Kebencian datang dari hati, dan ia juga amat
subjektif utk dibicarakan. Diatas padang bola sepak mengumpulkan
pelbagai jenis manusia, karenah, dan personaliti. Pemain bola sepak
dilahirkan sebagai atlit dan juga manusia biasa, adakala baik, adakala
buruk perangainya. Kadang kala mereka dibenci kerana “lemah gemalai”
pantang diterjah asyik jatuh saja, ada juga dibenci kerana perangai
buaya darat, ada juga dibenci kerana sombong juga kerana asyik membebel
spt emak-emak kpd setiap keputusan pengadil. Berikut merupakan 10
individu paling dibenci dalam bola sepak
10. Adrian Mutu
Pemain
hrapan pasukn Romania, tapi menghancurkan karier sendiri. Berada dalam
senarai ini kerana masalah penyalahgunaan dadah semasa bermain untuk
Chelsea, tapi bukan sekali, lebih dari dua kali. Ingat dah insaf rupanya
“banana fruit twice” seperti kata Adnan Sempit.
Madah-madah
kebencian: “Saya rasa ini keras hukuman, beliau berkata “ia nampak
terlalu banyak. Saya sangka kurang kerana, ya, silap telah dilakukan ia
berhak untuk dibayar tapi tidak terlalu banyak”
9. Diego Maradona
Anda
mungkin menyatakan Maradona seorang lagenda dan digemari semua orang.
Tapi soal kehebatannya telah lama berlalu, kita dah masuk alaf baru!!
Kebencian terhadap Maradona meluap-luap semasa menjadi jurulatih
Argentina, ada sahaja pelbagai karenah peliknya, dan ke”over”an
melampaunya, kemudian degil dan perasan dia coach yg bagus, tak mahu
dengar nasihat orang lain. Semua orang tahu awak pemain terbaik
sepanjang zaman, tapi tak bermakna awak boleh buat perangai sesuka hati!
Madah-madah kebencian: “Saya benci semua yang datang dari Amerika, saya membenci dengan seluruh kekuatan saya”
8. Didier Drogba
Pemain
yang amat popular dalam senarai pemain dibenci, pada awal kariernya di
Chelsea dia amat dibenci oleh penyokong sendiri kerana sering amat
suka “terjun” dalam kotak penalti. Pastu tak cukup dengan itu dia juga
banyak songeh dan gemar komplen dengan setiap keputusan pengadil. Siapa
boleh lupakan peristiwa dia menerkam pengadil semasa perlawanan
separuh akhir dengan Barcelona, mcm harimau kumbang woo!!
Madah-madah
kebencian: “Saya penyokong Arsenal, dan saya benci lelaki ini dan
berhajat dia mampus” “Penerjun nafas anjing harus dibuang keluar dari
bola sepak titik noktah”
7. Marco Materazzi
Pemain
yang tiba-tiba mencapai kemuncak populariti bukan kerana menjadi wira
Piala Dunia Itali, tapi kerana insiden ditanduk oleh Zinedine Zidane
yang menyebabkan pemain lagenda itu dibuang padang. Kemudian Materazzi
dikatakan telah mempersendakan Zidane dan mengejek keluarganya. Tak
cukup lagi? Pemain ini juga terkenal dgn beberapa insiden keganasan
diatas padang, dan pemain yang sinonim dengan kad merah di Serie A.
Madah-madah
kebencian: “Milan, Juve, Roma peminat benci Materazzi, Itali peminat
benci Materazzi, Perancis peminat benci Materazzi, Zidane peminat benci
Materazzi, dan Inter peminat benci Materazzi”
6. John Terry
Chelsea
mmg terkenal sebagai kelab budak-budak nakal?. Sudahlah selepas dihina
setelah tergelincir dan sepakan tersasar seolah menyepak keluar piala
yang di idamkan oleh Abramovich, pada mulanya disanjung sebagai “John
The Leader”, tercalar reputasinya apabila dikaitkan dengan skandal
meniduri awek Perancis hot yang juga bekas tunang bekas rakan
sepasukannya Wayne Bridge. Kesannya? dia dihambur dan diejek secara
berjemaah oleh semua penyokong bola sepak, baik pasukan lawan mahupun
penyokong sendiri. Tak cukup dgn itu, dia dilucut jawatan ketua pasukan
kebanggsaan. Mungkin leader pasukan sorak lebih sesuai buatnya?
