Dari atas, pesawat generasi ke 5 dari Russia (PAK-FA), dari
China (J-XXX) dan yang bakal menjadi kenyataan KF-X dari Korea Selatan
1. Dekad ini, berlumba-lumba negara yang berkedudukan di Asia
Tenggara menggunakan dana yang besar untuk mendapatkan teknologi
ketenteraan.
2. Pertama, Malaysia yang menghabiskan berbilion ringgit untuk
mendapatkan teknologi halimunan kapal perang jenis Friget Meko 100
melalui pembelian 27 friget jenis itu dari Jerman, diikuti oleh
Singapura yang menyumbang dana berjuta dollar kepada Amerika Syarikat
melalui program pesawat pejuang Joint Strike Fighter (JSF) dan terkini,
Indonesia apabila sedang mengorak langkah untuk menandatangani
perjanjian pada hujung tahun 2010 bagi menyumbangkan dana bagi program
pesawat pejuang KF-X yang bermasalah.
3. Indonesia yang ketinggalan beberapa tangga dari segi teknologi
ketenteraannya di belakang Malaysia dan Singapura akhirnya menyumbang
berjuta-juta dollar yang diperlukan oleh Korea Selatan bagi memajukan
jet pejuang KF-X.
4. Bantuan Indonesia membolehkan program itu berada pada tahap 80
peratus sebelum dilancarkan semula, hanya tinggal 20 peratus lagi
tinggal untuk melancarkan KF-X yang mengalami masalah dari segi kewangan
dan juga kemampuan teknikalnya.
5. Indonesia berharap melalui sumbangannya, republik itu bakal
memperolehi 50 jet pejuang KF-X yang mempunyai kemampuan melebihi
pesawat jenis F-16 (digunakan oleh Singapura dan Indonesia sekarang ini)
tetapi masih di bawah kemampuan jet pejuang terkini F-35.
6. Jika KF-X dikeluarkan, Indonesia akan diberi hak untuk
memasarkan jet pejuang itu dan mungkin mengeluarkannya secara berlesen
di bumi republik itu sendiri.
7. Buat masa sekarang, Korea Selatan masih lagi tergapai-gapai
untuk memajukan jet pejuang itu kerana ketiadaan teknologi malahan,
beberapa buat prototaip KF-X jatuh terhempas sejak program itu
dilancarkan pada tahun 2000 memaksa Korea Selatan mencari rakan kongsi
dari luar negara samada Saab dari Sweeden mahupun Boeing dari Amerika
Syarikat untuk mendapatkan teknologi yang diperlukan.
BERBALOIKAH ??
8. Dari segi kemampuan, jet KF-X mempunyai teknologi yang baik
sedikit dari F-16, umum harus diingatkan, jet F-16 merupakan pesawat
yang dibangunkan pada tahun 1976 dan 10 tahun lagi, pesawat itu akan
dimasukkan ke dalam muzium.
9.Ini menunjukkan KF-X yang dibangunkan Korea Selatan bukan
dicipta untuk menandingi jet-jet pejuang yang bakal digunakan oleh
Singapura dan Malaysia ketika ia memasuki inventori Angkatan Udara
Republik Indonesia pada tahun 2020.
10.Ketika itu, jet JSF sudah pasti memasuki perkhidmatan udara
Singapura dan Malaysia, sebagai pesaing terdekatnya juga sudah pasti
memikirkan jet pejuang terkini untuk mengimbangkan kekuatannya dengan
Singapura.
11.MIG-29, F-16, F-18 dan SU-27 merupakan pesawat dari generasi 4.
12. Pasaran dunia ketika itu dipenuhi dengan pesawat pejuang dari
generasi 4.5 atau 5. Sebagai contoh KF-X, MIG 1.44 dan SU-47 Berkut
merupakan generasi 4.5.
13.Generasi kelima yang sedang dibangunkan selepas tahun 2005 sehingga sekarang ialah Sukhoi PAK-FA, F-22, F-35 dan MIG1.27.
14.Kelebihan pesawat generasi 4.5 terletak pada penggunaan
teknologi Stealth dan radar berkuasa tinggi, jika demikian, ia tidaklah
lebih baik atau mungkin berada pada tahap yang serupa dengan pesawat
generasi keempat seperti SU-30 sekarang ini.
15.Teknologi Stealth yang dibangunkan oleh Korea Selatan juga
sudah tentu bukan berada pada tahap tercanggih seperti yang dimiliki
oleh pesawat Amerika Syarikat.
16.Jika setakat lebih baik sedikit dari jet F-16, saya ragui jika
jet pejuang itu boleh menandingi SU-30 yang dipakai oleh Malaysia dan
Indonesia sekarang ini. Dalam dunia, pesawat SU-30 MKI milik India
adalah yang paling canggih berbanding yang dimiliki oleh Russia sendiri,
SU-30 MKM Malaysia yang dibangunkan meniru SU-30 MKI, sudah pasti
berada dalam tahap pesawat Sukhoi yang terbaik di dunia.
