Saturday, January 11, 2014

penciptaan manusia... logik ke??

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan bahawa tidak terniat di hati ini untuk menyerang mana-mana agama atau pun mana-mana mythology. Segala info yang tertulis di dalam artikel ini hanyalah PENDAPAT dan TEORI saya sahaja yang saya cuba kaitkan dengan fakta (jika ada) ataupun dengan cerita berdasarkan agama & mythology. 

Jika hendak baca, Sila JANGAN skip mana-mana bahagian, kerana semua bahagian adalah berkaitan, jika anda skip, anda akan keliru.

"Kepercayaan & Pengetahuan adalah 2 perkara yang berbeza".

Persoalan yang di ajukan di sini adalah, 
"Bagaimanakah kita di cipta"?
"Manusia di perbuat dari apa?"
"Mengapakah kita boleh evolve, dan boleh berfikir"?
"Siapakah yang mencipta"?

Teori Evolusi. Masih logik?

Fossil manusia yang berusia 2 Juta tahun.

South Africa, di Malapa Caves, pada August 2008, Seorang Paleoanthropologist iaitu Lee R. Berger menemui beberapa fosil kerangka manusia awal zaman yang berusia sekitar 2 juta tahun , seorang Wanita dewasa, serta Lelaki kecil (anak), mungkin Ibu dan Anak. Saiz dan bentuk tulang tersebut menunjukkan bahawa mereka ini berjalan secara menegak dan mempunyai tangan moden. Sepanjang dekad ini, para saintist telah menemui lebih 2 dozen moyang manusia yang berbeza, yang dikenali sebagai Hominids. Kebanyakan mainstream scholar memberitahu bahawa Hominids evolve daripada moyang beruk hampir 6 juta tahun yang lepas melalui process 'natural selection' iaitu evolusi. Teori Evolusi ini di popularkan oleh anthropologist british iaitu, Charles Darwin pada tahun 1859 di dalam buku nya 'The Origin of Species'. Evolusi ialah proses jangka masa yang lama yang membuat spesis tertentu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling bumi yang sentiasa berubah, sekaligus dapat membiak dengan lebih baik. Teori ini juga menjelaskan bahawa organisma yang berevolusi / mutasi sebenarnya mendatangkan faedah dalam konteks membiak. Ini adalah kerana ia membolehkan organisma untuk terus hidup dan sekaligus memberikan peluang lebih cerah kepada generasi seterusnya untuk terus berevolusi dan terus membiak. Darwin membuat spekulasi bahawa sepanjang masa, Hominids berjalan menggunakan dua kaki, dan menggunakan tangan mereka untuk membuat alatan (tools). Ini membuktikan mereka lebih pintar. Kemudian, sehingga 200,000 (dua ratus ribu) tahun yang lepas, Hominids berevolusi menjadi Homo Sapiens (iaitu manusia). Namun terdapat ramai saintis yang tidak menerima Idea ini. Mengapa?

Sebab kita tak nampak pun seekor ikan paus boleh membuat kereta, gajah tidak dapat membuat rumah. Mengapa hanya pada spesis beruk? Kenapa spesis-spesis lain tidak evolve sepertimana manusia buat?  dan soalan utamanya, kenapa kita? kenapa mesti kita yang menjadi unik?

Early Hominids
Penggunaan alatan tidak wujud sehingga lah beberapa juta tahun selepas Hominids pertama berjalan secara menegak, dan saiz pada otak tidak berkembang sehingga lah beberapa ratus ribu tahun selepas itu, maka di dalam 6 juta tahun evolusi manusia, terdapat beberapa juta tahun yang memisahkan evolusi setiap keunikan-keunikan seperti berdiri tegak, menggunakan alatan, dan perkembangan otak. Terdapat tiada sebab untuk manusia sahaja yang berevolusi. Kenapa otak pada spesis lain tidak berkembang secara pantas seperti manusia? Jadi, teori Darwin adalah Salah kerana beliau tida mengetahui kronologi-kronologi tersebut sewaktu zamannya.

Berikutan konsep bulu pada badan pula, jika benar manusia berevolusi daripada beruk, kemana hilang nya bulu pada badan? Kenapa pada waktu ini hanya terdapat di tempat-tempat tertentu sahaja? Darwin berpendapat bahawa bulu pada badan semakin hilang kerana mengikut kesesuaian sekeliling / iklim dan kerana mengikut konsep 'Survival of the Finest' . Masuk akal kah apabila manusia sudah kehilangan bulu,  selepas bulu itu hilang, pada musim sejuk, manusia sekali lagi terpaksa memakai bulu agar boleh memanaskan badan dan menyesuaikan diri pada musim itu, kerana jika tidak, manusia akan mati kesejukan. Jadi idea ini tidak masuk akal.

