sekiranya menang akan dibebaskan.
Dalam usaha meluaskan empayarnya Rom bergantung kepada bilangan dan kekuatan tenteranya. Pada zaman pemerinthan Augustus, Beribu-ribu orang tentera diambil untuk mempertahankan negara dari serangan musuh. Tentera yang jumlahnya hampir 400 ribu orang biasanya ditempatkan di sempadan yang terdedah dengan serangan luar. Augustus menempatkan tentera pengawal di luar Itali dan mengadakan pengawalan untuk dirinya sendiri di Rom.Tempoh perkhidmatan bagi tentera Rom adalah antar 20-25 tahun. Bagi menambahkan bilanga tentera warganegara, Augustus telah mewujudkan tentera bukan warganegara yang diberikan taraf warganegara setelah 25 tahun berkhidmat. Tentera Rom juga boleh berfungsi sebagai jurutera, pembina jalan,jambatan dan menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.
Taktik yang digunakan oleh Rom terutama diArab Utar dan Arab Selatan, ialah dengan membahagikan tenteranya kepada 5 bahagian iaitu, bahagian depan,belakang,kanan,kiri,dan tengah. Ketika melawn orang-orang Islam dalam perang Yarmuk tahun 635 SM, Heraclus sebagai ketua tentera Rom telah mengikat tenteranya dengan besi antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka lari. Rom juga menggunakan taktik Testudo(Kura-kura). Jenis tentera Rom dikenali sebagai 'legions'(unit batalion yang mengandungi 3000-6000 askar berjalan kaki /infantri dan 100-200 askar berkuda) dan tentera bergajah (semasa menyerang Mekah melalui panglimanya Abrahah).

Tamadun India
Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600 000 orang askar berjalan kaki, 30 000 orang tentera berkuda dan 9 000 orang tentera bergajah disamping tentera-tentera berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi angkatan tentera. Untuk mengendalikan tenteranya, yang begitu ramai, beliau membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Tiap-tiap lembaga mengandungi 5 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkereta kuda dan tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata.
Tenteranya juga terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga ramai jururawat dan doktor-doktor yang bersa\a dalam peperangan untuk membantu tentera yang tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa, dibina kubu dengan dinding setinggi 400 meter panjang dari Utara ke Selatan dan lebarnya 1/2 km. Tembok kubu Harappa diperbuat daripada batu lumpur dengan batu yang dibakar yang mempunyai ketebalan 18 meter. Sebenarnya, di setiap bandar dalam tamadun Indus dibina kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada musuh.

Tamadun China
Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negara ketenteraan. Pada zaman awal raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa.Kadangkala, Raja Shang menawan musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera Shang terdiri daripada tentera yang berjalan kaki, dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian digulingkan oleh Wu Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana kezaliman Raja Shang terakhir iaitu Shang Chau Hsin.Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar-askarnya mencari mencari alat-alat perang daripada setiap rumah. Semua alat itu dileburkan menjadi loceng besar dan dan patung besi. Melalui cara Shih Huang Ti,berharap rakyatnya tidak akan melancarkan pemberontakkan terhadap kerajaan malah kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera. Tenaga buruh bagi tentera diperolehi daripada sistem kerahan dalam pelbagai daerah tentera yang dikataka Chun. Dari segi taktik peperangan Shih Huang Ti berperang menggunakan taktik orang Tartar (ganas), dan menggunakan tentera berkuda. Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke sempadan. Beliau juga telah membina
rangkaian jalan tentera dan trusan untuk memudahkan pergerakan/serangan.
Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai tembok besar China.Alat-alat yang digunakan adalah panah,pedang, lembing dan perisai.

No comments:

Post a Comment