Madah-madah
kebencian: “Kenapa saya benci John terry? pertama Tanya Wayne Brigde
dari Manchester City kedua dia memberi UCL 2007-2008 kepada Man Utd
walaupun mereka layak”
5. Jose Mourinho
Apalagi
yang boleh dikomen pasal lelaki yang terkenal dengan madah berbisanya?
Semasa tiba di Chelsea, (Chelsea lagi?) dia telah membuat media di
England membencinya dan pengurus-pengurus lain tidak berpuas hati
dengannya, kerana sikap angkuhnya, dan sering menganggap dirinya begitu
istimewa. Namun media amat menyukai sikap berterus terangnya, dan tidak
peduli apa org lain kata “Who Caress??” Antara madah-madah terkenalnya
ialah “Anda patut takutkan wabak selsema burung bukan apa yang berlaku
kepada pasukan saya” “Ini rancangan bola sepak bukan? anda harus
bertanya soalan berkaitan bola sepak sahaja.”. Gelaran The Special one
juga pada mulanya diberikan olehnya sendiri.
Madah-madah
kebencian: “Dalam 5 tahun saya tidak pernah punya perlawanan mana
pasukan saya punya kurang penguasaan daripada lawan”
4. Cristiano Ronaldo
Jika
Drogba ialah Raja “Terjun” ini adalah Maharaja Terjun. Kebencian
terhadapnya setibanya di Old Trafford, peminat menggemari aksi “tarian”
diatas padang yg membuatnya terkenal. Namun begitu sikap angkuh,
sombong, gemar membuat larian deras agar diterjah oleh pemain lawan,
pandai berlakon, pernah membuat provokasi mnyebabkan Rooney dibuang
padang, juga beranggapan pasukannya berjaya kerana dirinya. Sering
diejek oleh penyokong namun dia kata “ada aku kesah?”, juga seorang kaki
perempuan. CR7 merupakan ikon kepada superstar tapi angkuh, pendek
kata superstar sebenar.
Madah-madah
kebencian: “Saya benci Ronaldo ialah salah satu frasa paling popular di
Google dalam 2007 telah didedahkan, Pemain Manchester United itu
teratas dalam undian benci”
3. Wayne Rooney
Walaupun
ramai individu didalam senarai ini terlibat dalam pasukan “Sang Singa
Biru Stamford.” Namun dua pemain Manchester United berada dlm 5 paling
dibenci didunia. (Motif??) anak emas Si Setan merah, dianggap jelmaan
Pele walaupun jurang yg amat ketara antara kedua2 mereka. (Papan catur
warna apa??). Pada awalnya Rooney tidak tersenarai, namun apabila
kronologi kisah daripada sindrom bercakap tentang “Rooney The best
player in the world” kepada maki hamun penyokong England ketika Piala
Dunia setelah diejek bermain seperti mengigau si siang hari, kepada
skandal seks dengan pelacur semasa isterinya hamil, kepada membuat
perangai mengada-ngada dan merengek seperti budak darjah 1 semasa ingin
memperbaharui kontraknya, kepada meraikan jaringan Hat-rick di Upton
Park dengan sumpah seranah dan F*** words kepada berjuta-juta penonton
diseluruh dunia!! Tarik nafas sekejap... entah apalagi karenahnya
selepas ini menjadikannya semakin popular dimuka hadapan akhbar-akhbar
tapi bukan cerita kehebatannya.
Madah-madah
kebencian: “Saya benci Rooney meraikan gol, atau ia kerana dia adalah
Rooney” “Jangan Bimbang Wayne Rooney itu bukan anak awak tapi Adebayor ”
Lagu anti-Rooney.
