Aku masih percaya bahawa 'kebangkitan rakyat' di Syria tidak sama seperti di Mesir.
1.
Di kala Mesir bebas dari cengkaman Presiden Mubarak, parti pembangkang
yang naik menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan ialah 'Muslim
Brotherhood', iaitu satu organisasi/parti yang secara jelas mempunyai
niat untuk menegakkan negara Islam dan secara pasti tidak mengiktiraf
Israel.
2. Manakala di Syria pula, kerajaan
Syria sekarang ialah sosialis(bukanlah Syiah seperti yang
digembar-gemburkan). Walaupun sosialis, Syria mempunyai hubungan
diplomatik yang bagus dengan Iran dan hubungan yang keruh dengan USA.
dan secara jelas tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.
3.
Siapakah organisasi/parti pembangkang utama di Syria sekarang? Iaitu
Syrian National Council pimpinan Burhan Ghalioun. Syrian National
Council ditubuhkan sebaik sahaja 'kebangkitan' rakyat Syria dan pemimpin
beliau Burhan Ghalioun sudah menetap lama di Perancis. Dan secara
tiba-tiba beliau dilantik menjadi pemimpin pembangkang? Bagaimana
mungkin seorang rakyat yang sudah lama meninggalkan negara sendiri
dilantik sebagai pemimpin?
4. Burhan Ghalioun
juga secara terang-terangan pernah mengatakan bahawa jika Syrian
National Council menjadi kerajaan di Syria, beliau akan memutuskan
hubungan dengan Iran dan mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat.
Putus hubungan dengan Iran? atau dengan kata lain, menjalinkan hubungan
lebih erat dengan USA.
5. Tapi mengapa USA
terlalu takut dengan Syria? Syria adalah negara yang bersempadan dengan
Iran di Timur dan Lebanon di Barat. Seperti yang kita tahu, Hizbullah di
Lebanon adalah gerakan terakhir yang berperang dengan Israel pada tahun
2006. Dikatakan Syria adalah tulang belakang di sebalik kemenangan
Hizbullah di Lebanon. Untuk pengetahuan, perang Hizbullah-Israel pada
tahun 2006 adalah untuk mempertahankan tanah Lebanon daripada 'jajahan'
Israel.
6. Pada tahun 2011, Wikileaks telah
membocorkan rahsia membuktikan bahawa US telah menaja gerakan parti
pembangkan di Syria untuk menjatuhkan kerajaan Syria pimpinan Bashar
Al-Assad.
7. Di Mesir, rakyat di sana langsung
tidak mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak. Tetapi di
Syria, gerakan pembangkang di sana mengangkat senjata. Tidak pernahkah
kalian terfikir dari mana dana mereka untuk dapatkan segala senjata?
8.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang awam yang dibunuh hanyalah dakyah
dari pembangkang untuk memburukkan kerajaan Bashar Al-Assad (tetapi aku
tidak memegang 100% pada pendapat ini)
Sehingga
kini, aku tidak menganggap masalah di Syria sekarang ialah satu
kebangkitan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan Syrian National
Council ingin merampas tampuk kuasa pemerintahan dengan cara yang salah.
Percayalah, jika kerajaan Bashar Al-Assad tumbang, bukan satu kerajaan Islam yang naik.
Kes di Syria sama sekali berbeza dengan Muslim Brotherhood di Mesir.
No comments:
Post a Comment