Monday, August 1, 2011

Beza Tentera Islam dengan Tentera yg lain


Selepas membaca buku “HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur” yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS, saya menganalisa beberapa kajian perbandingan antara Hulagu Khan dengan Muhammad al-Fateh.

PERSAMAAN

1. Tidak mudah berbangga dengan pencapaian ayah dan datuk masing-masing (generasi terdahulu)

Hulagu Khan tidak pernah merasa berpada dengan pencapaian Genghiz Khan, datuknya yang mampu menyatukan 13 suku besar yang selama ini berpecah dan saling memerangi akhirnya bersatu menuju satu visi dan impian menakluk dunia - dengan hunusan pedang mereka.

Hulagu tidak pernah rasa berpuas hati dengan kemampuan datuknya yang mampu merobohkan tembok besar China lantas menakluki tanah besar China.

Hulagu mahu menjadi lebih hebat dari Gengkhis Khan yang hampir menawan seperdua dunia, kecuali Kota Baghdad yang dipimpin oleh Kerajaan Islam Abbasiyyah. Kota Baghdad yang gagal ditawan oleh ayah dan datuknya itulah yang berjaya ditawan dan dimusnahkannya.

Muhammad al-Fateh juga tidak pernah merasa berpuas hati dengan pencapaian Usmaniah yang telah melakar beberapa sejarah penawanan dan pembukaan kota-kota baru Islam di Eropah khususnya dalam proses menyempitkan jajahan takluk empayar Byzantium. Pidato terkenal Muhammad al-Fateh :


"Khabarkan pada raja kamu (Constantine XI) bahawa Sultan Usmaniah sekarang adalah sangat berbeza dengan sebelumnya. Sesungguhnya keinginanku jauh mengatasi keinginan mereka. Kekuatanku jauh mengatasi kekuatan mereka (generasi terdahulu)."



"Even their dreams can't reach where my might does" - Mehmet II The Conqueror
2. Keinginan tinggi di sebalik kemustahilan misi


Sekitar pertengahan 1200 Masihi, Hulagu Khan melakukan misi mustahil yang tidak mampu direalisasikan oleh datukya Genghis Khan untuk menakluk Baghdad, kubu kuat selama 508 tahun dan ibukota empayar Islam Abbasiyyah yang pada masa itu di bawah pimpinan Khalifah ke 37 iaitu al-Mu'tasim Billah.

Penawanan Baghdad baginya adalah strategik untuk memudahkan kemaraannya menuju Mesir dan sekaligus mampu memusnahkan 3 masjid utama umat Islam iaitu Masjidil Aqsa di Palestin, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Makkah.

Sekitar pertengahan 1500 Masihi, Muhammad al-Fateh melakukan misi mustahil yang tidak mampu direalisasikan selama 800 tahun penantian oleh generasi yang terdahulu iaitu menawan Konstantinople. Konstantinople adalah pusat kerajaan Byzantium yang bertakhta lebih 1100 tahun dan kekebalan bentengnya menyebabkan percubaan empayar-empayar dunia dan pimpinan-pimpinan Islam sebelumnya menemui kebuntuan.

Kedua-duanya berkongsi persamaan punca dan persamaan kesan. Kejayaan misi yang difikirkan mustahil adalah persamaan kesan (the law of effect). Manakala punca utama kepada kejayaan itu iaitu memasang impian dan menimbulkan keinginan yang meluap-luap (burning desire) adalah persamaan punca (the law of cause) yang boleh dikongsi dan diambil pengajaran dari sejarah kedua-dua sang penakluk ini secara objektifnya.

Selain itu, lemahnya keadaan politik empayar Byzantium yang kian mengecil sempadan empayarnya dengan beberapa buah jajahan asal Byzantium dimerdekakan oleh para pembuka Islam telah membenarkan laluan mudah dan susah kepada Muhammad al-Fateh menawan Konstantinople.

Jumlah tentera Byzantium ketika berhadapan dengan Sultan Beyazid Usmaniah hampir 800,000 namun ketika Sultan Muhammad al-Fateh, jumlah mereka sudah kurang dari 50,000 orang tentera. Sama juga dengan keadaan Abbasiah ketika Hulagu semakin menghampirinya. Abbasiah yang dahulunya mencakupi seluruh tanah Arab termasuk Afrika, Yaman dan Habsyah, namun pada masa itu hanya Iraq dan Syam sahaja yang masih di bawah Khalifah Mu'tasim. Kawasan lain telah memerintah sendiri dan tidak mahu tunduk lagi pada Khalifah.

Persamaan the law of effects ini mengajar hakikat sunnatullah pada jatuh bangun sesebuah tamadun peradaban dan kuasa politik dunia. Ibarat kata Ibnu Khaldun, mereka yang belajar dari sunnatullah kejayaan orang terdahulu akan kekal di roda "di atas" manakala yang mengulangi kelemahan yang sama akan kembali berada di "bawah".

3. Jumlah tentera paling ramai di dunia pada zaman masing-masing


Jumlah tentera Hulagu Khan ketika membantai Baghdad adalah kira-kira 120 – 150 ribu tentera.

Jumlah tentera Muhammad al-Fateh ketika membuka Konstantinople adalah kira-kira 150 – 250 ribu tentera.

Tidak mustahil juga Al-Fateh meletakkan angka minima 150 ribu tentera kerana baginda turut mengkaji kehebatan bala tentera Hulagu Khan ketika menerajang Baghdad. Buktinya apa ? Keratan berikut menunjukkan Al-Fateh 'tenggelam' dalam mengkaji sejarah tokoh-tokoh Rome. Sudah pasti tokoh-tokoh penakluk yang lain turut diajar para ulamak kepadanya.


