Manusia
merupakan bangsa yang suka membangunkan senjata demi kepentingan
diri-sendiri bagi mengancam mana-mana negara atau agama yang dianggap
sebagai ancaman terhadap kewujudannya..Hal ini telah membawa sesebuah
kerajaan untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi membangunkan
senjata walaupun senjata yang dibangunkan tidak masuk akal dan dianggap
'gila' di mana akhirnya ia hanya mampu disiapkan setengah jalan dan
tidak disiapkan dengan sempurna. Nak tahu apa jenis senjata tersebut,
meh usha kat bawah ni.
1. Bom Nuklear Lunar
Juga dikenali
sebagai Projek 119-A iaitu sebuah program yang dibangunkan untuk
mengebom Bulan dengan menggunakan senjata nuklear bagi menaikkan moral
dikalangan penduduk Amerika Syarikat selepas berjaya menyaingi Soviet
Union dalam perlumbaan angkasa. Walaubagaimana pun, ia tidak pernah
dilaksanakan kerana mengambil langkah untuk meletakkan seorang manusia
di Bulan adalah lebih baik daripada cuba untuk meletupkannya.
2. Kapal Pengangkut Pesawat Aisberg
Juga dikenali
sebagai Projek Habakkuk di mana pihak Britain telah membangunkan pelan
semasa Perang Dunia Ke-2 untuk membangunkan sebuah kapal pengangkut
pesawat pykrete (kapal campuran kayu, besi dan ais). Ia mengambil suatu
tempoh masa yang lama untuk menyedari bahawa ia merupakan satu
pembaziran sumber dan menenggelamkan idea tersebut dari dibangunkan.
3. The Flying Dorito
A-12 Avenger II
juga dikenali sebagai "The Flying Dorito". Ia merupakan pesawat
pengebom 'stealth' yang dibangunkan bagi menggantikan pesawat Grumman
A-6 Intruder yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor
Marin. Pembangunan pesawat A-12 telah berdepan masalah lebihan kos dan
kelewatan dalam pembuatan telah membawa kepada pembatalan projek ini
pada tahun 1991 dengan pembaziran kos sebanyak US$5 Billion.
4. Alat Pemusnah Dunia Pihak Soviet
Ada pihak yang
mengatakan ia hanya mitos, namun pada tahun 1990-an, beberapa bekas
pegawai tinggi tentera Soviet Union dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis dalam satu siri wawancara dengan pihak kontraktor
pertahanan Amerika Syarikat, BDM mengakui akan kewujudan alat tersebut
yang digelar "The Dead Hand". Dikatakan mungkin masih beroperasi
sepenuhnya, ia merupakan sistem kawalan nuklear secara automatik yang
mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua Rusia (ICBMs)
sekiranya serangan nuklear dikesan dalam bentuk seismik, cahaya, tahap
keradioaktifan dan tekanan yang melampaui batas. Walaubagaimana pun,
kelemahan terhadap bentuk serangan ini telah dikesan dan menggagalkan
operasinya.
5. Kapal Terbang Yang Tidak Mendarat
Selain mempunyai pesawat yang mampu mendarat dan berlepas daripada kapal
pengangkut pesawat, pihak tentera juga mahukan sedikit kelainan dan
daripada itu, Salmon XFV telah dibangunkan di mana pesawat ini akan
mendarat dengan menggunakan ekornya. Selepas beberapa siri ujian dan
penyelidikan, projek ini telah dibatalkan dengan alasan tiada satu pun
juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan menggunakan ekor
secara menegak.
6. Penceroboh Masa Hadapan
Bayangkan sebuah pesawat pengebom yang direka mampu membawa bom nuklear
serta terbang pada ketinggian 15 Kilometer dari paras laut dengan
kelajuan 3 kali ganda kelajuan bunyi. Pesawat B-70 Valkyrie sepatutnya
mampu menjadi pesawat pengebom impian pada masa hadapan namun dengan
beberapa siri masalah seperti kos yang tinggi, penambahbaikan altitud
pada senjata peluru berpandu permukaan-ke-udara, dan pengenalan peluru
berpandu balistik antara benua (ICBMs) telah membawa kepada pembatalan
projek pesawat ini pada tahun 1961. Dua rekaan prototaip pesawat ini
sempat digunakan namun satu daripadanya telah terhempas berikutan
perlanggaran di udara pada tahun 1966.
7. The Thunderscreesh
XF-84H merupakan pesawat eksperimen turboprop yang dikuasakan dengan
enjin turbin yang digabungkan dengan enjin kipas supersonik. Berikutan
terlampau banyak kelemahan dari segi aerodinamik dan tahap kebisingan
enjin yang terlampau tinggi, iaitu mampu didengar sehingga 25 batu
jauhnya sehingga membawa kepada sakit loya yang teruk dikalangan krew
penerbangan telah membawa kepada pembatalan projek ini.
No comments:
Post a Comment