17.Tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan teknologi Stealth
kerana menjelang tahun 2020 atau 2030, hampir kesemua jet pejuang dan
kapal perang mahu pun kereta kebal yang dijual pada pasaran dunia ketika
itu kesemuanya akan dilengkapi dengan teknologi Stealth (Stealth
menjadi marketing tools yang sangat berkesan nampaknya bagi pengeluar
senjata).
18.Malahan, teknologi Stealth bukan satu perkara baru di Asia
Tenggara kerana penggunaannya diimplementasikan buat pertama kalinya
oleh Malaysia melalui friget Meko 100 malahan Malaysia merupakan negara
pertama di rantau ini menggunakan kapal-kapal berteknologi modular.
19.Perlu diingatkan, jet pejuang KF-X direka untuk menandingi
jet-jet pejuang yang dipakai oleh Korea Utara Korea Selatan secara
teknikal masih berperang dengan Korea Utara. Sekarang sudah 2010, Korea
Utara masih lagi menggunakan jet-jet pejuang yang ketinggalan zaman
seperti Chengdu F-7B, Shenyang F-5, Shenyang F-6, MIG-21, MIG-23 dan
MIG-29.
20.Sepuluh atau 15 tahun lagi, Korea Utara yang berhadapan dengan
kemelut ekonomi dan teknologi yang tertinggal berpuluh tahun di
belakang Korea Selatan akan terus menggunakan pesawat pejuang teknologi
lama dan mungkin akan mengimport sebahagian senjata baru dari China yang
sering menciplak teknologi dari Russia.
21.KF-X bukan direka untuk melawan jet-jet pejuang sehebat F-15,
SU-30, JSF mahupun F-35 atau jet pejuang terkini dari Russia iaitu
PAK-FA.
22.KF-X ini mungkin membantu Korea Selatan dari segi kelebihan
teknologi kerana jumlah pesawat yang dimiliki oleh Korea Utara adalah
jauh lebih besar iaitu 1,700 pesawat pelbagai jenis berbanding hanya 500
buah sahaja oleh Korea Selatan.
23.Sebagai pemain baru, Korea Selatan perlu memasuki pasaran jet
pejuang dengan produk yang murah tetapi direka menggunakan rumusan
teknologi barat seperti mana cogankata produk perangnya, “Western
Technology For The Price Of Asia”.
KF-X PROJEK YANG BAKAL MEMBERI MASALAH?
24.Korea Selatan pada hari ini telah membangunkan beberapa buah
pesawat berenjin jet tetapi bersifat latihan seperti KT-1 Wong Bee atau
Ungbi dan T-50 Golden Eagle.
25.KT-1 tidak mencapai tahap pasaran yang dibanggakan kerana ia
hanya mampu dijual sebanyak lebih kurang 12 buah kepada Indonesia dan
lebih kurang 40 kepada Turki melalui projek timbal balas di mana negara
itu membeli teknologi perisai modular dari Turki bernilai US540 juta.
26.T-50 Eagle pula sampai sekarang gagal menemui pasaran luar dan hanya dipakai oleh tentera udara Korea Selatan sahaja.
27.Mungkin juga jet pejuang KF-X juga akan mengalami masalah yang
sama kerana trend pembelian jet pejuang oleh banyak negara di dunia
masih banyak berlingkar pada Amerika Syarikat, Eropah, Russia dan China.
28.Jika sesebuah negara mahukan jet pejuang berteknologi tinggi,
mereka boleh berpaling kepada Russia, Eropah dan Amerika Syarikat dan
jika mahukan pesawat tentera yang murah, China menjadi opsyen terdekat,
jadi di mana kedudukan KF-X dalam pasaran militari dunia??
KF-X DALAM TENTERA UDARA REPUBLIK INDONESIA
29.Jika dipetik dari media Indonesia, ada kemungkinan pesawat
KF-X akan dipasang oleh PT. Dirgantara Indonesia (dahuluya dikenali
sebagai Industri Pesawat Terbang Nusantara atau IPTN).
30.PT Dirgantara masih belum memiliki kemampuan dan teknologi
yang diperlukan untuk membuat sebuah pesawat pejuang yang canggih,
syarikat itu hanya mampu membangunkan pesawat berenjin turboprop (kipas)
dan helikopter pada masa sekarang.
31.Kebanyakkan pesawat yang dibangunkan PT Dirgantara merupakan
hasil dari teknologi lama bermula dari tahun 60an sehinggalah 80an.
32.Kos 20 peratus dari keseluruhan program KF-X yang ditanggung
Indonesia adalah untuk disalurkan ke Korea Selatan bagi mengerakkan
program itu.
33.Itu belum lagi kos pembelian 50 pesawat dan pembesaran atau
permodenan kilang PT Dirgantara di Indonesia jika KF-X mahu dipasang di
oleh anak watan republik itu.
