Salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia adalah lembu atau dalam bahasa Inggerisnya cattle/cow. Di Malaysia, lembu merupakan haiwan yang penting semenjak dahulu lagi. Pada zaman dahulu lembu menjadi harta yang sangat berharga seperti bidalan "lembu kerbau penuh sepadang". Lembu juga menjadi alat yang penting bagi sektor pertanian dan pengangkutan di mana lembu digunakan bagi membajak sawah dan sebagai haiwan penarik kereta lembu. Pilih di sini untuk penerangan teknik pembuatan kereta lembu.
Lembu juga merupakan sumber makanan sebagai daging, sup lembu., dan susu
Taburan
Lembu dipelihara di seluruh Malaysia sebagai haiwan ternakan. Pepatah melayu "lembu punya susu sapi dapat nama"
Ciri-ciri
Lembu merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas mamalia. Lembu adalah haiwan berdarah panas. Lembu menyusukan anaknya.
Lembu dipelihara untuk daging dan susunya. Jenis lembu yang berlainan diternak bergantung kepada tujuan penternakkannya.
Makanan
Lembu merupakan haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utama lembu adalah rumput, daun-daun dan pucuk pokok.
Pembiakan
Lembu membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. lembu bunting selama 8 hingga 9 bulan. biasanya lembu akan beranak 1 ekor dalam tempoh 1 tahun
Tabiat
Lembu biasa akan tidur pada waktu tengah hari antara jam 1100 hingga 1230.
Ulasan
Pada masa sekarang penyakit lembu gila yang disebabkan unsur protin telah di dapati dapat menjangkiti manusia yang memakan daging lembu yang tercemar telahpun dikenal pasti. Penularan penyakit lembu gila dikenal pasti berlaku melalui daging lembu berpenyakit yang dibuang telah dikitar semula dan diberi makan kepada lembu lain. Penyakit lembu gila telah menyebabkan beribu-ribu ekor lembu dimusnahkan begitu sahaja.
Jenis-jenis lembu
Lembu susu dan lembu daging
Baka Lembu Pedaging
Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:
- Kedah Kelantan (K-K)
- Australian Commercial Cross
- Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
- Local Indian Dairy (LID)
- Droughtmaster
Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:
- Hereford
- Angus
- Charolais
- Shorthorn
- Simmental
Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :
- Kacukan Komersial dari Australia
- Kacukan Friesian Sahiwal
- Droughtmaster
- Kacukan Pedaging KK
- Kedah Kelantan
- Brahman
- Local Indian Dairy
- Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.
- Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.
Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.
- Droughtmaster
Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.
- Kacukan Pedaging K-K
Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.
- Kedah Kelantan (K-K)
Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.
- Brahman
Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.
- Local Indian Dairy (L.l.D.)
Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.
No comments:
Post a Comment