Jika teori Darwin tidak dapat menjelaskan kepada kehilangan bulu pada badan manusia, apakah penjelasan seterusnya? Mungkinkah transition antara Hominids kepada manusia moden, di pengaruhi oleh benda yang bukan dari dunia ini?


Teori Evolusi secara Spiritual?

Alfred Russel Wallace, rakan kepada Darwin, memanggil teori ini sebagai teori 'Intelligence Evolution'. Darwin percaya bahawa otak manusia pada masa kini berevolusi secara semulajadi tetapi Wallace tidak dapat lihat bagaimana ini boleh berlaku. Wallace berpendapat bahawa, cara manusia berfikir, qualitinya adalah berbeza daripada spesis lain, dan beliau tidak dapat menyelesaikan 'evolusi kosong' ini melalui evolusi semulajadi kerana ianya hanya berlaku pada satu spesis sahaja, iaitu Manusia. Jadi, beliau muncul dengan teori Evolusi yang di perbaharui tentang kemampuan berfikir manusia moden. Oleh itu, beliau menggunakan penjelasan secara spiritual iaitu secara agama.

Alfred percaya dengan konsep terdapat satu 'entiti yang tidak dapat di lihat' di planet kita. Beliau juga percaya 'entiti yang tidak dapat di lihat ini' mempengaruhi kehidupan manusia 3 kali. Kali pertama adalah dengan mencipta kehidupan dari benda bukan organik, Kedua pula adalah apabila binatang-binatang di dunia mula mencapai kesedaran (consciousness). Ketiga kali pula, adalah apabila manusia secara tiba-tiba mempunyai kelebihan mental sepertimana yang ada pada kita sekarang. Beliau tidak bersependapat dengan Charles Darwin bahawa ini berlaku secara semulajadi, malah beliau percaya bahawa semua perubahan di dunia ini di pengaruhi oleh satu 'entiti yang kreatif dan pintar serta tidak dapat di lihat' (Creative Intelligence).

Jika mengikut logik, alam semulajadi yang lain, tidak mempunyai perubahan yang sebegitu ketara sepertimana apa yang berlaku pada manusia. Ia nya seolah-olah melawan semulajadi, jika ia melawan semulajadi, bermakna ada sesuatu atau seseorang yang memanipulasi kan semulajadi manusia. Tidak ada penjelasan mengenai evolusi manusia. Jika manusia berevolusi dan mempunyai perubahan ini disebabkan oleh benda atau makhluk atau sesuatu yang asing dari bumi sejak dari moyang awal kita, hanya itu sahaja penjelasan yang terdapat setakat ini. Unless you ofcourse put God in the equation, and who knows, who the Gods may have been. 

Adakah evolution Manusia benar-benar di pengaruhi oleh entiti yang asing dari bumi ini? Jika ya, mana buktinya? Kebanyakan saintis percaya bukti boleh di jumpa di dalam otak manusia sendiri.

Chicago, Illanois, pada December 2004, para pengkaji di Howard Hughes Medical Institute of the University of Chicago mengeluarkan report tentang betapa rumit dan komplex nya otak manusia adalah hasil daripada peristiwa 'Special Event' boleh di baca disini [Link]

Mereka berkata, kepintaran manusia bukan sahaja hasil dari evolusi, tapi dalam lingkungan 15,000 (lima belas ribu) tahun yang lepas, genes pada manusia purba telah melalui satu process perubahan secara mendadak dalam masa yang pendek. Evolusi yang sepatutnya mengambil masa berjuta tahun berlaku dalam masa beberapa ribu tahun sahaja. Amat mustahil untuk perkara seperti ini berlaku secara semulajadi melainkan ada Creative Intelligence yang melakukan manipulasi atas otak manusia. Kerana tidak ada satu pun spesis lain yang melalui process mendadak seperti ini, malah spesis lain ketinggalan masa evolusi lebih dari 10 juta tahun. Para saintis mainstream menggelarkan equation ini sebagai 'The Missing Link'. Dimanakah kaitannya antara evolusi beruk, monyet, gorilla and etc etc sehingga menjadi satu spesis yang mampu mencipta benda atomic dan aerospace?