34.Sebagai bandingan, pembinaan kereta perisai 8X8 Pars Malaysia
yang nilainya mencecah RM8 bilion (masih dalam matawang Malaysia) adalah
termasuk pembelian lebih kurang 200 kereta perisai dan kos yang bakal
dihabiskan untuk membangun, membesar dan memodenkan kilang-kilang DRB
Hicom bagi memasang kereta perisai itu di negara ini.
35.Sedangkan dana yang mahu dikeluarkan Indonesia untuk program
KF-X sampai sekarang masih dirahsiakan, ia sudah tentu merupakan
sumbangan dalam bentuk dollar bagi satu program yang nilainya tidak
diketahui.
MENGAPA MALAYSIA TIDAK MEMBANGUNKAN JET PEJUANG SENDIRI
36.Pembangunan dalam jet pejuang merupakan satu usaha yang sangat kompleks dan berisiko tinggi.
37.Sebuah kilang pesawat memerlukan sokongan dari beratus atau beribu-ribu kilang atau industri lain.
38.Indonesia secara tradisi merupakan negara pengeluar kapal
terbang yang dipelopori oleh IPTN, walaupun kecil saiz industrinya
berbanding dengan Turki dan Korea Selatan (mengeluarkan F-16 secara
berlesen) tetapi republik dengan lebih 200 juta nyawa itu sudah
mempunyai kerangkanya sendiri.
39.Malaysia, saya lihat lebih cenderung kepada pembuatan kapal
dan ini nampak apabila kerajaan mengeluarkan dana berbilion ringgit
untuk mengerakkan pembuatan 27 buah kapal friget Meko 100, dana yang
sangat mahal ini termasuklah pembelian blueprint teknologi dan
rekabentuk kapal dari Kumpulan GNG, Jerman.
40.Pasaran jet pejuang di dalam negara adalah kecil, pada sebilangan
masa, Malaysia hanya mengoperasikan lebih kurang 40-60 pesawat pejuang
dalam satu-satu masa dan ini termasuklah pesawat latihan seperti Hawk,
Mig 29, F-18 dan SU30.
41.Kos tinggi bakal menjadi isu pembangkang, sebagai contoh
program pembuatan jet pejuang “Made in Japan” iaitu Mitsubishi F-2
mendapat kritikan hebat apabila kos program itu melonjak terlalu tinggi
kerana pelbagai masalah dan bayaran lesen yang terpaksa dipikul.
42.Pasaran dalam dunia yang lebih cenderung kepada pesawat buatan
AS, British, Russia atau China. Peranchis sehingga sekarang masih gagal
menjual pesawat pejuangnya dari jenis Rafale.
43.Malaysia terdedah dengan pelbagai masalah politik antarabangsa
yang bakal mendatang, misalnya sesebuah jet pejuang memerlukan ribuan
komponen berteknologi tinggi dan sebahagian besarnya terpaksa diimport
dan komponen ini terdedah kepada sekatan antarabangsa (ini dikaitkan
dengan fakta 37 di atas).
44.Engin misalnya terpaksa diimport dari Amerika Syarikat, United
Kingdom atau Russia. Program jet-jet pejuang China sendiri secara
majoriti terpaksa mengimport enjin dari Russia, program KF-X bakal
mengimport enjin dari Amerika Syarikat atau Eropah,
MESSAGE UNTUK PEMBACA DI MALAYSIA
45.Jelas Indonesia bersungguh-sungguh mahu membina industri
pertahanan berteknologi tinggi walaupun mendapat kritikan yang penuh
sinis dari sebahagian pemerhati negara itu yang berfikiran “barat”,
republik itu akan tetap melangsungkan hasrat menandatangani perjanjian
persefahaman itu menjelang hujung tahun ini kerana mendapat dukungan dan
sokongan sebahagian besar rakyatnya.
46.Menurut satu laporan yang saya baca, kos pelaburan Indonesia
ke dalam program KF-X adalah agak besar (kos tidak saya sebutkan di
dalam ini kerana nilai pelaburan yang berbeza-beza dalam beberapa
artikel).
47.Laporan itu menyebut, jumlah pelaburan yang mencecah ratusan
atau bilion juta US itu sepatutnya dilabur untuk pembelian jet pejuang
generasi kelima malahan dengan jumlah itu, Indonesia mampu mempunyai dua
atau tiga skuadron pesawat pejuang generasi kelima menjelang tahun 2020
atau 2030.
48.Republik dengan populasi lebih kurang 200 juta nyawa itu
bagaimana telah meniup satu semangat baru kepada rakyatnya yang jelas
mendukung aspirasi nasional Indonesia untuk memenuhi bumi ini dengan
barangan produk buatan anak watan.
49.Ini sangat berbeza dengan senario di negara ini, apabila
rakyat gagal melihat aspirasi nasional dan melihat setiap sudut
mempunyai kaitan dengan politik, malahan gagasan 1 Malaysia juga turut
dipolitikkan dan menjadi sindiran atau bahan mainan sesetengah rakyat.
No comments:
Post a Comment