Monday, January 20, 2014
cerita syiah pt1
Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w,keadaan umat Islam begitu membimbangkan.Berita kewafatan baginda benar-benar membuatkan mereka terpukul.Umar Al-Khattab r.a mengancam untuk memenggal tangan dan kaki siapa yang mengatakan nabi sudah tiada.Jika tidak ditenangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a,sudah tentu keadaan bertambah berserabut.Keadaan umat Islam perlu ditenangkan terlebih dahulu.Maka para Sahabat pun bermenyuarat untuk menentukan siapakah yang bakal menguruskan keperluan umat Islam;mengambil alih peranan Rasulullah s.a.w,berkhidmat kepada kaum Muslimin.
Akhirnya sebulat suara,para Sahabat memilih Abu Bakar As-Siddiq mengenangkan arahan nabi menyuruh beliau menjadi imam menggantikan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit tenat,dan diteguhkan dengan sikap nabi yang seperti tidak menyenangi Umar Al-Khattab menggantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai imam pada suatu ketika,juga berdasarkan usia dan kredit beliau sebagai Sahabat nabi yang paling rapat susah dan senang dan beberapa kriteria lain.
Namun ketika berita kewafatan baginda tersebar,ada satu kelompok manusia yang mula tersenyum lebar.Dendam mereka kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah padam sejak baginda membuka kota Mekah lagi.Mereka mula merancang sesuatu,malahan sejak nabi menghadapi sakit tenat,kelompok ini sudah mengangan-angankan impian mereka dan dendam yang terbalas.Mereka memerhatikan setiap perjalanan politik umat Islam,apabila terjadi perpecahan walau sedikit pun,mereka akan bertindak!
Pada hari-hari yang indah itu,ketika Rasulullah s.a.w masih hidup,kelihatan dua cucu baginda yang masih kecil bermain-main di sekeliling Kekasih Allah itu.Adakalanya mereka bermain-main dengan janggut nabi,ada yang cuba memanjat tubuh nabi.Nabi hanya tersenyum melihat gelagat cucu-cucu baginda yang amat dicintainya.
Para Pembunuh Cucu Nabi
"Saudara-saudara, api (neraka) sudah bertiup. Fitnah pun datang seperti malam gelap gulita. Demi Allah,jangan sekiranya kamu berlindung kepadaku tentang apapun. Demi Allah aku tidak menghalalkan sesuatu kecuali yang dihalalkan oleh Al Quran. Juga aku tidak mengharamkan sesuatu, kecuali yang diharamkan oleh Al Quran. Laknat Allah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan perkuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat peribadatan !"
(antara kata-kata terakhir Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya)
Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah?Siapakah Syiah?Apa masalahnya dengan mereka?Untuk mengkaji siapakah mereka,kita perlu mengkaji perjalanan sejarah dengan hati yang jujur.Kita perlu mengkaji asal-usul segala label-label yang ada.Dan kita perlu meneliti apakah ajaran Rasulullah s.a.w,pandangan baginda terhadap para Sahabatnya dan ramalan baginda tentang fitnah yang akan terjadi.Kita perlu menyiasat sejujurnya,kita perlu ambil pandangan kedua-dua pihak untuk mengetahui siapakah yang digelar Syiah ini,kerana di akhir cerita,kita akan tahu siapakah yang SEBENARNYA menumpahkan darah cucu-cucu Rasulullah s.a.w,memaki hamun para Sahabat dan memfitnah isteri Nabi sebagai pelacur kerana kelak jika kita terkeliru berada di barisan yang salah,kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,di hadapan nabi yang kita harapkan syafaatnya....rupa-rupanya kita termasuk dalam golongan yang sesat,yang berasal dari moyang-moyang konspirator penumpah darah Hassan dan Hussein,pemuda-pemuda syurga yang dicintai Allah dan Rasul.
Pertama sekali,kita perlu tahu apakah yang dinamakan Syiah itu.Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara (Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib
bin 'Ali Al-Awaji).