Apakah Percikan yang berjaya mempercepatkan proses kepintaran manusia ini?
Adakah ianya mutasi genetik semulajadi sepertimana kebanyakan saintis pertahankan? Atau mungkinkah terjadinya modifikasi genetik yang dipertanggungjawab oleh entiti yang bukan berasal dari bumi?


Homosapien (manusia) yang bermula dari Afrika, pada waktu itu sudah mula pandai untuk memanipulasikan informasi yang mereka di terima di minda / otak mereka di mana Hominids (sebelum mereka) tidak pernah lakukan. Mereka dissassemble / merungkaikan informasi di minda kepada vocabulary seperti  symbol, dan kemudian menggabungkan informasi tersebut sehingga mereka boleh imagine benda-benda baru.

Mengikut teori Erich Von Daniken,  seorang penulis yang berasal dari Switzerland, -- Berjuta-juta tahun dahulu, Extraterrestrial (Makhluk yang bukan berasal dari bumi) tiba di planet ini. Mereka menyedari bahawa planet ini di penuhi dengan kehidupan, dan salah satu dari kehidupan di bumi ini yang agak maju dari lain adalah moyang kita iaitu manusia purba. Mereka mengambil DNA mereka dan menukarkan informasi asas di dalam DNA tersebut. Inilah proses genetik kita lakukan setiap hari. Cell juga ditukar, dan satu bahan di masukkan ke dalam rahim female pada spesis yang sama. Female ini akan melahirkan generasi seterusnya selepas 9 bulan. dan ini adalah mutasi yang berlaku pada manusia secara artificial.--

Bagaimana jika sebahagian dari genetik update yang manusia dapat dari makhluk bukan dari bumi, salah satu daripada genetik update itu melibatkan software download secara biological yang membolehkan mereka membezakan hemisphere dalam otak manusia untuk membolehkan manusia membuat alatan, organisasi sosial, untuk di buat, dan pada saat itu, hominids telah berubah kepada Manusia pada masa kini.

Jika Makhluk yang bukan berasal dari bumi ini, boleh travel trillion X two hundred 0 miles, berjuta-juta tahun cahaya, besar kemungkinan mereka mempunyai basic DNA yang sama, ofcourse it would depend dengan mereka punya genetic composition dengan kita, tetapi jika mereka boleh faham tentang chemistry dan prinsip fizikal pada dunia mereka, memanipulasikan DNA kita adalah satu perkara yang simple.

Tapi, jika makhluk asing yang mencipta manusia dengan menukar genetik kita, mungkinkah wujud lebih dari satu jenis hominids hasil dari experiment-experiment ini? This is a good question. Record-record purba (samada mythology atau agama) tidak pernah mengatakan bahawa manusia ini adalah hasil daripada sesuatu experiment, tetapi record purba mengatakan bahawa manusia di kurnia kan anugerah ini, tuhan anugerah manusia intelek dan ini adalah untuk manusia menggunakannya. 


FOXP2 adalah satu gene yang di jumpa dalam chromose manusia, dan gene ini lah asasnya yang totally membezakan kita dengan spesis-spesis yang lain. Saintis mengatakan, gene itu Sahaja, bertanggungjawab untuk TUTUR KATA & BAHASA. Dan manusia tidak dapat mencari bukti tentang dari manakah asal usul gene ini, benda ni, entah bagaimana gene ini muncul secara tiba-tiba di dalam chromose manusia. Conclusionnya, gene ini tidak mempunyai asal usul. Persoalannya, mungkinkah gene ini di beri, atau di anugerah kan kepada kita oleh makhluk yang bukan berasal daripada bumi ini?

Adakah makhluk bukan berasal daripada bumi itu adalah makhluk yang sama yang wujud di merata-rata tamadun purba di bumi ini, yang hendak manusia berkomunikasi pada level yang lebih sophisticated? Ini lah fundamental pada zaman ini yang ramai saintis tengah cari jalan untuk faham. Siapakah kita? Apa kaitan kita dengan makhluk yang bukan berasal daripada bumi itu? Mungkinkah benar teori mengenai genetik mutasi
tersebut yang telah berlaku sejak beribu-ribu tahun dahulu?

