Tuesday, April 2, 2013

Gaza;Kisah DiSebalik Gambar

Assalamualaikum semua…
Sebelum aku rasa nak menulis entri ni,agak lama juga aku berfikir samada wajar atau tak memandangkan ilmu duniawi dan akhirat aku ni cetek je.Tapi berdasarkan satu ayat,’sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit’,aku usahakan jugak untuk memperbetulkan salah faham yang agak berleluasa kebelakangan ni.
Semenjak krisis Gaza-Israel kembali panas kebelakangan ni,bahangnya turut dirasakan umat Islam di Malaysia atas faktor persaudaraan sesama Islam.Maka berkobar-kobarlah semangat jihad menentang kezaliman Israel keatas penduduk Palestin.Kita dapat tengok di laman Facebook terutamanya,tentang kempen boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan juga foto-foto yang menunjukkan kemusnahan aset Israel yang dipercayai dibedil roket Qassam.
Roket Qassam merujuk kepada roket buatan sendiri yang dilancarkan oleh Briged Izz Addin Al-Qassam.Dari situlah roket tersebut mendapat nama.Maksudnya apa juga roket buatan sendiri yang dilancarkan Briged tersebut akan dirujuk sebagai roket Al-Qassam.Gambarnya carilah di Google Images.

Apa itu roket Al-Qassam?
Roket buatan Al-Qassam ialah terdiri dari berbagai variasi iaitu Qassam I sehingga Qassam IV yang merangkumi jarak jangkauan antara 3 hingga 14 kilometer dan mungkin lebih sedikit.Binaanya adalah mudah berdasarkan prinsip pembuatan yang pantas dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti tiub keluli,bahan api pepejal dan peledak.
Bahan api roket diperbuat dari campuran gula dan potassium nitrat yang dicairkan kemudian dituang kedalam acuan berbentuk tiub beserta fius pembakar.Setelah beku maka siaplah bahan api pepejal untuk mendorong roket Al-Qassam ini.
Manakala peledak didapati daripada artileri lama ataupun TNT yang ditambah cebisan logam(shrapnel) untuk menambah kesan kerosakan.Kadangkala peledak juga dibuat sendiri menggunakan urea nitrat.Fius peledak diperbuat daripada katrij peluru,spring dan paku.Kos pembuatan sebuah roket dianggarkan sekitar $800.
Secara asasnya roket Al-Qassam dilancarkan daripada tapak pelancaran dengan trajektori tertentu untuk menghentam sasaran.Memandangkan ianya terbang tanpa sebarang panduan GPS atau laser,ketepatan mengenai sasaran adalah agak rendah.
Ditambah lagi dengan perisai pertahanan Israel iaitu Iron Dome,peratusan roket yang sampai ke daratan Israel agak mengecewakan.Sesuatu yang pahit untuk kita semua dengar tetapi itulah realitinya.Iron Dome atau bahasa Melayunya ‘Kubah Besi’ merupakan satu sistem pertahanan darat Israel yang terdiri dari sistem radar dan roket pemintas Tamir.Sebarang roket yang memasuki ruang udara Israel akan dikesan radar,komputer menganalisis kelajuan roket,mengunci sasaran dan sasaran dimusnahkan diudara.
Tetapi sistem ini juga bukanlah insuran untuk keselamatan warga Israel.Kelemahannya ialah kos sebuah roket pemintas ialah antara $35,000 hingga $50,000 sedangkan ‘objek’ yang dipintas cuma berharga $800.Disinilah perlunya kempen boikot barangan yang menyumbang kepada kewangan Israel.Tabungnya perlu disusutkan.Tapi semalam aku lalu depan Mc Donald Seksyen 6 Damansara,still penuh jugak.Hangat-hangat taik ayam sungguh rakyat Malaysia ni.
Kedua,ini pendapat aku sahaja.Sistem Iron Dome mungkin boleh ditewaskan dengan serangan salvo ratusan roket Al-Qassam.Mana mungkin sistem radarnya dapat mengunci ratusan sasaran sekaligus dan hit ratio pasti meningkat.Cuma aku tak pasti berapa banyak roket dalam simpanan Briged Izz Addin Al-Qassam.
Setakat ni,roket tersebut adalah senjata utama memerangi Israel.Kalau ada senjata lain yang lebih canggih dalam simpanan mereka,wallahua’lam…

