Monday, August 1, 2011

GANG DADAH DI MEXICO ADA KERETA KEBAL SENDIRI

Perang antara Gang dadah Mexico dan pihak kerajaan Mexico terutamanya Agensi Narcotik,polis atau tentera memang tidak berkesudahan,terbaru pihak berkuasa Mexico telah menyita kereta kebal buatan sendiri oleh gang dadah Mexico iaitu gang dadah terbesar dan paling ganas di Mexico "Zetas gang".




''Narcotank'' gang dadah Mexico yang disita polis Mexico

Pihak berkuasa Mexico berjaya menjumpai dan menyita beberapa kenderaan yang mereka panggil sebagai narcotank. Sementara penduduk tempatan dan media memberi nama jolokan kenderaan tersebut sebagai "Los Monstruos", yang bermaksud "Raksaksa".

Kenderaan "perang" organisasi gang dadah Mexico ini adalah kenderaan perang. Kenderaan yang diubahsuai dari trak itu dilapisi besi setebal 2,5 sentimeter dan mampu menahan peluru kaliber 50. Cerminnya pun antipeluru. Kenderaan digabungkan dari tiga trak tersebut juga dilengkapi senjata.

Angkatan bersenjata Mexico mengumumkan,Ahad (4/6/2011),semasa mereka membuat rondaan seperti biasa,mereka telah mengeledah sebuah gudang di Camargo, Tamaulipas, yang bersempadan dengan kota Rio Grande City, Texas, Amerika Syarikat. Dari gudang itu, mereka menjumpai dua dump truck berlapis besi untuk mengangkut "pasukan".

Sebagai kenderaan tempur, kemampuan narcotank cukup mengagumkan. Menurut blog narkotik Mexico, trak berlapis besi itu mampu memecut sehingga mencapai kelajuan 96 kilometer sejam. Juga boleh menembak peluru paku dan melepaskan minyak ke jalan untuk menghalang pihak lawan.

Setelah beberapa kali bertembung dengan pihak berkuasa Mexico, gang dadah ini menggunakan trak raksasa ini, termasuk yang terjadi di Jalisco bulan lalu. Tentera Mexico bertembung dengan salah sebuah narcotank. Kerana peluru tidak boleh menembus badan kereta tank gang dadah ini, tentera akhirnya menembak tayarnya.

Pihak berkuasa Mexico telah mengenal pasti terdapat 100 trak serupa milik gang-gang dadah ini di seluruh Mexico!

Di laut pun kartel gang dadah ini telah mempersiapkan diri mereka. Mereka merancang membeli kapal selam yang mampu mengirimkan bertoa-tan dadah menggunakan perairan dan terlepas daripada dapat dikesan.

Tahun lalu pihak berkuasa telah menjumpai sebuah terowong sepanjang 670 meter. Terowong yang dilengkapi rel dan ventilasi ini untuk mengangkut marijuana dari sebuah rumah di Tijuana, Mexico, ke gudang di Otay Mesa, California, Amerika Syarikat.

Bulan lalu tentera juga telah menjumpai sebuah gudang senjata dan bahan letupan yang cukup besar di sebuah gudang di Negara Bahagian Coahuila, yang bersempadan dengan AS. Gudang itu dikenal pasti milik kartel gang dadah Zeta. Di dalamnya dijumpai 150 senjata laras panjang, pistol, 92.000 butir peluru, 4 mortar, dan 2 pelancar grenade.

Selain berperang melawan polis dan tentera, kartel gang dadah ini juga bersaing dengan kartel gang dadah lain. Persaingan itu sangat sengit dan mengorbankan ribuan nyawa samaada gang mereka sendiri ataupun orang awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.Penulis berharap pihak berkuasa dinegara kita perlu meningkatkan perang terhadap dadah di negara kita ini sebelum gang-gang dadah ini semakin tidak dapat dikawal seperti apa yang berlaku di Mexico.Bebaskan negara kita dari dadah!

No comments:

Post a Comment