Mungkinkah bukti tentang asal usul makhluk asing kita sudah di passed down kepada manusia, iaitu secara code di dalam genetik? Mungkin jawapan boleh di perolehi, bukan dari saintis, tetapi daripada buku-buku agama kita sendiri, yang mendakwa bahawa Adam & Eve (Adam dan Hawa) benar-benar wujud.


Berdasarkan Agama & Mtyhology?

Dalam kitab Hebrew, the Book of Genesis mengisahkan bagaimana tuhan mencipta dua manusia pertama. Adam & Eve (Adam dan Hawa) di dalam Garden of Eden dan mengarahkan mereka untuk teruskan kehidupan sekaligus membenarkan mereka untuk multiply (membiak). Selama beratus tahun para Saintis dan Theologian berdebat samada penciptaan manusia ini adalah mitos ataupun fakta sejarah. Di dalam Torah, di terangkan bahawa manusia di ciptakan daripada habuk bumi (tanah) dan tuhan memberi kehidupan kepada manusia.

Pada tahun 1987, pendebatan tentang penciptaan manusia bertambah hangat. Dengan penemuan besar saintis bahawa genetik lineage SETIAP manusia di dunia boleh di trace back kepada seorang wanita yang dahulunya tinggal di afrika. Kajian ini telah di sahkan dan kukuh terutama apabila molekul dan rekod DNA bahawa Homosapien (Manusia) originated (berasal) di satu tempat, iaitu Afrika, dan apabila mereka telah fully modern dalam konteks kepintaran, mereka telah menyebar ke seluruh dunia. Kadangkala ianya di panggil Model Eve / Model Hawa, yang membuktikan bahawa memang benar ada wanita terawal pada awal zaman populasi manusia yang mana hanya dia satu-satunya wanita di dunia yang wujud pada ketika itu sekaligus meninggalkan kesan gene nya pada setiap manusia di dalam dunia.

Tapi, mungkinkah sains mainstream ini dan kitab agama, kedua-duanya pointing at the same MOMENT pada zaman dahulu, waktu kemunculan manusia pertama?

Pada pendapat peribadi saya, Adam dan Hawa bukan sekadar cerita, tetapi mereka memang wujud, dan mereka adalah manusia pertama, yang kita tahu setakat ni. dan mereka berjaya mempopulasi dunia ini. Apa itu Garden of Eden? Pendapat saya Garden of Eden adalah area di mana adalah satu tempat khas, atau kawasan genetik mereka di manipulasi kan, dan di situ juga adalah tempat tinggal asal mereka.

Beralih kepada pendapat saintis, jika Adam dan Hawa benar-benar wujud, seperti di ceritakan dalam kitab agama, adakah ini bermakna a serpent (dalam bahasa lain mungkin di sebut syaitan) memang benar2 menggoda mereka untuk memakan buah dari Tree of Knowledge. Jika ya, adakah peristiwa ini sebenarnya symbolik untuk menggambarkan tentang kebangkitan dan kesedaran minda manusia (yaitu selepas proses genetik mutasi?). Saat manusia mencari Makhluk yang pintar.

di dalam Bible, the serpent (syaitan) mengatakan, "jika anda memakan buah dari pokok ini, anda akan menjadi seperti Tuhan". Syaitan in a form of snake, menggoda Adam dan Hawa mnjanjikan bahawa mereka akan menjadi seperti tuhan. Pengetahuan yang Adam & Hawa dapat daripada buah itu, membolehkan manusia berfikir. Jadi, Apakah sebenarnya Tree of Knoweldge ini? Apakah sebenarnya yang di maksudkan dengan buah Khuldi tersebut? dan mengapakah dengan memakan buah itu adalah perkara yang tidak baik? dan seolah-olah makhluk bukan dari bumi tersebut, ada sesetengah pihak daripada mereka inginkan manusia mempunyai pengetahuan ini, untuk jadi seperti Tuhan. tapi sesetengah daripada mereka pula berkata "tidak! tidak! manusia tidak boleh memiliki pengetahuan ini". Cerita ini adalah lebih kurang sama dengan tuhan Greek Prometheus dimana mengingkari arahan tuhan-tuhan lain, datang ke bumi dan memberi pengetahuan Api kepada manusia, dan atas hal ini, seperti Syaitan, juga di buang ke bumi. Kenapa? Kerana dia menolong manusia untuk memiliki pengetahuan yang lebih.