Kisah Di Sebalik Foto
Di perenggan awal tadi aku ada ceritakan sedikit keghairahan umat Islam Malaysia mengupload gambar-gambar dan di’LIKE’ pula oleh ribuan orang.Sekarang mari kita cari kebenaran disebalik foto-foto tersebut.

Foto 1
Screenshot_2012-11-20-20-06-54
Foto ini sebenarnya adalah foto jujukan gambar ujian torpedo Mark 48(Mk 48) keatas sasaran iaitu sebuah kapal Destroyer HMAS Torrens Tentera Laut Australia yang berusia 28 tahun.Torpedo dilancarkan dari kapal selam HMAS Farncomb kelas Collins,menyebabkan Destroyer tersebut terputus dua semasa ujian pada 25 Julai 2008.

Mark_48_Torpedo_testing

Foto 2
Screenshot_2012-11-20-20-10-47
Dipercayai foto ini sebenarnya adalah foto helikopter yang tidak diketahu jenisnya milik rejim Bashar Al Assad yang ditembak jatuh oleh pemberontak Syria menggunakan pelancar roket bahu Stinger.Sumber,The News Tribe.

Foto 3
Screenshot_2012-11-20-22-09-04
Foto diatas agak menarik juga cerita sebenarnya.Gambar diatas menunjukkan fasa pertama prosedur kerusi lenting(ejector seat) iaitu dengan menolak keluar kaca kokpit pada pesawat F18-C Hornet.
Kisahnya begini,Kapten Brian Bews (36) dari Tentera Udara Kanada sedang melakukan rutin latihan untuk pertunjukan udara yang bakal berlangsung di Lethbridge County Airport,Alberta.
Ketika melakukan manuver yang hampir ke darat,tiba-tiba enjin mengalami kegagalan dan beliau terpaksa melentingkan kerusi pilot sebelum terhempas.Kapten Brian Bews yang berpengalaman 1,400 jam penerbangan,selamat dengan hanya sedikit lebam.
Kejadian berlaku pada 24 Julai 2010 berdasarkan tarikh beritanya tersiar di akhbar.Sumbernya di Telegraph dan Lolyland.
Pilot ejects from fighter plane moments before crash
Pilot ejects from fighter plane moments before crash (1)
Pilot ejects from fighter plane moments before crash (2)
Pilot ejects from fighter plane moments before crash (4)
Pilot ejects from fighter plane moments before crash (6)

Akhir kata,aku juga sedih sebenarnya bila mendapati gambar-gambar tersebut dimanipulasi dari gambar lain.Ianya mengingatkan aku masa perang US dan Iraq dulu.Bukan zaman Saddam Hussein mati ditembak tu,sebelum tu lagi.Yes,masa tu aku budak-budak lagi.Sebagai umat Islam dah tentu aku berharap Iraq yang menang,tapi kawan aku cakap US kuat,tak mungkin Iraq menang.Memang betul,Iraq tak boleh menang…
Diatas kertas jawapannya sudah diketahui,tapi sebagai umat Islam,yakinlah pada doa seluruh umat Islam di dunia supaya Allah S.W.T melindungi umat Islam di Palestin.Berkenaan gambar-gambar di Facebook tu,korang semua nilaikanlah sendiri.Aku tak sanggup berbohong semata-mata nak menyedapkan hati orang lain.Aku berpegang kepada prinsip menyampaikan berita yang benar walaupun ianya sukar diterima.Lambat laun ianya akan diketahui juga.

No comments:

Post a Comment