Adapun menurut terminologi syariat bermakna: Mereka yang menyatakan bahwa Ali bin Abu Thalib lebih utama dari seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu
sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm).Syiah adalah satu kelompok berasaskan politik pada mulanya terutama selepas peristiwa majlis Tahkim namun telah meleret-leret kepada masalah akidah dan hukum Islam termasuk ibadah.Syiah telah terbahagi kepada banyak cabang seperti Imamiah atau Itsna 'Asyariah (Dua Belas Imam atau juga dikenali sebagai Ja'fariyah),Ismailiyah dan Zaidiyah.Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam;iaitu perkara terpenting dalam akidah Syiah.Dalam konteks ini,kita akan fokus kepada Syiah Imamiyah atau Syiah Imam 12 kerana Syiah inilah yang menjadi pilihan kebanyakan pengikutnya di Malaysia juga di dunia;sejak Iran diketahui umum adalah negara yang menganut fahaman Syiah ini.
Artikel ini lebih fokus kepada kelompok Syiah yang melampau (Syiah sendiri memanggil mereka dengan panggilan 'Ghulat') terutama dari cabang Imamiyyah,kerana perbuatan Ghulat ini banyak dikesan dari cabang ini manakala cabang lain seperti Zaidiah pula amat dekat dengan realiti sejarah dan menghormati Sahabat juga mengakui Khalifah AlRasyidin (Abu Bakar,Umar,Usman termasuk Ali).
MASALAHNYA,SYIAH GHULAT INI MAJORITINYA BERSEMBUNYI DI DALAM CABANG SYIAH IMAMIYYAH,RAFIDHAH ATAU JA'FARIYYAH INI.
Fahamkan dengan teliti,nanti dikhuatiri anda mencela orang yang salah.
Syiah Imamiyah juga dikenali sebagai Rafidhah,yang ada kaitannya dengan kisah Zaid bin 'Ali bin Hussein bin
'Ali bin Abu Thalib dan para pengikutnya ketika memberontak kepada Hisyam
bin Abdul Malik bin Marwan di tahun 121 H. (Badzlul Majhud, 1/86)
Zaid (cucu Hussein r.a) telah mendengar ada para penyokongnya yang mencela para Sahabat seperti Abu Bakar dan Umar lantas beliau menegur mereka.Hasilnya para penyokongnya meninggalkannya.Zaid terkejut melihatkan senario itu lantas berkata:
"Rafadhtumuunii?"
Yang bermaksud "Kalian tinggalkan aku?" (Maqalatul Islamiyyin, 1/137)
Dalam riwayat ini jelas ada satu kelompok yang kononnya mencintai dan menyokong Zaid (sebagai cicit Ali r.a) namun meninggalkan Zaid apabila ada perbezaan pendapat tentang celaan terhadap Sahabat Nabi.
Berbalik kepada Syiah Imamiyyah,ia mengandungi beberapa prinsip atau doktrin seperti Taqiyyah (berpura-pura),ar-Raj'ah (Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan) dan al-Bada' (Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia),namun prinsip Imamah lah yang sangat menonjol kerana dari sinilah timbul sindrom mendewa-dewakan Ali r.a dan keturunannya sehingga dikatakan para Imam 12 yang semuanya Ahli Bait lebih tinggi makamnya dari para nabi dan malaikat serta segala makhluk.
Kitab Al Hukumah Al Islamiyah karangan Khomeini (Khomeini adalah pemimpin revolusi Iran dan idola Syiah Malaysia) halaman 52.
"Allah telah mengusapkan tangan kanannya pada keluarga Ali dan memberikan cahayanya pada mereka
Tak ada keselamatan kecuali kalian wahai keluarga ali, tidak ada tempat selain dari kalian wahai mata Allah yang melihat (Biharul Anwar : 94/37).
Juga di dalam al-Hukuumatu al-Islamiyyah (hal. 52):"Dan sesungguhnya yang terpenting dari madzhab kami,sesungguhya imam-imam kami mempunyai kedudukan (maqam)yang tidak mampu dicapai oleh seorang pun malaikat yang muqarrab/dekat dan tidak oleh seorangpun Nabi yang pernah diutus.
Majlisi berkata : Allah hanya disembah, dikenal dan diesakan dengan perantaraan para Imam. Biharul Anwar jilid 23 hal 103.