2. Mario Balotelli
Jika
anda bertanya kepada pakcik Google nescaya anda akan menemui lebih byk
perkara negatif daripada perkara positif tentang dirinya. Jika di
Malaysia kita ada Si tanggang, dia pula Tanggang versi Afrika diambil
sebagai anak angkat oleh pasangan kaya Itali. Namun begitu beliau tidak
tahu bersyukur dan sikap angkuhnya semakin menjadi-jadi. Walaupun
dianggap sebagai bakat besar buat pasukan Itali, namun kebencian peminat
Itali tidak dapat dibendung lagi. Semasa di Inter pernah diejek oleh
penyokong kerana enggan mengejar bola, pernah didenda oleh pengurus
Itali kerana melanggar etika, selain Mourinho juga fed-up dengannya dan
sudah banyak kali ditegur namun masih tetap dengan perangainya., di
Manchester City, mendatangkan lebih byk masalah 2 kali dibuang padang,
pergaduhan telah menjadi rutin hariannya, selain mengeluarkan kata-kata
angkuhnya spt tidak mengenali Jack Wilshere, dan mempersendakan Rooney
(Kau fikir kau bagus kah??), didenda kerana membaling dat ke arah
pemain skuad remaja, dan yang terbaru membuat lawak meraikan kemenangan
dihadapan penyokong Manchester United semasa perlawanan piala FA.
Adakah anda tidak cukup membencinya lagi??
Madah-madah
kebencian: “Hanya ada seorang pemain lebih sedikit kuat daripada saya
ialah Messi, pemain lain semuanya dibawah saya”
1. Sepp Blatter
Mungkin
anda tertanya-tanya mengapa beliau berada di tangga pertama? Siapa
yang tahu apa itu sukan bola sepak, maka anda wajib mengenali siapa itu
Blatter, sedari saya mengenali sukan bola sepak, Presiden masih
dipegang olehnya hingga kini. Kenapa dia begitu dibenci? Kerana dialah
punca kepada segala masalah berkaitan dengan bola sepak sama ada etika
kejohanan, perundangan, pengadilan. Jika anda amat bencikan mutu
pengadilan yang Lahar (Singkatan untuk lakhanat), juga undang-undang
yang tidak masuk akal, mahupun sistem pengundian pemilihan pemain
terbaik, dan kadangkala mengenakan hukuman yang tidak sepatutnya. Sudah
semestinya anda berkata YA! jika ingin mengungkit peristiwa yang
mempertikaikan FIFA, semestinya akan berbakul-bakul komplen anda, malah
tidak akan cukup untuk satu entri blog. Contoh yang paling ketara ialah
teknologi garisan gol selepas kontroversi penjaga garisan gagal
mengesan gol Frank Lampard, namun FIFA buat bo-layan, sekejap kata akan
dipertimbangkan, sekejap kata tidak Ahhh!! Bangang sungguh! Malah
banyak kali FIFA diminta guna teknologi video tidak diendahkan,
kononnya menjaga kredibiliti pengadil! Ahhh!! Benci aku!!!.Ini belum
masuk lagi komplen tentang pengadil-pengadil FIFA, siapa boleh lupakan
betapa Gaya Mutu dan Keunggulan
pengadilan perlawanan Piala Dunia 2002?? ramai mempertikaikan, namun
hingga ke piala dunia 2010, masalah belum selesai, Bengap!! Bengap!!
Bagaimana pula reaksi FIFA semasa begitu ramai pihak hairan bagaimana
Wesley Sneijder tidak berada dalam senarai 3 calon Ballon D`or, beliau
menjawab sistem pengadilan mmg adil. Jika Tanya kepada budak umur 3
tahun pun tahu Sneijder mmg layak. Selagi orang tua ini masih berada
dalam FIFA, bagaimanakan kita dapat menikmati bola sepak dengan tenang??
Madah-madah kebencian: Bila Thiery Henry menjaringkan gol menggunakan tangan, reaksi bodoh Blatter ialah “Ireland tidak akan mendapat pampasan wang tapi mereka seharusnya mendapat pampasan moral”
No comments:
Post a Comment