Al-Fateh 'tenggelam' dalam pengajian sejarah. Bukan sekadar tokoh-tokoh Islam, bahkan sejarah Kaisar Rome kesemuanya dikaji seperti Augustus, Constantine, Theodous, Alexander The Great dan mengambil aspek positif dari kehebatan azam dan impian mereka tanpa sebarang keraguan.


Rujukan kitab 4. Kejayaan sebuah percetakan generasi

Tampak jelas Michael H. Hart dalam buku 100 Tokoh Manusia Berpengaruh menjadikan umur panjang-pendek si penakluk dan saiz kecil-besar empayar yang ditawan serta tempoh lama-sekejap pengaruh dan percetakan generasi itu berkekalan sebagai kayuukur dalam rangking kajiannya sehingga menobatkan Muhammad bin Abdullah S.A.W di nombor satu (justifikasi Hart tentang Nabi Muhammad telah banyak saya tulis di blog rijal82).

Hart menyebutkan bahawa Genghiz Khan diletakkannya di atas dari tokoh-tokoh besar penakluk Rom tersebut kerana para penakluk Rom walaupun mereka genius di pentas taktikal perang, namun mereka gagal dalam mencetak generasi pelapis berbanding Genghiz yang masih mampu mencetak Hulagu dan pasukan adik-beradik beliau sang penakluk yang lain seperti Arik, Boke, Mongke dan Kublai Khan.

Demikianlah juga Muhammad al-Fateh. Baginda dididik dengan sangat rapi oleh ayahnya Sultan Murad dan para ulama Usmaniah. Ketatnya disiplin yang dilalui sejak kecil serta pendedahan pengalaman memerintah dan ke medan perang memungkinkan baginda menawan Konstantinople dan menyebar keadilan Islam di Eropah selama 30 tahun lamanya. Kemudiannya era kegemilangan Usmaniah tidak tamat di eranya sahaja, bahkan diteruskan ke era lebih gemilang iaitu era Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

PERBEZAAN

1. Hulagu Khan menawan Baghdad dengan darah sejuta umat Islam dan vandalism total.

Wikipedia melaporkan :

“The Grand Library of Baghdad, containing countless precious historical documents and books on subjects ranging from medicine to astronomy, was destroyed. Survivors said that the waters of the Tigris ran black with ink from the enormous quantities of books flung into the river. Martin Sicker writes that close to 90,000 people may have died (Sicker 2000, p. 111). Other estimates go much higher. Wassaf claims the loss of life was several hundred thousand. Ian Frazier of The New Yorker says estimates of the death toll have ranged from 200,000 to a million."


“Yang paling nikmat dalam hidup adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka, dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka”- kata-kata popular Genghiz Khan

2. Al-Fateh menawan Konstantinople dengan beberapa siri diplomasi yang dicabuli sendiri oleh Byzantium. Pendekatan konfrontasi dan tekanan ekonomi dengan taktik pengepungan yang lama terus tidak dipedulikan oleh pemerintah Byzantium ketika rakyat mereka sendiri menuntut perdamaian dengan al-Fateh. Peperangan yang berlaku pula adalah dalam skala kemusnahan yang minima dan sememangnya tidak dapat dielakkan lagi.



Edward Shepherd, tokoh pengkaji sejarah Byzantium dari London (abad ke-19) mengiktiraf fakta perikemanusiaan tentera Usmaniah yang cuba sedaya upaya mengelakkan kematian maksima di pihak tentera Byzantium, walaupun hakikatnya mereka mampu melakukannya. Namun demikian Edward mendakwa tentera Usmaniah melakukan sedemikian kononnya untuk menawan seramai mungkin tentera Byzantium bagi keuntungan memperdagangkan mereka di pasaran hamba. Edward juga menegaskan Al-Fateh memasuki Konstantinople pada waktu Zuhur sebaik sahaja selesai penawanan di hari pertama, lantas beliau menafikan Al-Fateh memasuki Konstantinople pada hari ke-3 kononya - sebagai riwayat ramai penulis Barat yang membenci Al-Fateh - untuk memberikan kebebasan 'nafsu' kepada tenteranya meratah kekayaan Konstantinople.


Ahmad Rafiq, sejarawan Turki pula menulis bagaimana Al-Fateh menenangkan penduduk Kristian di Konstantinople yang ketakutan dan merayu keamanan dari beliau.

Al-Fateh telah memberikan penghormatan luar jangkaan penduduk Konstantinople apabila meminta Lucas, Wazir Maharaja Byzantium dengan mengarahkannya mengebumikan Maharaja mereka dengan cara terhormat dan mengikut adat gereja Kristian Byzantium.

Al-Fateh juga membuat pengumuman supaya para penduduk Kristian yang lari ketakutan meninggalkan Konstantinople dibenarkan pulang semula dalam tempoh dua bulan dan keselamatan mereka akan dijamin.


Pidato Al-Fateh di hadapan Lucas dan rakyat Konstantinople ketika pengebumian Maharaja Constantine : "Tidakkah kamu lihat kesan dari kebongkakan (pemerintah) kamu semua untuk menyerahkan Konstantinople secara aman tanpa pertumpahan darah."


Al-Fateh manjaga perasaan rakyat Kristian Konstantinople dengan tidak menukar istilah Aya Sofia dengan istilah Islam, sekadar meletakkan nama Masjid sebelum namanya. Juga pidato 'kemanusiaan' yang ditegaskan oleh Syekh al-Alim al-Mujahid Aq Syamsuddin.


-Fateh meletakkan tanah di kepalanya ketika sujud syukur selepas membuka Konstantinople.

No comments:

Post a Comment