Kesemua idea atau konsep Syaitan adalah sebenarnya adalah salah faham atau salah gambaran terhadap makhluk yang bukan dari bumi  yang turun ke bumi pada suatu masa dahulu. Mengikut teori, antara sebab mengapa kita mempunyai  idea / konsep tentang syaitan pada hari ini adalah kerana mungkin ada berlaku sesuatu peristiwa peperangan / percanggahan / permusuhan dari pelbagai pihak makhluk yang bukan dari dumi suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, terdapat dua jenis puak makhluk yang bukan dari bumi ini, salah satunya baik dan salah satunya jahat. dan akhirnya pihak yang membelot, di buang ke bumi dan dikenali sebagai the Evil Fallen Angel --which they never were? or Really were evil?

Didalam Bible juga tertulis "God made humans in his own image". Apakah maksud sepatah ayat ini? Adakah maksudnya manusia di cipta sama dgn fizikal pencipta? dan kepada itu, beralih kepada soalan benarkah manusia ini berketurunan daripada beruk yang genetiknya di ubah? Ini boleh di jawab dengan mythology.

Mythology menerangkan bahawa manusia bukan berasal daripada beruk, tetapi something happen di bumi ni, dan makhluk bukan dari bumi datang untuk masuk campur dan hasil product adalah manusia pada zaman kini.

Pada pendapat peribadi saya dari segi sains, makhluk yang bukan dari bumi ini melakuka mutasi genetik asalnya pada beruk, sehingga lah terhasilnya manusia dan kemudian mereka menghilang..,manusia yaitu moyang kita yang sesudahnya menjadi manusia pada masa itu, melakukan hubungan sulit lagi dengan moyang beruk yang belum genetiknya di mutasikan. dan itulah yang sebenarnya di panggil 'Original Sin'. Apabila makhluk yang bukan dari bumi itu kembali ke bumi, dan menyaksikan bahwa penciptaan mereka telah corrupt, manusia bercampur aduk dengan beruk, mereka binasakan Kesemuanya dengan Banjir besar. dan untuk restrart experiment tersebut sekali lagi, dengan apa yang kita panggil Kisah Banjir nabi Noh.

Jenis-jenis hominids
Ia nya seperti ini. Pada mulanya makhluk yang bukan dari bumi datang ke bumi, menukarkan genetik beruk sehingga terjadinya early hominids, neandherthal, ataupun homo erectus, makhluk yang lebih kurang sama dengan manusia moden. dan mereka refine hominid tadi sehingga la mereka berjaya dengan homo sapien (manusia), dan homonids yang lain di binasakan.

Mungkinkah kisah Adam dan Eve, dan juga Noah's Ark sebenarnya cerita tentang kisah extraterrestrial ?
Bukti yang lebih jauh boleh di jumpa di peninggalan purba dan 'cerita saksi' daripada Tamadun terawal manusia di dunia.

Rajah X: Tablet Annunaki
Utara Iraq, sepanjang laut tigris, bersebelahan dengan Kota Mosul, adalah tempat ancient city of Nineveh. Di sini, pada 1842, archeologist british, Austin Henry Layard berjaya menemui The Great Library Ashurbanipal. Archive di raja yang mengandungi beribu-ribu clay tablet yang mempunyai encryption. Mesej atau text di ukur ke batu / tablet tersebut di jangkakan salah satu daripada record Penulisan manusia pertama di dunia. Tablet ini sudah di tafsirkan, dan ia menceritakan bahawa tuhan datang ke bumi, dan bertanggungjawab dalam penciptaan manusia. Samada ia nya mythology atau fakta, tiada siapa yang tahu.

Menurut tafsiran, tuhan-tuhan tersebut di gelar sebagai, Annunaki.. Rajah X menunjukkan tablet sumeria yang menunjukkan The Tree Of Life , dan Annunaki berdiri di sebelahnya. Mereka juga bersayap, yang mana 'Sayap' sebenarnya adalah symbolik atau gambaran bahawa Annunaki mempunyai kebolehan untuk terbang. Mereka juga mempunyai rantai yang mempunyai symbolik astronomy seperti bulan dan bintang. Technologi, pada 6000 tahun yang lepas.  Menurut tafsiran pada tablet lain pula, ia menceritakan bahawa Annunaki ini adalah makhluk giant / besar yang datang ke bumi untuk mencari Emas untuk planet asal mereka. Bila tuhan sumeria ini, Annunaki, ini menghadapi masalah untuk mengorek emas, mereka mencipta makhluk untuk bekerja, hamba untuk mengorek emas bagi faedah mereka. Ia juga di jelaskan di dalam tablet sumeria, bahawa ini adalah proses yang berteknologi jadi, di sini ada kemungkinan bahawa genetik manusia / evolution sebenarnya di reka oleh Annunaki dan mencipta Sumerian Image mengikut kesukaan mereka.