Membuka Topeng Sebenar Syiah
"Mereka itu adalah suatu kaum yang merancang untuk
menghapuskan Nabi namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela para
Sahabatnya agar kemudian dikatakan bahawa dia (Nabi Muhammad) adalah
seorang yang jahat, kerana kalau memang dia orang soleh, nescaya para
Sahabatnya juga adalah orang-orang soleh." (Ash-Sharimul Maslul 'ala
Syatimirrasul, hal. 580)
Mari kita buka saja topeng mereka.Topeng 'cintakan keluarga Nabi' atau topeng 'Islam' mereka.Kita telanjang mereka sahaja,yang selama ini menutup tubuh keji mereka berlumuran darah Ahli Bait dengan selimut kita.Sebenarnya sejarah permulaan FITNAH dalam sejarah Islam bermula setelah kemangkatan Khalifah Usman r.a.Secara ringkasnya,terdapat golongan yang mahukan pembelaan terhadap pembunuhan Usman r.a namun ketika Ali r.a dilantik menjadi khalifah,beliau berpendapat suasana politik umat Islam perlu distabilkan terlebih dahulu,barulah usaha mencari pembelaan diteruskan.INI ADALAH SIASAH BELIAU,namun ada kelompok yang tidak menghormati pendapat sepupu nabi yang terkenal sebagai pintu ilmu dan kebijaksanaannya.Mereka menimbulkan FITNAH bahawa Ali r.a menyembunyikan pembunuh menyebabkan kaum kerabat Usman r.a terutama dari Bani Umayyah merasa amat marah.Mereka telah nampak bara perpecahan,dan ini masanya untuk menuang minyak ke atasnya!
Kelompok inilah yang menjadi batu api sehingga mencetuskan Perang Jamal yang menyayat hati itu.Perang Jamal menjadi amat kontroversi,dan pasti orang tertanya-tanya mengapakah isteri yang amat dicintai Rasulullah s.a.w;Aisyah 'Umaira' r.a,dan dua Sahabat Nabi yang dijamin syurga;Thalhah dan al-Zubair r.a menyertai peperangan menentang Khalifah Ali r.a,yang juga sepupu Rasulullah s.a.w?Adakah mereka menentang Ali r.a????
TIDAK SAMA SEKALI
Al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal:
“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”
Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!”
Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [al-Bidayah wa al-Nihayah (diteliti oleh Ahmad `Abd al-Wahhab; Dar al-Hadith, Kaherah, 1997), jld. 7, ms. 227]
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan:
“Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).
Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]
Ibnu Kathir juga menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”
Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.
Selepas berakhirnya Perang Jamal,apabila ramai orang Islam serta para Sahabat meninggal dunia (dalam kes ini,mereka menjadi mangsa fitnah golongan munafik jadi tidak usahlah kita memandang serong kepada Sahabat Nabi yang terpaksa berijtihad mempertahankan diri) dalam perang saudara yang sia-sia dan menyedihkan itu,barulah kedua-dua pihak sedar apa yang berlaku,namun sudah terlambat.Unta Siti Aishah r.a juga kelihatan rebah dipanah dan 'Umaira' Rasulullah itu terjatuh walaupun beliau hanya duduk di atas unta tanpa menyerang.Saidina Ali r.a yang terkenal bijak,berhemah tinggi dan tinggi ilmu (bukan seperti golongan Syiah pekat yang rendah akhlaknya memandang serong isteri Nabi ini termasuk Syiah Melayu yang dungu) dengan penuh sayu,hiba dan sedih mengarahkan orang-orangnya supaya isteri sepupunya (Rasulullah s.a.w) itu dilindungi dan dibawa pulang dalam keadaan selamat.Beliau tahu bahawa ini semua adalah gara-gara fitnah dan beliau pun tahu Ummul Mukminin itu bukanlah datang untuk menyerangnya namun datang untuk mendamaikan sesama umat Islam sahaja.
DARI SINI KITA TAHU BAHAWA TUJUAN AISHAH DAN SAHABAT-SAHABAT NABI ITU BERANGKAT ADALAH UNTUK MENDAMAIKAN UMAT ISLAM YANG DILANDA DIFITNAH.Namun kelompok yang membunuh Usman r.a merasa tergugat dengan rencana mereka dan takut jika umat Islam bersatu mencari mereka yang membunuh Usman r.a lantas mengambil keputusan melaga-lagakan kedua-duanya.
Dan kelompok inilah yang SEBENARNYA MEMBUNUH CUCU NABI,SAIDINA HUSSEIN R.A DI KARBALA!!
