Projek dimulakan pada tahun 1970 dan penerbangan pertama dilakukan pada tahun1976. Selepas 60 jam penerbangan ujian konsep pesawat diubah dimana sayap kapal terbang, kipas helikopter dan enjin untuk mod kapal terbang boleh ditanggalkan mengikut kehendak pengguna. Dalam kata lain S 72 menjadi pesawat boleh ubah. Ujian dalam mod helikopter dan kapal terbang sahaja turut dilakukan.
Menjelang 1980an tentera US diperkenalkan kepada konsep pesawat tilt rotor. Oleh sebab itu projek ini dihentikan serta merta pada tahun 1988. Dua buah prototaip yang dihasilkan disimpan di Kem Tentera Udara Edwards jauh dari tatapan awam.
Laporan asal Sikorsky Archive dan AviaStar
No comments:
Post a Comment