Mengikut tablet sumerian, Mereka mencipta manusia, mereka mencipta Adam & Eve. Menariknya cerita ini berulang-ulang beribu tahun kemudian di dalam Hebrew & Bible, tetapi konsep Annunaki di tukar kepada satu, iaitu Tuhan.

Hikayat-hikayat Purba mengenai Makhluk Yang Bukan Berasal Daripada Bumi adalah, Common. Maknanya wujud di setiap pelusuk agama, pelusuk mythology, pelusuk budaya di seluruh dunia. Manakala mainstream scholars tidak menghirau kan tentang bukti ini, mungkinkah cerita-cerita ini adalah sebenarnya bukti tentang extraterrestrial datang ke bumi dan mereka sebenarnya yang bertanggungjawab melakukan perubahan pada bumi ini:?

Bukan sahaja cerita ini wujud di dalam sumerian, malah di dalam Al-Quran sendiri mengatakan bahawa "Allah memberi bahasa kepada manusia", dalam Populvu Mayan juga mengatakan bahawa "Tuhan memberi bahasa kepada manusia". Mesir Purba juga mengatakan benda yang sama. It doesn't matter what ancient culture it is, semua tetap mengatakan benda yang sama berulang dan ulang kalinya.

Hopi's Petroglyph yang berusia 10,000 tahun
Sebelum sistem penulisan wujud, manusia melakukan komunikasi secara symbolik dengan mengukir ke batu yang di beri panggil sistem Petroglyph . Paling tertua adalah 10,000 hingga 12,000 tahun yang lepas. Menurut saintis,  Petroglyph yang terletak di selatan barat America mengaitkan moyang purba kepada puak Zuni dan Hopi kepada 'Star Beings' iaitu Makhluk yang berasal daripada langit /  bintang. 
Ekspresi grafik pertama yang di lakukan oleh manusia adalah Petroglyph. Maknanya, symbol adalah figure yang di ukir ke batu. Sebagai contoh, Hopi Indian mengukir tentang tuhan mereka yang 'Turun dari Langit'. Mereka mengelar mereka sebagai Kachinas, makhluk yang berasal dari luar angkasa, yang datang ke bumi menggunakan aircraft / mesin terbang, bukannya Tuhan pada mereka, namun Kachinas memberi mereka pengetahuan daripada planet lain. Fenomena yang sama berlaku di Eropah, Asia, Brazil. Bila kita tengok pada fakta, benda ini muncul di seluruh dunia. Setiap puak menceritakan lagenda yang sama, mengenai Orang Yang Berasal Dari Angkasa, turun ke bumi,  dan memberi impak pada culture2 tertentu. Kita boleh nampak corak tersebut di sini, dan tidak masuk akal lah jika corak ini di biarkan sahaja kerana waktu zaman silam, mungkin makhluk2 tadi berinteraksi dengan moyang purba, sekaligus mungkin membuat manipulasi genetik pada mereka dan akhirnya menjadi manusia moden seperti ini.

Kenapa Tamadun Tamadun Purba TIADA YANG TERKECUALI Asyik Mengatakan Benda Yang Sama, Berulang-Ulang Kali?

Pada pendapat saya, jawapan yang paling simple sekali adalah, bahawa perkara yang sama berlaku pada mereka, pada setiap puak yang berbeza, yang berjauhan. Pokoknya, setiap tamadun menceritakan kisah berdasarkan konsep Tuhan, dan andaikata jika anda letak posisi tuhan sebagai Makhluk Asing, semuanya memang logik dan boleh di terima akal.

Pada waktu dahulu, ini lah cara mereka berkomunikasi, Inilah cara merekan Mentafsir dan Menggambarkan benda yang ajaib--bagi mereka. Jika gadjet pada waktu moden ini, contohnya Television wujud pada zaman bermula nya tamadun manusia ini, dan jika anda memandu kapal terbang pada waktu itu, Nescaya anda juga akan di gelar sebagai dewa, ataupun tuhan (plural). - See more at: http://jakehays.net/2012/09/penciptaan-manusia-secara-logik.html#sthash.cTEFjdD7.dpuf

No comments:

Post a Comment