Sebenarnya selepas Perang Siffin dan Majlis Tahkim yang menyaksikan kelicikan Muawiyyah dan kesabaran Ali r.a,umat Islam berpecah kepada 4 kelompok secara politik,iaitu pro-Ali,pro-Muawiyyah,Khawarij dan orang-orang Islam yang mengambil sikap berkecuali atau tunggu dan lihat.Khawarij adalah kelompok yang bencikan kedua-duanya;Ali dan Muawiyyah dan menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan.KITA MESTI FAHAM SEJARAH PERALIHAN ERA KHALIFAH AR-RASYIDIN KEPADA PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH untuk mengesan punca FITNAH dan SIAPA yang MENGGERAKKAN FITNAH itu.
Ingat,ketika ini perbezaan pendapat masih dikira secara politik,ia tidak melibatkan akidah dan hukum agama.
SOALANNYA SEKARANG SIAPAKAH KELOMPOK YANG KEJAM DAN TERLAKNAT INI??
Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’,yang terlibat dalam pembunuhan ‘Usman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a.Syiah pada hari ini mendakwa ‘Abdullah Ibnu Saba’ adalah tokoh yang direka-reka para ulama namun sebenarnya watak itu memang ada dalam realiti sejarah malah para ulama Syiah sendiri pun ada menyebut tentangnya:
An Nasyi Al Akbar (293 H) mencantumkan tantang Ibnu Saba, dan golongan As Sabaiyah, yang teksnya: Dan suatu golongan yang mereka mendakwahkan bahwa Ali `alaihi salam masih hidup dan tidak pernah mati, dan ia tidak akan mati sampai ia menghalau (mengumpulkan) orang arab dengan tongkatnya, orang ini adalah As Sabaiyah, pengikut Abdullah bin Saba. Dan adalah Abdullah bin Saba seorang laki-laki dari penduduk San`a, seorang yahudi, telah masuk Islam lewat tangan Ali dan bermukim di Al Madain….Ref : Masailul Imaamah Wa Muqtathofaat minil kitabil Ausath fil Maqalat / ditahqiq oleh Yusuf Faan As, (Bairut 1971) hal : 22, 23.
Juga Al Qummi (301 H), menyebutkan : Sesungguhnya Abdullah bin Saba adalah orang yang pertama sekali menampakkan celaan atas Abu Bakr, Umar, dan Utsman, serta para sahabat, dan berlepas diri dari mereka. Dan ia mendakwakan sesungguhnya Ali-lah yang memerintahkannya akan hal itu. Dan sesungguhnya Taqiyah tidak boleh. Lalu Ali diberitahukan, lantas Alipun menanyakannya akan hal itu, maka ia mengakuinya. Dan Ali memerintah untuk membunuhnya, lalu orang-orang berteriak dari setiap penjuru : Wahai Amirul Mukminin apakah anda akan membunuh seorang yang mengajak kepada mencintai kalian Ahli Bait, dan mengajak kepada setia kepadamu dan berlepas diri dari musuh-musuhmu, maka biarkan dia pergi ke Al Madain Ref : Al Maqaalat wal Firaq, hal : 20. Diedit dan dikomenteri serta kata pengantar oleh Dr. Muhammad Jawad Masykur, diterbitkan oleh Muasasah Mathbu`ati `athani, Teheran 1963.
Berkata syeikh golongan ini (Syiah) : Abu Ja`far Muhammad bin Al Hasan at Thuusi (460 H) tentang Ibnu Saba, bahwa sesungguhnya ia telah kembali kepada kekafiran dan menampakkan pujian yang melampaui batas, kemudian ia menukilkan di kitabnya Tahdziibul Ahkaam sikap Ibnu Saba dimana ia menantang Ali dalam mengangkat kedua tangan ke langit.Ref : At Thuusi Tahdziibul Ahkaam (diterbitkan oleh Darul Kutub Al Islamiyah / Teheran, cetakan ke dua) dita`liq oleh Hasan AL Musawi, 2/322.
Jadi para ulama Syiah itu sendiri mengakui kewujudan Ibnu Saba' ini.Mari kita lihat kekejaman mereka seterusnya ke atas CUCU NABI yang dicintai.Setiap orang Islam yang mengaku cintakan Nabi dan Ahli Bait pasti menangis atau setidak-tidaknya timbul rasa sedih melihatkan pembunuhan kejam dan fitnah yang terjadi ke atas cucu Nabi itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment